Selasa, 21 Oktober 2008

Almunia Chef De Mission, Wenger nak serang serang serang dan terus serang!!




Menambah sedikit coretan kesuma dewa.Rombongan Arsenal yang kini telah berada di Turkey diberi suntikan vaksin semangat oleh Wenger agar terus menyerang dan bermain secara offensive di samping bertahan dengan bagus.Itulah kunci bagi kejayaan untuk malam ini bertemu dengan skuad Quarter final season lepas Fenerbahce. Walaupun skuad bimbingan Arrogant Aragones nih tidaklah begitu cemerlang dalam 2 perlawanan sebelum nie termasuk berada di kedudukan terumbang ambing liga turkey namun player2 seperti samih senturk yang mewarnai euro, kazim richard, Volkan damirel dan pembelian terbaru yang sering dikaitkan dengan arsenal dani Guiza tak boleh dipandang rendah.

Aragones punya sejarah tersendiri secara tak langsung apabila dalam satu sesi latihan antarabangsa cuba melaga2kan 2 pemain Arsenal reyes dan Henry dengan satu klip video menunjukkan Aragones mengapi2kan Reyes supaya "lebih hebat dari monyet itu" yg ditujukan kepada henry, ade teori yg menyatakan itulah punca Reyes sebenarnya takleh masuk lagi sekepala dengan Henry dan mengambil keputusan meninggalkan arsenal bukan seperti yg diwar2kan sebelum ini faktor cuaca , rindu keluarga dan sebagainya. Jadi malam ni Aragones akan dipastikan jatuh tersungkur walaupun musim panas nya agak sempoi, kusangka panas hingga ke petang rupanya banjir di tgh hari..siap la ko aragones, Nasri Walcot dan RVP bakal membuatkan ko pencen lebih cpt, umor dah 70 duk umah jage cucu..kalo ade.

Satu lagi berita mengejutkan, Dengan sepeninggalan Toure dan Gallas, Almunia sebagai palyer paling senior telah diberi tanggungjawab menggalas cabaran sebgai ketua pasukan malam nih. Almunia yang takde cap antarabangsa telah mengetepikan pilihan2 atau suara2 yang mengatakan Fabregas atau Clichy bakal menyarung arm band jika Toure dan Gallas tiada. Nampaknya sistem senioriti masih lagi diguna pakai oleh Wenger, bile la mau tengok Fabregas pakai arm band, Clichy dah pun mengemudi mase pra season training. Apepupun harap Almuniam kebal malam ni kerana arm band bukanlah menjamin kuasa imuniti dalam rancangan survivor..

Arsenal 2 fenerbahce 0.

Hampeh Astro takde live tapi Best gak kalo usha Juventus lawan Real , satu lagi channel tunjuk team sayur ape tah. Streaming online Arsenal di Arsenal TV Online tapi kite rakyat malaysia boleh saksikan di SINI..yezzaa.. 230 am


0 ulasan: