Rabu, 28 Januari 2009

Pre Match: Everton layan Arsenal.

'Pemain itu' kini berada di Emirates untuk membincangkan mase depannye bersame pengurus kelab, Dick Advocaat.Jangan salah paham, die kini berada di Emirates Arab Bersatu UAE untuk membincangkan kalau2 la tak jadi, apekah die masih mampu memberi sumbangan pada kelab asalnya itu lagi.Nampak seperti tiada ape2 yang akan beraku sebelum tempoh tamat,awal pagi selasa.

Arsenal bertemu Everton di Goodison Park malam ini.Kedua2 pasukan ubuntu dan mati akal ketika bertandang ke kem lawan FA cup tempoh hari dan terpaksa menyimpan sedikit tenaga demi match ulangan.Ketika inilah dirasakan tempoh mase yang agak singkat dan ruang yang sempit untuk rotation, kerana sedikit kesilapan boleh membawa padah, kedudukan di EPL dan juga FA Cup , jika tidak digunakan dengan betul, mungkin boleh tercicir kedua2 duanya sekali.Dengan Aston Villa dan Man U menjarakkan diri kepada 6 dan 9 mata ketika Wenger masih menyatakan arsenal berada dalam kedudukan yang 'selesa' dalam liga.Selesa?No.5 dah selesa? 9 mata di belakang dengan team yang kecik, player2 utama cedera, transfer yang gagal, itu adalah definasi selesa dari kepala otak wenger.

Anak buah Moyes juga sebenarnya agak tertekan jugak setelah 2 derby match bersama liverpool dalam tempoh seminggu.Bagi mereka, perlawanan malam ini adalah do or die, jika tewas pastinya mereka semakin tercicir jauh dari saingan merebut tempat ke Eropah.Oleh kerana itulah kehilangan perancang tengah yang pernah digosipkan bersama arsenal Mikel Arteta amat2 dirasai.Arteta masih lagi 50/50 untuk malam ini.Namun mereka masih ade lagi beberapa player yang perlu diberi perhatian ,Anichebe, Fellaini afro,Lescott alien dan paling merisaukan Wenger adalah on form, Tim Ca'Ho naa pyar hai'll.Cahill kini lebih bertindak sebagai support striker yang akan muncul secara tibe2 dari bawah,boleh menciluk, merembat dan sekarang nih lebih kepada menanduk.Everton agak bahaya apabila mendapat set piece dan Arsenal memang terkenal dengan kelemahan mempertahankannye dan aku rase Gallas bakal masuk straight forward mengemudi Johan dan rakan2.

Clichy kembali selepas penggantungan,Vela yang kembali dari kecederaan juga bakal terlibat mungkin sebagai idea2 lain dari bench.Adebayor mungkin merampas balik starting line up dari Bendi.RVP wajib diturunkan! Kesian padanya, kerana asalnye wenger mahu rehatkannye ketika game cardiff tapi segalanya tak berjalan seperti yang dirancang,arsenal kebuntuan sehingga wisel penamat.Mungkin jika arsenal agak selesa malam ini barulah RVP dapat direhatkan.Di tengah pulak?Nasri adalah wajib! Diaby yang hanye cameo role ahad lepas pastinya bakal diturunkan menggantikan Song yang improve game by game, Denilson adalah kesayangan Wenger begitu jugak Eboue.Tapi kehalimunan Eboue dalam beberapa match sebelum ini mungkin memaksa wener berfikir kembali, dahla memang tak berkesan menumpang pulak tu, inilah masenye mengeheretnye kembali ke tempat asalnya bangku simpanan.Mungkin Diaby akan diheret ke sebelah kiri, Nasri kanan dan Denilson + Song di tengah.Atau Wilshere dan Ramsey masing2 diberi peluang.Ramsey dan Bendi jugak adalah option di sebelah kanan.Ape pun Wenger perlu pikir masak2 kerana malam ini adalah wajib menang dan taktikal yang dipilihnya mestilah tak effect kecergasan pemain bagi match seterusnya.Jika gallas masuk terus menggantikan Toure, jadi RVP adalah pilihan kapten yang sesuai.

--------------Almunia---------------
Sagna-----Gallas----Jozan-----Clichy
Nasri-----Denilspn--Lagu------Diaby
----------Ade------RVP--------------

Inilah match yang memberikan gol pertama buat Eduardo dalam liga season lepas.Pakej 2 bijik sekali pulak tu.Mungkin dah tak lame untuk kite saksikan kelibat pemain Crotia itu.Wenger menjanjikan 3 4 reserve match, 1 international friendly sudah cukup untuk membuktikan Eduardo kembali ke skuad utama.

Arsenal akan bertemu Everton awal pagi nanti, tapi agak menggusarkan mungin tiada live di astro .Yang ade hanyelah di ESPN Mancis bertemu kota bahru.Di Star Sport pula belum ade ura2 mungkin akan di double check nanti.Ape2 pun sedialah dengan streaming online anda! Aku nak menang, tapi aku rase seperti seri.Nway aku tetap dengan one nil to the arsenal!


0 ulasan: