Selasa, 28 September 2010

Jangan biarkan Partizan pulak berParty

Walaupun sukar diterima, anggap sajelah ia hanya satu hari yang malang dan tak akan berulang kembali.BUat sahajalah apa2 yang patut, walaupun drop Almunia atau Diaby dengan cara berhemah pun, kami sudah pasrah, kerana pengganti mereka pun bukan boleh diharapkan sangat, Fabianski dan Denilson? meh.. yang penting Arsenal perlu bermati matian menebus maruah awal pagi nanti di Serbia. Almunia yang diasak teruk dari pelbagai pihak termasuk bekas pengurus Arsenal George Graham tiba2 injured siku.Buruk siku rasanya.Diaby entah tidak tahu menahu tiba2 hilang dari pandangan, mungkin Wenger memberi ruang untuk dia muhasabah diri dan clearkan apa2 yang tak patut dari kepala otaknya itu hari. Berikut adalah senarai pejuang, tapi agak simpati akan nasib Manone yang sentiasa dilepas pandang, selai n dari kesilapan kecil ketika bertemu West Ham , aku tak mengerti apakah yang menyebabkan Wenger tidak rate penjaga gol Italy ini.Mungkin Wnger lebeih mengenali.

21. Lukasz Fabianski
53. Wojciech Szczesny
3. Bacary Sagna
22. Gael Clichy
6. Laurent Koscielny
7. Tomas Rosicky
8. Samir Nasri
11. Carlos Vela
15. Denilson
17. Alex Song
18. Sebastien Squillaci
19. Jack Wilshere
20. Johan Djourou
27. Emmanuel Eboue
23. Andrey Arshavin
29. Marouane Chamakh
28. Kieran Gibbs
46. Henri Lansbury

Daripada senarai di atas, Fabregas sahsah takde, RVP belum baik, Almunia tiba2 injured, Mael sakit otot lagi jadi persoalan menariknya, siapa bakal kapten malam ini. Bercakap mengenai perlawanan tempoh hari, Wenger berkata Asenal hambar kerena kurangnya electricity, dan kehilangan generator.Bila ditanya adakah kehilangan Fabregas merpukan Arsenal takde generator yakni kurangnya leadership atas padang ketika itu, Wenger tidak berapa setuju kerana kepimpinan katanya dikongsi bersama. Menang bersama, kalah pun bersama katanya, itulah sebabnya dia backing Almunia kaw2 punya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga biarpun sudah terang lagi bersuluh, badut2 tersebut merupakan main culprit malam itu. Itulah prinsip Wenger tak pernah nak menyalahkan pemain2 sendiri secara terang terangan.Apakah pandangan anda dengan cara sebegini, bagus atau pemain akan naik tocang? Pada pendapat aku ada pro dan kontranya tapi kalau dah selalu macam ini, siku Almunia pun selalu naik lemak!

Ah..aku bercakap pasal apa tadi, ph ya kapten Arsenal untuk malam ini. Ermmm tidak sukar untuk predict, tapi jika berdasarkan umur, Squaillaci namun Arsenal jarang memberinya kepada muka2 baru, senioriti, Clichy tapi aku nak Gibbs main malam ini kerana Clichy dilihat sekarang tengah off form. Kematangan, Rosicky boleh jadi jugak tapii aku rasakan status dan aura Arshavin akan mengankatnya sebagai pemegang armband malam ni.Walaupun auranya hanya muncul sesekali tapi dia tetap perlu diakui watak penting. Walaupun ramai pengkritik melihtanya sebagai pemalasketika off the ball, tapi lihatlah posisi apa yang diisinya.Wenger banyak sangat eksperimen.Mungkin jika dia lebihkan larian di atas padang , orang kata akan nampak bersungguh2. Tapi dia bukannya jenis player yang lari ke sana kesini tanpa hasil umpama Baros, apa yang penting adalah sumbangan efektif ketika dia memegang bola.Nampak musim ini tak menyerlah tapi sedar tak sedar beberapa assist dan gol datang darinya.Cuma itulah, peminat mahukan pemain yang ada jiwa dan nampak kesungguhan di atas padang, mungkin Ashavin perlu belajar lebih sedikit membuat mimik muka.



----------------Szczesny--------------- kompom Fabianski
Sagna-------Laci------Kos------Gibbs
----------------Song------------------
----------Wilshere---Rosicky---------
-----Nasri-----Chamakh---Arshavin---

Cukuplah tu ambil mudah.Partizan bukan calang2 pasukan, pendahulu liga Serbia.Main di tempat mereka pula tu.Berdasarkan travel yang jauh, seri mungkin  bukan keputusan yang teruk tapi menang akan menjadi satu tonik dan pembakar semangat untuk match Ahad ini.Berita yang memberi harapan. Astro 813.2.40 Am Partizan 1- Arsenal 2.


0 ulasan: