Sabtu, 16 Oktober 2010

Pre Match :Goblin kembali

Malam ini Arsenal kembali beraksi di Emirates menentang Birmingham. Sebut saja pasal match bertemu Brummies ni kita tidak dapat tidak untuk melupakan tragedi Eduardo, itu sebab la cerita pasal tackle ganas atas padang menjadi isu panas yang berlegar sekarang ini.Danny Murphy berkata sekarang ni kalau player bertindak di luar batas perikemanusiaan di atas padang, manager pun kena disabit bertanggungjawab sebab biasanya-kononnya- player terbakar dengan kata2 berapi2 dan cakap berdegar2 pengurus sebelum sepak mula.Jadi alang2 sepak bola sepak kaki sekali. Wenger yang tengah dalam si tengannya malas nak mengulangjawab atau memberi komen balas tanpa juga menafkan reaksi Murphy, kerana dia tetap dengan pendirian2nya di masa lampau, pemain perlu respect pada pegawai perlawanan dan pemain lawan, dan permainan bola sepak itu sendiri. Jadi bila tengok pulak pada disiplin pasukan, perangai Arsenal semakin cool berbanding era dulu, kata Wenger sebab style permainan Arsenal, dan jugak sikap pemain yang tidak amek port lagi tentang perkara2 macam gini. Selepas Keown, Viera mungin dalam kem Arsenal sekarang ini yang ada pun pewaris nakal hanya dilihat sedikit pada Nasri.Namun tak dinafikan seronok jugak kadang2 tengok emosi terlebeh dan player panas baran dan bajet hard core ni, kalau diamek dari sudut positif boleh bakar semangat member2 lain.

Berbalik semula melayan kunjungan Birmingham malam nanti, kecederaan menjadi duri dalam daging sedangkan masih belum tiba 'November Rain'.Mael Sagna Fabregas RVP semuanya masih belum mampu. Berita positifnya Ramsey dah boleh sepak bola, Walcott dan Bendi berada dalam skuad.


Nampaknya Goblin aka Hleb merindui aiskrim London. Jauh ditangkap di Italy sebelum menyudahi nasib di Spain dia kembali ke Birmingham , bandar yang mungkin tidak se'bising' London baginya. Kata2 sesalan sering diucapkan , Hleb seorang penyumbang yang bagus dan berbakat tapi malang, jodohnya bukan lagi bersama Arsenal. Itulah orang tua2 pesan, Rumput tak semestinya menghijau di tempat lain.

Squaillaci Kembali mengemudi sebagai kapten dan Theo hanya di bangku simpanan.

Arsenal team in full: Fabianski, Eboue, Squillaci (c), Djourou, Clichy, Song, Wilshere, Nasri, Diaby, Arshavin, Chamakh
Subs: Rosicky, Vela, Walcott, Denilson, Gibbs, Bendtner, Szczesny

Arsenal 3- Brummies 1.


0 ulasan: