Khamis, 7 Oktober 2010

Teruskan perjuangan + Bobby kembali


Apa yang terjadi sudah terjadi. Bengang ? sedih? kecewa? pasrah? Same old story bukan? Kadang2 Anda rasa bagai tersalah channel kut2 Astro tengah tayang match2 classic kerana apa yang disajikan hanyalah ulangan beberapa siri musim yang lepas. Orang kata Chelsea bermain lebih baik tetapi kita kata Arsenal bermain lebih baik. Tapi perspektif 'baik' itu sendiri terpulang pada individu. Baik dari segi apa? itu persoalannya. Jika Arsenal mengawal bola dan mendominasi perlawanan tapi gagal dikatakan baik bagaimana pula dengan team lawan yang berjaya menjaringkan gol dan berjaya menghalang Arsenal menjaringkan gol, itu juga baik bukan bagi mereka. Arsenal sendiri ada peluang awal2 tapi tak pandai sudahkan kalau tidak pastinya skrip berbeza. Pada ketika cerita tak ikut skriplah, kekuatan pada sesuatu watak itu akan memainkan peranan penting bagi meng'cover' jalan cerita yang carca marba.Sayangnya malam itu watak antagonis yang terus menghantui. Oleh itu mungkin yang memisahkan Arsenal dengan pasukan seperti Chelsea adalah pemain seperti Drogba.Suatu yang sudah pernah dimiliki pada era kegemilangan Arsenal bersama Henry malah tidak keterlaluan jika dikatakan Henry jauh lebih istimewa dari Drogba pada zamannya.


 Itulah roda kehidupan, dahulu mereka juga mencemburui pasukan kita dengan adanya individu sehebat Henry tapi mereka tidak akan kekal lama. Itulah sebabnya penting kita mengekalkan Fabregas supaya kitaran ini akan berlaku kembali, percayalah ia tidak lama lagi.Jika anda tidak percaya akan Wenger, mungkin orang lain yang menggantikannya akan membawa kejayaan , tapi bila? bagus soalan itu. Jika ditakdirkan Arsenal tak akan menang apa2 lagi bersama Wenger maka jawapannya tunggulah sehingga tamat musim 2014 (tamat kontrak) kerana board pastinya tidak akan sesekali 'menyuruh' seseorang yang telah banyak berjasa untuk pergi membawa diri. Namun jangan bimbang kerana menjelang 2014, kewangan mungkin stabil dan tapak yang disediakan pasti kukuh syaratnya jika pemain bersabar, dan satu dua tindakan diambil bagi memastikan pemain2 terbaik kekal menjadi tulang belakang pasukan.Liverpool sanggup terguling2 merayu2 mengharapkan untuk berada di kedudukanmacam  kita ketika ini

Reaksi peminat selepas match lalu bermacam ragam.Ada tu sampai yang kurang senang dengan reaksi Koscielny yang boleh bergelak ketawa bersama Drogba sebaik wisel penamat, itupun boleh jadi point, huhu sampai macam begitu sekali tapi ada benar jugak, mana mungkin , jarang sekali untuk kita melihat senyuman dari baik Adams mahupun Keown jika tewas lebih2 lagi pada lawan yang kurang digemari. Mungkin pemain baru seperti Kos perlu diberi orentasi lama sedikit berkaitan passion ketika bermain di Arsenal. Sedang elok la waktu2 macam sekarang ni ditambah lagi dengan kepulangan Bobby ke Arsenal. Robert 'Bobby' Pires boleh menjadi fesilatator, tak ada orang yang lebih layak ketika ini jika Pires berada bersama2 di padang latihan. Lagenda Arsenal tersebut dah pun jadi free agent membuktikan marahnya yang dulu pada Wenger hanya sekadar profesional kerana ternyata mereka masih berhubung baik.Setalah membuat satu 'Beckham' siapa tahu mungkin Pires boleh membuat satu 'Campbell' pulak. Umor36? apa ada hal la selagi masih berkudrat menyepak bola dan masuk di minit2 terakhir ajar player2 muda yang tak tua2 ni erti fokus!



Bagai nak memberi peluang pada para pemain melupakan igauan buruk 2 3 match liga kebelakangan ini, tiba2 selepas moral down macam ni dapat Internatioonaleleh. Harap 11 player yang terlibat boleh main dengan baik dan lupakan segala sejarah hitam yang berlaku di awal musim. 7 point ketinggalan tapi Stadium of Light dan Jambatan Stamford memang kawasan yang sukar untuk ditawan cuma terkilan akibat kekalahan kepada WBA di Emirates, itu yang membuatkan kekalahan kepada Chelsea menusuk-nusuk.Harapnya tiada kecedeaan2 yang menambah malang sekembalinya mereka dari Internationaleleh. Tahniah Wilshere kerana mendapat call up.Persembahan mengharapkan ketika bertemu Chelsea dengan cara dia bukak game dan distribute bola memang class.Itulah yang diungkitkan Fabregas mungkin , ketika komen mengenai bola sepak England.Main biar ada style! Bila mereka cakap "Style la sangat..almari kosong?" katakan pada mereka -'Kabinet itu pun dah cukup mahal untuk jadi perhiasan!' hahaha..

P/S : Siapa tak sayang bini piala oi~~

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: