Ahad, 17 Oktober 2010

Post Match : Wilshere mengGunners

Tak tahu nak diulas macam mana, tapi yang penting sepanjang 90 minit aku loya mendengar ulasan komentator yang tak habis2 berat sebelah dan menjengkelkan. Ok, Chamakh simulated, dan kemudian menang penalti. Itu diakui dan memang kurang disenangi. Kemudian beberapa minit selepas itu kepalanya disiku dan pengulas berkata 'nothing bad, nothing wrong?' itu hipokrit! Kalau boleh ungkapan 'bukan salah ibu mengandung..' pun nak ditambah pada hujungnya salah Arsenal. Anti Wenger dan anti Arsenal telah menular sampai begitu jauhnya.
Biarpun menang, aku kurang senang dan agak tak puas hati dengan cara kita membiarkan Birmingham masih lagi dalam game sampai last2 minit. Pass dan pass depan gol hingga ingin menggolekkan bola ke dalam pintu gol, larian2 Diaby,dan hantaran2 Wilshere semuanya tak de noktah. Ben Foster jarang diuji.Sepatutnya kita dah boleh bunuh game awal2 lagi. Gol mereka juga sudah dijangka dengan barisan 2nd best di belakang back 4, Zigic dengan tandukan cunnya yang bak kata wenger gol oldiest ala 30-40 tahun dulu.Wenger sempat menambah, Fabianski bermain dengan kemas malam ini,  aku tak nafikan.Perlu lebih konsisten untuk Almunia rasa apa yang Lehmann rasa.

Wenger dalam post match conference berkata Arsenal boleh lihat kegunaanChamakh ketika saat2 genting. Tukang menang foul, penalti dan jugak boleh jaringkan gol walaupun tak begitu tajam depan pintu gol.  Apapun Chamakh memainkan peranannya semalam.Dan dia mesti bersiap sedia dengan mental yang kuat ketika bermain away atas 'keberanian'nya membuat perkara2 sebegitu kerana dirinya kini bakal menjadi buruan seperti mana Eduardo dalam kes Celtic lalu.


Nasri mengambil penalti dan menyempurnakannya dengan cukup baik. Nampaknya kini Nasri mendahului Arshavin dalam senarai pengambil sepakan, lagipun Arshavin dilihat tak cukup cergas, tak fokus dan tak sharp langsung .Ini mungkin akibat perjalanan jauhnya bersama skuad Russia dalam masa 2 minggu sudah.Tamat separuh masa Arsenal masuk ke bilik persalinan dengan kelegaan, McLeish pastinya tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil . Baru nak suruh pasukannya regroup dan maintain disiplin kena lagi sebijik dari Chamakh selang 2 minit lepas 2nd half start hasil hantaran baek punya dari kapten Jack. Sekian terimakaseh Hleb.
Isu tackle menackle ni sering digembar gemburkan dengan Arsenal menjadi mangsa dan Wenger menjadi si pengadu. Alex Mcleish Mengambil peluang kali ini untuk 'menyindir' Wenger apabila player terbaik bagi aku atas padang semalam, Jack Wilshere memberi terjahan yang kurang baik ke atas Zigic. Sebelum itu ada insiden di mana mulut Wilshere kelihatan berdarah akibat disentap tangan si gergasi ni.Apa pun nak kaitkan dendam antara kedua2 kes tersebut tidak relevan sama sekali kerana Wilshere diakui sendiri oleh Bos Brummies , bukan seorang pemain yang kotor. Dalam nada yang sama die sempat kononnya buat baikla backing Wilshere,rupanya saje je sempat jugak nak mengaitkan insiden Martin Taylor ke atas Eduardo, -tackle yang keras daripada pemain yang bersih. Porah lu.. Apapun Wenger terpaksa membuat muka stone sahaja dan mengakui kekasaran Wilshere. Kapten Jack  menerima dengan hati yang tenang dan terbuka dan berkata ia suatu pengajaran berguna baginya walaupun kecewa terpaksa digantung 3 perlawanan. Wilshere ni semakin matang aku perhatikan di atas padang-tolak kes upskirt dan gaduhnya di luar padang. Corak permainan dan passing nya semalam dan bertemu Chelsea agak mengagumkan bagi usia sebayanya. Masa depan yang baik bagi kapten jack dan Arsenal tapi dia perlu diberi tunjuk jalan supaya tak mudah lupa diri dan boleh kawal diri.


He is a complete player. He played defensively well, offensively well, and I believe that overall he had a very good game, a very influential game. He was very reliable defensively and very creative going forward.


 Kita akan kehilangan khidmatnya dalam pertemuan menentang Mancity, Newcastle(carling cup) dan jugak West Ham. Dan pada ketika itu harapan agar Cesc kembali pulih begitu jugak Mael dan RVP. Walcott mungkin akan dapat peluang kembali ketika bertemu Shaktar tengah minggu ini. Bendi, kata Wenger belum bersedia sepenuhnya melihat pada persembahan semalam. Sebulan 2 jadi sub ok lee tu dapat balik match fitness. Lega melihat kita kembali ke landasan yang sepatutnya. Teruskan mengGunners!!

Welcome home Eduardo.Arsenal no 9.


0 ulasan: