Selasa, 26 Oktober 2010

Pre Match : Rempuh Newcastle amalan mulia


  Aku tak boleh nak pikir tajuk2 yang best jadi sebarang rempuhan sebenarnya haruslah dielakkan terutama di jalan raya.Ok.Tiket ke suku akhir Carling Cup menjadi rebutan. Ini antara peluang Arsenal untuk memenangi piala pertama dalam tempoh 5 tahun. Itu sebab Wenger kini dah nampak mula ambil serius terhadap piala Mickey Mouse ini. Mickey tak Mickey.. ate..nye..mike x kempunan piala ke yob,? teman dah lame ni haa nunggu ngidam pialee..guling-pering doh nie.. (kepada Perakian betulkan kalau silap, teman baru nak blajor loghat kome).Itu sebablah kita dapat lihat hari tu Arsenal mengayamkan musuh di rumah jiran 4-1. Barisan yang boleh dikira kuat pada malam itu, tidak mustahil esok Wenger menurunkan barisan yang hampir sama tahap kepentingannya ketika melawat Newcastle.

Newcastle bajet nak jadi underdog kerana manager mereka awal2 lagi seperti declare mengaku kalah apabila memilih untuk merehatkan pemain2 utama akibat keutamaan diberikan kepada derby hujung minggu bertemu rival tradisi Sunderland. Arsenal jangan termakan dengan taktik Chris Hughton kerana mereka jugaklah yang menewaskan Chelsea di tempat lawan pusingan sebelum ini.Hajat Arsenal untuk bertemu legend musim lepas Campbell tidak kesampaian kerana bekas-bekas(2x) pemain Arsenal itu mengalami kecederaan.Newcastle juga ketandusan khidmat pemain lain seperti Steven Taylor, Steve Harper, Leon Best, Hatem Ben Arfa-mangsa De Jong dan Dan Gosling.

 
Di pihak Arsenal pulak, badi seakan beransur pulih dengan batch2 wad 911 beransur2 kembali ke pangkal jalan. Ini meembolehkan Wenger merehatkan pemain2 utama yang sering diturunkan tak kira masa dan memberi peluang kepada pemain2 utama jugak yang  baru pulang dari kecederaan untuk mendapatkan match fitness secukupnya. Bila kat sini barulah kita nampak kepentingan dan untungnya skuad depth ini. Pemain2 seperti Bendi Walcott, Koscielny, vela, Eboue, Diaby bakal mendapat ruang, sedang player2 seperti Arshavin Fabregas Clichy Nasri Chamakh diberi nafas relax. Carling Cup juga menjadi medan bagi pemain muda. Fabianski sudah naik pangkat jadi Szczesny dijangka dapat peluang untuk tunjuk macho. Begitu juga dengan Henri Lansbury, player yang mencuri tumpuan dengan sambutan gol lompat galah,Nordveit cover di CB dan jugak bek kiri England Gibbs. Satu lagi makhluk gergasi yang boleh mencipta nama adalah JET. Dulu dicanang2 untuk start di WHL tapi sekadar cameo last2 minit di Stamford Bridge.Tapi tengok fizikal dia yang lagi bagak dari Mikel dan Essien pun dah boleh kasi gentar woo..Yang best lagi, ialah dia ni ada konfiden Kalau tak dijaga silap2 konfiden levelnye boleh cecah tahap Bendi.. Apapun kesebelasan ramalan esok mungkin :

-------------Szczesny-------------
Eboue-----Laci---Kos-----Gibbs
-------------Diaby--------------
------Lansbury-----Rosicky-----
--Walcott---Bendi----Vela------



Sayanglnye Wilshere takde match ni...

Astro Super Sports 2. (816) 28 Oct 0240 Newcastle vs Arsenal (Live).

 Newcastle 0- Arsenal 2.


0 ulasan: