Sabtu, 31 Januari 2009

Wenger : No work permit.


Jumaat, 30 Januari 2009

Pre Match : Arsenal vs West Ham

Arsenal akan menjadi tuan rumah kepada zola dan pasukannye West Hamster pada Sabtu ini.Dengan 4 kemenangan daripada 5 match terakhir zola bagai berada di awangan cloud 9 .Jadi tugas Wenger dan anak buah untuk memastikan Zola yang muke dah macam Ben Stiller nih berpijak di bumi nyata.Ape pun , pemain yang harus dipandang dan diberi perhatian adalah Arsh.. takdek , die blum ade work permit lagi, yeahh Carlton Cole 5, jaringan dalam 5 match terakhir.Walaupun tanpa Bellamy, Cole dan Di Michele tetap kombinasi yang baik.West Ham adalah pasukan pertama yang menewaskan Arsenal secara rasmi di Emirates iaitu pada season 06/07 season pertama arsenal berpindah dari Highbury.Dendam telah terbalas musim berikutnya dengan gol sepantas kilat Eduardo dan gol pelik Adebayor dari sudut sukar.Kini Arsenal ada tugas berat memastikan kemengan ke atas West Ham berterusan di samping yang lagi penting adalah untuk merapatkan jurang dengan top 4 kerana pasukan chelsea dan liverpool akan bermain sesama sendiri, harap agar seri.Arsenal perlu mengambil kesempatan ini bagi memperkuatkan momentum supaya tidak jauh tercicir untuk mengejar.

Bagi Arsenal pula mungkin dapat lihat sedikit pertukaran bagi meneruskan rekod tanpa kalah kepada 9 perlawanan.Pertukaran yang kate Wenger, takkan mengganggu keharmonian pasukan, aku dapat bayangkan yang Toure ganti Gallas balik, kemudin mmm..ape yg tak merosakkan? Song dan Denilson di tengah.hahaha.. itulah Wanger, mudah diramal, skuad kecil pilihan takdak.Itulah sebabnya arsenal perlu menambah kudrat lagi seorang 2.Arsene mahukan jawapan perpindahan arshavin dalam tempoh 24 jam iaitu sebelum sepak mula bertemu West Ham tapi berkata ia agak sukar diperolehi.

Tambahnye lagi, transfer saga ini mungkin berlanjutan hingga ke tengah malam tarikh luput/tarikh tutup iaitu isnin pagi waktu malaysia.Wenger pantas menafikan Arsenal telah mendapatkan work permit untuk arshavin walaupun memang diketahui rundingan masih berjalan dan kata putus belum ditentukan.Tapi bagi permohonan , work permit perlu mengambil masa 2 hingga 3 hari jadi Wenger memang tak berbohong,tetapi lebih kepada bermain bait2 maksud kata nama dan frasa ayat. 'Work permit belum lagi dapat' tapi sebenarnye pada aku telah atau sedang dalam proses permohonan.Jadi memanglee tak dapat lagi.Ini bagi memudahkan segala urusan nanti kalau agree pun, sia2 kalau tak ade work permit, jadi Wenger telah sediakan payung sebelum hujan.Bercakap tentang payung, takkan payung arshavin jek, banyak lagi yang bocor, kekosongan di DM masih belum diisi.Ops, lupe, Wenger juga menganggap Song adalah new signing.Jadi sesiap yang tercedera dan kembali semuanya dianggap new signing.Jadi berapa ramaikah kamu telah sign encik wenger?

Tidak takut dengan ancaman Aston Villa dan Everton, Wenger yakin pasukannye cukup ramuan dan resipi untuk kekal di top 4 sekligus layak UCL tahun depan.Apabila ditanya takkan tak takut kut arsenal tercicir season nih keluar dari kelompok top 4, Arsene dengan karisma sendirinya menjawab,

"Kalo ko tanye aku ape rase bile rumah aku dibakar, boleh tak korang 'cakap mengapa dan ape sabab munasabah yang ade orang nak bakar rumah aku suka hati'.Samelah dengan konteks soalan ko tadi".

Cicir tak cicir esok adalah cirit or die bagi arsenal.Hanye kemenangan yang dapat menyedapkan hati para peminat yang banyak menyerap tekanan dan dijanjikan janji2 oleh wenger yang entah bile akan ditunaikan.Tiada sebarang kecederaan dari perlawanan Eerton khamis lalu kecualilah Silvestre yang disahkan telah menyewa rumah sakit rosicky lebih lame dalam 2 3 minggu.Ececece, ewah2..lame tak nampak, kemana tercampak? Rupenye nun Afrika sane, ade 'projek' katenye.Eloklah tu, sambil main bola sambil beramal..Tapi tak taulah mase match amal bulan 6 tu ko fit ke tak Silvestre, jadi manager je laa..haha..



Balik kepada game line up arsenal mungkin begini:

---------Almunia-----------
Sagna----Toure---Johan--Clichy
Nasri----Denilson--Song--Diaby
-------Bendi----RVP--------

*harap tak starkan bendi yang lebih kepada impact sub jek.Bagi chance Vela pulak ke.

Aku mungkin tak dapat untuk mengikuti perkembangan Arsenal malam esok atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.(masuk hutan, takde astro isk3..sedih =( ).Apepun hati aku,suara aku, sentiasa mememberi sokongan padu kepada the Gunners.Esok ade live di ESPN jam 11 malam.Kemenangan mutlak buat arsenal 2 - West Hampa...



.


Khamis, 29 Januari 2009

Kegoblokan media

Bukan nak cakap ape la, dah la kat malaysia pun ade diskriminasi, mende nie dah lame perasan cume malas amek pot jek, game arsenal pastinya sukar ditayangkan berbanding dengan team2 lain, itu kalau di sini.Kalau di sana, The Sun, Daily Mirror dan macam2 lagi tabloid pastinya anti arsenal.Hangat dengan berita sensasi saje nak membakar sentimen anti-english di arsenal, merekacipta gosip2 yang merapu meretakkan keharmonian pasukan.Itu tak cukup di situ saja, espnsoccernet jugak dah mule menunjukkan sebaran fahaman songsang nih .Terbukti melalui satu ayat dalam post match mereka.Barah dan menjadi parah.


The victory looked assured, but in injury-time Van Persie got on the end of a long ball from Diaby and blasted an undeserved equaliser past Howard.


Kalau Wenger teruskan dengan team macam nie, player budak2, polisi mengarut dan arsenal semakin dekat dengan pertengahan, lama kelamaan pastinya game arsenal mungkin hanya ditunjuk ketika dah takde game lain dah kut, same taraf dengan team yang tengah struggle.Yan peliknya masih ramai lagi yang memberi harapan tak kirelah sehancur mane pun spurs, termasuklah shebby yang lantang mengutuk sathia, walhal team myteam die pun main macam ayam cirit or die, pade aku 22 same jek.Gua dah bosan dengan media arus perdana.Yang boleh dipercayai dan dirujuk hanya 24434 jek.(waktu solat).

Seperti biasa selepas match tersebut, wenger dengan nada optimisnya melaung2kan bende yang sama, 'kerek'ter, charecter, bla bla bla bla bla.Kerek betul ko wenger,susah betul nak admit yang ko dah silap ek. pasal ko la arsenal dah jadi team macam nih.Pasal 'pemain itu' wenger kate tak de perkembangan, tak pernah jawab tepon, sibuk dengna match, takde brite tapi alih2 kate 90% dah siap, bla bla bla bla...

P/S: marah-marah sayang..


Post Match: Selesa lagi ke Prof?

Adakah anda berpuas hati encik Wenger? 'Sebelum ini begitu 'Selesa' katenye duduk di tempat ke-5.Terlebih dahulu, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada lobahgooner@tv.Dapat gak aku saksikan sisa2 baki perlawanan.



Seri 1-1.Seperti di awal naluri aku.Nasib baik RVP yang ade season nie bukanlah RVP yang fragile seperti tahun2 lepas.Thanx RVP sekurang2nya tidak menempuh kekalahan ke 3 yang pastinya lebih perit ditelan.Siapa tahu mungkin 1 point ini cukup bermakna dan penting buat survival arsenal dalam top 4 nanti.Di sebalik midfield yang seperti sampah, semangat juang pemain2 wajar diberi kredit kerana berjuang hingga wisel penamat terutama RVP yang tak pernah nampak tak kesah dengan pasukannya.Kalau semua player ade winning mentality sepertinya dan Gallas(dilihat berada di depan pintu gol mase gol tersebut, tunggu follow up), pastinya arsenal takkan bersusah payah seperti kini.Walaupun Gallas dan RVP nampak masih belum ngam, namun profesionalisme mereka wajar dicontohi.Gol Everton pula adalah datang dari tandukan Cahill, nampaknye pemain2 tak buat homework siapa yang perlu dijaga atau dah tau buat2 tak tau.Tiada siapa pun defend yang close down hantaran lintang baines, sekali lagi arsenal dihukum dengan mudah.Diaby yang merapu sepanjang kulihat, kalau aku lihat dari mula mungkin sepanjang perlawanan, akhirnya melakukan assist ala2 fabregas atau lebih macam long ball toure ke arah RVP yang melakukan 1st touch cun dan menyudahkan dengan cukup bergaya.Wenger menarik nafas lega..

8 mate di belakang man U(harap tak jadi 11),6 mate di belakang liverpool yang seri lagi..huhu..chelsea jugak dah menjarakkan diri 6 mata, dan 5 mate di belakang villa? tak leh diterima akal..kite yang sepatutnya berada di atas sana.Tak dapat bayangkan kalau kalah tadi.. pstinya situasi bertambah buruk, malah moral team juga mesti teramatlah down kaw2..RVP is a pure class of magic!


Rabu, 28 Januari 2009

Pre Match: Everton layan Arsenal.

'Pemain itu' kini berada di Emirates untuk membincangkan mase depannye bersame pengurus kelab, Dick Advocaat.Jangan salah paham, die kini berada di Emirates Arab Bersatu UAE untuk membincangkan kalau2 la tak jadi, apekah die masih mampu memberi sumbangan pada kelab asalnya itu lagi.Nampak seperti tiada ape2 yang akan beraku sebelum tempoh tamat,awal pagi selasa.

Arsenal bertemu Everton di Goodison Park malam ini.Kedua2 pasukan ubuntu dan mati akal ketika bertandang ke kem lawan FA cup tempoh hari dan terpaksa menyimpan sedikit tenaga demi match ulangan.Ketika inilah dirasakan tempoh mase yang agak singkat dan ruang yang sempit untuk rotation, kerana sedikit kesilapan boleh membawa padah, kedudukan di EPL dan juga FA Cup , jika tidak digunakan dengan betul, mungkin boleh tercicir kedua2 duanya sekali.Dengan Aston Villa dan Man U menjarakkan diri kepada 6 dan 9 mata ketika Wenger masih menyatakan arsenal berada dalam kedudukan yang 'selesa' dalam liga.Selesa?No.5 dah selesa? 9 mata di belakang dengan team yang kecik, player2 utama cedera, transfer yang gagal, itu adalah definasi selesa dari kepala otak wenger.

Anak buah Moyes juga sebenarnya agak tertekan jugak setelah 2 derby match bersama liverpool dalam tempoh seminggu.Bagi mereka, perlawanan malam ini adalah do or die, jika tewas pastinya mereka semakin tercicir jauh dari saingan merebut tempat ke Eropah.Oleh kerana itulah kehilangan perancang tengah yang pernah digosipkan bersama arsenal Mikel Arteta amat2 dirasai.Arteta masih lagi 50/50 untuk malam ini.Namun mereka masih ade lagi beberapa player yang perlu diberi perhatian ,Anichebe, Fellaini afro,Lescott alien dan paling merisaukan Wenger adalah on form, Tim Ca'Ho naa pyar hai'll.Cahill kini lebih bertindak sebagai support striker yang akan muncul secara tibe2 dari bawah,boleh menciluk, merembat dan sekarang nih lebih kepada menanduk.Everton agak bahaya apabila mendapat set piece dan Arsenal memang terkenal dengan kelemahan mempertahankannye dan aku rase Gallas bakal masuk straight forward mengemudi Johan dan rakan2.

Clichy kembali selepas penggantungan,Vela yang kembali dari kecederaan juga bakal terlibat mungkin sebagai idea2 lain dari bench.Adebayor mungkin merampas balik starting line up dari Bendi.RVP wajib diturunkan! Kesian padanya, kerana asalnye wenger mahu rehatkannye ketika game cardiff tapi segalanya tak berjalan seperti yang dirancang,arsenal kebuntuan sehingga wisel penamat.Mungkin jika arsenal agak selesa malam ini barulah RVP dapat direhatkan.Di tengah pulak?Nasri adalah wajib! Diaby yang hanye cameo role ahad lepas pastinya bakal diturunkan menggantikan Song yang improve game by game, Denilson adalah kesayangan Wenger begitu jugak Eboue.Tapi kehalimunan Eboue dalam beberapa match sebelum ini mungkin memaksa wener berfikir kembali, dahla memang tak berkesan menumpang pulak tu, inilah masenye mengeheretnye kembali ke tempat asalnya bangku simpanan.Mungkin Diaby akan diheret ke sebelah kiri, Nasri kanan dan Denilson + Song di tengah.Atau Wilshere dan Ramsey masing2 diberi peluang.Ramsey dan Bendi jugak adalah option di sebelah kanan.Ape pun Wenger perlu pikir masak2 kerana malam ini adalah wajib menang dan taktikal yang dipilihnya mestilah tak effect kecergasan pemain bagi match seterusnya.Jika gallas masuk terus menggantikan Toure, jadi RVP adalah pilihan kapten yang sesuai.

--------------Almunia---------------
Sagna-----Gallas----Jozan-----Clichy
Nasri-----Denilspn--Lagu------Diaby
----------Ade------RVP--------------

Inilah match yang memberikan gol pertama buat Eduardo dalam liga season lepas.Pakej 2 bijik sekali pulak tu.Mungkin dah tak lame untuk kite saksikan kelibat pemain Crotia itu.Wenger menjanjikan 3 4 reserve match, 1 international friendly sudah cukup untuk membuktikan Eduardo kembali ke skuad utama.

Arsenal akan bertemu Everton awal pagi nanti, tapi agak menggusarkan mungin tiada live di astro .Yang ade hanyelah di ESPN Mancis bertemu kota bahru.Di Star Sport pula belum ade ura2 mungkin akan di double check nanti.Ape2 pun sedialah dengan streaming online anda! Aku nak menang, tapi aku rase seperti seri.Nway aku tetap dengan one nil to the arsenal!


Selasa, 27 Januari 2009

Temubual exclusive wenger-transfer windows.

"Tak ade berita tentang arshavin atau sesiapa pun.Buat mase ni, semunya sepi.Kite tak pun hampir nak selesaikan ape2 proses perindahan tak kire la arshavin ke makhluk lain.Aku mintak maaf sebab mengecewakan korang"

"Mase dah semakin suntuk dan kini aku cuma fokus untuk menang game esok(lawan Everton).Kite tahu kite berdepan match besar, jadi perkara yang paling penting adalah fokus kepadanya."

Aku hanye bertanggungjawab atas segala statement dari arsenal tapi tak bdapat bertanggungjawab atas statement dari kelab lain.Zenit nie banyak sangat mulut dan bunyi keluar dari suara2 yang sumbang.Aku tak passti sama ade ianya selalu keluar dari lidah rasmi ke tak"

"Aku percaya ape yang aku tengok dan dengar dengan mate telinga kepala aku sendiri.Kite berada dalam posisi yang kukuh dalam liga, Champions League dan FA Cup.Mari kite same2 gunakan peluang yang ade dan biarkan orang ramai bersembang la ape2 pun"

"Aku suke pemain tu tapi aku tak pernah nak beli pun(Micah Richards)"


buwekkk...muntah hijau!


Ya ketika ini pastinya berita bahawa Zenit dan Arsenal masing telah bersetuju dan sepakat dengan harga yang ditawarkan bagi perpindahan arshavin ke Arsenal.Tapi segalanya nampak seperti bahan jenaka apabila sky sport mengeluarkan berita di mana pihak arsenal segera menafikan perkara tersebut.Walaupun deadline yang dibagi oleh arsenal telah tamat iaitu 26 hb lalu,tapi tiada apa khabar berita dari pihak arsenal dan tiada sesiapa pun yang tahu ape sebenarnye yang sedang berlaku.Arshavin pun takde clue sebenarnye.Hanye awal pagi nanti Wenger akan membuat satu press conference yang aku rase kite takkan dapat tau ape2 berita pun tentang arshavin lagi, ayat typical same jek yang bakal dikeluarkan.Fan arsenal bagai pelancong yang sesat jalan,Zenit terlalu mencapub di public,Arsenal terlalu berahsia bercakap macam ikan, tiada siapa yang tahu ape yang berlaku di sebalik tadbir.Transfer saga yang berlarutan bak nasri dan Baptista dulu.Hanya tinggal tak lebih seminggu, harap Arsenal dapat bertindak cepat!bagi merke yang dah muak, mual2, muntah hijau, aku paham trauma anda..

Yang membuatkan perkara makin lawak dan tak masuk akal ialah Bolton dikhabarkan telah open talk dengan Miguel Veloso, pemain portugal yang beraksi di Lisbon dan antara star2 mude yang dipetik bakal menyerlah di Eropah.Seorang DM dan yang lagi peliknya mengapa Arsenal tak berusaha untuk cube menyambarnya sedangkan posisi itu memang lubuk paling lemah.xkan duduk saje wenger tunggu arshavin jatuh ke riba? Ade orang kate veloso overrated dan tak berbaloi , bagitau aku sejauh mane amauri Bischoff kini berbaloi?

Berita yang positifnya ialah Rosicky dilaporkan telah check out dari rumah sakitnya dan menyertai 1st team training.Wenger jugak dalam mood yang baik dan positif untuk mengejar pendahulu liga.

“If we are consistent we can come back.We are six points from Man United, who have a game in hand.But if you look at the six points we dropped it is unbelievable how easy we dropped them. That is why it is important to be consistent now.”

Yang pastinya, segala momentum dan rekod baik perlu diteruskan ketika bertemu Everton esok, awal pagi khamis.Everton pastinya keletihan dalam 2 derby match dengan rival liverpool yang berkesudahan seri 1-1.Inilah masenye kitehendak mencuri peluang terbaik.


Isnin, 26 Januari 2009

Post Match: Repeat di Emirates

Bluebirds terbang melepasi tembakan meriam.Seri 0-0.Keputusan yang adil bagi Cardiff City yang bermain begitu solid di belakang dan lebih mengancam kubu arsenal di separuh mase pertama.Arsenal seperti biasa kurang kreativiti, tak pandai cari ruang, overlapping yang sia2 dengan crossing ke laut, kenapa startkan bendi???? Bendi memang tak boleh start satu game pun untuk arsenal lagi, die hanya boleh diguna pakai sebagai impact sub jek, pelan B, ya itulah pelan B sebenarnye, Pelan Bendi.

Biarpun di tunjangi Aaron Ramsey orang kampung Cardiff,namun tak dapat banyak yang membantu dengan apabila digandingkan dengan Song?diulangi Song..dan diapit Nasri dan Eboue.Gibbs yang menggantikan Clichy nampak ok walaupun kadang2 agak gugup, Sagna defending memang solid, tapi attacking agak mengecewakan.Johan dan Toure, nasib baik berhadapan dengan serangan yang lembap dan tumpul, walaupun mereka dapat handle dengan baik tapi nampak kerisauan di raut wajah mereka.Fabianski biarpun tak banyak kerja tapi beberapa kali meneyelamatkan pasukan dari dimalukan.Arsenal seperti perlukan gol, gol yang dapat mengembalikan atau mencipta keyakinan untuk lebih attacking, tapi dengan RVP dan Bendi buntu,belakang perlu merisaukan corak counter attack Cardiff dengan bekas pemain arsenal Jay Bothroyd berulangkali mengkucar kacirkan defend arsenal.Adebayor yang dimasukkan ganti eboue, wenger berbisik, "ko ganti eboue" bkan bermakna wenger suruh ko punye finishing pun macam eboue wahai adebayor.Name pun dah same emamnuel..Diaby jugak tak cukup kreatif,seringkali lepaskan bola, passing tersekat.Jack agak lambat dimasukkan, tak dapat beri ape2 sumabangan.Jadi kesimpulannya mereka tak kreatif malam tadi, takkan nak kene panggil farahwahida kut untuk sesi etnik kreatif ni.

Harap 9 hari lagi repeat di Emirates tak de banyak masalah.Cume masalahnye dari segi arsenal terpaksa beraksi lebih dan mengorbankan sedikit tenaga berbanding team2 lain yang boleh rehta di pertengahan minggu.Jadi, jadual yang cukup padat dalam mase dua minggu ni.Kite perlukan pemain yang fresh, pemain baru mungkin, eduardo juga bagaimana?sempatkah?

Dan buat pertama kali dalam beberapa senario, pengerusi arsenal lantang dan membuat perkara yang sebetulnya.Kalau pemain lawannye pemain, pengurus lawannye pengurus, begitu juga dengan presiden,Peter Hill Wood sebagai pengerusi arsenal membidas ayat2 pancing manis Felentino Perez yang ingin melobi jawatan presiden real madrid mempergunakan name wenger dan fabregas sebagai janji yang akan didapatkan.Tahniah Hill Wood, tunjukkan siapa arsenal dan tunjukkan kelab mane yang tahu etika, profesionalisme dan hormat kepada kelab lain.


Ahad, 25 Januari 2009

Pi mai pi mai tang tu.

Pemain paling berbisa dan paling on form arsenal ketika ini mungkin meminta sedikit kenaikan gaji jika Arsenal hendak mengekalkan khidmatnya.Perundingan lanjutan kontrak telah bermula pada November lepas tetapi akibat restructure dalam BOD Arsenal menyebabkan ia tertangguh seketika dan kini bersambung semula.Pada ketika itu die seperti dah boleh terima sahaja dengan hati terbuka 65k seminggu tapi kini dengan sentuhan berbisa dan pengaruh di dalam dan di luar padang selaku superstar arsenal die rasekan diri die layak untuk mendapat gaji setinggi Gallas dan Wenger atau iaitu sebanyak 80K seminggu.Kepada BOD Arsenal janganlah kedekut sangat, harap belajar dari pengalaman lampau dengan care peng'handle'an kontrak ni..Flamini, Pires, Edu.. Kalau 80K pun tak dapat dibayar bagi player sekelas RVP maknenye, memang Arsenal dah takde mission dan vision dan hanya pikirkan untung semata2.

Juga tak ade khabar berita dari Russia, ultimatum telah diberi oleh Zenit sama ade up sket atau tak, dan mereka yakin kelab EPL lain sanggup untuk menawarkan harga yang lebih tinggi tapi dalam mase yang same dipahamkan beKelab yang dilihat berduit selum ade kelab lain yang berminat selain Arsenal.Mungkin ade hijack2 di saat2 akhir.
Kelab yang dilihat berduit sekarang adalah Mancis dan Arsenal.Man U sudah declare takkan beli siapa2, Roman bagitau gene hackman kalau nak beli jual dulu, Liverpool tak berminat dan lebih kepada inging mengurangkan skuad, tak belajar daripada kesilapan arsenal? skuad yang kecil? aku tengok Liverpool dah mule tak dapat menyerap tekanan duduk kat kerusi panas atas tuh.Baru setengah musim dah dipintas kembali, ape2pun liga masih terbuka luas, banyak kejutan boleh berlaku.

Pi mai Pi mai Tang tu.dah pi russia balik pun habuk pun tadak.Sudah 25 hari berlalu hanye tinggal seminggu jek lagi untuk jual beli tawar menawar, berpajak gadai.Namun susana hambar masih menyelebungi kem peminat arsenal dengan tiada sebarang muka baru yang dijanjikan dibawa masuk.Takkan target arshavin seorang? takkan bila gagal dapat arshavin baru terhegeh2 nak dapatkan orang lain?Arshavin adalah ready made star dan sudah lame arsenal tak membeli bintang tolak ketepi bintang rtm.Kamon Wenger, tunjukkan keseriusan dalam mengharungi bisnes nih.Hantarkan petanda2 dan amaran kepada kelab lain bahawa Arsenal tak mudah mengaku kalah.Jika arsenal berjaya membawa masuk any star player bukan sahaja peminat2 berasa gembira malah pemain2 pun dapat moral boost.Jika tidak, pastinya mereka akan mempersoalkan hala tuju kelab yang lebih memikirkan untung semata2, bagi mereka BOD, layak ke UCL adalah satu kejayaan -kejayaan mengekalkan duit poket tahunan.Dan anda boleh bayangkan jike tradisi seperti ini dikekalkan dan tibe2 wenger melahirkan hasrat untuk berhenti dari arsenal sebelum tamat kontrak diikuti star2 seperti RVP, Fabregas,nasri,Clichy turut berasa tiada ape yang hendak diperjuangkan lagi dalam mase yang sama dipancing kelab2 yang lebih ambitious. Dengan pemain tak terbela, gaji tak dihirau, kontrak dibiar, pemain2 rase diabaikan dan diperguna maka hilanglah seorang demi seorang player yang menyarung jersi merah putih dan bermula lah era baru yang tak tergambar kejahanamannye ketika arsenal hanya mampu bersaing dengan rival bodoh milik shebby, Toktokhang spurs..Tapi aku yakin arsenal takkan kecewakan kite.

Arsenal dikatakan berminat mendapatkan defend Mancis Micah Richards dengan harga serendah 7M.Micah adalah pemain yang bagus, berkualiti tapi ade pasang surutnya.tapi aku tak minat apabila aku teringat akan video tak senonoh yang dilakukan dalam bilek air bersama temannya ke atas seorang gadis.Imej dan disiplin adalah penting dalam bola sepak kini.Bukan sahaja di EPL tapi di merata dunia.Kita bukan lagi di zaman amatur mahupun semi pro.Bak kata Sathia.."sudah tukar ka?" korang pikir sathia mana...heheh..Tapi depa ni pun pi mai pi mai tang tu jugak!


Sabtu, 24 Januari 2009

Pre Match: Ramsey pulang ke kampung halaman.



ARsene WEnger terus memilih untuk berdiam diri tentang perpindahan Arshavin dan lebih menumpukan kepada skuad yang die ada.Keutmaannya adalah bagaimana hendak mendapatkan yang semaksimum mungkin dari pada pemain2 yang sedia ade dari memikirkan siapa yang boleh dibeli dan tak dapat dibeli.Bagi Wenger, hanya 2% saja dalam otaknye memikirkan tentang transfer.Dengan pujian baru2 ini kepada Ramsey dan kini Denilson pula, kehadiran orang baru tampak bakal dilupakan.Wenger menggelarkan pemain brazil tersebut patut mendapat kredit yang lebih dari semua pihak dan die terkejut dengan kritikan2 pedas yang dilemparkan kepada tahap permainan denilson kerana katenye kalau dianalisis, di mana passing, berapa banyak ground yang die cover, berapa banyak die win the ball, brapa banyak assist pastinya ia cukup membanggakan.Tapi ape yang fan arsenallihat saban minggu adalah denilson yang hilang arah tuju, memang Debilson tidak seteruk Eboue tapi die tak mampu menggalas cabaran tengah seorang diri baik sperti gandingan fabregas dan Flamini.Kami tak buta Wenger, Denilson memang meningkat tetapi masih belum mencapai peringkat yang sepatutnya diharapkan oleh sesebuah team yang ingn mencabar kejuaraan liga.



Jadi esok malam pertemuan FA Cup dengan Cardiff City bakal mengembalikan nostalgia jejak kasih bagi pemain muda Wales Aaron Ramsey.Ramsey yang dibeli dari Cardiff City sesason lepas dengan bayaran seabnyak 5M adalah satu2nya player arsenal yang pernah merasai pengalaman beraksi di stadium Wembley, tempat yang sedang dituju di Arsenal.Harap2nya Ramsey dapat menyuntik sedikit semangat dan menceritakan serba sedikit mengenai kampungnya ini.

Sekali lagi Wenger menegaskan "anda tidak perlu menjadi kawan baik untuk beraksi dengan baik di tengah padang".Apsal tibe2 keluar ayat nie sekali lagi.Kalau dahulu disebabkan Adebayor dan Bendi,Gallas dan somebody.. tapi kini ye sekali lagi Gallas tapi seterunya kali ini ialah Kapten Kolo.Gallas telah kembali dari kecederaan hamstring 3 minggu .Kepulangan Gallas kini dijadikan isu oleh pihak media yang bertanyakan soalan kepada Wenger mampukah ke22 center back ini bergandingan semula selepas spekulasi kedua2 meraka bermasam muke dan tak boleh tengok antara satu sama lain, kemuncaknya match Aston Villa kali terakhir merka bergandingan dengan amat buruk dan Toure yang disahkan merequest transfer.Wenger dengan slumber menjawab puncamasalah antara kedua mereka mungkin adlaah ketinggian!.hahah..Tapi aku yakin Wenger takkan merisikokan kecergasan Gallas dan mengandingkan johan dengn Toure.

Siapa lagi yang kembali? kedengaran nama Eduardo dilaungkan bagai peminata tidak sabar untuk melihat die kembali ke match 1st team.Eduardo telahpun berjaya menamatkan 90 minit yang pertamanya ketika bersama skuad reserve yang seri dengan Stoke Reserve 2-2 rabu lalu.Eduardo sendiri melaungkan keyakinan die telah bersedia beraksi dan tak sabar2 hendak menjaringkan gol dalam aksi sebenar.Tapi bagi Wenger, Eduardo perlu sedikit masa lagi, 3 4 match di reserve adalah tiketnye untuk kembali ke 1st team, Jadi sudah tidak lama,Arsenal akan mendapat signing baru yang bakal memberi cabaran kepada Bendi Adebayor dan RVP.

RVP adalah player of the month bagi november dan disember dan mustahil January jugak.Bak kate Wenger, RVP tengah berapi sekarang.Sebagai peminat Arsenal yang sudah tau tentang masalah kecederaan RVP kite pastinya lega dapat lihat RVP semenjak 2 menjak nie njury free, dan die memang penting untuk membawa arsenal ke puncak di mana star2 lain terkandas awal di bilik sakit.Terlibat dalam semua gol bulan January sama ade jaringan langsung atau assist, Wenger melaungkan keyakinan RVP bakal meletup.Harap tak dijual ketika summer nanti.Real menawarkan Wenger tawaran yang menarik bersama Fabregas, aku yakin Wenger akan tolak seperti biasa tapi jika pemain2 world class kite yang dipancing, WEnger seakan2 mudah melepaskan mereka.mmm..

Untuk perlawanan malam ini, Wenger bakal menurunkan player yang hampir sama dengan skuad yang menundukkan Plymouth kecuali Clichy yang digantung 1 perlawanan kerana kad kuning yang maksimum.Peluang untuk Kieran Gibbs membuktikan ape yang die ade.Fabianski terus kekal menjaga gawang.Wenger takkan main2 lagi kerana die juga kemaruk piala.FA cup adalah satu2nya peluang yang dilihat cerah dan mampu.

-------Fabianski--------
Sagna---Kolo---Johan--Gibbs
Eboue--Dakolin--Dakosi--Nasri
------Ade-----RVP--------

Tapi line-up nie pun bergantung untuk perlawanan dengan Everton hari Rabu nanti.Mungkin Wenger akan merehatkan beberapa muka dan memberi peluang kepada Ramsey beramas mesra dengan orang kampung atau Vela bersamba.Satu lagi perkara yang dibangkitkan Wenger ialah betapa biasnya FA mengatur jadual liga dengan selepas minggu FA cup ini, team2 lain semua beraksi dalam tempoh mase 4/5 hari iaitu Rabu dan Sabtu tapi bagi man U, FA memberikan advantage yang tak tercapai akalmu mengapa dan tak adil.Beraksi hari Selasa, kemudai aksi seterusnya Isnin.Memang.....haih... tak tau nak dikato.

Arsenal 2 - Cardiff 1. Ahad,Astro ESPN 812 9PM.


Rabu, 21 Januari 2009

Pelan E..

Ape khabar? kecewa? tidak mengapa.Walaupun arsenal bagi deadline kat zenit sampai 26/1 ,lupekanlah dulu pasal arshavin, sebaik2nya anggap je la Wenger tak dapat memenuhi impian arshavin, zenit mahupun fan arsenal sendiri.Tapi adakah die ade plan B? siapa? Ireland? krancjar? Viera mungkin? Viera menjadi target loan untuk pompey.Loan kite di sana Traore amat memberangsangkan, tak sia2 menuntut ilmu, kini dah jadi lebih kepada left wing.

Jika Arsenal tak ade pelan B. anggapla pelan C masih ade, atau mungkin turutannye lebih ke bawah C, D, E.. dinamakan pelan E untuk Eboue.. Yeah..kite masih ade Eboue.The best right sided midfielder in the EPL. One goal in hundred matches.Not bad at all.Oleh kerana kite asyik memikirkan dari sudut negatif saje tentang kegagalan transfer arshavin ini berjalan seperti yang kita semua mahukan, jadi negatiflah ia.Ape kate kite ambil yang positif.Mengapa kemasukan Arshavin tak banyak membantu:
1-Die hanya bermain di liga Russia yang standardnye kite tau jauh lebih rendah
2-Die tak pernah keluar Europe
3-Liga russia tengah berehat sekarang, mane nak dapatkan match fitness
4-Tolak piala FA tak silap aku ade 16 Game saje yang dia layak untuk membantu arsenal setelah champions league die tidak dibenarkan.Itupun kalau wenger rase die cukup sedia.
5-Pemain baru mengambil mase 6 bulan untuk menyesuaikan diri.
6-Duit tersebut boleh dilaburkan utk dapatkan 1 2 muke baru posisi yang lebih memerlukan, CB DM.(sebenarnye kreatif player adlaah keutamaan..huhu)
7-Die nie panas baran
8-Simpan pun hanye 2 season sebelum die request transfer ke Barca.

Yang sebetulnya, Arsenal desperate untuk mendapatkan pemain berstatus bintang untuk membuktikan mereka betul2 serius dalam business nih.Tapi apakan daya, segalanya tak berjalan lancar.Jadi ayat2 tersebut hanye untuk sedapkan hati.Wenger telah awal2 lagi cover line dengan memuji kehadiran Ramsey lebih awal dari yang dijangkakan. Bagaimana pula dengan jangkaan kehadiran Rosicky,punch card nye penuh kemerahan.

Apepun antara new signing nanti Walcott, Fabregas dan Rosciky ade seorang lagi Pelan E..mungkin kali ini E+ yang tadi E-.hehhe.Siapa lagi kalau bukan Eduardo Da Silva.Dudu bakal diturunkan awal pagi nanti menentang Stoke City Reserve.Jangan bimbang, tiada Delap. Eduardo yang patah kaki dan mule beraksi bulan lepas 45 minit menentang pompey reserve bakal diturunkan sebagai starting line up malam ni.

Barisan Arsenal:Mannone, Coquelin, Nordtviet, Bartley, Cruise, Lansbury, Randall, Merida, Wilshere, Bischoff, Eduardo. Subs: Emmanuel-Thomas, Sunu, Eastmond, Fonte, Frimpong.

P/S: Bosan dengar Florentino Perez melobi untuk jadi presiden Real Madrid menggunakan name Wenger.

Arsenal Reserve vs Stoke Reserve live Streaming.
<<<-----


Zenit main-main

Agak mendukacitakan, tiada lagi bangun pagi2, bukak suratkhabar, ke berita sukan, dan dengan perasaan penuh gembira dapat tahu "arsenal sign si polan si polan".Nampaknya transfer saga kali ni e tak selancar proton saga BLM.PErkembangan yang tidak memberangsangkan, Arsenal dikatakan bersedia untuk mengundur diri dan menarik balik bidaan akibat pihak zenit yang dikatakan main2, tidak serius dan bersahaja.Mereka sebenarnye umpama tidak mahu menjual arshavin dan lebih rela menunggu summer nanti dengan tawaran lebih besar dari kelab2 lain INter, Juve atau Barca dengan hanya ingin test water jek dengan arsenal.Arsenal menyangka tawaran 16M sudah mencapai persetujuan tapi mule bersa kecewa dan bengang dengan sikap acuh tak acuh zenit.MEngikut sumber2 yang agak rapat dalam deal tersebut,

"Pihak Arsenal tak paham ape yang tengah berlaku sekarang.Takde sorang pun yang jawab diorang punye panggilan telepon, atau balas fax diorang.Ape lagi yang boleh ARsenal harapkan??ape yg boleh diorang buat?Dah terang lagi bersuluh yang Zenit nie dungu bodoh sombong.Arsenal mungkin boleh tunggu sehari dua lagi.Tapi Zenit ni dah jadi macam kelab badut.Dalam dunia yang rasional dan beretika, ko takkan biarkan seseorang tu tunggu sampai seminggu untuk ko balas faxnye, ko takkan bagitau yang ko akan telepon diorang esok sebaliknya koo tak telepon2."

"Zenit sebenarnye tak ambik kisah pun pasal duit.Ape yang nampak adalah mereka memang dah set up minda memang tak mau jual.Mereka hanye main2, tunjuk lagak.Memang takde beza dengan Soviet Union dan mereke kini cube nak buktikan pade dunia barat."

Ditambah buruk lagi keadaan, Arshavin kini tersepit dan terpaksa menarik balik hasratnye untuk mengugut zenit malah kini Zenit sendiri mengugutnya agar duk diam2 kalau tak kene drop.Ini akan menyebabkan Arshavin hilang tempat dalam skuad kebangsaan sekaligus menyukarkan seseorang pemain mendapat work permit kerana mengikut polisinya, seseorang pemain perlu mendapat 75 cap antarabangsa dalam tempoh 2 tahun bagi memohon permit kerja.Zenit kini bermain kasar dan kotor sekarang.

Tambah sumber2 tersebut lagi,

"Andrei begitu kecewa dan tak ceria langsung kerana dah banyak janji ditaburkan atas daun keladi.Serang zenit adalah satu pilihan tapi jika die teruskan gak serangan, die pastinya tak dapat bermain untuk zenit lagi, dan kalau tak main dengan mereka, die tak akan dapat main untuk negara.Kalau tak main untuk negara, tak dapat la 75 cap tu yangmembolehkan die main kat UK.Buat mase sekarang takde bende yang nampak akan berubah secara dramatik.Malah tiada cahaya di hujung terowong!"

Tapi berita di pihak zenit pulak lain pulak bunyinya.Anton Lisin seorang penulis bola sepak suratkabo Russia berkata,

"Takde orang datang pun.Rundingan masih dalam proses.Zenit rase tawaran sekarng tak cukup tinggi."

Itu jek? Aiyaa...macam mano nih?mane satu betul..?Last2 peminat gak kecewa.Tapi takpe, best, umpama menonton filem misteri..

123 do re mi apa nak jadi alif ba ta abc, apa nak jadi akan terjadi..hujan pasti berhenti..


Selasa, 20 Januari 2009

Terkini : arshavin-arsenal 50-50


Sedang anda membaca blog ini, delegasi wakil2 arsenal sedang berunding dengan mafia2 russia hendak membawa pulang Arshavin dengan bayaran yang pada pandangan kite berbaloi, pada pandangan mereka sangat siket dan pada pandangan arshavin, "Accept je la aku nak berambus cepat!" Sememangnye begini.. Transfer rumors arsenal memang begini terutama melibatkan kes profil2 tinggi, er.. siapa lagi profil tinggi selain nasri..last sekali kite sign star davor suker itu pun kariernye dah dihujung tanduk.Media pun tak amek pot.Jadi Arshavin saga dah nak berderetan bagai nasri saga.Ade ura2 berita yang menyatakan Arshavin akan sign dalam mase tempoh 48 jam,ade yang kate deal nye tersangkut di tengah jalan kerana Zenit mintak bidaan tersebut dinaikkan lagi.12M tak mencukupi bagi mereka yang mahukan 20M.17M mungkin dapat memuaskan nafsu.

Ape2 pun jika dalam tempoh 48 jam ianya berlaku, sudah pasti Gazidis telah menemui kate sepakat dengan zenit dan arshavin akan mengikut rombongna pulang ke london kerana terpaksa melalui medical dahulu.Jadi sabar rakan2, pastinya mereka tak dapat lari dari paparazi kerana media di sane pasti terhidu bau arshavin sebaik tibe saje di lapangan terbang.Peranan Usmanov adalah penting ketika ini untuk mendapatkan harge kawan2.Sekarang masih belum kedengaran secara rasmi baik yang positif mahupun yang negatif..

Namun Arsenal dilihat nak tak nak perlu menaikkan bidaan sedikit menurut jurucakap Zenit,Andrei Petrov,

“We don’t think £12 million is enough for this player,We are not giving figures, but a sum of more like £20 million would be good for Zenit.”

Die juga menafikan adenye kelab lain cube campur tangan, mm boleh caye ke? Khabar angin bertiup kencang Mancis sedang terkial2 bagai orang gila akibat pinangan terhadap kaka ditolak.Mungkin dalam pada keadaan huyung hayang mane tau mereka singgah di russia untuk 'melabur' sedikit.Tapi ini yang disahkan oleh Petrov,

"I do not know, I can only say that I have had no contact with the directors of Manchester City. I do not know if Zenit has been contacted."


Bagi rumors2 yang mengatakan arsenal ade target lain iaitu Stephen Ireland, agak sukar untuk dipercayai.Wenger takkan sanggup menjual kapten Kolo demi pertukaran tersebut begitu juga menjual Bendi yang dilihatnye mempunyai mase depan di arsenal.Dengan Kaka kekal di Milan, Ireland merupakan antara nadi penting survival mancis season ni tatkala Robinho mule menunjukkan tanda2 kebosanan dan penyesalan.

Berita yang baru diterima, Arshavin telah ditemuramah di UAE bertempat di kem latihan Zenit.Ditanya tentang kemungkinan perpindahannye ke arsenal , jawapan yang agak panjang diberikan."No comment."

Tik tok tik tok kite menunggu.Bukanlah lebih bagus signing ini dilakukan seperti Eduardo,senyap, penuh kejutan dan tanda tanya tetapi memang teruja.

P/S : team kite paling fit dalam EPL buktinya...gol last minit.hahah.


Isnin, 19 Januari 2009

Mane 'die' nak main?



Esok rombongan merisik dan meminang Arshavin akan ke Russia.Arshavin semakin hampir ke Arsenal.Ditambah pula dengan kate2 bos zenit sendiri Dick Advocaat

"Negotiations with Arsenal continue and the chances are very high that Arshavin will soon play in the English Premier League,"


Aku tak mahu mengulas lanjut dan kite tunggu sahaja hitam putih daripada kedua2 kelab dan pemain sendiri.

Persoalannya , jika Arshavin hadir, di manakah posisi yang akan diisinya? Apekah taktik Wenger? Adekah direct replacemet kepada Fabregas kerana sepertimana kite ketahui arsenal kurang kreativiti dan world class sejak kehilangan talisman kite. Arshavin mungkin jawapannye dengan aksi, pace, skill dan passing accuracy nye.Antara dakolin dakosi denilson diaby , pastilah Wenger mengorbankan Diaby dan memilih denilson sebagai partner di tengah.Atau mungkin die bakal mengganti sayap kanan yang dimonopoli oleh Eboue.Mungkin tidak.Lupekah anda Eboue pemegang Golden Ticket.Firasat aku Arshavin bakal diletakkan di sebalah kiri dengna Nasri diberi role Fabregas bergandingan dengan Denilson dan arghhhh.. Eboue tetap di sebelah kanan.Why2??!! Plzz Walcott pulang segera.Tapi Wenger pasti tahu ape yang pelik lagi menarik.Alex Song anyone?

Tentang AC milan yang berminat dengan Adebayor dan RVP diintai Barca, Wenger tak risau sama sekali.Dengan Kaka bakal gelap mata melihat duit bertaburan dari langit, Milan pasti mendapat durian runtuh dan tempoyaknye ingin dinikmati bersama Adebayor.Namun Wenger menyangkal terus dengan keyakinan tinggi bahawa bintangnya itu bakal kekal di Emirates.

Termasuklah Gallas yang mengeluarkan bunyi,

"There is no tension. I play. I give the maximum for the club.I am concentrating on my future, finishing my contract with Arsenal and seeing where I'll go in two years."


Ahad, 18 Januari 2009

Meriahkan Forum ArsenalFC

Tadi aku singgah2 di laman web forum Arsenalfc Malaysia.Dah lame aku tak datang jenguk2, sekali sekala jek aku sempat berposting kat situ.Dek kerana mase yang agak terbatas, aku lebih memberi tumpuan pada arsenalaysia sambil mengharap populariti forum terus meningkat.Tapi kini aku agak terkejut, dulu meriah, sekarang dah sepi.Atau mereka semua telah berpindah?Boleh siapa2 inform link baru.Dulu pernah ade jugak forum arsenal tapi terpaksa terbengakali.Mengapakah ini berulang2 terjadi? mungkinkah orang ramai lagi gemar menulis di shoutbox daripada leceh2 nak mendaftar ke forum yang memerlukan banyak protokol,butang dan tatasusila.Huh, memang pe'il orang kite.Aku pun tak terkecuali sebenarnya.

Tetapi menulis di forum, kite dapat lebih banyak peluang meluahkan perasan dengan lebih panjang, boleh menghantar imej, video selain dari sharing link.No offense to Arsenalfc Malaysia,aku singgah2 forum tadi sempat la aku ambil sekeping 2 buah tangan.huhu. Pinjam jap boleh kan?Nie kire promote gak ni.heheh.


Rombongan pinangan Arshavin selasa ini.

Harapan Arsenal untuk membawa Arshavin ke Emirates kian cerah dengan kelabnya Zenit bersedia untuk mendengar ape yang hendak ditawarkan Arsenal dengan lebih serius. Zenit telah menjemput pegawai2 arsenal termasuk ivan gazidis bagi membincangkan perpindahan ini secara lebih mendalam dengan dihadiri agent pemain dan wakil zenit Selasa ini.


Jurucakap Zenit Alexei Petrov memberitahu " Haa jemput2lah datang ke rumah,bawaklah dulang banyak2 siket, nak buat pinangan secara tertutup pun kene meriah kak jah oi"

Sebelum in offer 10M arsena telah ditolak, dan Arsenal datang dengan 12M.MUngkin bagi2 win2 stuation difahamkan Arsenal akan membayar 12M+5M mengikut prestasi semasa sekaligus memcahkan rekod transfer fee kelab sebanyak 13M ke atas Sylvian Wiltord. Ape2 pun perbincangan ini dilangsungkan secara tertutup dan penuh rahsia kerana arsenal tidak mahu public tau bahawa pemegang saham arsenal Alishier Usmanov dari Ukraine merupakan antara pengaruh besar bagi memudahkan perpindahan Arshavin.Ini kerana Usmanov juga ada kepentingan di dalam Gazprom investholding yang merupakan syarikat pengurusan pelaburan antarabangsa Zenit.

Jika Arshavin bersetuju untuk menandatangani kontrak bersama Arsenal, die mungkin akan menerima pakej bumper raya cina yang agak lumayan, 96,000 seminggu mengatasi tangga gaji Gallas Adebayor dan Wenger sendiri.

Bersediakah arsenal dengan transfer ini.Ade orang kate umor arshavin dah terlalu tua 27, itu terlalu tua di arsenal, habis tu takkan nak umor 17 18 19 20 lagi kut.Sudah cukup la tu dengan budak2.Itulah akibatnya kite dimomokkan dengan polisi wenger, kite pun dah terlalu obses dengan umur pada akuu jika die cukup bagus dan layak bermain di arsenal , bring it on tak kisah lah umor berapa sekalipun.Maldini sekalipun dah berumor 40 tahun tapi ape yg dilalui di Milan cukup exceptional. Pada September tahun 1991 Arsenal memecahkan rekod perpindahan dengan signing Ian Wright yang pada ketika itu brumur 27 tahun.Bergkamp dan Pires, brape umor mereka ketika menyertai Arsenal? 26 dan 27 bukan? Itu adalah mase2 zaman arsenal menuju ke puncak, dengan umur pemain2 mempunyai wakil dari setiap generasi.Adunan pemain baru dan pengalaman yang mempunyai kebolahan dan bakat luar biasa yang hampir sama di kalangan mereka menjelmakan 'The real Arsenal' Aku rindu saat2 itu. Diharap dengan signing baru nanti, terbuka la lembaran baru buat arsenal.


Post Match: Kire "hull'al la..

Dendam dah terbalas,hutang dah berbayar kire halal lah. Anak buah Phil Brown dimalukan depan penyokong sendiri, perasaan yang same dirasai peminat arsenal beberapa bulan yang lalu.
Hull City v Arsenal


Kredit kepada RVP yang bukan sahaja bermain pakai kaki malah juga pakai otak.Corak permainan yang cantik,skill menarik, ancaman dan serangan yang cun,3 assist,cukup membuktikan yang die tengah berapi on form sekarang nih!Arsenal perlukan die hingga ke hujung musim TANPA sebarang kecederaan.

Namun terlebih dahulu Arsene Wenger lebih suke memilih jalan yang sukar dengan die sendiri tau line up midfieldnye tak akan dapat mencipta peluang gol, jauh sekali nak jaringkan gol.Dengan gandingan dakolin-dakosi(denilson diaby) memang la arsenal tak mengancam langsung dari open play.Yang ade pun hanya set piece dari RVP 2 free kick yang cun.Gol Adebayor pun hanye muncul melalui corner kick RVP.

Seperti biasa arsesnal pasti terleka dan dihukum dengan jaringan penyamaan, sekali lagi melalui tandukan sepupu cousin.Jozan membuat lawak yang tak lawak dengan marking yang merapu meraban.Memang ade deflection tapi di mana Johan ketika itu.Kapten Kolo yang pendek lagi la tak berdaya.Malah Clichy yang sepatutnya pada mulenye menutup ruang si Mendy ,prevent daripada crossing alih2 memlih untuk berundur ke belakang sedikit yang langsung keputusan yang silap.Itu jek la peluang yang benar2 diorang attact pun dan dah mampu score.Si Manucho mendapat hadiah debut, sebiji mata bengkak akibat berlaga dengan johan, maaf manucho, pasti die terpikir ade sentimen arsenal-man u ketika itu.Apekan daya, tiada fergie si mulut besar nak meraung2 memprovoke referee.

Tibe masanya untuk menekan btang panik.Seteleh mengeluarkan anak emas karat nye Eboue dan memasukkan Bendi, barulah nampak tajam dan kreatif sikit dengan arsenal bermain 4-3-3 atau pun 4-4-2 aku tak pasti dengan bendi dan RVP shift2 posisi mungkin. Nak taknak, Bendi kini nampak sebagai impact sub, kalau aksinya lebih konsisten baik untuk dirinya dan arsenal walaupun gol ketiga yang dijaringkan Bendi adalah offside dar RVP.Kite bernasib baik dapat mematikan permaianan kalau tak tragedi spurs dan villa kut2 bakal berulang.Tahniah buat Nasri satu2nya player tengah yang rajin dan kreatif yang tnggal, jaringannya sangat2 melegakan dan dapat lihat kematangan dan ketidak gugupannye di depan pintu gol.Tenang jek menjaringkan gol away yang pertama season nih.

Arsenal meneruskan rentak kemenangan,kali ini bukan lagi 1-0 tapi 3-1 dan rekod tanpa kalah liga dipanjangkan ke 8 perlawanan.Kemenangan yang sememangnya penting ketika team2 lain seperti man u , chelsea dan villa turut mencipta kemenangan tatkala kekalahan dan drop point hampir pasti bagi mereka.Hidup bergantung pade nasib jek.Arsenal tetap tak mahu mengalah,terus mencucuk dari belakang.Ditambah satu 2 signing mungkin, arsenal diharap dapat meneruskan rentak positif walaupun kejuaraan liga tampak seperti agak sukar ke Emirates.Ape2 pun bola itu sfera.

P/S: Alex Song is a new signing!


Sabtu, 17 Januari 2009

Pre Match : Jangan buat 'Hull' lagi.

“So on Saturday we just want to continue our progress, it is not about revenge at all. We feel we are on a good run so we want to be quiet and focus.”



Arsenal bakal berkunjung ke Kingston Communications Stadium awal pagi nanti bukan dengan niat untuk membalas dendam tapi lebih kepada meneruskan perjuangan.Itu kate Wenger.. tapi kate aku, aku nak balas dendam.Hahahahaha..Apesal? sebab Hull City datang kat Emirates buat hal.Tak pernah2 Arsenal kalah dengan promoted EPL team kat home tibe2 kene stunner dengan Giovanni dengan sepupunya si cousin tuh.Menyirap beb, masih kuingat malam tu aku bersama rakan2 yang merupakan fan man u dan sebelum tu man u dapat penalti bodoh lawan bolton .Pergh, menyirap limau pun ade..

Jadi malam ni tak kire lah, anak didik phil brown terpaksa la menjadi mangsa malam ni untuk arsenal lebarkan rekod tanpa kalah liga ke 8 perlawanan.Tanpa kalah, seri pun tanpa kalah, tapi aku nak menang jugak.Hull City pula bukanlah dalam form yang begitu baik! 1 Kemenangan daripada 12 match.Hah!Mereka kini baru tau macam mana aksi dan kudrat yang diperlukan dalam EPL.Kalau tak fokus 90 minit plus mase tambahan, alamatnye memang tersungkurla sesuatu team tuh.Mungkin permulaan yang baik yang mereka perolehi di awal season lepas adalah kerana mereka merupakan sebuah pauskan yang baru dinaikkan pangkat, jadi tak siapa jangka dan tahu bagaimana perwatakan dan corak gaye permainan mereka.Tapi kini Lawan dah mule tahu dan dapat kaji, analisis apabila melihat Hull beraksi week in week out dan semakin hari semakin banyak kelemahan yang dibongkarkan.Defendnya kadang2 melakukan kesalahan budak seolah.

Pernah satu ketika Phil Brown memilih untuk melakukan half time talk menuding jari ke arah player2nya tanpa segan silu di tengah2 padang tanpa masuk ke bilik persalinan.Ade yang positif dan ade yg negatif daripada situasi itu.PAda ketika itu Man City mendahului 4-0 half time, Dan Hull di 2nd half dapat mengelak kekalahan lebih besar dengan keputusan berakhir 5-1 tapi yg negatif ialah di mana moral player ketika itu dimalukan di depan ribuan penonton.Mmm..siapa yang mereka beli January ni, tak silap aku Kilbane dari Wigan.oh, ssorang lagi on loan dari man u.man U Cho..Manucho

Arsenal pulak, dengan sumber2 yang sedia ada.Belum ade lagi sesiapa.Arshavin? Entah, Wenger cube bermain tarik tali pulak, mungkin hendak menunjukkan kat zenit bahawa die tak de la sedesperado mane.Memberi tekanan kepada Zenit sama ade take it or leave it atau pun bakal kerugian Arshavin tanpa untung sesen pun summer nanti di mana arshavin mampu buy out contractnye.Minds Game dari Wenger.Katenye bukan Arshavin saje yang die target, ade lagi 2 3 orang tapi siapa, entah ade, entah tiada.Semuanya psikologi.Yang penting sekarang ni adalah untuk mengekalkan fan2 arsenal.Fans,Clients, dan Supporters adalah berbeza pada sudut mate Wenger dari segi ekonomi.Wenger kan seorang ahli ekonomi jadi aku tak berapa amek pot sangat ape yang cube nak diluahkan pade aku same jek.Anda pilihlah anda dalam kategori mane, aku? senang saje..aku peminat.Habis cerite.heheh.

Jadi balik semula ke game malam nih, Line up yang same ketika menewaskan Bolton mungkin dapat disaksikan.Ye la, siapa lagi yang ade, Eduardo masih lagi belum match fit jadi jangan begitu berharap dia akan diturunkan sehinggalah bulan depan.Adebayor yang diakui off form oleh Wenger mungkin terus diberi kepercayaan bergandingan dengan RVP, sementara Bendi menungga mase yang baekk jek untuk mencucuk2 dari belakang bangku simpanan.Tengah SOng masih injured, jadi 2D, orang lain dah pakai 3D arsenal masih mengekalkan dimensi 2D dengan DIaby dan denilson, bukan dakolin dakosi ek.Tengah minggu lalu Wenger membayangkan Nasri lebih kreatif dan mampu mengisi ruang yang ditinggalkan Fabregas tapi itu hanya mungkin dilakukan apabila Wenger menekan 'butang panik'.Lalu barulah die memasukkan Vela mengeluarkan pemain yang die awal2 dah tahu tak berkesan tapi berkesan dalam sistem kekeluargaannye, anak emas eboue.Ramsey juga mungkin mendapat peluangnya.Defend seperti biasa dibarisi Kapten Kolo dan Jozan.Regu Perancis Sil-Gal masih berehat di rumah Rosicky.Sagna dan CLichy menjadi pengapit dengan harapan banyak overlapping.

----------Almunia-----------
Sagna---Kolo---Jozan----Clichy
Eboue---Denilson--DIaby--Nasri
-------Ade-----RVP----------

Arsenal akan buat penyokong2 Hull City tertanye2 ape hal yang berlaku dengan team mereka malam nih.Arsenal 2 - Hull City 0.Awal pagi Ahad,Astro Star Sport 813 1.25am


Jumaat, 16 Januari 2009

Temubual Wenger berkaitan transfer rumors


Akhirnya die mengaku.

Tak sia2 penulisan aku selama ni.Pada mulanya aku tak berapa percaya tapi oleh sebab berita yang terlampau banyak menyebabkan aku jua tertunduk pada tekanan dan menghambakan diri pada transfer rumors mengikuti perkembangan arsenal-arshavin.Dan ia bukan omong2 kosong, Wenger sendiri telah mengakui perundingan adalah dalam proses dan die sendiri menyimpan hasrat besar mendapatkan pemain russia ini.

"[We are] nowhere. That means we are not close to signing anybody,We know what we want to do, but we are not close to signing today because I would tell you. But there is no basic news. There again, we are in negotations yes but we want to respect our principles.I am very hopeful [of a deal]. We will know in days because the transfer window closes on February 2 and we have only crossed halfway.If it doesn't happen, it doesn't happen. There again, we want to continue to improve here with the players we have."

'Today'?haha..Wenger memang pandai bermain dengan kate2..Wenger jugak takde perasaan iri hati atau cemburu dengan 100M Mancis malah berkata offer sebanyak tu(kes kaka) boleh menganggu kestabilan ekosistem transfer bola sepak dan mewujudkan ketidak adilan.Bagaimanakah kite boleh menggelar wenger kedekut sedangkan die sendiri tak pandang 100M..katenyela..Ape yang lebih menarik baginya adalah di atas padang.Ok Wenger, kalau duit tu ditabur astas padang macam mane pulak?hoho

Wenger cakap tak dapat arshavin ke sape2 pun takpe, sebab ape? sebab die angap geng2 injured Rosicky,Walcott,Fabregas dan Eduardo(dah sembuh) nanti merupakan new sigining.Eduardo merupakan yang paling awal kembali, diikuti dengan Walcott kemudian Fabregas, rosicky?? entahla, tiada jaminan untuk pemain ini beraksi lagi, mungkin musim depan, mungkin dijual, mngkin terpaksa pakai kerusi roda, siapa tahu.Tapi jika kite boleh bersabar dengan eduardo, mengapa tidak pada rosicky.Cik Ros adalah world class star!Tapi maang, die pun tak nak perkara ni berlaku, siapa nak?

Bagi Eduardo, gol akan datang ,yang penting sekaang nie ialah match fitness dan keyakinan.Itu yang sedang dicari2 player nih.Setelah 9 bulan terlantar, Eduardo hanya beraksi 45 minit ketika bertemu pompey reserve, akibatnya hamstring balik, menampakkan yang badan die tak cukup bersedia menerima tekanan.Tapi kini die dah fully fit dan sedang menunggu mase untuk menjadikan stoke reserve tikus makmalnye, menguji kepredatorannye yang dirindui.Wenger memberi jaminan, dalam mase 2-3 minggu, eduardo akan kembalike 1st team.Bagi eduardo, ape yg lebih penting adalah sumbangan pada pasukan walapun die tahu, orang ramai mesti bagai nak gile tunggu die score gol balik dan kalau die dapat score mase tu, sambutan penyokng mau kene histeria kut!


"Every professional footballer knows how the media works so I’m not worried about what they might say,If you score a goal you're on top, if you don't you're at the bottom. Even the very best strikers in the world might score two goals in a game and then not score for another three or four games, and that's how it works.But my only concerns are my fitness and how I'm going to help Arsenal. And if I happen to score a goal, it will be just as it always was."

Yeah.mampukah 'new signing' ini memberi harapan dan menyuntik semangat pada skuad yang sedia ada kerana biasanya kate wenger new signing memerlukan mase sekurang2nya 6 bulan untuk menyesuaikan diri dengan corak EPL.Kecualilah exceptional talent macam Sagna.DAn dah 6 bulan buat Vela.Kalau dikira2 sepatutnya dah dapat banyak pembelajran dah sekarang.Carlos Vela name yang meniti di bibir peminat Arsenal, tinggi sungguh harapan pada player nih.Our Carling cup star.BUkan sahaja peminat arsenal , malah rakan sepasukannya sendiri RVP memuji kehadiran pemain kecil molek licik nih.

“He brings pace, good technique and courage.I think [against Bolton] and in the last couple of weeks, he has been doing really well.In training, he is doing the good stuff. He creates space for us because when he is on the ball, he can pass it short, in behind the strikers. So it’s all good stuff from him now.”

Setiap kali player lain seperti bendi adebayor tak menjadi kite pasti memaki "bodoh wenger, masukkanla vela!!" "vela ade, simpan buat ape??" sedar tak sedar itulah yang sering dikeluhkan peminat arsenal.Dari situ dah boleh nampak, pengaruh bakatnye, ditambah skillnye yang ala2 mexican samba begitu pantas menaikkan namenye antara pemain kesayangan arsenal season nih.Tapi aku harap ini berkekalan, masih kuingat lagi..denilson pernah menerima persepsi atau harapan yang hampir same, orang menyangkal taktik wenger apabila sesuatu tak menjadi, "kenapa tak masukkan denilson?!" Sekarang org2 yang same termasuk aku sendiri kadang kala terlepas "apsal ko beli denilson ni, tak layak main arsenal" sampai begitu sekali.Kadang kala kite terlalu keras dan menekan.Mereka ni pemain muda, pemain muda yang masih menimba pengalaman.Barulah aku tahu kenapa Wenger begitu bersabar dan sanggup memberi masa,suatu hari apabila aku berjalan2 hari tu, ternampaklah aku seutas jam tangan berjenama Wenger..

Sabtu nanti lu orang ade hal ke? kalau takde, jangan buat hal.Esok nak layan arsenal balas dendam kat Hull City.Hal siti dengan dato' k dan rozita che wan kire halal la.Beli hadiah jam, kereta nak mahal2.Ape2 hal, pre match esok.hal hal hal..

P/S: Daripada Pak Arab beli kaka mahal2, baik beli senjata canggih2 ke makanan ke tolong Palestin ke.DApat gak pahala, ade gak pa'edah.


Khamis, 15 Januari 2009

Arshavin buat gile!


Berita semakin gile!! Kalau la berita ini benar,nampaknya Arsenal tak bertepuk sebelah tangan, malah Arshavin sendiri semakin desperado, ingin keluar secepat mungkin dari hell life nye di Zenit.

Terbaru khabar dari Russia tabloid life,melaporkan Arshavin sendiri sanggup megeluarkan wang simpanan KWSP nye mentop-up baki yang diperlukan Arsenal(yakni membayar transfer fee bg dirinya sendiri) semata2 membolehkan die keluar dari Zenit dan menyertai arsenal.Siapa yang terdesak sekarang,aku pun pelik.Arsenal umpama mendapat durian runtuh.

Zenit sebelum ni berkeras mahukan 20M, tapi Arsenal hanya paling baik nak bagi tak lebih dari 15M.2 offer sebelum ni 10 dan 12M dilaporkan da ditolak bulat2.Arsenal nampaknya terpaksa mengosongkan bank memecahkan rekod perpindahan kelab semasa mendapatkan Sylvian Wiltord sebanyak 13M.

Ura2 memberitahu Arshavin sampai hendak mengeluarkan dan membayar sendiri 5M (suku daipada transfer feenya) bagi memastikan die boleh membeli rumah di London seawal Februari nanti.Arshavin dikatakan pernah ke London sebagai membuat deal, jika dia sanggup keluarkan duit poketnye sendiri, die berharap offer dari arsenal adalah sekurang2nya sama dengan ape yg ditawarkan di zenit sebelum ini, bagi menampung perbelanjaan harian dan mencover 5M yang dikeluarkan.Arsenal pulak dilaporkan sudi menimbangkan tawaran tersebut dan bersedia mengubah prinsip dalam struktur gaji yang selama ini dijadikan pegangan oleh Wenger.85,000 seminggu adalah anggaran yang sudi ditawarkan oleh arsenal, cukup untuk player2 arsenal lain menjeling mengangkat kening bertanye "wut the hell is going on?!"

Semuanya bakal terjawab minggu depan mungkin.Tapi gile..memang gile.Lebih gile kalau tibe2 Mancis yg gile duit tabur sebahagian dari 100M yg direject kaka tu kepada zenit, dan arshavin mungkin boleh gelap mata.Tapi lagi gile kalau let say arsenal berjaya mendapatkan khidmat Ashavin dan kotrak mungkin 3 tahun, lepas tu, ape yang arshavin lakukan pada zenit die lakukan kat arsenal pulak.Meronta2 mengugut , agar dipindahkan ke barcelona.Pikir2kanlah, dunia ni umpama roda.Flamini dah buat macam tu kat Marsseile dan buat balik pade arsenal, Sagna dah buat macam tu kat auxerre begitu juga Adebayor pada monaco tapi mereka masih setia.Pendek kate ia terpulang pada hati player masing2 dan sejauh mane impian,cita2 dan kesetiaan meraka.Aku harap semua player yang menyarung jersi merah putih berkarekter seperti DB10 .Legend, memang legend!tapi gile tetap gile!zass..


Bergkamp impi latih Arsenal.


Memang best! DB10 lagenda Arsenal telah menyuarakan hasratnya satu hari nanti untuk menjadi jurulatih Arsenal.Why not? Arsenal dan Bergkamp memang tak boleh dipisahkan dan die sendiri begitu sayang dan komited dengan kelab ni.

"Aku benar2 sayang gile kat kelab dan negara ni.Aku suke bekerja kat sini. Kalau boleh aku nak nasihatkan semua orang kerja la kat England, tak kire lah sebagai pemain ke sebagai jurulatih, ia semacam bernafas atau hidup dengan bola.(hahaha)Memang sangat2 mengujakan untuk permainan nih"

Aku jugak berharap semacam itulah wahai Bergkamp.Bayangkan kalau suatu mase nanti line up management arsenal dibarisi lagenda2 seperti Viera, jadi manager,Adams assistant..Henry Bergkamp Seaman jadi coach.pergh.. harap2 macam tu la.Mase depan Arsenal pastinya sangat2 cerah dengan limpahan player mude berbakat terutama Jack Wilshere yang dicanang2 menjadi DB10 di eranya dan Jay simpson yang dilihat sebagai the new Michael Thomas.

Pasar malam, pasar tani? tiada yang baru.Dah masuk setengah bulan tapi mungkin kite akan dapat lihat signing pertama atau hanya satu signing paling awal minggu depan.Siapa, tak tau lagi.Arshaving?(ganu sket..nak pilihanrayee nier..heheh) tak tau, Wenger tengah pergi beli pisau cukur kut.Tapi paling baru, pemain lazio Modibo Diakite yang dikatakan menjadi buruan Arsenal telah dikompomkan oleh agentnya takkan berpindah.Bile mase Arsenal usha die pun aku tak pasti, tapi tak pelik la sebab dunia nie bulat umpama bola, dengan keadaan Arsenal macam ni siapa2 player pun boleh dikaitkan dengan Arsenal.Aku ingat lagi Wenger pernah mengaku mase summer season lepas, die pernah dapat sampai 200 lebih phone call tak termasuk miss call berkatian transfer nih sehari.Punye la sibuk.Tapi tak tau la, kut2 along yang datang cari, wenger nie kan nampak cam takde duit jek.hmmm..


Selasa, 13 Januari 2009

RVP macam kite.

Penyerang Arsenal yang tengah on form , pemain terbaik arsenal bulan lepas, Robin Van Persie menyatakan die takkan berpuas hati selagi tak menjulang sebarang piala akhir may nanti.Die juga manusia biasa dan dapat merasai feeling penyokong macam kite yang begitu frust dengan corak turun naik arsenal,RVP paham ape yang peminat mahukan dan akan cube berusaha sebaik mungkin.Pemain yang menjaringkan 12 gol sepanjang musim ni yg terkenal dgn injury kini merupakan antara tonggak penting selepas ramai player2 arsenal masuk acara cedera berganti2.Die meminta kite para penyokong terus bersabar dan memberi masa pada team untuk melakukan yang terbaik demi membalas kepercayaan penyokong.

"The main thing [in 2009] is to finally get silverware, but there is a clear picture here of how to achieve that. We need to stick to it – because this is how Arsenal is. The Arsenal way is in our system now, it grows into you, and I don’t think it’s clever to change your philosophy.

"Things take time, and you often see clubs sacking managers for fun, and they don’t get anywhere. You need a long-term strategy. That’s why I like Arsenal, because the players have time to grow into the system, and if we stick to our principles we will get silverware. That’s the main target, if we stick to the way we play we will get it."


Kate2 yang bijak daipada seorang naib timbalan kapten ketika kapten kite sedang asyik 'bercuti'.Ya bercuti, Fabregas sendiri mengakui bahawa die lebih gemar menggunakan peluang kecederaan 4 bulan ini sebagai tempoh rehat dan cuti umum. Walaupun tidak terlepas dari menyaksikan match arsenal, Fabregas mengejutkan aweknya sendiri dengan berkata kalau boleh ingin menggunakan masa ini untuk buat mende lain selain daripada bola sepak,kerana usia mudanya telah dihabiskan dengan menendang bola.Ape pun itu hanyalah sementara kerana die masih berharap agar dapat kembali ke puncak prestasi dan dapat membantu pasukan menjurai ape2 kejuaraan apabila dijangka pulang mac nanti.Aku bet Fabregas beraksi dulu dari Rosicky.

Arshavin arshavin arshavin arshavin.tak habis2.Setelah direject 10M dengarnye Arsenal up ke 12M pulok.Dan lagi menarik dengar khabarnye dah pun done deal.Harap jgn indah habar dari rupa arshavin kut.huhuh.Tapi arshavin baru2 ini dipetik sebgai berkata zenit bermain umpama arsenal..ekk..biar betul ko? pastu kate die suke no 10, oit gallas tu..ko nak kene tibai ke masuk2 dah buat otai?kalau jadi le... kalau..

"In some games last season, Zenit played football which was very similar to that of Arsenal.I would prefer my present No10 but in the team where I hope to move it's not vacant.So I'm ready for any number they are going to offer me."


Wenger dah senyap2 pasang plan B.kalau tak dapat kreativiti arshavin, die dah sediakan baju hujan sebelum pelangi. Nasri dilihat sebagai berpotensi besar untuk ambil role Fabregas di bahagian tengah.Itulah sebabnya WEnger menggunakan taktik tersebut sabtu lalu ketika semua pemain tengah tampak begitu buntu memecahkan kedegilan Bolton.Dan bile Nasri ditukar ke tengah dengan Vela di kiri, barulah ade sedikit ruang2 yang lompong.Wenger mengakui die telah discover mende ni dan mungkin akan diguna pakai kalau keadaan memerlukan.

"He gave us a little bit more creativity in the centre, especially in a tight game like that.Of course, he [Nasri] is a link player and can also pass people.From then on it became a little bit more difficult for Bolton. It was my idea - sometimes accidentally I have them."

Paling 'best' die mengaku eksperimen nye kadang2 menjadi tu..degil betul sang profesor.


Isnin, 12 Januari 2009

Bendi dan boot jambu...

Arsene Wenger tetap percaya dan terus konfiden dengan pemain denmark berumur 20 tahun nih.Walaupun bendi sering dicemuh dan dikutuk, Wenger tetap berkeras untuk mengekalkannya dan memberi peluang, kerana katanya, walaupun peminat2 arsenal mahukan mee maggie segera, die lebih suke buat mee dari tepung dulu.. Tambah lagi, keupayaan bendi mencari peluang di depan gol dengan pergerakan dan pandai membaca permainan(kate wenger lee..iye laa tu... pndi halang bola fabregas dari masuk gol liverpool pun boleh dikata pandai jugak) adalah satu proses pembelajaran.Kate wenger mengenai Bendi "there are more to come".


Tapi ape pandangan anda tentang boot yang dipakai oleh Bendi sejak kebelakangan ni, ingat lawan Kyev?dengan boot pink la die score, hari tu lawan bolton boot pelik2 warne hijau terang die score.Ape bertuah sangat ke? atau sekadar mencapub, jage2 Bendi, Adebayor pasti menyirap bandung jealous orang amek kaler2 yang die suke nih.Tapi kate Wenger,


"I am not convinced by them [the pink boots]. But If he wears the boots and puts the ball in the net I do not mind." Nasib baik ade gak bende yang die tak setuju, ingat pakcik kite pak turut.


RVP dan Wenger patut buat football tuisyen

Sebelum tu, sedikit rumors, Arsenal dalam percubaan mendapatkan pemain hardman DM tengah Boca Juniors, Sebastian Battaglia.Agent Battaglia telah menyatakan ade 3 peminat, 2 dari Italy dan satu dari England yang dipercayai Arsenal.PEmain berusia 28 tahun yang membantu BOca memenangi kejuaraan liga argentina season lepas boleh dibawa dengan harga 4M.Tapi hendakah die return ke europe kerana kali terakhirnya beraksi di luar ialah mewakili Villareal pada 04/05 namun tak berapa menjadi.Man City pula dikatakan cuba mng hijack Arsenal dengan tawaran lebih lumayan kepada zenit bagi mendapatkan arshavin.Dipercayai mencecah 18M.Fuiyoo.. Kalau begitu lah, Arsenal dah boleh angkat kain putih surrender pastinya mana mampu menandingi gaji yang ditawarkan.Lagi2 berita menyatakan Arsenal dah pun bid 10M namun ditolak bulat2 kerana tak langsung mendekati hasrat zenit yang mahukan 20M.Tapi secara peribadi aku tak sedih dan berapa kisah sangat.Aku yakin Wenger akan dapatkan yang terbaik dan berbaloi, hari2 die duduk dengan player, die tau ape yang perlu, tapi kalau still buat2 tak tau....mmm,adoi..


Menyentuh tajuk, Arsene Wenger dan RVP nampaknya seakan pandai dan mampu untuk menunjukkan kepada dunia apekah corak atau permainan bola sepak yang sepatutnya dimainkan.Di sebalik komen negatif Kevin Davies player bolton yang mendakwa Arsenal 'berlakon macam budak kecik', meraung tak tentu pasal, RVP perlu mengajar Bolton terutama Davies yang bermulut murai dan poyo itu corak total football yang sinonim denan negera kelahirannya Belanda. RVP memberi reaksi tentang corak Bolton.

"Kami tak terkejut.aku dah main dengan team diorang ni berapa kali dah.Bolton main macam haram defend gile2.kali ni lagi gile luar biasa punye.Tapi kami tetap fokus. Diorang lepak belakang bola dengan 10 orang.Ini yang kami tahu dan cara terbaik nak pecahkan diorang ni ialah dengan menghasilkan jaringan.Ko boleh tengok lepas gol tu diorang dah terburai habis.Diorang tibe2 jadi penat.

Ini bukan corak positif yang sepatutnya dimainkan dalam bola sepak.Aku tau la diorang ramai yang injured, bawak pun 15 orang player jek ke Emirates.Tapi ini macam main, macam main kampung laa"

Wenger, yang terkenal sebagai seorang pemikir dalam bola sepak dengan falsafahnye 'the arsenal way' , 'the wenger ball' juga melahirkan rasa bimbang tentang corak permainan yang mula dimainkan kebanyakan team2 bawahan dan pertengahan dalam EPL.Memang kini Arsenal pun dah taknampak dah beautiful footballnye, menang pun sebijik 2 jek, tapi ini jugak faktor daripada opposition yang main terlalu negatif sampai dah tak ade ruang, pendek kate, lawan main buruk, arsenal main teruk. Wenger melahirkan pendapatnya,

"Aku duduk kat bench dan aku cube menyelami hati dan naluri Gary Megson, tup2 aku dah terus paham.Dan lepas tu, lepas aku berfikir,kite kene lebih bagus lagi untuk cipta peluang kalau team lawan asyik dok bertahan jek,

BPL dah macam kehilangan sesuatu.Ini adalah berpunca akibat daripada fakta bahawa EPL kini sudah semakin sengit tan ketat, tiada lagi ruang2 dibuka sesuka hati.Semua team takut terperosok kat bawah table jadi semua team dah makin berhati2.Aku ingat lagi mase aku mule2 sampai tahun 1996 dulu semua orang jenis nak mennyerang jek kat ko,dan ko pun ade la ruang atas bawah.Kadang2 tu ko kalah perlawanan tapi ko boleh tengok peluangnya lagi banyak dari sabtu lepas.Ko kembali 10 tahun dulu, kebanyakan main 4-4-2.Tahun ni, aku tak ingat pun mana2 team yang mari ke Arsenal letak 2 striker kecuali mungkin Hull City yang main 3 orang kat depan mule2.Tapi sekarang Hull City pun dah terikut2 dengan budaya ni."


Ahad, 11 Januari 2009

Post Match : Bendi bertuah

Artikel summarize match semalam



Arsenal malam semalam berjaya mecipta kemenangan dengan agak sukar, hanya berjaya menembusi kubu Bolton yang bermain deep dengan 2 lapisan defend.Pemain yang menjaringkan gol di reeboks, Bendi sekali lagi menjadi pemusnah kepada anak buah gary Megson.Namun Arsenal perlu kembali kepada corak old fashion dengan 4-2-4 barulah berjaya membolosi Bolton yang liat dan nyata berjya mengecewakan Arsenal sepanjang tempoh perlawanan.

"They were very strong in the tackle and it is easier to play with only one focus - to defend well. It looked like it could be 0-0 because we never looked like conceding but we didn’t create many chances. Although in the last 20 minutes we had to finish in a good old-fashioned 4-2-4 to win the game.”


Bendi bertuah kerana masih diberi kepercayaan oleh Wenger di sebalik rumors die mngugut supaya diturunkan jika tidak akan meninggalkan pasukan.Pergh.. cakap macam hebat.Takpe la Bendi, terima kasih atas jaringan penting anda n nice assist from RVP.Tapi belum cukup untuk memuaskan hati para penonton yang mahukan konsistensi dalam persembahan para pemain.Termasuklah adesayor yang bagai hilang pedoman.Yoyo sepanjang musim, Bendi dilihat lebih sesuai digunakan sebagai sub.Kalau dahulu impact sub adalah Walcott, mungkin Bendi perlu mempelajari istilah tersebut dan menerimanya sebagai satu cabaran.Begitu juga dengan Vela dan Ramsey yang nampak menyengat biarpun hanya dimasukkan di saat2 penghujung perlawanan.Seperti biasa, Diaby dan Denilson pairing yag agak mengecewakan tak kreatif dan mati akal, EBoue juga tak banyak membantu mencorak perlawanan.Nasri tak leh nak wat ape sebab dikelilingi oleh mereka2 nih.Belum boleh menangkan satu match secara single.Itulah sebabnya Wenger masih mencari arkitek luar untuk menambah kreativiti di bahagian tengah.

“It is difficult to say because of the context of the game today; it was very difficult to create. I have said it many times, if we have Walcott, Rosicky and Fabregas out on the creative side of the game it is many players. Any injury on the offensive side, in creative midfield, can be a problem.

“We look for them [new faces] and as soon as we find them we will tell you.”


Harap permulaan season di tahun baru ni yang bagus dengan 2 kemenangan dapat diteruskan,jika kite dapat mengekalkan rekod tanpa kalah sehingga May, aku yakin satu piala pasti tersergam indah di Emirates.Seperti banner yang tertera,"Keep the faith"


Sabtu, 10 Januari 2009

Wenger: aku tak nak cakap pasal Arshavin.


Pre Match : Kapten Kolo

Jangan ingat chelsea boleh berbangga dengan kapten JT nye kerana kite pun ade jugak tapi kapten KT.Yeah...Kolo Toure is back! di sebalik spekulasi hangat yang mengaitkan otai paling senior di arsenal ini, Wenger telah memeri kepercayaan (atau satu bentuk rasuah?huhu) dengan menyenaraikannya dalam kesebelasan utama bertemu bolton malam ini, lebeh habat lagi sebagai kapten.Atas ketiadaan Fabregas, Kolo Toure memang merupakan vice kapten kate wenger.Jadi setiap kali jika Kolo bermain, dia akan memakai armband barulah kemudian dihulurkan kepada RVP atau Almunia.Setakat musim ni arsenal dah ade dekat 7 org kapten, Wiliam Gallas, Fabregas, Almunia, fabianski, RVP, Toure , Silvestre.Clichy pun pernah mase pra season. Dengan Gallas dan Silvestre injured, Toure akan bergandingan bersama2 dengan Johan dan kita tengkok bagaimana pula keserasian mereka.Season ni adalah season di mana CB bukan lagi menjadi tempat automatik, ditambah dengan pemecatan Gallas, tiada siapa yang irreplaceable.Harap Toure boleh score freekick macam lawan bolton season lepas.Tapi dah brape kali dah tendangan peluru tu dilakukan, cume yang masuk 1 dalam 100 kut.huhu.

Ramai yang memanggil2 name Eduardo, tanye bile nak diturunkan.Sabar... Eduardo TIDAK akan diturunkan malam ini kerana masih belum match fit.Wenger memberitahu bahawa Eduardo telah bermain 45 minit dari tempoh 9 bulan dan mendapat kecederaan, ini adalah saat paling sukar di mana semua orang berharap dan memeberi harapan tinggi kepadanya agar kembali beraksi,Wernger risau perkara ini memberi tekanan pade diri eduardo sendiri.Aku setuju dengan Wenger, kalau boleh biarlah die betul2 fully fit dan barulah bersedia untuk kejohanan BPL yang memerlukan fizikal dan mental yang tinggi.Pembatalan reserve match menentang West Brom juga membantutkan recovery Eduardo yang dijangka pada aku mungkin bulan february kalau nak buat cameo pun.

Bolton dilihat bukan lagi boogie team buat Asenal.Kerana di bawah Big Sam dulu, arsenal terpaksa berhempas pulas untuk menentang corak fizikal tapi kini tidak lagi.Bukan arsenal sahaja yang mempersia2kan kelebihan 2 gol, malah bolton pun tak pernah terlepas dari nasib malang.Ingat come back of the season tahun lepas, di mana arsenal ketinggalan 2-0 dan dihantui dengan kad merah Diaby, namun bangkit di saat2 akhir menang 3-2.Kalau lah setiap match punye semangat melawan seperti itu, pergh..
Match pertama dulu di reebok arsenal menang 3-1 hasil jaringan Bendi Denilson Eboue? huhu..tiga pemain yang dikecam hebat.Itulah kali terakhir arsenal merasai kedudukan teratas liga musim ini.Denilson juga kembali malam ini.Namun anak buah Megson tak boleh lah dipandang begitu remeh.

---------Almunia----------
sagna---toure-johan---Clichy
Eboue---Denilson-Diaby--Nasri
-------RVP----Ade-----------

sub : carlos vela for eboue, nasri main sebalah kanan vela ke kiri.

Arsenal 3- Bolton 0. Astro 812 ESPN 10.55pm.


Jumaat, 9 Januari 2009

Malu Tapi Mahu...

Kali ini aku dapat membuat kesimpulan bahawa Arsenal betul2 serius dalam mendapatkan Arshavin dan negotiation sedang dijalankan.Apa asas teori aku?Arsene Wenger dalam temuramah exclusive telah memberi bayangan bahawa Arsenal sedang dalam proses rundingan membawa Arshavin ke emirates.Sikap berdolak dalik Wenger yang sering kali malu2 kucing untuk mengaku dan berahsia berbeza dengan penafian pantas terhadap rumors seperti arteta dan Given, tapi dalam kes Arshavin, Wenger tak pernah menafikan bulat2 di public.Ini yang dijawab hari ini apabila ditanya tentang pemain 27 tahun russia itu,

"kitorang taknak sembang banyak2 pasal siapa yang kitorang akan beli. Buat mase kini aku tak boleh bagi berita gembira(apsal tbe2 nak kene cakap camni?siapa yang tagih berita gembira..haa kantoi..)tapi dalam kerja macam ni. tiada berita merupakan berita gembira.Takde ape2 perkembangan terus menerus lagi.Kitorang tgh alert kat transfer market."

Seperti ade sesuatu yang cuba disorokkan oleh sang profesor, tapi mungkin ini sebahagian taktiknya.Mungkin cube alih pandangan media buat2 nak sign A pergi sign si B atau just kut2 kalau tak dapat tak de la malu sangat, tapi aku taknak dengar lagi lepas 2 3 season wenger keluar kenyataan "oh, player nie aku pernah nak dapat dulu, sikit lagi, oh player tu memang target aku dulu " no need Arsene.

Baru masuk dah kene buli, siapa? mestilah Ivan Gazidis.Banyak kerja mamat ni sekarang.Harap2 die rajin buat OT.Wenger jugak memberi hint Arsenal masih nak cari seorang DM untuk cover tenaga batin Arsenal yang tampak lemah.

"Posisi itu(DM) memang keutamaan.KIta bukan dalam liga yang besar.Kita tak cukup player sekarang nih sebab aku sebenarnya nakkan player macam RoSICKy main sekurang2nya 80% satu season tapi hampeh satu pun die tak main lagi."

"Kite memang nak belanja duit tu,macam pengerusi cakap, duit ade tapi limited la.Itu pasal kite kene belanja secara berbaloi dan berhemah" kate Wenger yang ade ijazah sarjana muda ekonomi.

Pasal Kolo Toure, Wenger lantas mematikan ape2 andaian begitu juga Diaby dan Eboue yang jadi kegilaan Mourinho dengan menyatakan takde sape2 bakal dijual January nih.Carlos Vela akan kekal secara rasmi di arsenal tanpa dipinjamkan ke mane2.Calos Vela berkembang secara bagus dan positif bawah ketiak Wenger.

"Cerita tu(Toure aman) dah habis.Kite takkan jual siap2 bulan nih." tapi tak silap aku transfer tutup 3/2 , bulan depan boleh jadi.huk2.. Itulah madah pujangga Pak Tua.


Adebayor pemain terbaik Afrika 2008

Penyerang yang serng dikritik, raja offside dan nampak agak pemalas season nih pastinya dapat berpuas ati dengan usahanya yang bersungguh2 season lepas sampai season nie die dah macam tak kisah dah lantaklah menang ke kalah. Adebayor menjaringkan 24 gol daripada 32 penampilan utama telah dianugerahkan African Player of the Year 2008 daripada Super Magazine mengetepikan didier drogba dan amr zaki.die juga merupakan pemegang award BBC African Footballer of the Year.Di sebalik kemalasannya, Adebayor tetap melaungkan keyakinan tinggi arsenal masih mampu bersaing dalam perebutan kejuaraan liga.Semuanya perlu dimulakan dengan kemenangan secara istiqamah yakni konsisten. "Kite 10 mata di belakang, sesuatu kedudukan yang tak patut kite lalui saat ni, patutnya kite kat atas.Tapi kalau kite dapat menang straight bermula dengan 3 perlawanan dari saat ini, momentum pasti muncul" kate pemain gelap tinggi lampai.Adebayor direhat kan dalam fa cup lalu memberi peluangkepada bendi yg secara sah dapat claim gol itu golnye bukan gol sendiri.

Adebayor juga sempat agar merayu Arsenal tidak menjul 'abangnya' William Gallas.Adebayor sepertimana gallas mempunyai persamaan iaitu kurang digemari oleh sebahagian fan arsenal sendiri jadi tak pelik la kalau mereka mengaku adek beradek tempat berpeluk cium bertepuk tampar melepaskan perasaan dan berkongsi emosi

“He is our big brother, our rock, and his behaviour since the armband was taken away proves that.William’s indispensable to our team.Someone had to say these things. If he had said nothing, where would we be today?” dimane arsenal sekarang? mungkn di atas encik ade oi.

Toure dan denilson telah kembali dari masalah kecederaan untuk match Bolton di emirates seok. Ironinya tibe2 Gallas pulak yang injured hamstring 3 minggu.Ini menguatkan spekulasi mereka tak boleh bermain bersama2.Mungkin taktik wenger nak tengok sape yang lagi bagus dan serasi antra mereka berdua untuk digandingkan dengan pemain belia Johan.Kejamnya akumembuat rumusan seperti itu,jgn bimbang, hanya andaian kosong.Gallas akan menyertai Silvestre Fabregas dan Rosicky di sick bay,eh silap di RoSICKy bay, dengar khabar, Rosicky dah memindahkan furniture2 dan dapur semua2 di bilik rehat dan rawat tu.Rehat je la, rawatnye entah bile2..get well soon!!bagi sesiapa yang dah lupe wajah pemain bernama thomas Rosicky dan merinduinya, inilah dia..gayanya nampak seperti menghitung hari di arsenal..