Jumaat, 30 Januari 2009

Pre Match : Arsenal vs West Ham

Arsenal akan menjadi tuan rumah kepada zola dan pasukannye West Hamster pada Sabtu ini.Dengan 4 kemenangan daripada 5 match terakhir zola bagai berada di awangan cloud 9 .Jadi tugas Wenger dan anak buah untuk memastikan Zola yang muke dah macam Ben Stiller nih berpijak di bumi nyata.Ape pun , pemain yang harus dipandang dan diberi perhatian adalah Arsh.. takdek , die blum ade work permit lagi, yeahh Carlton Cole 5, jaringan dalam 5 match terakhir.Walaupun tanpa Bellamy, Cole dan Di Michele tetap kombinasi yang baik.West Ham adalah pasukan pertama yang menewaskan Arsenal secara rasmi di Emirates iaitu pada season 06/07 season pertama arsenal berpindah dari Highbury.Dendam telah terbalas musim berikutnya dengan gol sepantas kilat Eduardo dan gol pelik Adebayor dari sudut sukar.Kini Arsenal ada tugas berat memastikan kemengan ke atas West Ham berterusan di samping yang lagi penting adalah untuk merapatkan jurang dengan top 4 kerana pasukan chelsea dan liverpool akan bermain sesama sendiri, harap agar seri.Arsenal perlu mengambil kesempatan ini bagi memperkuatkan momentum supaya tidak jauh tercicir untuk mengejar.

Bagi Arsenal pula mungkin dapat lihat sedikit pertukaran bagi meneruskan rekod tanpa kalah kepada 9 perlawanan.Pertukaran yang kate Wenger, takkan mengganggu keharmonian pasukan, aku dapat bayangkan yang Toure ganti Gallas balik, kemudin mmm..ape yg tak merosakkan? Song dan Denilson di tengah.hahaha.. itulah Wanger, mudah diramal, skuad kecil pilihan takdak.Itulah sebabnya arsenal perlu menambah kudrat lagi seorang 2.Arsene mahukan jawapan perpindahan arshavin dalam tempoh 24 jam iaitu sebelum sepak mula bertemu West Ham tapi berkata ia agak sukar diperolehi.

Tambahnye lagi, transfer saga ini mungkin berlanjutan hingga ke tengah malam tarikh luput/tarikh tutup iaitu isnin pagi waktu malaysia.Wenger pantas menafikan Arsenal telah mendapatkan work permit untuk arshavin walaupun memang diketahui rundingan masih berjalan dan kata putus belum ditentukan.Tapi bagi permohonan , work permit perlu mengambil masa 2 hingga 3 hari jadi Wenger memang tak berbohong,tetapi lebih kepada bermain bait2 maksud kata nama dan frasa ayat. 'Work permit belum lagi dapat' tapi sebenarnye pada aku telah atau sedang dalam proses permohonan.Jadi memanglee tak dapat lagi.Ini bagi memudahkan segala urusan nanti kalau agree pun, sia2 kalau tak ade work permit, jadi Wenger telah sediakan payung sebelum hujan.Bercakap tentang payung, takkan payung arshavin jek, banyak lagi yang bocor, kekosongan di DM masih belum diisi.Ops, lupe, Wenger juga menganggap Song adalah new signing.Jadi sesiap yang tercedera dan kembali semuanya dianggap new signing.Jadi berapa ramaikah kamu telah sign encik wenger?

Tidak takut dengan ancaman Aston Villa dan Everton, Wenger yakin pasukannye cukup ramuan dan resipi untuk kekal di top 4 sekligus layak UCL tahun depan.Apabila ditanya takkan tak takut kut arsenal tercicir season nih keluar dari kelompok top 4, Arsene dengan karisma sendirinya menjawab,

"Kalo ko tanye aku ape rase bile rumah aku dibakar, boleh tak korang 'cakap mengapa dan ape sabab munasabah yang ade orang nak bakar rumah aku suka hati'.Samelah dengan konteks soalan ko tadi".

Cicir tak cicir esok adalah cirit or die bagi arsenal.Hanye kemenangan yang dapat menyedapkan hati para peminat yang banyak menyerap tekanan dan dijanjikan janji2 oleh wenger yang entah bile akan ditunaikan.Tiada sebarang kecederaan dari perlawanan Eerton khamis lalu kecualilah Silvestre yang disahkan telah menyewa rumah sakit rosicky lebih lame dalam 2 3 minggu.Ececece, ewah2..lame tak nampak, kemana tercampak? Rupenye nun Afrika sane, ade 'projek' katenye.Eloklah tu, sambil main bola sambil beramal..Tapi tak taulah mase match amal bulan 6 tu ko fit ke tak Silvestre, jadi manager je laa..haha..



Balik kepada game line up arsenal mungkin begini:

---------Almunia-----------
Sagna----Toure---Johan--Clichy
Nasri----Denilson--Song--Diaby
-------Bendi----RVP--------

*harap tak starkan bendi yang lebih kepada impact sub jek.Bagi chance Vela pulak ke.

Aku mungkin tak dapat untuk mengikuti perkembangan Arsenal malam esok atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.(masuk hutan, takde astro isk3..sedih =( ).Apepun hati aku,suara aku, sentiasa mememberi sokongan padu kepada the Gunners.Esok ade live di ESPN jam 11 malam.Kemenangan mutlak buat arsenal 2 - West Hampa...



.


1 ulasan:

UM@R_SkyWaLkeR berkata...

ha'ah...muka manager west ham cam ben stiller ler...ada iras2 sikit