Pemain paling berbisa dan paling on form arsenal ketika ini mungkin meminta sedikit kenaikan gaji jika Arsenal hendak mengekalkan khidmatnya.Perundingan lanjutan kontrak telah bermula pada November lepas tetapi akibat restructure dalam BOD Arsenal menyebabkan ia tertangguh seketika dan kini bersambung semula.Pada ketika itu die seperti dah boleh terima sahaja dengan hati terbuka 65k seminggu tapi kini dengan sentuhan berbisa dan pengaruh di dalam dan di luar padang selaku superstar arsenal die rasekan diri die layak untuk mendapat gaji setinggi Gallas dan Wenger atau iaitu sebanyak 80K seminggu.Kepada BOD Arsenal janganlah kedekut sangat, harap belajar dari pengalaman lampau dengan care peng'handle'an kontrak ni..Flamini, Pires, Edu.. Kalau 80K pun tak dapat dibayar bagi player sekelas RVP maknenye, memang Arsenal dah takde mission dan vision dan hanya pikirkan untung semata2.
Juga tak ade khabar berita dari Russia, ultimatum telah diberi oleh Zenit sama ade up sket atau tak, dan mereka yakin kelab EPL lain sanggup untuk menawarkan harga yang lebih tinggi tapi dalam mase yang same dipahamkan beKelab yang dilihat berduit selum ade kelab lain yang berminat selain Arsenal.Mungkin ade hijack2 di saat2 akhir.
Kelab yang dilihat berduit sekarang adalah Mancis dan Arsenal.Man U sudah declare takkan beli siapa2, Roman bagitau gene hackman kalau nak beli jual dulu, Liverpool tak berminat dan lebih kepada inging mengurangkan skuad, tak belajar daripada kesilapan arsenal? skuad yang kecil? aku tengok Liverpool dah mule tak dapat menyerap tekanan duduk kat kerusi panas atas tuh.Baru setengah musim dah dipintas kembali, ape2pun liga masih terbuka luas, banyak kejutan boleh berlaku.
Pi mai Pi mai Tang tu.dah pi russia balik pun habuk pun tadak.Sudah 25 hari berlalu hanye tinggal seminggu jek lagi untuk jual beli tawar menawar, berpajak gadai.Namun susana hambar masih menyelebungi kem peminat arsenal dengan tiada sebarang muka baru yang dijanjikan dibawa masuk.Takkan target arshavin seorang? takkan bila gagal dapat arshavin baru terhegeh2 nak dapatkan orang lain?Arshavin adalah ready made star dan sudah lame arsenal tak membeli bintang tolak ketepi bintang rtm.Kamon Wenger, tunjukkan keseriusan dalam mengharungi bisnes nih.Hantarkan petanda2 dan amaran kepada kelab lain bahawa Arsenal tak mudah mengaku kalah.Jika arsenal berjaya membawa masuk any star player bukan sahaja peminat2 berasa gembira malah pemain2 pun dapat moral boost.Jika tidak, pastinya mereka akan mempersoalkan hala tuju kelab yang lebih memikirkan untung semata2, bagi mereka BOD, layak ke UCL adalah satu kejayaan -kejayaan mengekalkan duit poket tahunan.Dan anda boleh bayangkan jike tradisi seperti ini dikekalkan dan tibe2 wenger melahirkan hasrat untuk berhenti dari arsenal sebelum tamat kontrak diikuti star2 seperti RVP, Fabregas,nasri,Clichy turut berasa tiada ape yang hendak diperjuangkan lagi dalam mase yang sama dipancing kelab2 yang lebih ambitious. Dengan pemain tak terbela, gaji tak dihirau, kontrak dibiar, pemain2 rase diabaikan dan diperguna maka hilanglah seorang demi seorang player yang menyarung jersi merah putih dan bermula lah era baru yang tak tergambar kejahanamannye ketika arsenal hanya mampu bersaing dengan rival bodoh milik shebby, Toktokhang spurs..Tapi aku yakin arsenal takkan kecewakan kite.
Arsenal dikatakan berminat mendapatkan defend Mancis Micah Richards dengan harga serendah 7M.Micah adalah pemain yang bagus, berkualiti tapi ade pasang surutnya.tapi aku tak minat apabila aku teringat akan video tak senonoh yang dilakukan dalam bilek air bersama temannya ke atas seorang gadis.Imej dan disiplin adalah penting dalam bola sepak kini.Bukan sahaja di EPL tapi di merata dunia.Kita bukan lagi di zaman amatur mahupun semi pro.Bak kata Sathia.."sudah tukar ka?" korang pikir sathia mana...heheh..Tapi depa ni pun pi mai pi mai tang tu jugak!
Ahad, 25 Januari 2009
Pi mai pi mai tang tu.
4:09 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan