Ahad, 26 September 2010

Flat

 It is always difficult to [sense it before the game] but something was not right and it is unusual to see a team as flat as we were today.
Flat apa weih Wenger?? Flat Sri Wangi ka... ?? Pimai pi mai tang tu jugak laa.....

Aku ingat lepas kita kalah dengan Hull City di Emirates dulu adalah kali terakhir Arsenal diberi kejutan dan kali terakhir Arsenal ambil mudah tentang lawan2 seperti itu tapi malangnya skrip yang sama sentiasa berulang, Arsenal tidak pernah belajar. Tiada nafsu, kontang, tak cukup sifat, main takde urgency langsung sampailah terkena 2 bijik. Baru nak menggelabah tapi dah terlambat apabila gol ketiga dijaringkan oleh bekas pelajar sendiri. Kadang2 mereka yang pernah dipingirkan ini lebih gemar menghantui ketika bertemu Arsenal. Almunia? cukuplah.. kalau posting pasal dia memang tambah dosa tapi nampaknya sepanjang summer tak ada tindakan yang benar2 serius dari pihak pengurusan, tunggu sajalah sehingga dia habis kontrak itupun jika tidak ditawar lanjutan ataupun dijual, itupun jika ada pembeli. Sepatutnya jika tahu sesampah ini persembahan mereka, lebih baik mengharapkan penalti yang dihadiahkan oleh Almunia masuk, jadi bila masuk, Arsenal terhantuk lebih awal dan lebih banyak masa untuk memperiki keadaan. Bolehlah Wenger mengeluarkan penumpang2 seeprti Diaby dan Eboue yang bermain di salah masa, salah match , salah posisi.Pendek kata trio midfield yang digunapakai tadi tak sepatutnya berkolobrasi. Jangan sesekali, mereka hanya boleh berada di atas padang pada waktu yang sama,dalam pasukan yang sama hanya sekiranya ada Jeneral di bahagian tengah ala Fabregas yang tahu mengemudi architecture serangan dan menjadi enjin.Ini apa?? Flat..mendatar.. hambar. Bila ada Orang skreatif  Nasri sepatutnya Wenger lebih bijak dalam menyusun strategi, kembalilah kepada 4-4-2 dan utilize kan kemampuan pemain.

Diaby yang baru pulih dari kecederaan serius tidak boleh diharapakan untuk start terus match. Aku tak tahu tapi mungkin faktor Carling Cup di pertengahan minggu yang membuatkan Wenger memilih untuk merehatkan Rosicky dan Wilshere padahal kalau mereka masuk lebih awal sebelum digantikan untuk rehat selepas itu pun apa bezanya dari segi masa rehat? setakat sejam dua? takde effect sangat, paling kurang Rosicky sepatutnya mendahului tempat Diaby.Nak sembang pun tara guna lagi bukan kerana nasi sudah menjadi bubur tapi kerana bubur telah basi. Tragedi lama duk berulang2 ulang kembali. Vela, kemasukannya jugak pointless jek aku tengok, maaf cakap tapi dia seperti tak mampu bersaing dalam liga yang penuh fizikal ini. Sementara menunggu kem 'klinik FC', Bendi dan RVP kembali, adakah Arsenal boleh bergantung harap pada kemampuan fizikal Vela ketika tiada support dari rakan2 sepasukan yang lain.

Tengah minggu ini jangan harap nak berparty walaupun bertemu Partizan. Hujung minggu pulak bertemu Chelsea, jadi bersedialah kerana kalau ikut dengar2, Almunia dah mengalami 'kecederaan' tangan atau bahu mungkin sebagai taktik  untuk di drop secara berhemah tak tahulah tapi jika Fabianski yang 2 kali 5 perangai digunapakai, berdoalah.. Keajaiban boleh datang, jangan berhenti berharap.Jika ditanya salah siapa, jawabnya adalah semua. Salah pemain kerena tidak fokus tidak konsisten, tidak bermain dengan hati dan jiwa, salah Wenger dengan taktikal selectionnya, salah Pat rice kerana muka toyanya dan bisikan2 hasut pada Wenger yang memperngaruhi keputusannya, salah Vick Akers sebab jadi Kit Man patutnya biar jadi manager Ladies terus pun ok(hahah apa salah.) salah aku kerana begitu mengharap, last2 terkejut sendiri melihat result perlawanan, aku tidak pernah terpikir akan Arsenal akan membazirkan mata di Emirates bertemu WBA, jadi memang aku bersalah kerana overkonfiden.

Nampaknya ciri2 juara masih belum ada pada kita. Carling Cup pun jumpa Newcastle, pasukan yang boleh tahan gagah. 'Hanya Carling Cup' ? Aku terpikir, rasanya Carling Cup menjadi medan untuk pemain2 ini memulakan langkah, ambil berat sajalah Carling Cup biarpun piala Mickey Mouse kerana mereka ini kebanyakannya batch pemain yang tidak pernah menang apa2 secara bersama, biarlah dengan permulaan Carling Cup sebagai moral boost untuk mreka rasa apa ertinya menjadi juara, biarpun kecik, rasailah dulu pengalaman, bila dah start hadiah kecik , baru lah nafsu membuak2 untuk mendapatkan yang lebih sebab dah ketagih. Harap jalan ceritanya macam itulah sebab yang aku nampak takde winning mentaliti dalam team sekarang ini kecuali Juara Dunia dan Eropah yang dirasai oleh Fabregas seorang. Wenger perlu berhenti jadi nice guy dalam office, bilik persalinan dan atas padang.Jadilah atuk yang garang bertempat untuk menghantar signal, tiada tempat dalam pasukan bagi mereka yang menyarung jersi merah putih sekadar suka2 isi masa lapang.


0 ulasan: