Sabtu, 16 Oktober 2010

Kembali Beraksi

2 minggu tanpa aksi domestik bagaikan suatu ruang merehatkan diri tapi bukan sepatutnya bagi pemain yang pelu memastikan mereka sentiasa fit dan fokus untuk perlawanan setersunya.Jadi 2 minggu ini dengan aksi kelayakan Euro dan persahabatan antara benua juga kes Liverpool yang kesian kena turun naik court, Wenger dah cakap awal2, Arsenal tak akan mengalami nasib sama seperti Liverpool terimakaseh kepada sikap bajetnya yang lebih bajet dari belanjawan 2011. Dengan bajet itulah dia menganggap kekonsistenan Arsenal berada dalam top 4 adalah suatu pencapaian yang hebat selama 14 tahun dia di Arsenal(suatu yang merisaukan bagi sesetengah penyokong kerana jika takrif hebat hanya diukur berdasarkan pada pencapain itu, ia pasti menggelisahkan bagi merka yang kempunan piala). Angka tahun itu bakal bertambah lagi selepas dia dah menandatangani kontrak sehingga 2014. 4 tahun lagi untuk dia cipta rekod bersih. Pasukan2 lain sudah mula mencucuk rapat tapi dengan UEFA memperkenalkan undang2 pengawalan perbelanjaan kewangan baru2 ini aku yakin Arsenal dilihat tidak ada masalah untuk terus mencabar tempat ke atas.

Cerita tentang Bobby juga hangat diperkatakan tapi harapan untuk melihat bekas pemain Arsenal itu kembali ke Arsenal sebagai pemain secara rasmi seperti Campbell kini tinggal harapan yang tak kesampaian. Wenger kata, kalau dia jadi manager2 kelab lain premier league dia kompom akan menyambar si Pires ni kerana masih ada idea kreatif yang mampu ditawarkan oleh pemain Perancis ini.Jadi kenapa diri sendiri tak sambar? Alasannya sudah terlalu ramai pemain kreatif(tp yg selalu injured) seperti Fabregas, Nasri ,Wilshere, Rosicky, Arshavin dan jugak taknak kacau pokok gaji. Nanti buku lejar tak seimbang.

Cakap pasal limpahan kekreatifan tadi kalau berdasarkan senarai, kesemua pemain tu asalnya sebenarnya merebut satu posisi, iaitu posisi Fabregas. Dek kerana itulah kita lihat ramai sangat player yang out of position dan kurang menjadi kerana dia tak beraksi pada posisi terbaik.Sampai kekadang itu, kita tak tahu apa jadah posisi yang sebenarnya diaminkan oleh Arshavin Wilshere baik Rosicky dalam satu2 match. Namun di Arsenal, itulah modus operandinya,tak perlu komplen asalkan dapat bermain dan menyumbang pada pasukan, itulah yang pernah disuarakan oleh pemain seperti Nasri. Walcott jugak antara pemain yang merasakan 'krisis identiti posisi'.

Namun sejauh mana posisi akar itu akan dihuni oleh fabregas telah mula kembali berspekulasi. Media melaporkan komen2 Fabregas yang tak habis2 menyatakan mimpi basahnye ke Barcelona dan memperingatkan rakan2nya tentang kekurangan winning mentality. Isu itu lantas dicanggah oleh Wenger sendiri , bukan tak ada winning mentaliti, memang ada katanya tapi sebab ketandusan trofi, ia seakan menjadi mental block bagi batch pemain2 ini. Kononnya pemain semakin matang dan tahu apa erti perjuangan. Aku tak tahu sama ada kenyataan2 ini sebahagian daripada episod 'tipu sunat' yang dipecah tembelangkan oleh Wenger sendiri. Pengakuan eksklusif dari Wenger, Dia pernah menipu semata2 demi menyelamatkan maruah atau menutup aib pemain2nya sendiri. Baginya, kata2 dalam dressing room dan hubungan antara pengurus dan pemain dalam kelab biarlah private.

Biarpun tak memberi contoh spesifik , tapi biasanya antara penipuan yang boleh dihidu kita seperti, pemain tak form,buat salah, dikatakan sebagai injured walhal sebenarnya digugurkan sebagai hukuman. Jarang atau tak pernah kita lihat Wenger memperbodohkan pemain di media kerana dia tahu bagaimana operasi jahat pihak2 tertentu yang akan sering mengambil kesempatan.Contoh sudah banyak, tidak perlu lihat jauh, Ingat kembali kebodohan Herry Redknapp membezakan kemampuan Bent berbading neneknya. Nak ke kita dengar perkara2 yang tidak elok diucapkan terhadap player? Kadang2 memang sakit hati bila Wenger tidak jujur tapi nak taknak kita kena terima dan paham2 sendirilah sebab kita pun dah masak dengan arsenal dan arsene sendiri,demi kebaikan kelab.Cuma aku harap janganlah terlalu membela atau memanja sangat budak2 ni sampai kritikan membina pun langsung tidak dikeluarkan.Contohnya, 'Beside all the madness,our keeper had a good game tonight'- jeepers creepers, hang ingat penyokong semua tengok match lain ka!!

Menjelang match ke 800 Arsenal bersama Wenger malam ini, aku harap Arsenal dapat lupakan badi 2 kekalahan beruturut2 yang satunya tak dapat diterima akal.Pre Match bakal menyusul...


0 ulasan: