Sabtu, 18 Oktober 2008

SALAH SIAPA?

hAHA..sudah lama aku x bekarya di blog dek kerana kesakian hati melihat Arsenal kecundang di tangan Hull City & hanya mampu seri dengan Sunderland..APA SUDAH JADI? Salah siapa? Jangan cakap korang sume satisfied dgn prestasi Arsenal skarang..Aku pasti semua peminat the gunners keciwa dgn Prestasi squad meriam ketika ini..

Persoalannya skarang, kita mahukan piala dan title kerana tidak akan ada piala atau pingat untuk pasukan yg mempunyai senarai pemain muda yg terhebat..Tidak akan ada pingat atau piala untuk pasukan yg bajet sangat sampai x mahu beli player..Tidak ada gelaran untuk itu suma..Bola Sepak adalah permainan yg unic di mana kemuncaknnya semua peminat bola sepak mahukan pasukan masing memenangi sebuti pingat atau piala yg boleh dibanggakan..

Pendapat aku secara personal, jika musim ini Arsenal gagal memenangi sebarang piala, Wenger seharusnya berubah angin..Dia sewajarnya malu dan patut mengundurkan diri dan mulakan careernya dalam kancah bola sepak internasional (jd manager france) kerana rasanya kelibat pengurusannya sudah tidak relevan untuk kelab gergasi seperti Arsenal..

Arsenal merupakan salah satu top 4 gergasi di EPL dan juga digeruni di rantau Europe..Namun jika prestasi terumbang-ambing dan dibawa oleh manager ini dgn alasan mahu memberi peluang kepada player untuk develop dan tidak optimis kepada senario bola sepak semasa, ini seakan-akan memberi janji kepada semua peminat Arsenal. Janji yg menjanjikan Arsenal akan kemarau Piala..

Bukan hendak mengata tp sudah nyata...Inilah realitinya...KIta gemar disajikan dgn corak permainan yg mantap tetapi kita lupa, yg menentukan sesuatu kemenangan bola sepak ialah jaingan goal, bukan dgn corak tarian atau lentik badan player bermain..APAKAH SUDAH JADI PADA ARSENAL..Player injured tp kenapa Wenger x Awared dgn semua ini,,masih juga membeli player yg kononya promising tp injured spt alien, bishoff..Ape kejadahnya ini...

Tattatkala kelab2 gergasi menyempurnakan kelab mereka, Wenger sibuk menatang anak2 kecilnya yg suatu hari nanti sememangnya akan meninggalakn kelab..HEI, kita bukan SBP (Skolah bErasrama Penuh) @ mrsm yg berfungsi untuk mendidik plajar2 cemerlang..KELAB bola sepak ditubuhkan untuk memenangi PIALA..mEmenuhi tuntutan peminat..Bukan memenuhi keinginan dan pemikiran seseorang individu..

DAH, malas aku nak cakap lebar, same2 la kita pikir sendiri..Zashh..


1 ulasan:

ArSeNaL SUSAH MATI berkata...

memang ada kebenarannya apa yg ko tulis 2 kesuma..aku pon berpendapat yg sama...hmmm.....