Ya arsenal menang ke atas Partizan tempoh hari tapi bukan satu kemenangan seperti parti2 politik yang menang landslide ketika pilihanraya. Aku rasa walaupun di bawah par malam itu, tapi sekadar cukup untuk menaikkan kembali semangat dan membina moral bagi perlawanan selepas ini.Namun menang tetap menang, tidak boleh kita menafikan kredit kepada pemain2 malam itu yang mengharungi suasana hebat penyokong2 tuan rumah biarpun lampu limpah dan lampu bilik persalinan yang mengalami masalah teknikal. Sagna menceritakan bagaimana lampu2 telefon bimbit mereka sebagai penerang hidup mereka.
Cabaran lagi besar menanti dengan Drogba sudah mula bermain psikologi.Umum sedia maklum Drogba setiap kali bertemu Arsenal bagai masuk hantu, sentiasa menjadi mimpi ngeri pertahnan terutama Sanderos dulu, jadi siapapun squaillaci,Jozan mahupun Kos, bersiap sedialah. Mood team nampak okay, masing2 nak up kan rakan2 sepasukan dengan pujian tak habis2 dihamburkan pada Fabianski. Pada aku persembahannya malam itu ..muka still gugup tapi bolehlaa..selagi dia tak melakukan fi'il peliknya sebagaimana yang sering dilakukan.Masa ni lah nak tanam konfiden pada keeper yang memang satu posisi paling tertekan di Arsenal sekarang ini. Almunia kebarangkalian tak sempat main, Fabianski 'berhutang' dengan Drogba atas kemaluan FA cup suatu ketika dulu.
Paling merisaukan sekarang adalah kondisi Fabregas.Sama ada sempat atau tidak untuk diturunkan masih menjadi tanda tanya.Tapi kalau dah sampai ke hari ini masih belum fit, pastinya satu gamble kalau nak diturunkan secara tergesa.Mungin itulah salah satu sebab kenapa kem Arsenal , Klinik kita tak pernah sunyi. Adakah pemain dipaksa turun jugak walaupun baru baik kecederaan, tak fit. RVP?Diaby? Kini tiba2 Diaby boleh plak main selepas Missing in action konon dibekukan ketika kunjungan ke Serbia. Mael pun masih MC. Nampak bebeor kelopongan yang ditinggalkan ketika tiada komanden di barisan pertahanan.
Berbalik pada Fabregas tadi, betapa pentingnya inspirasi yang diperlukan Arsenal sekarang ni. Orang mudah berkata2, Fabregas tiada, takpe, orang lain boleh isi kasutnya.. tidak semudah itu. Paling terdekat sekarang ni , Nasri pun tidak mampu mengangkat satu team sepertimana ketika Fabregas berada dalam game. Itulah X faktor yang ada pada bintang Spanyol ni.Nak tak nak kita terpaksa akui kita akan kehilangannya di masa depan nanti, itulah sebabnya Wenger menyediakan plan alternatif, mengulangi modus operandi yang sama ketika zaman gila2 remaja rambut rempit Cesc dulu ke atas Jack Wilshere.Kapten Jack diberi peluang meniti perjalanan yang hampir sama dengan kapten sekarang.Yang lebih menariknya dia memiliki passport yang 'mesra media'.Perjalanan masih awal dan jauh baginya, ilmu takkan habis dituntut selagi kabinet Arsenal dan locker peribadinya masih kosong tanpa piala.
Jumaat, 1 Oktober 2010
Arsenal dambakan Fabregas Ahad ini
9:15 PG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan