Sabtu, 28 Februari 2009

Peraturan baru?

International Football Association’s Board tetap akan mengadakan mesyuarat esok di Ireland bagi membincangkan cadangan Persatuan Bola Sepak Ireland untuk mengubah suai sedikit perautaran baru dalam bola sepak walaupun mendapat reaksi bantahan dari kebanyakan LMA (League Managers Association).Turut menyatakan kerisauan ialah suara Arsene Wenger.

Anatara proposal yang dicadangkan ialah peraturan baru berkenaan :

1.Sin Bin-Penggantungan player yang melakukan foul untuk tempoh mase tertentu dan boleh kembali masuk ke dalam padang selepas tamat tempoh edah. Biasanya digunakan dalam Ice Hockey atau rugby.Alasannye untuk mengetengahkan peraturan ini ialah supaya player berhati2 tidak melakukan foul yang boleh menyebabkan team mungkin tinggal 8-9 orang utnuk satu tempoh mase.Bagi aku, tak munasabah, lagipun player akan lebih berani melakukan foul trutama ketika situasi saat genting one on one ke, last man tackle ke tahan bola gune tangan.Player dah tak takut sebab akan daapat masuk balik, sementara tu team boleh lah regroup main berkampung sementara tuggu player habis edah.Brape banyak kali team lawan ambil kesempatan atas team yang kekurangan player, tak mendatangkan keuntungan lagipun padang yang besar bebanfing dengan ice hockey.

2.Mase rehat halftime dari 15 ke 20 minit- kononnye bagi peluang refresh kaw2.dari persepektif tontonan,Juga tak masuk akal, 15 minit pun dah kire lame bagi penonton dan penyokong.Siap boleh pergi bilik air, makan burger, masak maggie, nanyi karoueke 3 4 lagu.Alang2 apsal tak buat macam kriket jek sambung hari esoknya.tak pyaha buat pun takpe, Gallas dengan Topure dah pun ade 'rule' sendiri hari tu.(masuk lewat terhegeh2)

3.Pertukaran pemain ke-4(untuk mase tambahan)-Yang ni gua agak setuju, mungkin boleh menyegarkan match dan menyuntik semangat baru kepada pasuan.Lagipun sekarang player sub standard sampai 7 orang, yang main cume 3 ..kesian lagi 4.huhu..

Tapi dimintak FIFA pikirlah masak2 sebelum meluluskan ape jua saranan dan proposal bagi kemajuan sukan bola sepak.Kalau peraturan sekadar mencari publisiti murahan baik lupakan jelah.Kenapa peraturan menggunakan video bagi referee masih belum diusul atau dibincangkan walhal FIFA sibuk fairplay nak bagi adil?Tapi kadang2 tu tak silap aku pegawai ke 4 perlawanan boleh pulak dok usha video lepas tu bagitau referee ape sebenarnye yang berlaku, banyak gak insiden dah terjadi tapi bile tang offside atau gol tak pulak nak tengok video.Err.. aatau betulkan aku jika aku tersilap.

Malaysia dulu pun pernah jadi tikus makmal FIFA dengan peraturan 2 ref macam hoki, lepas tu kalau seri tambahan satu mata lagi pagi pemenang melalui penentuan penalti.Hampeh tak meriah langsung.Hilang originality , hilang seri.YAng dah sedia ada just nice bagi aku, tapi kalau ade yang lebih menghiburakan,logik dan bagus, tak salah untuk diketengahkan.


0 ulasan: