Ahad, 3 Oktober 2010

Pre Match : Usah Terlalu obses pada Drogba.

Daripada 15 perlawanan setelah Drogba menyertai Chelsea rekod Arsenal ketika dia beraksi menang 0, seri 3 kalah 9 tanpa Drogba, menang 2 seri 1 tak pernah kalah.Isk3 itulah penangan fizikal si Drogba ni, Namun adat sejarah ketamadunan Malasia, tiada satu kerjaan pun di muka bumi ini yang akan kekal, tiada seorang pun yang akan memegang kuasa selamanya, dan tiada benda juga yang tidak boleh dihentikan. Wenger menjanjikan perkara itu dalam pre match conference ynag begitu konfiden. Kekuatan fizikal bukan segalanya dalam bola sepak , tambah Wenger, ini kerana lihat cara dan  sejarah yang ditulis Spain ketika Piala Dunia, permainan canik boleh terbukti menjamin kejuaraan.Itu katanya2, pendapat yang boleh dikira logic untuk mendukung segala hujah2 keyakinan terhadap pemain yang sedia ada.

 4 pertemuan terakhir berakhir dengan kekalahan begitu juga di Emirates sendiri.Chelsea yang satu ketika dulu bukan tandingan kini sudah menjadi lawan yang liat untuk ditumbangkan, tidak keterlaluan jika dikatakan atas bantuan faktor kewangan. Sempat Wenger menyentuh isu itu, tidak boleh lari dari menyebut tentang pelaburan2 Chelsea yang dilakukan pada zaman awal Empayar Russia itu. Tapi kini perbelanjaan mereka sudah mula masuk akal, lebih nampak cantik lagi, mereka bernasib baik, 'pembaziran2' mereka hari ini membuahkan hasil dan nampak berbaloi di atas kertas. Walaubagaimanapun secara perlahan2 kita boleh nampak mereka mula menyedari kepentingan untuk cenderung kepada bakat2 dari dalam terutama bakat2 muda dan tak mustahil akan melalui tansaksi yang sama seperti mana Arsenal lalui, dan Arsenal pula, seperti Eye on Malaysia , berada dia atas kembali. Itu jugak keyakinan yang dilaungkan Wenger.Ahh, tak guna bercakap tentang masa lampau dan masa depan yang tidak pasti lagi, apa yang lebih penting , adalah aksi pada malam ini.



Kunjungan ke Stamford Bridge atas dasar hormat bukan inign menambah parah emosi pada Carlo Ancelotti yang baru kehilangan bapak baru2 ini. Kita tahu pastinya Pemain2 Chelsea sedang berkongsi duka dengan pengurusnya, jadi kita juga tahu mereka ada sesuatu untuk dihadiahkan , iaitu persembahan bersemangat dan 3 mata sama seperti mana Kes Pulis yang kematian ibu, masuk ke bilik persalinan semasa half time dan memberi inspirasi pada Stoke yang akhirnya menang walaupun ketinggalan. Arsenal perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan.Tugas getir menanti tanpa khidmat Fabregas yang disahkan tak akan boleh beraksi malam nanti. Selain tiada idea dari Fabregas, Arsenal tak ada natural leadership yang mengorganisasikan back 4 kerana Mael masih lagi belum pulih dari kecederaan. Jozan yang bermain baik bersama2 Squillaci pastinya akan terpinga2 berfikirkan mengapa dia masih dipinggirkan. Squaillaci yang membuka akaun gol Arsenal nya dalam 'party'Zan  Rabu lalu, mungkin dijadikan pilihan utama berdasarkan pengalaman yang dimiliki. Jadi sama ada Kos ataupun Jozan yang akan bergandingan bersama Laci akan ditentukan Wenger malam ini. Siapapun pairing, meraka perlu memastikan tidak termakan dengan vodoo Drogba dan menganggap segala sumpahan ke atas Sanderos selama ini hanyalah dongeng dan mainan psikologi semata2. Itu penting kerana ketika Almunia kompom tak main, dan Fabianski pulak yang kompom jaga pintu gol Arsenal malam ini, penjaga gol memrlukan perlindungan yang maksimum lebih2 lagi dengan kondisis status goalkeeper kita sekarang ini. Sagna dan Clichy selain overlap perlu fokus untuk menutup ruang on form Malouda dan Si Benayoun.

Memang Essien lebih kuat daripada Song tetapi adakahtanpa Lampard mereka lebih kreatif daripada kehadiran Rosicky Wilshere dan Nasri. Itulah kunci yang perlu Arsenal pegang malam ini.Kreatif, untuk bukak ruang2 seni yang begiu compact dan penuh disiplin dari Chelsea, Arsenal memrelukan kekreatifan untuk mengajak lawan keluar dari posisi. Wenger bercakap fizikal bukan segalanya jadi aku berharap dia berpegang dengan pendiriannya, oleh itu tidak perlulah memasukkan Diaby sebagai kesebelasan dengan alasan kita memerlukan fizikal kerana sudahlah 2 kali pulang dari kecederaan , tidak match fit dan tidak on form.Wenger perlu memikirkan bagaimana hendak memanipulasikan magic Arshavin dan kerajinan Chamakh.Jadi Key Man bagi arsenal dilihat pada malam ini adalah Nasri, best chance scorer untuk kita bubuh gol malam ini. Apapun Arsenal perlu bermain sebagai satu unit, baik bertahan mahupun menyerang.

-----------------Fabianski-----------------
Sagna--------Kos-------Laci-------Clichy
------------------Song--------------------
----------Rosicky-----Wilshere-----------
------Nasri-------Chamakh-----Arshavin

JIka tewas, semakin jauh ditinggalkan, jika menang, kita akan merapatkan jurang. Kita dah laluinya sebelum ini. Tiada tekanan lagi ke atas Arsenal. Malah kita pernah mengalami situasi yang lebih getir dari ini. Bukan mudah untuk menang, bukan juga semudahnya untuk mennyerah begitu sahaja. Apapun keputusan malam ini, yang penting adalah persembahan berjiwa dan bermaruah yang dituntut.Wenger bukan berkerja 24 jam untuk menunggu musim depan punya hasil tuaian, kerja hari ini, hari ini jugak mau untung! Astro 817 10.00 PM. Chelsea 0- Arsenal 1.

Agi Idup Agi MengGunners!!


0 ulasan: