Isnin, 12 Januari 2009

RVP dan Wenger patut buat football tuisyen

Sebelum tu, sedikit rumors, Arsenal dalam percubaan mendapatkan pemain hardman DM tengah Boca Juniors, Sebastian Battaglia.Agent Battaglia telah menyatakan ade 3 peminat, 2 dari Italy dan satu dari England yang dipercayai Arsenal.PEmain berusia 28 tahun yang membantu BOca memenangi kejuaraan liga argentina season lepas boleh dibawa dengan harga 4M.Tapi hendakah die return ke europe kerana kali terakhirnya beraksi di luar ialah mewakili Villareal pada 04/05 namun tak berapa menjadi.Man City pula dikatakan cuba mng hijack Arsenal dengan tawaran lebih lumayan kepada zenit bagi mendapatkan arshavin.Dipercayai mencecah 18M.Fuiyoo.. Kalau begitu lah, Arsenal dah boleh angkat kain putih surrender pastinya mana mampu menandingi gaji yang ditawarkan.Lagi2 berita menyatakan Arsenal dah pun bid 10M namun ditolak bulat2 kerana tak langsung mendekati hasrat zenit yang mahukan 20M.Tapi secara peribadi aku tak sedih dan berapa kisah sangat.Aku yakin Wenger akan dapatkan yang terbaik dan berbaloi, hari2 die duduk dengan player, die tau ape yang perlu, tapi kalau still buat2 tak tau....mmm,adoi..


Menyentuh tajuk, Arsene Wenger dan RVP nampaknya seakan pandai dan mampu untuk menunjukkan kepada dunia apekah corak atau permainan bola sepak yang sepatutnya dimainkan.Di sebalik komen negatif Kevin Davies player bolton yang mendakwa Arsenal 'berlakon macam budak kecik', meraung tak tentu pasal, RVP perlu mengajar Bolton terutama Davies yang bermulut murai dan poyo itu corak total football yang sinonim denan negera kelahirannya Belanda. RVP memberi reaksi tentang corak Bolton.

"Kami tak terkejut.aku dah main dengan team diorang ni berapa kali dah.Bolton main macam haram defend gile2.kali ni lagi gile luar biasa punye.Tapi kami tetap fokus. Diorang lepak belakang bola dengan 10 orang.Ini yang kami tahu dan cara terbaik nak pecahkan diorang ni ialah dengan menghasilkan jaringan.Ko boleh tengok lepas gol tu diorang dah terburai habis.Diorang tibe2 jadi penat.

Ini bukan corak positif yang sepatutnya dimainkan dalam bola sepak.Aku tau la diorang ramai yang injured, bawak pun 15 orang player jek ke Emirates.Tapi ini macam main, macam main kampung laa"

Wenger, yang terkenal sebagai seorang pemikir dalam bola sepak dengan falsafahnye 'the arsenal way' , 'the wenger ball' juga melahirkan rasa bimbang tentang corak permainan yang mula dimainkan kebanyakan team2 bawahan dan pertengahan dalam EPL.Memang kini Arsenal pun dah taknampak dah beautiful footballnye, menang pun sebijik 2 jek, tapi ini jugak faktor daripada opposition yang main terlalu negatif sampai dah tak ade ruang, pendek kate, lawan main buruk, arsenal main teruk. Wenger melahirkan pendapatnya,

"Aku duduk kat bench dan aku cube menyelami hati dan naluri Gary Megson, tup2 aku dah terus paham.Dan lepas tu, lepas aku berfikir,kite kene lebih bagus lagi untuk cipta peluang kalau team lawan asyik dok bertahan jek,

BPL dah macam kehilangan sesuatu.Ini adalah berpunca akibat daripada fakta bahawa EPL kini sudah semakin sengit tan ketat, tiada lagi ruang2 dibuka sesuka hati.Semua team takut terperosok kat bawah table jadi semua team dah makin berhati2.Aku ingat lagi mase aku mule2 sampai tahun 1996 dulu semua orang jenis nak mennyerang jek kat ko,dan ko pun ade la ruang atas bawah.Kadang2 tu ko kalah perlawanan tapi ko boleh tengok peluangnya lagi banyak dari sabtu lepas.Ko kembali 10 tahun dulu, kebanyakan main 4-4-2.Tahun ni, aku tak ingat pun mana2 team yang mari ke Arsenal letak 2 striker kecuali mungkin Hull City yang main 3 orang kat depan mule2.Tapi sekarang Hull City pun dah terikut2 dengan budaya ni."


0 ulasan: