Just Do It for us, just 'duit' for them. Sebut saja pasal Man City, orang akan kaitkan dengan duit maka tak hairanlah Toure sendiri pernah tersasul menyebut Money City. Tapi bagi penyokong Eastland, bagi mereka mereka peduli apa kerna tiba2 bulan jatuh ke riba , inilah peluang yang datang secara tiba2, mimpi fantasy yang muncul sekali dalam bulan biru omputih cakap, mereka mengharapkan perbelanjan rejim Mancini City mendatangkan hasil. Setahun mungkin tidak membuahkan hasil ditambah pulaterpaksa mewarisi skuad mee segera yang ditinggalkan oleh Mark Huges, ini adalah musim penuh Mancini yang pertama dan ukuran akan dibuat berdasarkan pencapaian sehingga bulan May nanti.Untung dan hasil yang masuk mestilah setimpal Duit yang keluar untuk player yang masuk.Pak Arab pada ketika ini tidak memikirkan tentang untung tapi lebih kepada Piala apa yang bakal singgah dalam kainet mereka. Jika dilihat pada pencapaian setakat ini, Mancis adalah pasukan yang tidak boleh dipandang sebelah mata, selain sumber kewangan yang melimpah ruah, sumber manusia mereka juga dibarisi watak2 yang berpengalaman dan mampu bersaing di peringkat tertinggi.Apa yang tidak ada bagi mereka hanyalah masa.Masa yang cukup untuk membina persefahaman, masa yang cukup untuk deliver sedang tekanan dari luar amat kuat untuk melihat apa itu kuasa wang.Itulah sebab pentingnya Arsenal membantutkan masa mereka agar suatu ketika nanti mereka sudah tidak sempat untuk mencipta sejarah, maka Pak Arab akan mulai bosan dan meninggalkan mereka dengan hutang ah long bertimbun.
Di suatu pihak pula modus operandi Arsenal jauh berbeza dan lebih 'jujur'. Kita menggunakan sumber yang sah datang dari hasil tuaian sendiri. Apa yang masuk dalam duit kelab, itulah bajet yang digunakan tak kira nak beli player ke , bayar gaji ke, renovate stadium ke semuanya tertera dalam buku lejar. Peraturan baru UEFA musim depan yang mahu semua kelab beroperasi lebih kurang macam jalan Arsenal akan memberi kelebihan kepada kita kerana kedudukan kita tidak tergugat.Masa? Arsene Wenger sudah diberikan banyak masa malah masa tidak pernah menjadi ugutan dari BOD melainkan media yang tak kira masa 24 jam attack Arsenal. Bagi mereka yang percaya akan cara Arsenal ini, Wenger, dan juga skuad yang ada sekarang ini, masa bukan satu masalah kerana jika selagi keyakinan itu ada kejayaan itu pasti hadir suatu masa nanti. Kalau bukan 6 tahun, 10 tahun mungkin berbelas2 tapi percayalah, banyak lagi pasukan2 lain yang cemburu dengan kedudukan nama kita di peringkat antarabangsa yang cukup stabil dari segi ekonomi juga.
Sebab itu aku agak terkejut apabila Wenger tak menyangkal kemungkinan Gaji di Arsenal pun boleh cecah 200K seperti yang dinikmati City sekarang.Mengenali Wenger, nampak macam agak kedekut. Tapi bukan dalam masa terdekat, mungkin dalam jangka masa panjang.Itulah sifat keyakinan tentang masa depan yang cerah yang tak putus2 ada pada pak tua seorang ni. Tapi gaji 200K seminggu, apejadah, tak terpisahkan dengan gap yang bakal dicipta antara ahli2 sukan dan marhaen biasa yang keluar masuk stadium membayar gaji mereka. Jawapan Wenger mudah saja, Tidak.Kerana dia percaya orang yang sanggup pergi tengok bola memang semata2 fokus pada permainan bola sepak,dia bukannya kira berapa peratusan kerugian yang dialami dari harga tiket setiap kali player tersalah pass.Lagipun mereka yang dibayar ni mengikut kemampuan bakat.Jika lagi berbakat, lagi mahal laa bayaran yang diterima sedangkan dalam realiti, banyak lagi pekerjaan(atau tak bekerja langsung) yang goyang kaki saja pun dapat duit bertimbun. Itu jawapan peribadi dari Le Prof la tapi bagi sudut2 lain pulak, mungkin ada pendapat berbeza.
Mukadimah yang agak panjang. Kembali ke atas padang. Aku tak peduli apa, duit ke apa ke masa depan ke, yang penting aku nak tiga mata supaya kita tak tercicir jauh lagi dari pendahulu dan jugak City sendiri. Kalah boleh jadi 6 point di belakang City. Kalau ikut prestasi semasa dan rekod, seri di Eastland bukan suatu yang terukla cma agak terkilan kita dah lama tak menang kat situ, kali terakhir time lipat Eduardo tu.Tahun lepas Carling Cup pun kalah.Jadi perkara2 macam gini tak boleh dibiarkan naik lemak. Orang selalu cakap nak menang liga, tak penting sangat match2 besar lawan title contender yang lain, hanya perlu menang konsisten saja ke atas pasukan2 pertengahan dan bawahan. Tapi dalam kes Arsenal ni, time kita konsisten dengan game kecik , kita tak perform dalam match2 besar dan sebaliknya. Ini mungkin masanya untuk kita ganyang semua sekali tak kira apa team pun . Jangan biar mereka cakap Arsenal selalu out dalam match2 penting, itu sebabnya isitlah tak ada winning mentaliti selalu kedengaran. Man City biarpun awal nak digelar title contender, tapi pengaruh wang mereka adalah sebab utama mereka perlu ditewaskan. Dalam match2 penting, gol awal memang boleh tukar game dan sangat penting.
Hanya Bacary Sagna sahaja yang pulang dari kecederaan. Kos dan Mael masih beregu di wad sakit.Begitu juga Almunia memberi peluang Fabianski meneruskan konsistensi. Walcott kembali memeriahkan tempo dan harap Fabregas dah betul2 fit. Arshavin biarpun ramai yang mempersoalkan aksi bersahanya di atas padang tapi bak kata Wenger statistiktak pernah menipu. Arshavin antara assist paling tinggi dalam BPL dan sudah menjaringkan 5 gol musim ini satu di belakang pendahulu dalam kem Arsenal Camak dan Nasri.Kita perlukan orang2 dan pengalaman seperti Arshavin dalam game2 sebegini kerana mungkin sedikit sentuhan genius mereka merubah nasib perlawanan.Cuma mungkin faktor tak cukup fit yang menampakkan Arshavin kurang daya.Tapi kalau Arshavin tak start pun Rosicky dilihat mampu menjana bahagian tengah dengan tenang.Sepeninggalana Wilshere, Rosicky mungkin dapat mengisi kekosongan. Itulah kelebihan pemain2 seperti Rosicky yang boleh ditaruk di mana2 bahagian tengah dan forward sekalipun, bukan Rosicky seorang, Arshavin, Nasri , Diaby, Walcott pun entah ke mana2 boleh diletaknya.Kadang2 tu tension jugak posisi mana la plak yang diorang main paling best tapi ada pro dan kontranya.
---------------Fabianski-----------------
Sagna-------Laci-------Jozan-----Clichy
----------------Song--------------------
---------Fabregas---Rosicky------------
----Nasri-------Camak------Arshavin---
Sub : Eboue, Szczesny,Diaby,Bendi,Walcott, Vela, Gibbs.
Sudah cukuplah dengan bermain mendominasi tapi kurang bernasib baik. Inilah saatnya kita perlu bermain dengan hasil.
“Let’s just turn up with the same attitude and the same performance again and I’m sure we will not always be unlucky.” -Wenger
Astro 817 10PM tapi rasanya game start pukul 11. Mancis 1- Arsenal 2.