Rabu, 21 Januari 2009

Zenit main-main

Agak mendukacitakan, tiada lagi bangun pagi2, bukak suratkhabar, ke berita sukan, dan dengan perasaan penuh gembira dapat tahu "arsenal sign si polan si polan".Nampaknya transfer saga kali ni e tak selancar proton saga BLM.PErkembangan yang tidak memberangsangkan, Arsenal dikatakan bersedia untuk mengundur diri dan menarik balik bidaan akibat pihak zenit yang dikatakan main2, tidak serius dan bersahaja.Mereka sebenarnye umpama tidak mahu menjual arshavin dan lebih rela menunggu summer nanti dengan tawaran lebih besar dari kelab2 lain INter, Juve atau Barca dengan hanya ingin test water jek dengan arsenal.Arsenal menyangka tawaran 16M sudah mencapai persetujuan tapi mule bersa kecewa dan bengang dengan sikap acuh tak acuh zenit.MEngikut sumber2 yang agak rapat dalam deal tersebut,

"Pihak Arsenal tak paham ape yang tengah berlaku sekarang.Takde sorang pun yang jawab diorang punye panggilan telepon, atau balas fax diorang.Ape lagi yang boleh ARsenal harapkan??ape yg boleh diorang buat?Dah terang lagi bersuluh yang Zenit nie dungu bodoh sombong.Arsenal mungkin boleh tunggu sehari dua lagi.Tapi Zenit ni dah jadi macam kelab badut.Dalam dunia yang rasional dan beretika, ko takkan biarkan seseorang tu tunggu sampai seminggu untuk ko balas faxnye, ko takkan bagitau yang ko akan telepon diorang esok sebaliknya koo tak telepon2."

"Zenit sebenarnye tak ambik kisah pun pasal duit.Ape yang nampak adalah mereka memang dah set up minda memang tak mau jual.Mereka hanye main2, tunjuk lagak.Memang takde beza dengan Soviet Union dan mereke kini cube nak buktikan pade dunia barat."

Ditambah buruk lagi keadaan, Arshavin kini tersepit dan terpaksa menarik balik hasratnye untuk mengugut zenit malah kini Zenit sendiri mengugutnya agar duk diam2 kalau tak kene drop.Ini akan menyebabkan Arshavin hilang tempat dalam skuad kebangsaan sekaligus menyukarkan seseorang pemain mendapat work permit kerana mengikut polisinya, seseorang pemain perlu mendapat 75 cap antarabangsa dalam tempoh 2 tahun bagi memohon permit kerja.Zenit kini bermain kasar dan kotor sekarang.

Tambah sumber2 tersebut lagi,

"Andrei begitu kecewa dan tak ceria langsung kerana dah banyak janji ditaburkan atas daun keladi.Serang zenit adalah satu pilihan tapi jika die teruskan gak serangan, die pastinya tak dapat bermain untuk zenit lagi, dan kalau tak main dengan mereka, die tak akan dapat main untuk negara.Kalau tak main untuk negara, tak dapat la 75 cap tu yangmembolehkan die main kat UK.Buat mase sekarang takde bende yang nampak akan berubah secara dramatik.Malah tiada cahaya di hujung terowong!"

Tapi berita di pihak zenit pulak lain pulak bunyinya.Anton Lisin seorang penulis bola sepak suratkabo Russia berkata,

"Takde orang datang pun.Rundingan masih dalam proses.Zenit rase tawaran sekarng tak cukup tinggi."

Itu jek? Aiyaa...macam mano nih?mane satu betul..?Last2 peminat gak kecewa.Tapi takpe, best, umpama menonton filem misteri..

123 do re mi apa nak jadi alif ba ta abc, apa nak jadi akan terjadi..hujan pasti berhenti..


0 ulasan: