Kehangatan Final Piala Malaysia mewarnai aksi Arsenal -West Ham malam ini yang kick off jam 10 malam waktu Malaysia. Kita baru sahaja menang 2 aksi away ke atas Mancis dan Newcastle jadi unuk memikirkan Arsenal gagal mengutip mata penuh di laman sendiri bertemu rakan seLondon yang duduk di bucu liga adalah gila. Arsenal perlu mengambil kesempatan atas segala yang serba tidak menjadi di West Ham bawah kendalian Avram Grant.
Berita kecederaan:
Gibbs akan terlepas beberapa minggu akibat kecederaan ligamen lutut. Sayang sungguh setiap kali baru nak kembali, ada sahaja kecederaan besar yang menimpa.Takut jadi nasib macam RVP. Ada potensi tapi sentiasa tidak bernasib baik. RVP dan Rambo akan pulang ke latihan penuh seawal minggu depan tapi berbanding RVP, Rambo memerlukan lebih latihan intensif untuk kembali kepada match fitness dan fizikal yang diperlukan. Diaby dan Almunia masing2 belum tersenarai. Mael mempunyai kecederaan otot yang misteri , sama seperti Rosicky dulu2 mungkin. Difahamkan masa pemulihan agak lembap sedikit, target adalaah 'beberapa' minggu. Wilshere masih lagi menjalani penggantungan terakhir. Wenger menyatakan Wilshere sedang kebosanan sekarang tapi nampaknya offer baru telah ditawarkan pada kapten jack dan juga penjaga gol cemerlang tempoh hari Szczesny untuk kekal di Emirates lebih lama menjadi sebahagian daipada skuad masa depan. Berita mengenai kontrak Arshavin belum ada apa2 perkembangan tapi Wenger memberi jaminan rundingan masih berterusan.
--------------Fabianski-------------
Sagna------Laci----Kos------Clcihy
--------------Song------------------
----------Fabregas---Nasri--------
---Walcott--Camak----Arshavin---
Astro 812 10PM. West Ham 0 Arsenal 3.
P/S : Kita mengharapkan perlawanan menarik dan bebas dari sebarang anasir2 tidak memberangsangkan sepanjang final Piala Malaysia malam ini.Selamat berjuang kepada para finalis.Aku rasa malam ni merah menang. Arsenal berwarna merah.
Sabtu, 30 Oktober 2010
Pre Match : Peluang untuk kekalkan momentum
7:12 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan