Selasa, 26 Oktober 2010

Fabregas, Wenger wakili Arsenal

Terlebih dahulu tahniah kepada Encik Fabregas kerana terpilih dalam senarai akhir 23 calon pemain bola sepak terbaek dunia FIFA 2010. Walau di peringkat domestik, Kejayaan berpasukan tidaklah terselah sangat, namun sumbangan di peringkat antrabangsa lebih2 lagi pada tahun world cup telah mendapat perhatian.Seperti dijangka senarai tersebut dimonopoli oleh rakan2 sepasukan Fabregas dari Spanyol. Harapan belum diletakkan buat masa ini untuk Juara dunia Fabregas merangkul 3 tempat teratas tapi tersenarainya kapten Arsenal ini sedikit sebanyak membuktikan keistimewaan yang ada padanya dan boleh menjadi contoh buat rata2 pemain muda Arsenal. Firasat aku? sukar nak pilih mungkin Sneijder dengan treble dan aksi final, tapi kalau ikut tradisi , musim world cup pastinya diberikan pada pemain dari skuad juara, mungkin juga Iniesta yang selama ini menjadi unsung hero bagi Barcelona kerana adanya watak Messi. Messi mungkin sukar untuk mempertahankan anugerah tersebut kerana kegagalannya menjelmakan seorang 'maradona' Julai lalu.

Satu lagi tahniah turut diucapkan kepada Le Prod , Arsene Wenger kerana selain kapten, pengurus Arsenal juga terpilih dalam pencalonan akhir bagi Manager terbaik. Jadi 2 wakil akan membawa nama Arsenal di Zurich 10 Januari 2011 nanti. Apapun, seperti Fabregas, aku tak meletakkan harapan tinggi pada Wenger kerana kita sedia maklum dunia ini penuh wayang, jadi apa yang baik di mata adalah apa yang tersurat sedangkan yang tersirat selalu tidak diendahkan yakni kabinet yang kosong tanpa piala sukar untuk membawa merit kepada mana2 manager. Jadi, calon nostradamus pastinya Jose Mourinho yang membawa Inter Milan cemerlang dengan treble musim lepas atau pun sama seperti tadi, kes tradisi, jurulatih Spanyol Vicente del Bosque mungkin diangkat setelah mencipta sejarah tersendiri bersama pasukan juara dunia itu.  Apapun kedua2 bintang dan tokoh ,Fabregas serta Wenger itu tetap lagenda ,pemenang dan juara di hati kami para gooners...


0 ulasan: