Jumaat, 31 Oktober 2008

Pre Match : Stoke City Vs Arsenal

Esok malam, tapi tak ade live , yang ada hanya siaran ulangan, hampeh.. Jadi terpaksalah aku melayan streaming dengan harapan ada live. Esok malam jam 11 Malaysia pemain2 dan seluruh warga penyokong Arsenal akan diberi sinaran pancaran neuralizer.Bagi anda yang tidak mengetahui ape ke bende menatang, neuralizer ni adalah sejenis alat untuk memadam memori dari otak seseorang, diambil dari filem fiksyen Men In Black MIB.Mari kite padamkan memori hitam yang terjadi pada pertengahan minggu...



....... aku wat ape ni? kat mana aku?...... huhuhu

OK.Mari kite mulakan, Stoke City di tangga ke 15, Arsenal di tangga ke3..3? tapi berkongsi kedudukan dengan Aston Villa dan Hull City dipisahkan dengan kelebihan jaringan.Stoke City home mempunyai rekod yang agak stabil, menang 3 dan kalah 2 jadi terpulang pada barisan Arsenal untuk menjadikan rekod menang dan kekalahan Stoke seimbang atau sebaliknya.

Stoke tak boleh dipandang enteng kerana pasukan2 seperti Villa, Spuds dan Liverpool dah menjadi mangsa penyakit stroke.Kejayaan mengikat Liverpool di Anfield memang satu pencapaian bagus, mereka adalah sebuah pasukan yang fizikal,berdisiplin dan jika mereka bertahan, memang sukar untuk ditembusi.Tugas berat menanti siapa2 jua player tengah arsenal besok untuk memastikan ade rongga2 kosong yang boleh diseludup masuk bagi mencipta peluang kepada siapa2 jua serangan Arsenal.



Mengapa aku kata siapa2? kerana aku sendiri pun tidak pasti siapa bakal diturunkan.Mungkin akibat terkena pacaran neuralizer tadi.hahah Bukanlee, ini kerana buat pertama kali aku x dapat clue ntuk 1st eleven kali nih.Ini sume gara2 tragedi hitam tgh minggu.Tapi yang telah pasti Gallas dan Eboue tidak disenaraikan kerana kecederaan.Mengikutt sumber2 insider, ade yang menyatakan walaupun semasa post match interview Wenger nampak tenang dan cube menyembunyikan perasaan tetapi suasana dalam dressing room malam itu begitu dasyat dan mengerikan.Wenger mengamuk dan memaki hamun bagai orang gila dan antara yang menjadi kambing hitam dan dituding jari ialah pemain2 senior terutama Gallas, Silvestre dan tidak lupe Adebayor.Adebayor? mungkin kerana kenyataannya selepas post match yang berbunyi " Nak menang liga dengan team macam nie? jangan haraplah? kite takkan menang ape2.Mungkin kite rasa mase tu kemenangan dalam tangan, aku pun tak tau macam mana, nie antara salah satu game yang pelik dan sedih dalam idup aku". Ade juga bisik2 yang mengosipkan Gallas tidaklah cedera tapi hanya sebagai satu alasan untuk Wenger men'drop'kan kapten yang kurang sifat dan naluri kepimpinan tapi siapakah mempunyai nilai kepimpinan semulajadi dalam skuad yang sedia ada sekarang bg membimbing pemain2 ini.Inilah masenye wenger menguji gandingan toure dan silvestre pulak di samping mengetahu bakat kepimpinan siapa yang terserlah sebenarnya.MUngkin player2 seperi Fabianski,Vela ,Ramsey atau Djourou diberi peluang dan 'merehatkan' player2 ang masih trauma.

Stoke City idaklah bermain seburuk vietnam tetapi jika Arsenal gagal memecah kebuntuan jugak kali nih, Stoke mampu menghukum dan hukuman yang berturut2 amat sukar ditelan dalam keadaan sekarang.Awas dan berjga2lah, Namun Arsenal tetap 2 Stoke 1.belum masenye clean sheet,jika berjaya satu bonus!


Khamis, 30 Oktober 2008

Inilah sebabnya kita sayang Arsenal =)

Sebelum tu, aku ingin menyelar sekali lagi sikap jiran tetangga Spurs.Sesudah menyambut 1 mata diulangi 1 mata..bagai menyambut kemenangan treble, mereka mula bercita2 besar lagi dengan merancang membina stadium baru dengan capacity 60,000.Itulah Spurs yang sentiasa bermimpi..zzzzzzZZZzzzZZzzz

Spurs bukanlah musuh utama Arsenal sekarang kerana standard bola sepaknya sangatlah rendah jauh berbeza dan diorang memang cukup2 bertuah bagai menang loteri kerana diberi mata saguhati untuk dibawa pulang, kerana mungkin ucapan motivasi oleh Wenger selepas leading ialah " Berbuat baiklah pada jiranmu walaupun jiran mu itu sungguh hina lagi keji" Lalu dengan pemurahnya Gallas dan rakan2 mendermakan sumbangan ihsan agar Harry Redknapp merasakan dirinya 'budak emas'..err atau patut kukatakan di sini warga emas? Seperti yang kukatakan disini bukan Spurs rival kita sebaliknya Arsenal dimusuhi oleh bayang2 sendiri.



Bukan salah back 4 kite sepenuhnya,tetapi lebih kepada kegagalan untuk bersatu dan berfungsi sebagai satu unit.Kite gagal bertahan secara satu unit.Kalau di medan perang sebatalion askar, bukanlah lari, tapi tidak mengikut strategi yang dikhaskan di medan perang maka tertumpaslah darah dan ramai rakan2 terkorban sia2 begitulah ceritanya.Jika disenaraikan secara individu Sagna Clichy gallas mahupun Toure (ambil 1st eleven bukan sekadar berdasarkan match awal pagi semalam) merupakan world Class defender pada umumnya tapi apabila disatukan mereka gagal mengadunkan bakat dan keupayaan, lalu menampakkan satu ketidakupayaan untuk berkomunikasi dan bekerjasama.Jika sukan bola sepak merupakan sukan perseorangan sudah pasti arsenal dah kutip banyak pingat cume apabila ia menuntut kerjasama berpasukan , bukan tiada..ada tapi kurang efisyen terutama dari segi bertahan. Jika Arsenal gagal memenangi sebarang gelaran tahun ini.. ketidakfungsian pertahananlah yang membantutkan usaha Arsenal berbanding fungsi di bahagian serangan yang nampak takde masalah dengan bakat yang mencurah2.Kite boleh score 6 ayau 7 biji gol tapi apekah maknanya jika di akhir perlawanan keputusannya kite bolos 5 gol.



Kite mungkin boleh dijadikan bahan lawak dan jenaka dalam EPL jika keadaan ini berterusan.Mengikut prestasi semasa Tidak ade mane2 team yang mampu melepaskan pendahuluan sesesa seperti semalam.Jika Wes Brom atau Stoke sekalipun pasti akan mengawal possession, membuang bola dan memilih jalan selamat.Itulah yang tak ade pada benak pemikiran player kite yang asyik2 di'brainwash' dengan perkataan stylo,joga bognito, beautiful football dan sekarang dah nampak beauty fool nya.Kadang2 kita tidak perlu menjadi stylo untuk menang cukuplah sekadar smart.Pasti ade yang kurang setuju tapi maksud aku di sini style perlu diimbangi dengan smart "smart + style = smile" =) kan! kite yang akan gembira akhirnya..tbe2 otak aku merencanakan formula ni,boleh menang nobel kah?huhu



Fabregas yang dipasangkan dengan Denilson musim ini jarang memberi perlingunan kepada pertahanan seperti mana yang diharapkan. Wenger mesti secepat mungkin mencari formula terbaik sementara menunggu bulan Januari tiba.Denilson seperti masih belum bersedia.Kalau dahulu Flamini ada di segenap padang bagai lembu gile menyondol mane2 player yang tak sama baju dengannya, kini tiada pendekatan itu dalam player2 Arsenal.Denilson dan Flamini adalah 2 jenis pemain yang berbeza.Fabregas jugak season nih masih terumbang ambing seperti mencari2 dirinya, dibayangi dengan prestasi awal musim lepas dgn 5 ke 6 gol berturut2, kini fabregas bagai merindui Hleb.Tidak terkejut jika masanya telah tbe ketika die mulai rasa bosan. dan mengemas barangnya.Mintak simpang.Tapi siapa yang perlu dikorbankan antara mereka berdua denilson atau fabregas, anda sudah tahu ape jawapan wenger.

Walcott dan Nasri, kelajuan dan kelincahan tak perlu disangkal lagi, tapi sejauh manakah mereka membantu pertahanan ketika diasak lawan, ya mereka tracikng down, tapi hanya sekadar mengejar tapi merampas semula pengusaan bola? jarang bukan? kalau macam tu, Sagna dan Clichy diberi tanggungjawab berganda season ni nampaknya. Kite jaringkan gol melalui set piece semenjak 2 menjak nih tapi kite jugak tak tau rahsia untuk mempertahankan set pieces yang memerlukan komunikasi dan kerjasama yang utuh dari satu pasukan.Tinggalkan Almunia bersendirian,malam tadi die nampak bagai tak mampu save satu attack pun, kalau masa berlanjutan lagi 3 minit mungkin Arsenal bakal kalah. Ketidakupayaannya untuk mengembalikan semangat yang hilang selepas gol bentley membongkarkan ketidak profesionalisme kerana die bagai diigaui mimpi buruk sepanjang perlawanan.Defence Arsenal tak boleh selamat dengan keeper yang tak ade keyakinan pada diri sendiri.Die beberapa kali beraksi ok dan agak cemerlang dalam beberapa match seelum ni tapi di saat2 match besar, rakan2 teammates mengharapkannya, die sering menghampakan.Almunia perlu cari konsistensi dan kekalkan ke gear paling tinggi jika mahu terus berada di tgh gawang.



Yang boleh diambil positif dari match semalam adalah RVP.1 through pass yang smart dan style, smile..2 assist dan 1 gol membuktikan die bakal hampir kembali ke prestasi sebenar dengan harapan agar tidak ada lagi kecederaan yang melanda.Namun simpati kerana usahanya tidak dihayati oleh rakan2 lain. Rekod buku pesakit klinik panel menunjukkan RVP sentiasa dilanda kecederaan di saat2 die mula form dan menjaringkan gol,assist, dan menjadi org penting dalam pasukan.RVP adalah player yang sempat berguru dengan Henry dan DB10 semasa zaman awalnya jadi diharap player seperti Bendtner, Adebayor dan Walcott dapat belajar dari pengalaman dan RVP sendiri terutama dari segi memilih option.Sama ada ko ambek peluang tu dan rembat atau ko patut beri peluang pada org yang lebih berpeluang..Decision making sangat penting terutama bagi walcott.Sebenarnya awal2 kite dah nampak masalah ni timbul dan ianya pasti berlaku. Match malam tadi hanyalah salah satu daripada 'hari-hari' yang bakal dilalui itu.Jadikan pengajaran sahaja..

Akhir sekali bersempena dengan tajuk..mengapakah kite perlu rasa bangga bahawa kita sayang kelab bola sepak Arsenal FC dan akan menjadi peminat sejati? Buktinya sudah jelas terpampang dan dah terang lagi bersuluh.Hanya Arsenal sahaja kelab bola sepak yang menjanjikan satu perasaan emosi yang sukar dijangka, satu kegilaan kegembiraan dan kadang2 dalam sekalip mata boleh berubah menjadi satu kesedihan yang amat dasyat atau sebaliknya.Hanya Arsenal sahaja yang mampu memberikan anda jalan cerita yang menarik seperti anda meyaksikan perlawanan bola sepak sama seperti mana anda menyaksikan filem aksi.Hanya Arsenal yang menaikkan hormon adrenalin kite sebagai manusia biasa.Itualh bertuahnya anda menjadi penyokong Arsenal kerana perasan2 dan emosi ini tidak dapat dirasai dengan team2 lain yang jalan cerita mereka sangat dull, jika score menang, jika bolos kalah..Sebaliknya dengan Arsenal, anda perlu menonton setiap minit hingga tiupan wisel penamat untuk merasai kenikmatan menyaksikan permainan bola sepak itu sendiri.Ayuh bangkit bagai burung phoenix, landasan masih panjang, kite hanya tergelincir, mekanik boleh membaikinya, kita pasti sampai ke destinasi tapi masanya sahaja tak tentu bila..Bukan tanggungjawab pemandu2 sahaja, malah penumpang2 juga perlu memberi kepercayaan..Jika anda yakin, anda boleh berhenti di stesen terakhir, jika sebaliknya, sedih untuk melihat mereka yang turun di tengah perjalanan ini..We Are Arsenal!!


Mana profesionalisme dan kematangan?


Simple..kite tak ade leader.Kite tak ade Adams, Viera, Henry atau mungkin Gilberto sendiri untuk step up agar rakan2 saling memandang, mendengar dan bertindak ikut role model di tengah padang.Gallas yang ade sekarang pun kadang2 umpama kapten sekadar boneka.Takde orang yang boleh membimbing kepala budak2 muda nih, mungkin kerana lawannya ialah 'tottenham' mereka x ambil pusing dan semacam mahu showboating , perasaan nafsu muda tu yang ingin asyik dok mahu mencuba sesuatu bende yang baru menyebabkan Clichy cuba menari2 tarian ala racaca kemudian ter'slip' dan dari situ berpuncanya turning point.

Benci untuk menerima hakikat bahawa Spurs bakal menggunakan ni sebagai satu batu loncatan atau turning point bagi season meraka.Bagi Arsenal, Wenger tak boleh dilepaskan begitu sahaja.Kite bagaikan tak akan clean sheet untuk sepanjang season lepas ni. Even 2 gol pun kite masih belum selamat, kite tak mampu mempertahankan jaringan. Ini bukan kali pertama dan bukan kali terakhir jika Wenger tak sedar2 dan player tak ubah perangai..4 gol bolos di Emirates adalah suatu yang tak boleh diterima akal. Kami sebagai fan Arsenal begitu rasa dipermainkan dan diperbodohkan oleh kegoblokan pemain2 yang tak matang langsung ditunjukkan terutama bagi player2 yang menggelarkan diri mereka pemain profesional.

Mana profesional nya jika lawan mampu kembali dari ketinggalan 2 gol, ops..dibetulkan...lawan yang sampah takde harapan nak menang plak tuh..mane profesionalnya jika bende yang same berulang kali tapi tak dek satu mende yang dijadikan sempadan mahupun tauladan jauh sama sekali..mana profesionalnya jika Seorang player boleh tersenyum2 riang riak bangga tanpa menunjukkan sket rase fokus, bagai dicampakkan di tgh padang hanya untuk menghabiskan masa dan menuntut gaji..mane profesionalnya jika manager sendiri yg dah berpengalaman tapi taktikal macam budak yang tak amik UPSR...Dari segi teknikal, Wenger dah nyata out sama sekali untuk malam nih.Die dan gallas selaku kapten gagal memotivasikan pemain2 agar memberi fokus, Tak dapat dipastikan dan disahkan ape reaksi Gallas dalam bilik persalinan tapi ape yang akan dikluarkan dari mulut wenger pastinya suatu yang basi, skrip yang sama langsung tak pernah nak menyalahkan diri sendiri.

NYata Arsenal tak kire manager dan player nya telah hilang plot pagi nih.Bagi peminat bagai suatu mimpi ngeri dan tak boleh dipercayai.Berapa kalikah tragedi2 seperti ini dimestikan terjadi supaya mereka dapat benar2 faham erti kematangan,profesionalisme dan winning mentality?


Pre Match : 4-4 Bila Nak belajar?

Sekolah tinggi bertingkat2 bodoh melantun2.. Itulah yang perlu diucapkan kepada barisan muda Arsenal yang melepaskan peluang emas merapatkan kedudukan.Kalau dengan mentaliti team macam nih, Arsenal takkan menang liga.Bangang, dan tersangatlah bangang..semasa Song dimasukkan dengan senyuman ala2 konfiden menang ratu cantik, i mean wut the hell,wut's wrong with you guys??!! match belum habis mase ade lagi 3 minit ..dan Clichy, sekali lagi ape ko buat???? baru jek aku puji ko sebagai manusia luar biasa, dan ko memang luar biasa tak makan saman tak telan dek ajar, Apsal ko ulangi kesilpan bodoh tak ingat ke peristiwa St Andres season lepas. 4-3 then Arsenal kemabli cuak, aku tak yakin..risau, gelabah , nyata tekaan aku ada asasnya, di saat arsenal perlu menyimpan bola, Fabregas, Eboue Diaby Ade Denilson sebuk nak buang bola, aduiyaii.. Weih, Main simple football tak boleh ke? seminit jek pls lahhh... 2 mata hilang, 2 mata yang tersangat2 penting..bodos..!!! Almunia , sekor lagi punca yang kene sumpah seranah, tahun lepas hero dalam match yg sama tahun ni villain.. Ape kejadah tido, Nasib baik Astro rosak 1st 20 minit kalau tak idup aku tersaksikan gol paling buruk hodoh dari tali barut arsenal yang tak kenang jasa bentley.Sia2 tungkus lumus RVP , 2 assist, 1 through pass yg smart dan 1 gol... sumenye dikecewakan dibelakangkan rakan2 sepasukan yg berjuang d tgh padang.Jangan overkonfiden, try laa belajar dari org2 berpengalaman sket.. adoi.. Itulah wenger, malas aku nak ulang lagi, pengalaman!!! Silvestre punya pengalaman tak boleh pakai sebab die duduk bench kat manU, baru jek tadi nak bangga jadi regu dengan Gallas score same2, alih defend bolos 4 gak.4??? kat Emirates??!!! Tak leh diterima akal..bolos 2 gol dalam mase 5 minit last? br lawan team bawahan!!!! 2 mata dicurik sekelip mata!!! arghhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! korang hutang waktu tido aku!!


Selasa, 28 Oktober 2008

Pre Match : Musuhi Jiran Anda!


AMARAN!! Posting kali ni berbaur negatif dan penuh dengan caci maki.Segala ketidak selesaan amat dikesali dan anda telah diberi amaran.

Orang dulu2 kate berbuat baiklah pada jiran anda seperti mana jiran anda bakal pindah besok.Pepatah mane tah aku cilok nie pun aku tak tau bedal jek kut.Hahaha. North London Derby, Perlawanan yang sgt ditunggu2 bagi semua peminat Arsenal terutama yang merasai bahang pertembungan antara 2 jiran rukun tetangga utara London , Arsenal bertemu Tortoise aka Tottenham Hotspur.Seperti mana yang kite ketahui, Spurs telah pun memecat Juande Ramos, (ape ke bangang? dari pada zaman glen hoddle, jacques santini, martin jol, Juande Ramos.. manager2 nih pegang kelab lain ok jek, pegang kelab sampah sarap nie semacam badi) sekarang diganti dengan si tua harry redknap? Kahkahkahkah setahu aku Harry Redknap nie sesuai untuk team2 yang tgh battle untuk relegation jek, so memang patutla ko masuk spurs elok2 duk kat pompey.Sekarang Tony Adams dah jadi bos besar kat Pompey, Adams akan gunakan faktor Arsenalnya untuk tumbangkan Liverpool minggu nih.

Berbalik kepada Spurs, mengapa aku begitu anti dan cukup benci dengan team nih mengalahkan aku benci small three yang lain(takde istilah big 4, arsenal jek big,kerek tak??) Bukan ape, team nih adalah jiran yang tak tau malu, yang mencanang2kat media bagai mereka akan menguasai dunia setiap kali musim baru bermula, media sering memperbesar2kan team yang takde sejarah, konon nak cipta sejarah lah ape lah itulah inilah, akan singkirkan Arsenal lah, akan dapat no 4 la, mencabar kejuaraan liga lah dan macam2 lagi ayat besar kepala,kerek.Walhal team mereka hanya dibarisi oleh pemain2 yg average kalau ade name pun adalah sisa sisa kelab2 besar yang dikutip, konon cuba meniru arsenal mengetengahkan talent tapi tak reti nak mengembangkan bakat, mane pergi Bale, Jenas, Lennon, O hara.. bandingkan dgn sistem youth arsenal, tak perlu cakap laaa tulis list kat sini pun tak habis, tengok Walcott saje sudah, Batch yang keluar lebih kurang sama tapi lihat hasilnya? Walcott jauh mendahului.



Konon mereka nak rebuild team, jual macam2 segala bende dari Robinson, Chimbonda Malbranque Pastu 2 top yg tak top sgt pun kasik jual barbie dgn kean..dah la tu jual produk yang rosak, sian liverpool dan man u tertipu. Hasilnya skrg, pembelian paling tak berbaloi(dah la beli musim lepas? musim lepas?? 16 juta?? baik beli Henry) ape kejadah Darent Bent jadi top striker? camni nak menang liga, jgn kate menang liga nak duk kekal kat primer league pun belum tentu.Siapa lagi? keeper tinggi? bajet power la Heurelho Gomes.Aku masih igt waktu arsenal kalah lwn PSV bukan main kembang idung lagi keeper die nih, sekarang, mostly gol2 yang bolos adalah blunder Gomes.Hamek ko! Err..sape?King? King of sakit? Woodgate? lawak antarabangsa bile Woodgate dikaitkan dgn arsenal januari lepas oleh media, saje nak wat gempak konon die lebih pilih spurs dari arsenal.. Podah. berita picisan, Woodgate yg sekarang tak layak dan bawah taraf dari Djourou mungkin.arghh ramai lagi, malas nak sebut player2.. buang mase. sebut player2 yang die beli season ni dah la.Luka Modric??kahkahkakahakaakakahakah hark tuih. Padan muke ko pilih Spurs.Tapi wenger dah pun buat pengakuan die tak mo beli modric pun, nie pun satu kerja dari media la nie duk gembar gemburkan kasi harga lagi mahal.Modric nie langsung tak nampak kelibat die, tak berhasil, jauh sekali dgn prestasi antarabangsanya, mungkin nie jugak yg menyebabkan crotia agak merudum selepas euro.Modric hanya tinggal LUKA di hati.Dos Santos? siapa? kite ade Vela laa weih..jauh 10000x lagi power dari si ketot yg berlagak tuh.Nape aku kate berlgak, cari post aku beza antara santos dan vela, korang akan tau hati busuk dos santos. Pavalycaangkul jual cakui jek la..Macam terdesak, nak beli arshavin , tak dapat, alih2 beli sorang nih janji russia, sengal la spurs.Elok laa pecat ramai2 satu gerombolan dari Juande Ramos , penolongnya Poyet, dengan Comolli, director of football.Argghh tension.. geramm .benci gile aku teringatkan kekalahn 5-1.bagi diorang umpama menang world cup takpun UCL kut.siap buat t-shirt "w5mbe1y" Sengal tak?? poyo nak mampus..

Kerana macam2 perkara itulah rivalry antara arsenal dan Spurs tak pernah lekang dek drama2 dan kontroversi. Tapi kalau Spurs relegate season depan, memang sangat2 menarik tapi tiada lagilah si jiran yang mengumpat2 di tepi pagar bermulut becok, berlagak dengan 'perabot' baru hanya menungu mase untuk mulut dicili.Itulah Spurs, sentiasa memberikan senyuman atau the last laugh kepada peminat2 Arsenal kerana pertemubngan kedua2 pasukan ini, Arsenal jarang sekali yang keluar hampa..Rekod menunjukkan 19 atau 20 match liga kalau tak silap aku, kite masih gagal dikalahkan.Jangan bermimpilah Harry Redknapp mampu menjelmakan kemenagngan di Emirates awal pagi nanti.Penyokong2 Spurs lebih dari mengigit jari, ibu jari kaki mungkin.Ade tak penyokong spurs di Malaysia? kalau ade pun yang tegar hanya boleh dibilang dengan sempoa.

Dah,cukup la sembang pasal spurs.kalau nak kutuk berbakul2 beratus2 posting tak habis.Ape yg aku tulis di atas hanyalah perasaan bawah sedar dan nafsu marah serta benci.Kali ni,kite rasional tumpukan pada Arsenal pulak.Seperti mana Ahad lepas, Wenger berkata star ata matchwinner tak semestinya starting lineup jadi die mungkin akan membuat rotation lagi.Ahad lepas Adebayor dilepaskan dari bangku simpanan memberi impact yang besar, mungkin kali ni Wenger akan mererahtkan beberapa player yang perlu.Mungkin Nasri yang kurang efisyen bakal memberi laluan kepada Diaby.Denilson yang beraksi setap match sebelum ini sebelum dilanda kecederaan belakang,dilaporkan telah fit untuk diturunkan begitu juga Toure.Namun Toure masih perlu diberi perhatian kerana Wenger tidak berani mengambil risiko atas player yg penting bg arsenal untuk season nih.Jika Denilsonkembali adalah kejam dan tidak adil kepada Song yg baru nak bertapak tapi itulah bola sepak.Yang merisaukan adalah Gallas dan Silvestre.Sagna mungkin diturunkan selepas beraksi di minit2 terakhir di upton park.Ini bermakna sama ade anak emas Eboue atau Walcott diberi tanggungjawab di seblah kanan.Clichy? tolong check same ade die ni manusia atau makhluk asing! keupayaannya bermain dlm setiap match3Arsenal dan berlari tanpa rasa penat berada di mana2 penjuru padang adalh suatu yang menakjubkan.Player yang sgt2 konsisten dari musim lepas.



Almunia plak semenjak 2 menjak ni superb plak lepas kali pertama dapat arm band.Ingatkah anda penalti keane yang diselamatkan season lepas, yg hampir2 memberi kemenangan pertama Spurs kat emirates plak tuh.Almunia adalah wira hari tu, dengna Bendtner yang masuk tak sampa 10 saat dah score dgn tandukan helang 1st touch.ohhh saat2 indah akan berulang pagi nanti.

Jadi jgn lpe saksikan jam 355 channel 812!!! Mari melayan jiran dengan layanan paling teruk yg mereka tak pernah jangka.

Aku nak.. Arsenal 6 Spurs 0!!


Isnin, 27 Oktober 2008

Post Match : Terima kasih ludacris..



Kenapa penyanyi hip hop ludacris yang diberi ucapan terima kasih? Bukan kah beliau yang menjaringkoan gol sendiri malam tadi memecah kebuntuan ketika player2 arsenal semacam hilang punca hilang akal buntu ubuntu untuk menembusi Robert green yang kebal.Hahahahaaha itulah Julien Faubert, aka Ludacris.. sebijik gile muke, membuatkan aku terguling2 terbahak2 sewaktu menyaksikan die termangu di depan gawang sendiri.

Ya menang ,namun match semalam pada mulanya agak hambarudin. Aku cukup pelik dengan taktik yang dibuat oleh Wenger, starting line up yang entah pada aku berpikir balik, betulke Wenger nak menang kat sini dengan team macam nih? Midfield tersangat2 lah muda dengan tak seorang pun player midfiel lebih dari 21 tahun.ape ke jadah.Walaupun Song nampak agak reliable kat tgh tu tapi die tak mobile, pergerakannya agak terbatas ketara KELAMbatannya berbanding dgn corak permainan pantas arsenal.Namun malam tadi die melakuan tugas dgn baik sebagai DM.Cuma kalau inilah barisan tengah yang diguna pakai, Arsenal agak sukar untuk mencabar kejuaraan kerana bagi aku agak nampak seperti suatu yg tak kene, suatu yang tak cukup..mungkin sorang lagi player yg established kalau dibawa masuk januari ni mampu mengubah situasi semasa, tapi kite semua tahu kedegilan wenger dan kalau dibawa masuk pun player yang masih gile2 remaja yang di'sign'nya.

Mengapa tidak cuba mengguna Diaby di tgh2 alam bersama Fabregas? Aku ingat kemunculan Diaby menggantikan Song tapi alih2 Wenger tetap nak mamat panjang nie bermain di luar posisi , wide di sebelah kiri menggantikan Nasri.Kemudian Adebayor menggantikan Walcott? what the hell, sekali lagi aku igt die mau tukar itu bendtner yang langusng merapu meraban tak mencabar Robert Green tapi nice assist. Tapi kali ni Wenger betul,bernasib baik, percaturannya mengena.Kemasukan Diaby memberi ruang kerana West Ham dipaksa keluar dari posisi setelah persembahan nasri yang agak di bawah kemampuan sebenar.Adebayor? hahah..aku benci nak cakap tapi apakah aku atau kite terpaksa merindui kelibatnya semasa die tiada? Adakah perasaan kite semalam" bila la adebayor nak masuk ni?" hahaha, selama nie aku agak kuat mengkritis aksi warganegara TOGO nie tapi semalam kredit kepadanya kerana masuk di saat2 Arsenal hilang taring dan mengubah perlawanan.Impact player dari bench, Kalau camnih ko duduk kat bench je la jadi super sub , boleh? hahaha.. masih sempat aku mengkritiknya..

Ape2 pun malam tadi memang nasib tak menyebelahi RVP yang beberapa kali cuba membolosi Robert Green.Si Hijau nih memang suke bertemu arsenal kerana sentiasa ade jek save2 yang di luar imiginasi manusia dilakukannya.Tapi kalu free kick lencong tu masuk memang superB la orang cakap.Defend? Eboue duduk diam2 kat RB tak bnyk buat kacau, kemas, Clichy kurang overlap mungkin Wenger mengarahkan lebih banyak memakai Walcott.. Alien dan Gallas? Betul kate Keseuma Dewa, tak serasi.Silvestre yang lembab beberapa kali hampir dimalukan Bellamy.Nasib baiklah Almunium agak ringan badan2nya semenjak 2 menjak nih, kerja nak melayang jek.Dapat surat layang dari Capello kah?

3 mata penting, kekalkan momentum, aku baru lepas usha DVD season review 07/08, sungguh sedih dan ape yang aku nampak setakat match semalam, kite masih belum mampu kembali kepada prestasi tahun lepas terutama di bahagian tengah.Sebenarnya nak taknak kite terpaksa mengakui kite kehilangan dan merindui kelibat gelecekan Hleb dan sifat bossy Flamini yang beramain ala2 seladang gile.Harap2 penilaian aku salah dan Arsene Wenger mampu merencanakan formula dan bahan2 yang sedia ada kepada satu resepi kejayaan. Next target.SPURS!!!! aku tak sabar2 nak tengok team poyo nie kene belasah, baru tukar manager, menang, igt hebat la, sume tu kurafat dan kepercayaan karut.Letaklah Jose Mourinho atau Kaka sekalipun Spurs tetap sampah!


Malam yg panjang...

Semestinya semuanya bergumbira dengan berita kemenangan Arsenal yg begitu mengesyiokkan..Adeebayor muncul wira sekaligus menamatkan riwayat West Hamster semalam yg menyaksikan Almunia bertindak pintar sebanyak 2-3 kali..Kelibat Song Bilong juga semakin menyerlah di mana dia agak idela bermain di bahagian DM..tp speed je kureng skit..

Namun begitu, apa yg mengusarkan aku, semalam kita lihat mereka jarang menggunakan Walcott dan lebih kepada gerakan tgh yg aku rasa kurang seswai bg Arsenal..Kalo dilihat dulu2 (zaman Henry), Gerakan mmg bermula dari tgh tp akan diikuti dengan Flank dan kemudian striker..Namun semalam agak ganjil kerana serangan semuanya bermula dari tgh..

Apa yg merunsingkan aku adalah jika corak permainan ini dipraktikan ketika menentang big team spt Manyur, CEKshe, DAN KolamHati(liverpool), semestinya kita leh ranap..Aku masih kurang yakin dgn barisan pertahanan dan tgh semalam yg dikemudi Gallas..Kombinasi Alien bersaudara ni nampak cam x serasi..

Apa2pun, pokoknya kita menang semalam dan semestinya kita harapkan prestasi ini konsisten..Sama2 lah juga kita nantikan kemunculan DUDU(Edurdo) dan KIKI(Rosicky) bulan Disember neh..Cayalah...


Ahad, 26 Oktober 2008

Harimau MALAYA ke??


sumber gambar: Utusan Malaysia, 26 Oktober 2008

Rentetan dari luahan rasa G&R..Aku pun bersekongkol dan bersekepala dgn apa yg beliau katakan..Bagi aku, kita mempunyai sebilangan pemain yg mampu menunjukkan prestasi yg lebih memberangsangkan dari semalam namun taktik yg merapu dan pemilihan pemain yg ntah ape2 sedikit sebanyak mempersoalkan kebolehupayaan Sathia selaku jurulatih bola sepak Malaysia..

Jelas kombinasi Hairudin Omar dan Safei Sali di bahagian atas seperti mentadak mahu bertelur..Kejap telur mahu keluar, kejap telur masuk balik..What the hell..Dgn corak hantaran jauh yg tiada penyudah, kelibat pemain seperti Irwan Fadli Idrus & Hairudin langsung x memberikan apa2 impak pada Malaysia.. Syukor Adan yg separuh masak dan Indera yg tampak tenang tp useless juga akhirnya..

TGH semalam ku rasa seperti kosong..Nasib baik Vietnam x reti nak menyempurnakan kesempatan tue..Kalo Singappre, Thailand , Indon..aku rase Kite dah kene Belasah semalam..Nama Pestabola Merdeka tp Corak permainan..X merdeka langsung..Player-palyer Mlaaysia kita ni x tgk langsung ke EPL..

Aku x slahkan pemain seratus peratus..Bg aku, pemain yg bertungkus lumus namun pemilihan pemain, formation dan gerak tunjuk, semuanya datang dari Jurulatih..Kalo Azrai Khor boleh bermula dgn sebilangan pemain piala president dan seterusnya mencorakkan perlawanan manarik yg membawa kedah menjulang pelbagai piala, Mengpa Sathia yg pada hemad aku seperti Hilang arah tuju..Arahkan player ke sana sini tanpa tahu apa kelebihan dan kekurangan playernya..

tUrunlah Sathi sebelum terlambat..Azrai Khor sewajarnya diberikan mandat ini..


Sabtu, 25 Oktober 2008

Siapa lauk?


Aku dah cakap..jangan suka melaukkan orang(menjengkelkan bile baca tajuk), baru menang sikit dah lupa mana bumi dipijak,last2...??? the same old story goes around again..malas nak komen.. Bile la nak insaf..Mungkin ade org yang akan hentam aku tak patriotik..~bukan kite tak cinta, tapi cintaku dipermainkan~


Pre-Match : West Hamster vs Gunners


Mengapa West HAmster, kalau diteliti yakni diamati bukankah muka managernye zola seperti hamster..isk3 tak baik kutuk cptaan tuhan tapi ada benar laa sket, kecik2 katik2..heheheh.. jangan marah aa penyokong chelsea yang buat2 sokong chelsea.Rata2 apabila ditanya dan2 fan chelsea nie yang selalunya lalang, depa akan membidas" ek eleyh...aku sokong chelsea sejak zaman zola laaa.." skrip yang perlu dihafal jika anda peminat chelsea.hahah. Tak kre lah chelsea ke tak chelsea, zola ke zohan ke yang penting taktikal zola dikuburkan malam esok. Diakui zola adalah seorang legend EPL dan manager yang bagus mungkin, tapi pemain2 nya adalah cukup mengecewakan, bagilah siapa2 manage pun, west ham hanya layak bertanding di kelas pertengahan dengan pemain2 yang sedia ada.Ops jangan memandang rendah, lupakah anda hal siti? tak..tapi ini kenyataan. Bukannya kita mau berlagak mendabik dada 'memperlauukkan' org lain( baca kosmo 2 3 hari baru2 ni, kdg2 jelek) itu semua berlagak tak bertempat..tapi harap'mereka' itu berjaya malam nih. Untuk malam esok, aku bukan mendabik dada,itu adalah logika. Tapi ape2 selain dari 3 mata buat player arsenal adalah suatu yang sukar diterima akal.Beza tak antara berlagak dan optimistik? ahahaha kalau tak nampak mintak Bean ajar.

West Ham merupakan pasukan badi seangkatan Bolton buat arsenal dalam 2 3 musim lepas tapi segalanya di hapuskan season lepas.home away kite menang..Kesian kulihat Ljungberg beraksi menentang pasukan lama dan diperbudak-budakkankini tiada lagi Ljungberg yang ditamatkan kontrak entah ke mana. Dulu mase diorang br sign mascherano dan Tevez aku ingat West Ham bakal jadi pesaing, memang pesaing pun tapi pesaing di untuk kekal di premier league.Musim lepas mereka agak selamat di pertengahan, musim ini? Setelah menggantikan akan curbishley zola menikmati 2 perlawan pertama dengan kemenangan dan merasai nikmat kekalahan dalam 2 perlawan terakhirnya.Jadi untuk meletakkan nombor yang lebih cantik dalam buku reok atau resumenye nanti, arsenal perlulah meng'hattrik'kannya.

Yang merisaukan Arsenal pada ketika ini ialah di bahagian pertahanan, agak rapuh sejak 2 menjak nih.ade jek bolos..mule2 tu dah cun clean sheet jek.Ditambah parah pule dengan prestasi pancit turun naik Gallas yang hisap rokok, Toure yg ang terseliuh bahu dan Bacary Sagna yang sakit lutut, Arsenal nampak agak goyah di barisan belakang.Tapi Wenger dalam press conference nya memberi moral boost buat penyokong dan rakan seapsukan dengan mendakwa Gallas dan Toure fit untuk diturunkan manakala Sagna hanya berpeluangkecil untuk diturunkan yang pada aku memberi isyarat wenger tidak akan berani mengambil risiko ke atas bek kanan france itu.Jadi Eboue mungkin bakal diletakkan di posisi asalnya RB manakala gandingan Toure dan Gallas nie tak pasti lagi.Tak brani nak jamin sebab isu terbaru berkaitan gosip panas bara rokok yang masih hangat lagi, mungkin Galas akan didropkan sebagai hukuman atau langkah pengajaran tetapi meletakkan song di tengah CB belum cukup meyakinkan.Kerana Song dilahirkan untuk menjadi DM yang suka naik ke atas pada azali dan jika kite amati die sering kali terperangkap denagn pergerakan lawan , timing yang salah dan memerlukan tunjuk ajar oleh otai2 di seklilingnya jika bertindak sebagai CB, gagal membaca taktik offside rakan, itulah song di CB.

Siapa pula otai2 yang diharapkan di sebelahnya? Silvestre?? selepas die menjaringkan gol sendiri hari tu pasti ade yang mencela dan mencaci man u dah hantar tali barut, hantar spy untuk memuusnahkan Arsenal..hahah.. kite bagi die mase, perlu diingat dah berbulan2 die tak main bola sepak secar kompetatif, Tup2 alih2 ramai2 injured sekali bundle.Maka terpaksalah digunakan segala kudrat dan keringat yang ada pada silvestre, mule2 ampak kegopohan tapi lama kelamaan beliau berjaya menenangkan diri dan ikut flow Arsenal.Jadi ape salahnya Arsene Menggunakan khidmat Djourou, menggugurkan Johan ketika Johan sedang form di pra-musim adalah sesuatu yang kejam dilakukan Wenger.Johan-Gallas adalah satu gandingan yang agak stabil jika dinilai tetapi demi meberi peluang pada Toure kembali beraksi JOhan diketepikan dan baru2 ni injured tapi dah kembali pulih.Jadi ape salahnya dengan memberi peluang kepada gandngan Toure-Johan plak.Sanggupkah Wenger menggugurkan captain in crisis Gallas.Gllas nyata jiwa kacau sekarang, teringat aku Sol Campbell, ironinya..Sol Campbell berjiwa kacau setelah Arsenal kecundang di tangan West Ham jugak di higbury pada season 05/06.Campbell meninggalkan stadium terus di separuh masa kedua dan terus hilang berminggu2 mencari ketenangan.DAn apabila pulang, Campbell kembali konsisten dan membantu arsenal kekal di tempat ke4 dan hampir menjadi wira Champions League Arsenal, menjaringkan gol pendahuluan di Stade de France.Mungkinkah Gallas perlu melalui jalan hidup yang sama? Cukup beranikah Wenger? Did he has the balls??heheh

Seorang lagi berkas pertahanan Arsenal ialah Mathew Upson yang bakal berdepan Adebayor dan RVP malam esok.Upson kini antara CB england di belakang terry ferdinand campbell.Arsene Wenger berkata die memang berhasrat nak simpan Upson nie tapi apakan daya, die taklah sekejam itu membiarkan Upson gagal memecah packing order ketika itu Keown dan Adams..Ramai lagi sebnarnye yang senasib dengan upson seperti muamba, larson, bentley, mereka ini punya bakat tapi sayang bukan ditakdirkan untuk menabur bakti dalam skuad utama arsenal.Lucas Neil sebagai kapten west ham mungkin berdepan tugas sukar menghadapi serangan segenap penjuru tapi jika devenport dan Ilunga mampu menutup ruang walcott dan nasri, peluang arsenal untuk mnyerang ikut flank agak terbatas.Tetapi rajapenalti stopper si hijau adalah satu name yg cukup besar dan kalaulah die bermain di kelab besar pasti reputasinya lebih gah,Arsenal pernah seringkali dikaitkan degan Robert Green namun khabar tinggal suratkhabar lame.Di tengah, zoa mengharapkan percaturan Mat Etherington Scott parker dan Faubert.Tapi Arsenal boleh berhat sedikit dengan mark Noble dikhabarkan masih belum pulih dari kecederaan.Serangan West Hamster, gigitan yang kurang menyengat la boleh dikatakan.Dean Ashton pemain tinggi lampai,sesuatu yang cukup boleh mnggusarkan arsenal dalam defending set pieces.Tutup ruang, jangan kasi corner atau free kick bodoh, arsenal boleh terselamat.Cuma Bellamy dan Cole yang perlu diberi sedikit perhatian.Bellamy adalah senjata yang mobile bagi West Ham.Pengalaman dan pengaruhnya mungkin menjadi tunjang untuk west ham kekal dalam liga perdana musim nih.Diego Tristan? bile plak west ham beli, tak perasan plak..huhu

Bagaimana line up arsenal.Di bahagian serangan mungkin akan dapat saksikan seperti biasa gandingan adebayor dan RVP setelah RVP direhatkan keika bertemu Fenerbahce.Walcott dan Nasri mungkin menjamin tempat mereka begitu juga Fabregas.Jadi pilihlah sama ada Denilson atau Diaby?? Adakah Diaby adalah jawapan kepada gandingan Fabregas, pengganti Viera? Diaby punya potensi besar tapi masih perlu banak belajar, Arsenal perlukan seorang holding midfielder yang kukuh dan utuh, tapi diaby nie dah macam share holder la plak, pegang bola lame sgt.Mungkin asyik selalu main out of position.Beri peluang pada Diaby bermain di centre tempat kegemarannya, kerana walaupun Tacklenye sering kali timing tak betul Arsenal perlukan strength untuk cover bahagian tengah dan pertahanan untuk membiarkan Fabregas membantu serangan.Ini kerana sewaktu Denilson, Fabregas yag dilihat lebih banyak defensive, bukanlah denilson tidak bagus tapi agak goyang dan tiada konsistensi. Denilson masih diperlukan tapi belum mampu diberi game yang berderet2 dan berturut2..Player muda nie mase depannye cerah.Atau mungkin jika Diaby dan denilson bukan jawapannya, JAnuary nanti akan tbe player yang berpengalaman siapa tahu, kerana wenger tidak menafikan jika perlu, beliau akan ke pasar nanti.

Pergh..pjg betul ulasan pre-match malam nih, macam match final la pulak.huhuh.sorry ah, lepas geram, lame tak menulis..jiwa kacau, macam Gallas.heheh.Ape2 pun esok, jam 1155pm West Ham vs Arsenal channel astro 812 rasenye.Stream online nanti esok aku post kalo berkesempatan.Selamat bercuti dan beristirehat.


ROKOK! Siapa kantoi sebenarnya Gallas ke Wenger??!!




Gallas kantoi hisap rokok??!!! Wenger marah tapi mengaku dulu2 isap rokok.. hohoho.. Agak kelakar sket entry post kali ini.Nie kerana sebab satu sedutan membawa padah.ahahaa ye ke? heheh. OK ceritanya bermula macam nih, Akhnbar2 di Britain dengan gang2 paparazi papajahat atau papaya telah berjaya men'snap' gambar Gallas bersama isterinya dalam sebuah kereta dengan sebatang rokok di mulutnya.Tetapi rokok itu masih belum dinyalakan! Jadi Wenger tak boleh nak sahkan kesashihan adakah Gallas benar2 perokok tegar atau sebaliknya, tapi ini sudah pasti membuat Wenger bertambah berang bengan dengan kapten dan rakan sepasportnya itu.

"aku tak tengok lagi gambar tu nanti aku usha balik tapi aku betul2 tak suka.Merokok adalah dilarang sekali di Arsenal.Mula2 aku nak jumpe die dan dapat info sebenar"

Apabila ditanya apakah merokok memberi kesan negatif dari segi moral atau kesihatan wenger menjawa"kedua-duanya sekali"

Gallas adalah kapten dan kapten membawa imej kelab,Arsenal plak rata2 dibarisi pemain muda jadi adakah Gallas yang sepatutnya menjadi role model menunjukkan sikap tidak profesional sebagai seorang ahli sukan.Aku pikir tidak patut, lagi2 kerana Gallas sendiri sedang dilanda masalah krisis identiti dan tahap permaianan yang begitu merudum.MUngkin Gallas dari gambarnya kelihatan jiwa kacau yang teramat sangat tapi di sewaktu wenger mencanangkepulanganny beraksi di upton park malam nih, kelua la plak gambar kantoi nie..ayaakk..sudah tiba masanya Gallas didropkan dari captaincy raseny.tapi agak2 beranikah pakcik Wenger melakukannya???

Dalam pada itu bercakap tentang isu rokok, Wenger sendiri pernah mengakui rokok mnejadi peneman menyerap tekanan ketika menjadi coach muda ketika zaman pop eyeh dulu kot.hahah.takla maybe 70an ke 80 an la.Tapi wenger menafikan die merokok pada ketika waktu bergelar pemain.Die mula berjinak2 dan berani mencuba ketika menjadi jurulatih muda dan melihat penolonggnya menghisap rokok di tengok macam layan jek..jadi die pun hanyutla dalam kepulan2 asap..zasss..huhuhu

“Aku tak pernah hisap banyak2 rokok dan tak pernah sentuh mase aku jadi player. Tapi bile aku jadi young coach aku ade sorang penolong nih kaki rokok, so bila jam 3 pagi lepas ko kalah perlawanan,aku mungkin amek sebatang.” pengakuan exclusive Wenger


Jumaat, 24 Oktober 2008

Wenger: Arsenal perlukan sokongan anda!!

Selepas kemenangan ke atas kelab Turkey Fenerbahce 5-2 dengan rata2 purata umur skuad malam tu hanya 23 tahun, Arsene Wenger berbesar hati dan berbangga dengan skuadnya tapi masih belum berpuas hati dengan sokongan dan 'guide' yang diperlukan terutama dari penyokong2 Arsenal..rata2 mereka masih belum mampu mempercayai kemampuan dan kadang2 tidak seoptimis wenger.Bagi aku aku percaya aku yakin dengan skuad yang dah sedia ada tapi yg membuatkan aku bengang dan suke mengkritis ialah masalah konsistensi yang sejak beberapa musim lalu gagal ditangani. Kali terakhir Arsena betul2 konsisten ialah ketika menjulang liga dengan rekod tanpa kalah 49 perlawanan , lepas tu tamatlah riwayat kesan degil.. seorang2 demi seorang star dan player berpengalaman pindah dan bebanan dipikul oleh batch2 generasi muda ketika ini seperti clichy dan fabregas.Ok cukup, dah berapa ulang kali nak disebut tentang pengalaman, korang boleh paham2 sendiri ok..

Wenger bercakap sedemikian ketika mesyuarat tingkap bersama ahli2 lembaga pengarah unutk membentangkan status kewangan dan belanjawan serta men'clear'kan polisi dan masa depan kelab terhadap para tetamu antaranya media dan org ramai. YAng menariknya kemunculan Stan Kroenke sebagai non executive BOD dan duduk di sebelah wenger.Apekah dengan suntikan kewangan dari tycoon amerika nih mampu membuatkan arsenal selamat? ak tak anggap Kroenke akan datang dan menabur duit straitgh atas meja wenger tapi ini adalah sebagai salah satu backup kewangan dan jika Wenger mau, dalam henset die dah ade nombor Kroenke, hanya SMS ON TRANSFER hantar kan ke 32555 tak diterima..hahaha.Jadi adakah akan ade sumabgan derma ikhlas dr Kroenke di jauary transfer.Wenger sendiri tidak menafikan peluang jika Transfer dapat mengubah dan memberi kejuaran kepad Arsenal season ih, Januari adalah bulan membeli belah katenye.

Ok, dalam mesyuarat tu jugak Wenger memberi sebab2 kenapa die begitu ceria seperti rowan atkinson dan begitu optimistik terhadap projeknya dan menyeru agar media dan supporters memberi sokongan yang sepatdutnya kepada pemain2 muda nih. Pertama kerana jika dilihat rekod semasa, Arsenal merupakan antara 4 kelab yang tidak pernah ketinggalan beraksi dalam UCL dalam tempoh 10 tahun berturut2.Ini fakta katenye.Lepas tu, dari segi kewangan arsenal merupakan kelab yang menjana kekayaan dan keuntungan sendiri tanpa perlu berhutang dengan mane2 org atau agensi luar dan semua trafer yang dilakuakan adala h berpunca dari sumber2 yang halal toyibbah.heheh.KIre dari poket arsenal sendiri la, melauli marketing ke merchandising, ticket game ke dan bnyk2 program. Bercakap tdentang program legend arsenal DB10 sempat merasmikan klink bola seak Johan Cryuff dengan kerjasama Arsenal di mane aku lupe plak.Tapi boleh nampak la si Bergkamp nie kal masuk management aku memang nak sgt die bakal ganti wenger kalau PAk cik kite dah bersara nanti.hanya satu perkataan jek buat Bergkamp.LEGEND! Wenger sendiri mengakui Bergkamp bakal menjadi coach yg seempoi dan membimbinag arsenal? why not?!..

DAn sebab lain kenapa Wenger optimistik ialah dari segi corak adunan player2 nya sendiri yang rata2 dibanjiri oleh bakat2 luar biasa.player2 dari serata pelusuk dunia yang berbakat dikumpulkan dan diberi suntikan beberapa plaer berpengalaman..fabregas sekalipun dah dianggap palyer senior arsenal.nampak tak? hebat tu... wenger cakap la tp ade benarnye jugak cume konsistensi. Satu kekecewaan yang bermain di benak wenger adalah kekalahan di Hal Siti.ini kerana kalau mereka tak leka dan meemandang rendah, merak hanya sekadar 1 point untuk dikejar.WEnger menamah juga kesunyian stadium, AKu pun kadang2 tengok stadium Emirates nie penuh tapi agak sunyi beza dengan highbury yang agak compact dan padat. Wenger tahu season lepas telah memberi tamparan yang menghampakan kerana semua penyokong berasa kita semakin hampir tapi agak terkejut jalan ceritanya U-turn dari skrip asal, mungkin season ni penyokong2 tidak lagi agak yakin tetapi Wenger mahukan sesuatu yang positif dan srakan emosi dari para penyokong, dan Wenger juga tak letak target tahun depan tapi setiap tahun adalah sasaran katenye, faktor umur bukanlah alasan.


Seperkara lagi, berita yang pasti ditunggu2 oleh para penyokong Arsenal di luar sana, kemunculan kembali predator, terminator , fox in the box atau panggillah ape sahaja.. Eduardo Da Silva bakal kembali beraksi dalam 3 minggu lagi!!! YAYYYY!!! tak sabar gua menantikan kelibatnya, Dalam bnyk2 transfer season lepas Eduardo lah yang aku memang nak sgt tgk die main, macam setiap kali die dapat bola aku rase macam..pergh.. taknak nampak die wat silap..Depan gol, ratio peluang dgn jaringan memang superb, ade klass.. setiap kali die miss, kedua2 tangan aku atas kepala tak percaya, nie sume reflex spontan.. dari celah2 mane yang tak disangka kan boleh gol Eduardo mampu lakukannya.. itulah Eduardo, satu type player yang lain dari yang lain pernah dimiliki Arsenal. Ingat gol lawan sheffield united?West ham? Manchester City? Sevilla? Saprta parague? semua tu bakal diulang tayang semula harap2nya dengan kemunculan Eduardo. Tapi Wenger menjelaskan maksud '3 minggu' adalah 3 minggu untuk compatative football yakni beliau dah boleh join full training dan training match.Tapi untuk betul2 match fit dan sedia diturunkan mungkin mengambil masa.Xpe Eduardo, kami sabar menanti anda seperti mana anda sabar menghadapi cabaran hidup nih kerana bagi sesetengah player mungkin karier mereka sudah berakhir.Wenger begitu yakin Eduardo akan muncul fresh segar dan 'baru'.Tidak mustahil katenye untuk Eduardo kembali ke prestasi asal seperti dahulu kerana faktor usianya yag memudahkan untuk proses recovery tapi jika Eduardo dah tua terlajak sket mungkin susah baginya atau bye2 pada kerjaya.Apakah ini yang dialami oleh roSICKy ..oh tidak!!! Wenger tidak berani memberi jaminan atas kapten Czech itu dan katenye mungkin akan kembali lepas Krismas.Ape???!!! kali terakhir aku lihat aksinya Januari 29, so aku tak expect ape2 lagi dari player nih kerana biarlah die sembuh betul2 kaw2 baru la beraksi semuala, takde gunenye main cepat2 sakit balik..injured 2 tahun.hampeh.Kami jugak di belakang anda Cik Ros.

Aku bukan cakap Rosicky tua maknenye..tapi taklah terlalu mude, tahun depan 28 kalo tak silap.Tapi yang betul2 dah tua tak lain dan tak bukan bekas Kapten England yang kini bagai barang buangan Tapi masih berharga dari sudut nilai komersil, David Beckham. Beckham kini diancam dan memang kedudukan nya dalam England dah terancam pun sebab kite ade TW7.waa baayangkan kalao kat England die die gelar TW7 bila kat arsenal kekuatan die bertambah 2 kali ganda laa ek sebab TW7 x 2 = Tw14.hahaha mari belajar ilmu hisab bertama siti sifir.Ape Siti2? sensitip tau..bende pelik jangan tegur. OK merapu jap, lame tak menulis.heheh. Balik semula cite pasal BEckham nih, Oleh kerana nak main England , Beckham diarahkan oleh Don Capello agar terus bermain Compatative football tak kira dalam liga mana pun kerana MLS akan mula berehat JAnuary.LAgipun LA Galxy pun bukanlah hebat mana sekarang.Jadi ade ura menyatakan player nie bakal diloankan di MIlan kerana musim lepas Weger membuatkan Fabregas kelihatan sgt2 spastik dalam gambar yang ceria apabila menjalani latihan bersama Arsenal.Musim ni, Arsene Wenger relah menafikan ape2 peluang untuk Arsenal sigin Beckham pada bulan Januari.Tapi die tak menutup pintu untuk Beckham bertandang dan menumpang mandi eh, practice persama arsenal lagi. Tambahnye lagi, RM bukan lah posisi yang perlu diperkuatkan kerana arsenal dah sedia ade Walcott dan Eboue yang boleh memainkan peranan.

So, amacam, panjang tak kali nih?heheh..balas dendam lame tak tulis.ape2 pun kejap lagi pre match west ham pulak.tunggu....huhuhu


Apa yg harus ku tulis..


HUHU..sebenarnyer aku pun x pasti apa yg ingin ditulis..ramai yg nak suruh aku update blog..tp disebabkan kesibukkan kerja skarang, aku agak sukar menulis blog..namun begitu, aku offer sape yg nak aku post pape kat blog ni, just email aku hasil karya / luahan rasa / artikel yg korang buat..pastu aku akan post kat blog ni..Dgn cara ni blog ni akan selalu diUPDATE dan secara tidak langsung korang pun leh luahkan idea dan pendapat korang..amacam?bernas x idea aku..huhu..

EMAIL AKU di : mista_hadee@yahoo.com

Semua artikel / pendapat / post akan aku tapis dulu sebelum aku post..Hantar la banyak2 weih..kasi gegar..

p/s: gambar sekadar gambar hiasan


Rabu, 22 Oktober 2008

Arsenal 5 Fenerbahce2

Pagi yang menceriakan..heheheh..walaupun lagunya agak Istanbulaaa..


Selasa, 21 Oktober 2008

Almunia Chef De Mission, Wenger nak serang serang serang dan terus serang!!




Menambah sedikit coretan kesuma dewa.Rombongan Arsenal yang kini telah berada di Turkey diberi suntikan vaksin semangat oleh Wenger agar terus menyerang dan bermain secara offensive di samping bertahan dengan bagus.Itulah kunci bagi kejayaan untuk malam ini bertemu dengan skuad Quarter final season lepas Fenerbahce. Walaupun skuad bimbingan Arrogant Aragones nih tidaklah begitu cemerlang dalam 2 perlawanan sebelum nie termasuk berada di kedudukan terumbang ambing liga turkey namun player2 seperti samih senturk yang mewarnai euro, kazim richard, Volkan damirel dan pembelian terbaru yang sering dikaitkan dengan arsenal dani Guiza tak boleh dipandang rendah.

Aragones punya sejarah tersendiri secara tak langsung apabila dalam satu sesi latihan antarabangsa cuba melaga2kan 2 pemain Arsenal reyes dan Henry dengan satu klip video menunjukkan Aragones mengapi2kan Reyes supaya "lebih hebat dari monyet itu" yg ditujukan kepada henry, ade teori yg menyatakan itulah punca Reyes sebenarnya takleh masuk lagi sekepala dengan Henry dan mengambil keputusan meninggalkan arsenal bukan seperti yg diwar2kan sebelum ini faktor cuaca , rindu keluarga dan sebagainya. Jadi malam ni Aragones akan dipastikan jatuh tersungkur walaupun musim panas nya agak sempoi, kusangka panas hingga ke petang rupanya banjir di tgh hari..siap la ko aragones, Nasri Walcot dan RVP bakal membuatkan ko pencen lebih cpt, umor dah 70 duk umah jage cucu..kalo ade.

Satu lagi berita mengejutkan, Dengan sepeninggalan Toure dan Gallas, Almunia sebagai palyer paling senior telah diberi tanggungjawab menggalas cabaran sebgai ketua pasukan malam nih. Almunia yang takde cap antarabangsa telah mengetepikan pilihan2 atau suara2 yang mengatakan Fabregas atau Clichy bakal menyarung arm band jika Toure dan Gallas tiada. Nampaknya sistem senioriti masih lagi diguna pakai oleh Wenger, bile la mau tengok Fabregas pakai arm band, Clichy dah pun mengemudi mase pra season training. Apepupun harap Almuniam kebal malam ni kerana arm band bukanlah menjamin kuasa imuniti dalam rancangan survivor..

Arsenal 2 fenerbahce 0.

Hampeh Astro takde live tapi Best gak kalo usha Juventus lawan Real , satu lagi channel tunjuk team sayur ape tah. Streaming online Arsenal di Arsenal TV Online tapi kite rakyat malaysia boleh saksikan di SINI..yezzaa.. 230 am


Arsenal Vs Fenerbahce

Malam ni Arsenal bakal berentap menentang Fenerbahce, satu kelab yg aku kurang pasti kemampuannya..Namun, yg lebih membimbangkan lg adalah kelibat Arsenal malam ini..Adakah En Wenger mahu lg membuat experiment yg bukan2..Dgn lambakkan pemain muda yg promising, Arsenal belum tentu boleh menang dek kerana kelibat dewasa yg ketiadaan..

Mari kita bermula di bahagian Defend..
Player Out : Toure, Gallas, Sagna
Player available: Clichy, Silvestre,Djorou,Eboue,Song Bilong, Gibbs, Gavin Hoyte
Gile seram aku tgh squad yg available malam ni d bahagian defend..Tawakal..

Midfielder..
Player Sakitan: Tiada kot
Player yg mungkin on Bench: Walcott, Ramsey, Wilshere, Randall
Player yg main: Nasri, Denilson, Fabregas, Diaby

Striker:
Yg available: Vela, Persie, Adebayor, Bendtner
Kemungkinan: Adebayor sorang2 kat atas, Persie Rapat ke kanan...

So, Stuktur malam ni aku rase cam gini..lAYANZ...


Ahad, 19 Oktober 2008

keBANGKITan sebelum merana..

Hoho..apa yg kita saksikan semalam lebih kepada percaturan taktik yg terumbang ambing yg cuba dipamerkan oleh Wenger..

1) Kejadahnyer letak Song jd Right Back, Eboue Wing...

2) Adeebogok yg x putus2 mempamerkan Aksi Hambar Jambar

3) Almunia, masih belum boleh dipercayai..

Walaupun menang pada perlawanan semalam, aku melihat keadaan ini sebagai threat kepada Arsenal..Jika corak perlawanan separuh masa pertama berulang ketika kita menentang Pasukan-pasukan Chelsea /Man U / Liverpool, nescaya kita akan dimalukan lebih besar seperti mana Chelsea malukan Middlesbrough..

Namun, ingin aku highlight di sini, aku berbangga dgn seorang mamat yg x putus2 menonjolkan semangat juang dan beliau mmg layak diberikan gelaran dato berbandINg Shah Rukh Khan..Beliau adalah Clichy..Gile punya bagus mamat ni..bagi aku, futured captain Arsenal bukan Fabregas, tp Clichy..Salute lah...

P/S: Bawah ialah gambar kuih BANGKIT..sinonim dengan keBANGKITan Arsenal di separuh masa kedua semalam..


Sabtu, 18 Oktober 2008

SALAH SIAPA?

hAHA..sudah lama aku x bekarya di blog dek kerana kesakian hati melihat Arsenal kecundang di tangan Hull City & hanya mampu seri dengan Sunderland..APA SUDAH JADI? Salah siapa? Jangan cakap korang sume satisfied dgn prestasi Arsenal skarang..Aku pasti semua peminat the gunners keciwa dgn Prestasi squad meriam ketika ini..

Persoalannya skarang, kita mahukan piala dan title kerana tidak akan ada piala atau pingat untuk pasukan yg mempunyai senarai pemain muda yg terhebat..Tidak akan ada pingat atau piala untuk pasukan yg bajet sangat sampai x mahu beli player..Tidak ada gelaran untuk itu suma..Bola Sepak adalah permainan yg unic di mana kemuncaknnya semua peminat bola sepak mahukan pasukan masing memenangi sebuti pingat atau piala yg boleh dibanggakan..

Pendapat aku secara personal, jika musim ini Arsenal gagal memenangi sebarang piala, Wenger seharusnya berubah angin..Dia sewajarnya malu dan patut mengundurkan diri dan mulakan careernya dalam kancah bola sepak internasional (jd manager france) kerana rasanya kelibat pengurusannya sudah tidak relevan untuk kelab gergasi seperti Arsenal..

Arsenal merupakan salah satu top 4 gergasi di EPL dan juga digeruni di rantau Europe..Namun jika prestasi terumbang-ambing dan dibawa oleh manager ini dgn alasan mahu memberi peluang kepada player untuk develop dan tidak optimis kepada senario bola sepak semasa, ini seakan-akan memberi janji kepada semua peminat Arsenal. Janji yg menjanjikan Arsenal akan kemarau Piala..

Bukan hendak mengata tp sudah nyata...Inilah realitinya...KIta gemar disajikan dgn corak permainan yg mantap tetapi kita lupa, yg menentukan sesuatu kemenangan bola sepak ialah jaingan goal, bukan dgn corak tarian atau lentik badan player bermain..APAKAH SUDAH JADI PADA ARSENAL..Player injured tp kenapa Wenger x Awared dgn semua ini,,masih juga membeli player yg kononya promising tp injured spt alien, bishoff..Ape kejadahnya ini...

Tattatkala kelab2 gergasi menyempurnakan kelab mereka, Wenger sibuk menatang anak2 kecilnya yg suatu hari nanti sememangnya akan meninggalakn kelab..HEI, kita bukan SBP (Skolah bErasrama Penuh) @ mrsm yg berfungsi untuk mendidik plajar2 cemerlang..KELAB bola sepak ditubuhkan untuk memenangi PIALA..mEmenuhi tuntutan peminat..Bukan memenuhi keinginan dan pemikiran seseorang individu..

DAH, malas aku nak cakap lebar, same2 la kita pikir sendiri..Zashh..


Meriam sasar tetamu Mak Eton

Malam ini EPL kembali semula setelah 2 minggu sepi dek international break.. Kali ini meriam mensasarkan tembakan kepada kunjungan Mak Eton @ everton aka the toffess.
Everton bukanlah brada di suatu tahap prestasi yang terbaik sekarang nih dengan hanya 1 kemnenagan liga dalam t4 match tak silap aku.Bolos pun dah 10 kali kat home.Nmpak seperti ade suatu tak kene tentang back 4 mereka season ih, alien lescott, yoo jagielka. Meraka juga tampak pincang apabila perancang utama Cahill digantung 3 perlawanan dan harapan pastinya pada Kapten Arteta kawan encik fabregas. Di serangan gandingan Yakubu- anichebe tak nampak keserasian dan tbe2 muncul watak sampingan sampah saha dar man united, entah ape yang boleh disumbangkan kepada player malang niih.

Sampah Man U? apakah juga silvestre boleh diklafikasikan sebagai sampah man jugak, bagi peminat2 man u yang ining myindir arsenal , pantas mereka mngutuk player yang 9 tahun setia bersama mereka, perkataan seeperti sampah, sisa dan saki baki adalah tidak asing pada alien sorang nih.Tapi bagi peminat arsenal, pastinya tak dapat menerima kejadian aneh transfer ni tapi apakan daya itulah eksperimen dari si profesor. Bertenang, relax dan cool dan anggpalah dengan kate2 yang lebih baik dan berhati mulia 'sampah' ini dikitar semula kerana membazir memang amalan syaitan terutama setan merah.. Barang yang dikitar semula tak semestinya barai teruk kerana rama jek yang memakai barangan 2nd hand di luar sana.

So malam ni adalah peluang Alien Silvestre untuk membuktikan die masih berguna dan boleh diharapkan.Gallas dan Johan terpaksa diketepikan akibat kecederaan ketika international,jadi malam nie gandingan Toure-Silvestre menjadi taruhan dan bagi peminat2 arsenal , mari kite saksikan sejauh mane impak gandingan baru ini terutama dalam defending set pieces , kelemahan ketara Arsenal.JIka ini medan terbaik utk singkirkan Gallas ke bgku simpanan supaya die sedar dan dapat reform, gunakan. Sagna juga tak dapat berjuang so aku jangkakan Eboue ke bek kanan malam nih, posisi yang mengenalkan kite pada Eboue asalnya.

Walcott, pemain yang digelar lebih hebat dari MEssi pada usia seangkatannya oleh Wenger mungkin bakal direhatkan.WEnger memberi hint bahawa setelah bermain di MInsk belarus malam selasa lalu, TW14 perlu diberi rehat agar perkembangan fizikalnya tak terjejas. Oleh itu aku membayangkan Fabregas yang bermain dengan hidung yang patah maam ni akan bergandingan dengan Song ,Denilson dianjakkan ke kanan dan kiri Samir Nasri diberi pluang starting line up.RVP yang mengalami kecederaan dengan belanda, (asyik cedera jek) dikabokan 'ok'. Bendtner out inured.so Adebayor dan RVP la kut starting.

berita dari wad: Diaby available for the firs time.~lagu aman shah 'kepulangan yang dinanti' berkumandang.

Ayuh, jangan lupa saksikan Arsenal VS Everton live kul 10pm di channel astro 812.Arsenal 2- Everton telur...


Khamis, 16 Oktober 2008

"Aik, dah habis?"

Huhuhu..aku tak tau nak tulis tajuk ape, dah seminggu tak berblog, kulayankan saja bola sepak antarabangsa.. macam2 berlaku, tapi tak amek port sgt.. yang penting pejam celik2 "Aik, dah habis" macam itu la kite bile tgh menunggu, tak pun tgk cite yang busan kat panggung wayang sambil tdor berdengkur.. YAng tdo2 tu bangun cepat.. Ade tugasan baru plak sambung minggu nih, Semua player dah kembali berlatih di kem Arsenal, mangsa seterusnya.. Mak Eton..err Everton la.

Selain Kelayakan piala dunia yang disertai player2 Arsenal yang kali ni tak bnyk menyerlah sgt, citer di luar padang pun tak banyak minggu nih. Mungkin lebih bnk cite2 gosip ketika mana anda semua berkunjung ke rumah terbuka hari raya atau sanak saudara.Raya pun sebulan, ade lagi umah terbuka saban minggu ek.Wokeh.. kite mulekan dengan kisah cinta, siapa bercinta, bukan Alicia key tapi Alisher Usmanov mendeclare kan dirinya jatuh cinta tak tehrhingga tahap sangap nak kahwin kut kepada kelab Arsenal..ewah3, dan2 jek ko, padahal mau kaut itu untun maa... macam gua olang talak tau lu punya taktik. Usmanov dikatakan tidak sanggup menjual share 24.9% dalam Arsenal kerana tidak ade motif untuk die bercerai dengan Arsenal katenya.. mm mungkin dalam 2 atau 3 musim lagi baru kite boleh lihat betapa pengaruh mamat uzbek nih dalam Arsenal kerana pada ketika itu berkhirnya lock agreement antara BOD Arsenal.Dari situ kite dapat lihat siapa sayang siapa sebenarnya.Siapakah sang pencinta sebenar?

Adakah Fabregas calon sang pencinta anda? Ini kerana setelah minggu lepas menmberi bayangan bahawa beliau akan ke BArcelona pada 'suatu masa' depan yang hanya Hiro Nakamura(Heroes dah makin melalut macam kek hero) n doremon dan mesin masanya jek tau, kali nie Fabregas menafsirkan ape yang selama ni dipendam dan dirasa peminat2 setia Arsenal yang nampak apa sebenarnya masalah Arsenal musim nih.PENGALAMAN!
Bakat yang bertimbun tanpa asuhan dan tunjuk ajar dari player senior membuatkan player bagai hilang arah dan tenggelam di tgh2 penghujung perlawanan. Bayangkan saja Fabregas merungut dengan menyebut dan meracau teman2 yang telah tiada, membandingkan mereka dengan partner2 yang disediakan prof untuknya musim ini.Umpama satu assignment yang sukar dilunaskan sem ni.

"Skuad nie dah la kecik, penuh dengan budak kecik. Belakang aku ade Denilson 20, atau Alex Song baru 21. Theo Walcott 19 jek dan Samir Nasri 21 balik,"

"Susah nak percaya pada umur aku sekarang aku antara player paling lama kat sini.

"Rase mase tgh main tuh macam susah sgt nak menang, sebab pengalaman kurang.

"Aku scored 13 goals sesason lepas tapi aku ade banyak backup mase tu. Tomas RoSICKky (injured)ade , Mathieu FlaMONEY (Milan) lari ke segenap pelusuk rumput dan Alexander Hleb (Barcelona) dah macam abang aku.

"Team mase tu main penuh skill, rase solid macam tembok batu ,opponent memang tak leh nak tembus la tengah mase tuh.

"Sekarnag sorang pun player tu takde dah teman aku dan aku rase macam terasing jek. Kali nie kite nampak lebih cenderung kepada defensive minded- keinginan, desire nak menyerang tuh ade tapi tak tau nak tebuk celah mana."

Nah kau Wenger, Fabregas dah cukup jujur dah bagi macam2 pendapat. Kite tak boleh salahkan die kerana umornye pun baru 21 tahun masih dalam proses belajar mematangkan hidup dan pemikiran, sampai satu tahap di mana konflik muncul dalam diri, tak mampu menanggung beban seorang diri.Diharap sesuatu bakal diambil kire jika tidak mahu kehilangan genral tengah yang bak kate Viera merupakan nadi penting Arsenal untuk masa depan dan bebreapa musim mendatang.JIka Arsenal ingin mengecap nikmat piala, jgn sesekali melepaskan Fabregas kate Viera.


Ahad, 12 Oktober 2008

Hleb : Ko masuk bawah aku..nanti kite same2 jadi kaye...


" Ko masuk bawah aku wahai Fabuloso, nanti kite same2 jadi kaya.. ko tak perlu risau " Inilah agak2nye kate2 Hleb, kepada Cesc Fabregas, bukan hendak mengajak masuk MLM menjadi downline membantu upline..tidak.. cuma terbaru ialah si Aleks Hleb nih tak putus2 katenye menelefon bergayut sakan dengan Fabregas sambil memujuk nadi Arsenal nie menyertainya di Barcelona. Hampeh ko Hleb! tak cukup ke dengan ape yang WEnger bagi kat ko, reputasi dan nama.. sanggup ko nak menikam lagi pak cik tua yang menaikkan name ko tuh. Yang pergi tu biarlah pergi tapi jangan pulak di hasut2 orang yang setia.Kalau betul kawan baik, hormatilah keputusan seseorang kawan itu.

Hleb memberi respon setelah awal minggu nih Fabregas ade mmberi hint bahawa die tetap sayangkaan Barcelona dan berkemungkinan akan bermain di sana satu hari nanti.

"Kitorang memang kamcing dalam dan luar padang. BAgi aku kitorang nie macam adek beradek(ntah Fabregas mengaku ke tak ko abang, die pun tak nak jadi adek goblin). Kitorang selalu jek bergayut telepon sembang pompang,'' Hleb bagitau El Mundo Deportivo.

"Die bagitau aku die rindu aku kat Arsenal, dan tanpa menyinggung mane2 pihak, Aku suke kalau die datang ke Barca dan jadi sebahagian daripadanya.

"AKu tak pernah berhenti kabo ke die yang die sepatutnya pulang ke Barca dan die gak tak henti2 kabo yang die sangat2 gembira kat Arsenal bersama Pak Cik Wenger.

"Aku akan terus buat die bosan dengan ajakan aku sampailah die ubah pikiran.Kalau akhirnya die ubah keputusan dan pindah ke sini, ia baik untuk kelab nih.''

Kami penyokong Arsenal memang dah sedia maklum kerana awal2 lagi Fabregas dah cakap die akan blah satu hari nanti tapi masanya belum tiba!! yang ko duk sibuk2 jage tepi kain orang wat pe Hleb!ko nak Fabregas jadi macam ko dgn Henry ke duk kat bench jek... Budak tu muda lagi , biarla die habiskan segala kudrat dan tunjukkan kehebatan atas padang dan balas jasa2 Arsenal.Sampai satu peringkat untuk pilih jalan hidup, serah kan je la pada empunya badan sendiri.


Jumaat, 10 Oktober 2008

Internationaleleh la lagi...

Internationalelelh la lagi.. minggu Kelayakan piala dunia 2010 Afrika. Dengan maskot yang tah pape buruk gile tahap tahapehapehentah. Jadi bile minggu Antarabangsa ni ramailah player2 yang pulang beraya tak kurang juga ada pun yang terbang ke oversea.

Siapa yang mencuri tumpan dari arsenal pastilah.... Theo Walcott.Yezzaa.. Bintang muda harapan bersinar England yang sekali lagi bakal diberi starting role bertemu dengan Borat..dari Kazakhstan.Patutnya kazakhstan nie asalnya masuk pestabola merdeka kat Malaysia tahun nieh tapi tak jadi pulak, ganti dengan Pakistan. Pakistan pun Pakistan lah Malysia dah tibai 4-1. Kalo result nie kat hoki mesti bangga gile kem negara. Tapi kire ok ah tu, kalo kalah karang lagi laa maki berbakul2.. teruskan mempertahankan kejuaraan Pestabola Merdeka.Lepas jumpe Borat, Walcott bakal bertemu teman lama si peminat aiskrim, Alex Hleb apabila bertandang ke Belarus. Tak sabar nak tengok sape lagi lincah, Goblin ke TW14.

Berbalik pada kisah player Arsenal yang main international, tentulah ramai dari France, Clichy sagna yang baru baru jek mendapat 1st cap dengan skuad utama walhal 2 fullback terbaik EPL. Gallas lagi, tak kurang juga mikael Silvestre setelur ni pun nak ada hati main lagi dengan pasukan France. Apsal ko tak ajak Wenger sekali main, hah kan lengkap tu berapa generasi dah tuh.huhu.Mereka ke Romania yang seri mase Euro itu hari, pastu layan Tunisia dalam persahabatan.

Cesc Fabregas yang baru menemui sentuhan kecundang, eh sentuhan gol dari tandukan la.. juga bakal berdepan kawan lama yakni pakcik lama laa kire.Bertemu Estonia menemukan jejak kasihan antara Fabregas dan Mat Poom player yang dapat debut league match mase last match nya bersama Arsenal.Memang nampak sangat tak berfungsi.Lepas tu Fabregas pi bukak comapny dengan vincent Kompeni dekat Belgium.

Kolo Toure dan Eboue into the wild!! mereka akan melayan kunjungan Madagascar.. Teringat aku lagu GUns N Roses Tajuk Madagascar. Manyak sedap woo...

RVP plak tunggu hujan ais datang bila Iceland mengunjungi Amsterdam. Then lepas tu lawan Norway away plak.Mmmm.. harap2 tak injured la mamat yang selalu dok injured mase bawak cabaran negara nih.

Carlos Vela dalam proses membodek Sven Goran Erikson.Seperti mana yang dilakukan Walcott, aku rasa si Goran nie takde masalah nak gamble dengan Vela kerana kemampuan vela yang dah established dalam skuad Mexico sebelum Goran amik alih tugas coach lagi. Takyah la amik sampah spurs Dos Santos tu jek. budak poyo, nape poyo? search la dalam posting2 aku seblum nih tentang beza antara 2 budak mexico nih.

Waaa ramai laa plak lagi yang dok main, player2 arsenal yang terlibat dalam match internationaleleh adalah seperti berikut :

Alex Song
Cameroon v Mauritius, October 11th.

Johan Djourou
Switzerland v Latvia, October 11th, Greece v Switzerland, October 15th.

Lukasz Fabianski
Poland v Czech Republic, October 11th, Slovakia v Poland, October 15th.

Nicklas Bendtner
Denmark v Malta, October 11th.

Aaron Ramsey
Wales U21 v England U21, October 10th, England U21 v Wales U21, October 14th.

Wojciech Szczesny
Under-19s European Championships October 12th-26th.


Rabu, 8 Oktober 2008

Alien , Bishoff unleashed..

Akhirnya kelibat 2 ekor parasit telah mula kelihatan.Mikael Silvestre dan Amaury Bischoff telah diberi peluang beraksi dalam perlawanan reserve league ARsenal bertemu Stoke City menyaksikan arsenal meanng 3-2.Silvestre main 90 minit manakala si Bicop dikeluarkan minit ke 60. Mari kite dengar ape kate Neil Banfield, coach reserve tentang 2 muke baru arsenal nih


on Amaury Bischoff's debut...
"First of all I thought he did really well. We spoke to him at half-time and he wanted to keep playing and I’m never going to stop anyone from playing. We asked him to do another 10 or 15 minutes and then we brought him off from there."


on Mikael Silvestre's contribution...
"It is fantastic. He has won so many trophies but he is still here flying out on the edge of the box and blocking shots. He is a credit to our profession and as a senior pro, it was first class, absolutely first class."



Kemunculan aksi 2 player nih menambah option bagi Arsenal.Tapi sanggupkah Wengger mendrop patualang Gallas yang difikirkannya undropable.. Beri peluang kepada Silvestre pulak bergandingan dgn toure , tengok ape citer mase set piece atau lihat pulak gandingan Djourou dan silvestre tapi Wengger tak sampai tahap kamikaze lagi nak buat perkara2 macam tuh.Entah bile die nak sedar.. Sedangkan Adebayor pun masih disayangkannya, cuba kalau lawan Hull city atau Sunderland die bagi starting role kepada kombinasi yang tengah on form Vela -Bendtner.. Bendtner dilihat link up begitu baik dengan Vela dan tampak keserasian.Jika ini bagus untuk Arsenal tak kisahlah jika RVP atau Ade dibench role kan. Demi masa depan Arsenal, bukannya melihat pemain2 tak bermaya membelakangkan dan mengecewakan peminat2 Arsenal..cukuplah dengan primadona lagi.Arsenal tiada lagi primadona sejak peninggalan Henry jadi semua player adalah sama rata dan wajar diberikan pertimbangan yang adil. Siapa on form kasi main, siapa tak, gugurkan saja.. tiada lagi istilah anak emas sepatutnya..termasuk Eboue...


Ahad, 5 Oktober 2008

Post Match : Arsenal nyaris memalukan diri sendiri.



Arsenal hampir memalukan diri sendiri apabila bertandang ke Stadium of Light melayan tuan rumah kucing hutan yang bermain ala kucing pondan duk berkampung di kawasan sendiri(ayat lepas geram Wenger)Hampir2..sket lagi..sket lagi.. Konon Roy keane bajet boleh jadi masterji taktik laa, masuk super sub terus score.. Silap besar la Keane, kalau ko stay dengan taktik sedia ade mungkin ko boleh rasai nikmat kemenangan, tapi Fabregas tak membenarkan keane merasai dunia fantasia nya.Tandukan dari Fabulouso yang antara terpendek antara si pendek di situ tbe2 muncul menyentap sorakan emosi tuan rumah.Hahahahaha.. puas? tak puas sebenarnya, lega? tak jugak..

Sebab sedang aku menonton aku dan kesuma dewa sering berbalas sms, perihal yang dipersembangkan adalah nada2 sinis mengenai rambut Toure song dan adebayor, betting song sebagai 1st scorer, mempertikaikan taktik wenger ang merhatkan nasri, kelembapan Fabregas masuk gear 5 dan kehmabaran kesukaran arsenal menembusi pasukan2 yang selalu bermain dengan cara men behind the ball.Sudah seperti menjadi satu trend apabila bertemu Arsenal, pasukan2 bawahan dilihat lebih gemar mengunci, menutup ruang dgn ketat dan serang hanya ketika perlu, keputusan seri bagi mereka umpama memenangi piala dunia dan menang umpama menang perang dunia ketiga..Itulah taktik yang menjadi kebanggaan lawan yang sering dipersalahkan WEnger walhal sepatutnya perlu ditumpukan pada team sendiri.

Ape yang Arsenal tampak kurang? yang pasgti adalah dari segi fizikal.Gandingan Fabregas dan Denilson 2 lightweight bukanlah gandingan yang boleh beraksi konsisten 38 perlawanan.dengan sayap yang laju seperti lipas kudung tetapi muke baik bagai b=pijak semut tak mati, walcott dan nasri perlu lebih kerap ke gymnasium membina badan , bukanlah mahu mereka jadi sazali samad atau enot susahnakeja tetapi harap merka tak mudah tersungkur dirempuh lawan.Gallas dan Toure?? brape kali mau habaq mai.. selagi wenger menjaga perasaan mereka berdua nie selagi tu la masalah defensive arsenal tak mampu diseslesaikan.Adebayor dan Bendtner, 2 mammat yang tinggi lampai, hanya di bahagian atttack.. tapi kurang efisyen apabila membantu pertahanan.Memang takk patut la nak meletakkan kedua2 nya di post ketika corner kerana khidmat diperlukan untuk counter attact tapi adakah selamatsepenuhnya meletakkan fabregas dan clichy sebagai backup almunia.lu pikirla sendiri.Pendek kate, in Arsenal, size does matter...

experience? lihat macam mane dwight yorke yokies telur bermain,macam mane care die memperlahankan tempo permainan, Song pulak ape kejadahnya tak closing down mase score pertama, nak tackle pun takut2. Kapten Sunderland si Faizal HUssein tu pun bersungguh2 main, asyik2 muke die jek kluar tv..sampah2 spurs Chimbonda dan malbranque pun beriye2 macam ade dendam dengan Arsenal.Payer2 Wenger mungkin agak kelitahn maklumlaa dalam mood hari raya.Toure, sagna, nasri, RVP..ramai tu..huhu..

Takpe2.. awal lagi.. awal lagi... awal lagi... awal lagi.. brape kali nak ulang?
Ayuh Meriam...Dari tegap bersimpuh..baik rebah merempuh..


Sabtu, 4 Oktober 2008

Pre Match : Arsenal vs Sunderland

Salam AIdilfitri bagi semua umat Islam yang menyambut aidilfitri, masih berada dalam mood raya atau sudah pulang untuk kembali ke kehidupan normal menjalankan norma2 hidup rutin harian.Terlebih dahulu inginku mengambil kesempatan meminta maaf zahir batin.Waa dah lame dah tak berblog nih kembali menaip, ngantuk still ade lagi, lemang banyak sgt nih. Jadi kite kembali ke norma2 harian menyokong Arsenal tak kire masa,selepas diber habuan hadiah hari raya di malam raya itu hari, Porto dijadikan rendang daging dek terkena tembakan meriam buluh Arsenal. Satu cara yang terbaik untuk membuktikan mereka tdak lagi leka setelah dimalukan Siti Sabtu lepas.

Tatkala pulang ke kampung selain cerita2 keluarga, sanak saudara, kerjaya dan politik, cerita2 bola tak terlepas juga dari bualan dan pastinya Arsenal dijadikan bahan lawak sarkas pagi raya dek penyokong2 big 3 lain.. kalah dah 2 kali dari 6 match, inikah calon juara? Tak boleh sembang lagi adek2, abang2 kakak2 pakcik makcik rakan taulan oi..perjalanan masih jauh..ape2 boleh jadi..meriam hari tu meletup sendiri, sumbu pendek.NAsib baik Arsenal belasah Porto malam tuh, boleh laa dijadikan backup dan perisai menangkis tohmahan2 yang mendatang, tapi org tak berapa amek port sebab malam raya, malah ade yang tak tau pun ade bola pagi2 tuh..

MEwarnai perlawanan ini antaranya isu rasicm yang melanda bekas pemain Arsenal yang berhujrah ke Pompey Sol Cambell.Sup Campbell diberi layanan maki hamun berunsur perkauman tetamu apabila 'melayang kunjungan tamu raya' dari kampung lubuk asalnya Spurs.Itulah orang kate tetamu yang betul2 wat macam umah sendiri tak sedar diri.alahai Spurs2...Wenger ditanya mengenai senario itu dan seperti biasa memberi komen perangsang, "abaikan saje".Dalam masa yang same mengenai bekas2 playernya jugak, die percaya dalam diri masing2 punyai kualiti untuk jadi manager tersohor, kenyataan ni dibuat berdasarkan dengan pertemuan malam nih, bertemu bekas player Man U Roy Keane.JAdi sebenarnya bukan ketandusan tapi org2 seperti David Platt, Winterburn Adams, Keown Steve Bould sebenarnya boleh menandingi org2 seperti Paul Ince, Keane, Stver Bruce atau MArk Hugehse, tapi nnti kalau player2 Arsenal yang bijak pandai nie masuk gelanggang, player2 tua Man u ni nak dicampak ke mane tul tak? hahaha... Tapi yang pasti aku nak tengok kalau boleh lepas WEnger bersara 2011 , Pelan peralihan kuasa berjalan lancar, harap2 Denis Bergkamp atau mane2 ex player ambil alih..Viera ke, BAyangkan Pirse jadi manager..pergh... gempaq tu, jangan korang bayangkan Cygan pulak,hahaha..

Ape yang pre matchnye ni, melalut jek banyak dah..salingan,xpe2..OK berbalik ke game Away SUnderland malam nih.Bekas pemain Selangor era 90 an Niall Quinn dah bagi duit berjuta2 buat Roy KEane rebuild balik team nih, sape yang dibawa masuk :Anton Ferdinand, George McCartney, Djibril Cisse, El-Hadji Diouf, Pascal Chimbonda, Steed Malbranque dan Teemu Tainio.HUiyoo.. boleh tahan gak name2 nih.Tapi 2 minggu lepas punya Fantasy gua beli Cisse alih2 si Chopra yang score 2 bijik, hangin satu badan.

Tapi malam nie aku rase arsenal takkan leka lagi dibuai mimpi. HArap bile main awy nie kurang sket tekanan di bahu player, tak de sokongan bukan bermakna tiada harapan tapi mereka nie player2 muda yang aku rase masih perlu belajar untuk merasai beban dan menggalas dan menyerap tekanan.Samir Nasri dah pulang, MAlam raya die still berjuang, tak balik France pun sambut Aidilfitri.MUngkin sempat dalam rancangan sampaikan salam France kut.Begitu juga sagna, Tpure, RVP.huhu.. Oleh kerana Silvestre dah muncul dari planet jadi aku rase malam nie ade sikit cameo darinya. MUngkin mase tu arsenal dah leading selesa, dia akan gantikan Toure untuk kaji balik gandingan 2 ekor malaon koner nih.. atu keluarkan Clichy sebagai protectian dan menangani masalah keletihan.Gandingan di tengah masih milik Denilson dan Fabregas.Anak emas? tak tahulagi status die nih, may be di benchkan lagi dengan Walcott still mendapat kepercayaan malam Raya lalu..

2-0 Arsenal menang, kembali menuju puncak! 9.55 pm ESPN..jangan tak tengok..cite raya kat tv pun dah bmakin busan dah2, asyik2 dok ulang mende same..huhu..


Rabu, 1 Oktober 2008

HADIAH HARI RAYA


Huhu..terlebih dahulu aku ingin menyusun jari memohon seribu kemaafan andai ada tersilap kata terlanjur fakta sepanjang aku mencoretkan artikel2 kat sini..Aku mewakili warga krew Arsenalaysia mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua..Ziarah menziarahilah kita sesama kita di Hari yg berbahagia ini..Yang jauh kita rapatkan, Yang rapat kita mesrakan, Yang Mesra kita serasi-rasikan..

Semalam di Emirates, setelah meriam diservices baik punya, barulah ia mendemtumkan 4 das tembakkan ke arah FC Porto. Dua Goal jaringan Adeebahayor dan Van Persis menutup sedikit kekecewaan Arsenal yg tewas di gelanggang sendiri dgn Rimau Jadian sabtu lepas. Arsenal mempamerkan persembahan mantop namun persoalannya sekali lagi, adakah prestasi ini akan terumbang ambing atau terus konsisten di masa hadapan.



Apaapapun, Diharapakan ianya konsisten dan Arsenal mampu meraih beberapa piala musim ini. Kepada yg rasa berbulu hati dgn kenyataan aku ini..contohnyer Deco ke..(bukan nama sebenar)..Bawak2lah bertobat..Jika diklasifikasikan peminat bola sepak, sebenarnya ia lebih cenderung kepada minat terhadap corak permainan bola sepak yg dipamerkan. Jadi Arsenalaysia ialah utk penyokong2 atau peminat bola sepak yg meminati corak permainan Arsenal. Namun, kalo rase diri tu fanatik sangat, aku no komen..Nasihat aku, jadilah peminat bola sepak yg betul2 meminati bola sepak, bukan lalang yg ditiup angin..

RENUNG2KAN, DAN SELAMAT BERAMAL..

SELAMAT HARI RAYA!!!