Isnin, 18 Oktober 2010

Marwan bukan Mat scuba, Cesc Fit, Don Vito dipinjamkan


“If they don’t think it is a penalty then they can be disappointed but for me there was a definite touch. I fell because I was touched otherwise I would not have fallen in the area.”

Hah itu dia..Akuan bersumpah dari Marwan Camak. Kepada para penyangkal, Camak bukanlah seorang penerjun, dia hanya pemain bola sepak yang suka bermain bola. Cuma fizikalnya yang tinggi mungkin menyebabkan pusat gravitinya tinggi dan tidak stabil.Agak bagus untuk Arsenal, Kerana pihak lawan selain terpaksa berhati2 dengan sentuhan penyudah Chamakh mereka harus berhati2 dalam menyentuh pemain Maghribi ini. Arsene Wenger turut mempertahankan Camak seperti mana dia mempertahankan Eduardo musim lepas.

Bercakap mengenai kepulangan Eduardo ke Emirates dalam UCL esok, pemain2 sedang giatmara berlatih.Turut kelihatan adalah kapten Fabtastic yang dikhabarkan sudah fully fit tapi mungkin tidak akan start. Jack Wilshere jugak pasti akan menggunakan match ini untuk pulun habis habisan setelah tahu lebih awal dia akan terlepas 3 perlawanan domestik akibat segmen terjah yang dilakukan Sabtu lalu. Wenger turut mengungkit faktor Passport membuatkan tekanan lebih kepada Jack berbanding Cesc semasa usianya, namun tidak dinafikan Kapten Jack mempunyai jejak langkah yang sama dalam mencipta kerjaya di Arsenal seperti Kapten Cesc.

Walcott berkemungkinan mendapat peluang setelah tertangguh.RVP Mael Koscielny Almunia semua masih out. Mata aku saja atau apa, tapi kenapa aku tak nampak kelibat Arshavin dalam sesi latihan tu? hurmm..Paling best adalah RVP tidak akan mendapat lampu hijau bagi Internationaleleh bulan November  bersama Belanda kerana takut perkara2 buruk berulang lagi.RVP dijangka kembali lagi 3 minggu dan pada ketika itu elok2 friendly match Belanda-Turkey 17 Nov.Jadi, jangan harap Arsenal nak melepaskan RVP dengan begitu sahaja hanya untuk mendapat berita RVP dipulangkan dengan keadaan 'rosak teruk'.

Apa yang mereka bualkan agaknye...
Bobby  :   Amboi senang betul jadi manager, berpeluk tubuh saja.Gua pun nak try
Le Prof :   Ko marah aku lagi ke?
Bobby  :   Tak dak aih..suka
Le Prof :   Ok laa,alang2 ko dah ada sini aku buat apa saja nak tebus dosa aku dulu.
Bobby      Baiklah, Lu start game esok, Bagi Fabianski kena red card gua nak sub kan lu balik.

Sebentar, berita yang baru diterima, kalau Fabianski betul kene red card, kita hanya akan dapat saksikan kelibat Szczesny kerana tiada lagi Vito Mannone yang sah dipinjamkan ke Hull City sehingga bulan January 2011.Hull City? Ape Hal! Tak ada kelab lain ke. Tidak mengapa asalkan Manonne tidak mensia-siakan bakat yang ada dan menggunakan peluang dan pengalaman sebaik yang boleh. Aku agak simpati kerana penjaga gol yang mempunyai rekod bersih tidak pernah kalah bersama Arsenal ini bagai dilepas pandang oleh pihak pengurusan. Ini mungkin masa yang sesuai untuk membuktikan sesuatu. Ayuh , MyVito!


1 ulasan:

mat ezad berkata...

hahaha.. aku suke dailog wenger ngan pires tu.. lu memang best GnR!!