Rabu, 20 Oktober 2010

Post Match : Arsenal 5, Eduardo 1

Tengok Gol.

Sempoi + emosi + cool. Itulah yang boleh ditafsirkan mengenai match awal pagi tadi. Arsenal meneruskan rentak kemenangan dengan membelasah Shaktar 5-1 melalui 5 penjaring berbeza, boleh kira 6 kalau campur bekas Arsenal Number 9, Eduardo Da Silva. Sebenarnya selain dari hendak melihat kemenangan, match ini amat istimewa bagi mereka yang mengikuti perkembangan kerjaya Eduardo di Arsenal dan kepulangannya kembali di Emirates sangat dinanti. Dudu Merupakan penjaring pertama Europe di Emirates, Dudu sekali lagi , sesekali menghiburkan dengan skill dan aksi bersahaja, dan sempat merakamkan jaringan saguh hati buat Shaktar biarpun masuk sebagai pemain gantian. Namanya kedengaran berkumandang di segenap penjuru Emirates, emotional comebacks, membuatkan bulu roma gua pun turut ternaik.Sehingga dia score pun, penyokong Arsenal masih memberi standing ovation, aku rasa ada antara kita yang duk mengharapa 'cepatlah bagi sebijik kat Eduardo..cepatlah' ketika barisan Shaktar yang hadir agak tumpul dan buntu idea.hahah..

Apapun persembahan yang lancar dan menarik terutama di bahagian tengah dengan kembalinya El Capitan Fabreags.Fabregas sempat menjaringkan penalti sebelum direhatkan. Rakan baiknya Rosicky start, dan kemudian mengambil alih arm band merupakan nadi penting dalam mengoptimakan ruang2 sempit, nampak lebih efektif dari Arshavin yang masuk sebagai pemain gantian bersama2 Walcott. Song dengan gol pertama hasil kesilapan keeper lawan yang terkena badi Fabianski yang bermain dengan tenang tadi.Selepas kedudukan 1-0  Shaktar agak liat untuk dipecahkan akibat disiplin mereka ang tinggi sebelum Nasri dengan sentuhan ala2 RVP menyudahkan scara stylo hasil hantaran sekali lagi dari Song. 1 gol, mereka rasa boleh tampung lagi, 2 bijik sebelum half time, satu tamparan di m uka bagi mereka dan kemudian segalanya milik Asenal.


Separuh masa kedua, ketika sepakan percuma diambil , kelam kabut di depan pintu gol dan Jozan ditarik bagaikan gusti maka Fabregas dengan tenang merembat penalti ke belah kanan.Masih nampak belum sharp sepenuhnya , tapi hanya menghitung hari. Harap di Manchester City nanti Fabregas akan naik gear. Gol keempat dijaringkan Chamakh dengan bersahaja, gua ingat dah tak masuk dah sebab rekod dia one on one bukan bagus mana pun alih2 sempat pulak tengok linesman , bola dah jauh tapi dengan selamba mampu tolak masuk bola bergolek melepasi garisan gol..Pengulas sempat khabor 'Dont try this at home' apa2 pun sepak dulu baru tengok linesman..


 Jack Wilshere yang bakal kempunan 3 match lepas ni betul2 ikut seperti apa yang aku usukan, pulun match ni. Dari awal minit lagi nampak kesungguhan pemain gila2 remaja kita, dengankeberanian nya challenge bola dan sauk kaki lawan, passing dan kerajinannya play deep cover Song  ketika merayau di atas. Hasilnya dilengkapi dengan gol yang cukup kemas hasil gerakan menarik 1-2 tak silap gua dengan Rosicky.Selepas itu Walcott Arshavin dan Denilson dimasukkan merehatkan Fabreags, Nasri dan Si Marwan. Sepatutnya boleh dapat 6 tapi sepakan leret Denilson ketika gol dah ternganga tersasar ke laut. Tapi time2 camni boleh lah dengan Eboue , Clichy masing2 pun nak mencuba nasib nak mencetak nama sebagai penjaring. Apa pun nama yang sinonim dengan cetakan jaringan sentiasa akan memahatkan dirinya di situ kerana memang tugasnya musang dalam kotak, itulah Eduardo Da Silva..Satu kepulangan yang indah bukan biarpun dalam kekalahan, itulah dia kehidupan...


0 ulasan: