Esok malam, tapi tak ade live , yang ada hanya siaran ulangan, hampeh.. Jadi terpaksalah aku melayan streaming dengan harapan ada live. Esok malam jam 11 Malaysia pemain2 dan seluruh warga penyokong Arsenal akan diberi sinaran pancaran neuralizer.Bagi anda yang tidak mengetahui ape ke bende menatang, neuralizer ni adalah sejenis alat untuk memadam memori dari otak seseorang, diambil dari filem fiksyen Men In Black MIB.Mari kite padamkan memori hitam yang terjadi pada pertengahan minggu...
....... aku wat ape ni? kat mana aku?...... huhuhu
OK.Mari kite mulakan, Stoke City di tangga ke 15, Arsenal di tangga ke3..3? tapi berkongsi kedudukan dengan Aston Villa dan Hull City dipisahkan dengan kelebihan jaringan.Stoke City home mempunyai rekod yang agak stabil, menang 3 dan kalah 2 jadi terpulang pada barisan Arsenal untuk menjadikan rekod menang dan kekalahan Stoke seimbang atau sebaliknya.
Stoke tak boleh dipandang enteng kerana pasukan2 seperti Villa, Spuds dan Liverpool dah menjadi mangsa penyakit stroke.Kejayaan mengikat Liverpool di Anfield memang satu pencapaian bagus, mereka adalah sebuah pasukan yang fizikal,berdisiplin dan jika mereka bertahan, memang sukar untuk ditembusi.Tugas berat menanti siapa2 jua player tengah arsenal besok untuk memastikan ade rongga2 kosong yang boleh diseludup masuk bagi mencipta peluang kepada siapa2 jua serangan Arsenal.
Mengapa aku kata siapa2? kerana aku sendiri pun tidak pasti siapa bakal diturunkan.Mungkin akibat terkena pacaran neuralizer tadi.hahah Bukanlee, ini kerana buat pertama kali aku x dapat clue ntuk 1st eleven kali nih.Ini sume gara2 tragedi hitam tgh minggu.Tapi yang telah pasti Gallas dan Eboue tidak disenaraikan kerana kecederaan.Mengikutt sumber2 insider, ade yang menyatakan walaupun semasa post match interview Wenger nampak tenang dan cube menyembunyikan perasaan tetapi suasana dalam dressing room malam itu begitu dasyat dan mengerikan.Wenger mengamuk dan memaki hamun bagai orang gila dan antara yang menjadi kambing hitam dan dituding jari ialah pemain2 senior terutama Gallas, Silvestre dan tidak lupe Adebayor.Adebayor? mungkin kerana kenyataannya selepas post match yang berbunyi " Nak menang liga dengan team macam nie? jangan haraplah? kite takkan menang ape2.Mungkin kite rasa mase tu kemenangan dalam tangan, aku pun tak tau macam mana, nie antara salah satu game yang pelik dan sedih dalam idup aku". Ade juga bisik2 yang mengosipkan Gallas tidaklah cedera tapi hanya sebagai satu alasan untuk Wenger men'drop'kan kapten yang kurang sifat dan naluri kepimpinan tapi siapakah mempunyai nilai kepimpinan semulajadi dalam skuad yang sedia ada sekarang bg membimbing pemain2 ini.Inilah masenye wenger menguji gandingan toure dan silvestre pulak di samping mengetahu bakat kepimpinan siapa yang terserlah sebenarnya.MUngkin player2 seperi Fabianski,Vela ,Ramsey atau Djourou diberi peluang dan 'merehatkan' player2 ang masih trauma.
Stoke City idaklah bermain seburuk vietnam tetapi jika Arsenal gagal memecah kebuntuan jugak kali nih, Stoke mampu menghukum dan hukuman yang berturut2 amat sukar ditelan dalam keadaan sekarang.Awas dan berjga2lah, Namun Arsenal tetap 2 Stoke 1.belum masenye clean sheet,jika berjaya satu bonus!
Jumaat, 31 Oktober 2008
Pre Match : Stoke City Vs Arsenal
8:44 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan