Jumaat, 9 Januari 2009

Malu Tapi Mahu...

Kali ini aku dapat membuat kesimpulan bahawa Arsenal betul2 serius dalam mendapatkan Arshavin dan negotiation sedang dijalankan.Apa asas teori aku?Arsene Wenger dalam temuramah exclusive telah memberi bayangan bahawa Arsenal sedang dalam proses rundingan membawa Arshavin ke emirates.Sikap berdolak dalik Wenger yang sering kali malu2 kucing untuk mengaku dan berahsia berbeza dengan penafian pantas terhadap rumors seperti arteta dan Given, tapi dalam kes Arshavin, Wenger tak pernah menafikan bulat2 di public.Ini yang dijawab hari ini apabila ditanya tentang pemain 27 tahun russia itu,

"kitorang taknak sembang banyak2 pasal siapa yang kitorang akan beli. Buat mase kini aku tak boleh bagi berita gembira(apsal tbe2 nak kene cakap camni?siapa yang tagih berita gembira..haa kantoi..)tapi dalam kerja macam ni. tiada berita merupakan berita gembira.Takde ape2 perkembangan terus menerus lagi.Kitorang tgh alert kat transfer market."

Seperti ade sesuatu yang cuba disorokkan oleh sang profesor, tapi mungkin ini sebahagian taktiknya.Mungkin cube alih pandangan media buat2 nak sign A pergi sign si B atau just kut2 kalau tak dapat tak de la malu sangat, tapi aku taknak dengar lagi lepas 2 3 season wenger keluar kenyataan "oh, player nie aku pernah nak dapat dulu, sikit lagi, oh player tu memang target aku dulu " no need Arsene.

Baru masuk dah kene buli, siapa? mestilah Ivan Gazidis.Banyak kerja mamat ni sekarang.Harap2 die rajin buat OT.Wenger jugak memberi hint Arsenal masih nak cari seorang DM untuk cover tenaga batin Arsenal yang tampak lemah.

"Posisi itu(DM) memang keutamaan.KIta bukan dalam liga yang besar.Kita tak cukup player sekarang nih sebab aku sebenarnya nakkan player macam RoSICKy main sekurang2nya 80% satu season tapi hampeh satu pun die tak main lagi."

"Kite memang nak belanja duit tu,macam pengerusi cakap, duit ade tapi limited la.Itu pasal kite kene belanja secara berbaloi dan berhemah" kate Wenger yang ade ijazah sarjana muda ekonomi.

Pasal Kolo Toure, Wenger lantas mematikan ape2 andaian begitu juga Diaby dan Eboue yang jadi kegilaan Mourinho dengan menyatakan takde sape2 bakal dijual January nih.Carlos Vela akan kekal secara rasmi di arsenal tanpa dipinjamkan ke mane2.Calos Vela berkembang secara bagus dan positif bawah ketiak Wenger.

"Cerita tu(Toure aman) dah habis.Kite takkan jual siap2 bulan nih." tapi tak silap aku transfer tutup 3/2 , bulan depan boleh jadi.huk2.. Itulah madah pujangga Pak Tua.


0 ulasan: