Khamis, 28 Oktober 2010

Post Match : Quaterfinal here we come..


Asslamualaikum dan salam sejahtera buat semua gooners.. Quarterfinal, yes kita dah masuk ke peringkat 8 terbaik untuk pertandingan Carling Cup bagi musim ini setelah kita menang bergaya di St. James Park awal pagi tadi. Piala Mickey Mouse bak kata Walcott tapi ape nak kesah piala tetap piala dan kita memang kelaparan piala sejak 5 tahun lalu. Mungkin pertandingan Carling Cup ini menjadi batu lonocatan untuk musim2 akan datang untuk memenangi piala2 yang lebih berprestij. Perlu di ingat kita sentiasa tidak di beri harapan untuk menang ape2 piala di setiap musim sejak kebalakangan ini tapi Jogho masih percaya squad musim ini mampu challange untuk piala. Kita punya squad deph agak besar musim ni. Ramai player2 muda dari reserve squad yang 'mengetuk2' pintu squad utama kita dan juga kembali nya beberapa player dari kecederaan.

Ok, kita ke subjek utama post kali ni. 4 gol dijaringkan di St. James Park membuktikan kita semakin kelaparan untuk memenangi piala. Dengan squad yang agak kuat berbanding musim2 lepas dalam pertandingan Carling Cup ini terbukti Wenger dah rasa piala perlu ada dalam kabinet di Emirates. Dengan pemain yang diturunkan smalam rata- rata mempunyai first team experience yang luas. Hanya Eastmond yang agak kurang pengalaman di peringkat top level dan beliau juga lah player yang termasuk dalam katogari player yang 'mengetuk2' pintu first team kita.

Kita mula dengan di posisi Goalkeeper kita. Sedia maklum Almunia 'injured'. Mungkin betul2 injured atau tidak kita takkan tahu, hanya Wenger yang tahu situasi beliau dalam camp Arsenal. Fabianski mejadi taruhan game2 sebleum ini tapi malam tadi Goalkeeper 3rd kita menjadi taruhan selepas dengan selamba di usia 20 tahun sound boss nak main lebih musim ni. Dah dapat peluang dan sungguh mengujakan perfomance anak muda Poland ini. Szczesny nama di beri oleh mak bapak beliau ternyata bukan cakap kosong. Anak muda ini memang mempunyai kualiti dan potensi besar. Beberapa save yang agak menarik ditunjukan belia awal pagi tadi bermula dengan long shot Alan Smith sehingga la free kick Ryan Taylor yang agak super tapi selamba terbang bagai layang2 menepis bola tersebut menunjukkan anak muda ini mempunyai agility yang bagus.Seperti semua Goalkeeper kita, keempat empat mereka mempunyai shot stoping yang agak bagus cuma di bahagian aerial yang agak kurang tapi dari apa yang dilihat dan yang di canang2 sebelum ini oleh fan Szczesny ini mempunyai aerial ability yang agak bagus. Lihat tumbukan padu maut yang dilakukan beliau semalam dengan konfiden sekali.

Di kiri padang seorang lagi anak muda iaitu Gibbs.Tapi sayang aksi nya hanya sebentar dek keranan kecederaan dan di gantikan oleh Sagna yang bagi Jogho agak kurang perfomance beliau awal pagi tadi. Mungkin akibat terkejut terpaksa bermain game ni. Mungkin dalam hati beliau berkata "siot,aku baru nak rehat2 kena main plak dah..main biasa2 sudeyh".Overall ok sahaja dari beliau. The unsung hero kita sape lagi abg Eboue. One word je Jogho nak bag kat Eboue ni..RESPECT. Beliau bermain baik di bahagian kiri pertahanan. Seronok melihat overlap beliau walaupon tak selaju Clichy tapi dribling nye mantap selamba beat lawan. Teruskan usaha Eboue.

Seorang lagi player yang sangat menarik perhatian Jogho semalam ialah Koscielny. Walaupon nampak macam krurs kering tapi dia mempunyai quality tersendiri. 2 quality yang Jogho dapat kesan dari beliau iaitu yang paling menarik perhatian ialah Composure beliau. Sangat2 tenang pemain kelahiran France ini membaca rentak perlawanan dan mengawal pergerakan pemain lawan.satu lagi kualiti beliau ialah tackle yang tepat timing nye. Beliau mungkin agak kurang dari segi header tapi tackle masyuk. Ingatkah terjahan beliau di WHL 2 minggu lepas wahai gooners sekalian. Dan semalam beliau betul2 impressive. Abg Djourou kita agak decent semalam berbanding beberapa game lepas.heading yang baik. Walaupon masih mencari rentak selepas 9 bulan tidak beraksi, beliau masih nampak kental.

Denilson jugak masih mencari2 rentak selepas injured tidak berapa lama dulu. Permainan beliau nampak semakin matang menggerakkan midfield kita malam tadi. Walaupon di usia semuda 22 tahun, beliau antara pemain paling berpengalaman dan credit di berikan kepada beliau. Si cilik berusia 19 tahun Eastmond menunjukkan kualiti beliau sebagai Defensive Midfielder dengan tackle2 dan inrcept yang baik untuk mematahkan serangan lawan. Cuma passing perlu diberikan perhatian dalam latihan beliau kalau nak jadi superb seperti abg Song kita. Abg Ros kita pulak agak tenggelam di separuh masa pertama.Bukan prestasi sebnar dan kita sedia maklum beliau sangat superb jika berada di prestasi sebenar.

Di kiri bahagian serangan Wenger meletakkan seorang lagi player muda yang mempunyai reputasi besar dalam pertandingan Carling Cup ini iaitu Carlos Vela. Persembahan yang decent dari beliau. Mungkin kerana tidak banyak pendedahan top level game menjadikan beliau agak kurang konfiden tidak seperti seblum ini. Susah jugak nak pendedahan kalau dah ramai player kita sehat dan beraksi baik. Pemain yang mempunyai cool finishing ini nampak seperti tercari2 konfiden nye.Teruskan usaha Vela. Dibahagian kanan pula Abg Walcott kita.Superb perfomance dari beliau. Sesekali masuk ke bahagian tengan unutk bertindak sebagai Center Foward membuah kan hasil yang cukup lumayan untuk beliau.Kelajuan beliau di guna 100% awal pagi tadi. 2 gol dijaringkan beliau semalam menjadi kan 6 gol musim ini dari 6 appearance. Cool finishing ala2 Henry mejadi pujaan. walaupon gol pertama beliau agak kontoversi, beliau tidak mennunjukkan ape2 kesukaran. First touch beliau semakin improve, timing larian superb finishing dan composure semakin bagus. Gol pertama beliau bagi Jogho sepatut nya tidak harus terjadi. Memang beliau tidak offside tapi Bendi tergolek dog berlanggar dengan pemain lawan walaupon tak sengaja automatic menjadi kan beliau mengacau gerakan itu. So bagi Jogho automatic offside. Tapi kalau tak langgar pon takkan dapek nak ngejor yob Walcott ni. Laju bebenor...

Di bahagian serangan abg Bendi kita la. Sape tak kenal Bendi yang selamba konfident lebih di luar padang dan semakin konfident jugak di dalam padang. Beliau kata dia sekarang dalam keadaan paling tajam dari sblum2 ni..tajam sungguh la kot smalam bukan main lagi score curling cantek punya. Dah dua kali dia buat, dua2 masuk gawang.tambah konfiden la Bendi kita ni. Bagus tapi jangan terlalu konfiden. Dia punya Dribbling pon dah bertambah baik. Belajar ngan Nasri kot si Bendi ni. sebijik macam Nasri je gerak2 badan..haha. ape2 pon tahniah bbuat beliau score gol yang masyuk.

Sub kita smalam selain Sagna iaitu capitan kita Cesc. pelik jugak Wenger ni tibe2 masuk Cesc. Bukan ape takut injured je. Dah la midfield lawan tu Alan Smith yang sedia maklum tackle cam gampang je. Pas tu masuk lak Joey Barton lagi sekor antara pemain paling kotor dalam dunia ni.bawah sikit dari Van Bommel si Barton nih. Tapi Cesc rilek je walaupon pinggul nye dah bergoyang inul di langar buldozer. Dan kalau tak silap ada assist semalam dari abg Cesc. Seorang lagi ialah JET player yang 'mengetuk' pintu Wenger nak main first team. Masuk main 7 minit je tapi tak pe la muda lagi. Nampak memang macam beast dia ni. Jangan beast jadi Baptista dah le. Beast saje tapi hampeh.hehe

Macam biasa rating dari Jogho adalah seperti berikut.

Szczesny---------8
Gibbs------------6
Koscielny--------8
Djourou----------7
Eboue-----------7.5
Denilson---------7
Eastmond-------7
Rosicky---------7
Vela------------7
Walcott---------8.5
Bendi-----------8

Sub
Sagna----------7
Cesc-----------8
JET------------6

Come on Gunners..Wembley tahun ni..

PS: Tahniah buat pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan skali lagi beraksi di pentas final Piala Malaysia tahun ni. Jangan ada bakar kusi lagi dah le yee..sian manager staidum bukit jalil pening nak baiki..satu lagi..sape ada tau..kemanakah ilang nye Diaby..aku tercari cari nih...rinduuuuuu


0 ulasan: