Ahad, 18 Januari 2009

Rombongan pinangan Arshavin selasa ini.

Harapan Arsenal untuk membawa Arshavin ke Emirates kian cerah dengan kelabnya Zenit bersedia untuk mendengar ape yang hendak ditawarkan Arsenal dengan lebih serius. Zenit telah menjemput pegawai2 arsenal termasuk ivan gazidis bagi membincangkan perpindahan ini secara lebih mendalam dengan dihadiri agent pemain dan wakil zenit Selasa ini.


Jurucakap Zenit Alexei Petrov memberitahu " Haa jemput2lah datang ke rumah,bawaklah dulang banyak2 siket, nak buat pinangan secara tertutup pun kene meriah kak jah oi"

Sebelum in offer 10M arsena telah ditolak, dan Arsenal datang dengan 12M.MUngkin bagi2 win2 stuation difahamkan Arsenal akan membayar 12M+5M mengikut prestasi semasa sekaligus memcahkan rekod transfer fee kelab sebanyak 13M ke atas Sylvian Wiltord. Ape2 pun perbincangan ini dilangsungkan secara tertutup dan penuh rahsia kerana arsenal tidak mahu public tau bahawa pemegang saham arsenal Alishier Usmanov dari Ukraine merupakan antara pengaruh besar bagi memudahkan perpindahan Arshavin.Ini kerana Usmanov juga ada kepentingan di dalam Gazprom investholding yang merupakan syarikat pengurusan pelaburan antarabangsa Zenit.

Jika Arshavin bersetuju untuk menandatangani kontrak bersama Arsenal, die mungkin akan menerima pakej bumper raya cina yang agak lumayan, 96,000 seminggu mengatasi tangga gaji Gallas Adebayor dan Wenger sendiri.

Bersediakah arsenal dengan transfer ini.Ade orang kate umor arshavin dah terlalu tua 27, itu terlalu tua di arsenal, habis tu takkan nak umor 17 18 19 20 lagi kut.Sudah cukup la tu dengan budak2.Itulah akibatnya kite dimomokkan dengan polisi wenger, kite pun dah terlalu obses dengan umur pada akuu jika die cukup bagus dan layak bermain di arsenal , bring it on tak kisah lah umor berapa sekalipun.Maldini sekalipun dah berumor 40 tahun tapi ape yg dilalui di Milan cukup exceptional. Pada September tahun 1991 Arsenal memecahkan rekod perpindahan dengan signing Ian Wright yang pada ketika itu brumur 27 tahun.Bergkamp dan Pires, brape umor mereka ketika menyertai Arsenal? 26 dan 27 bukan? Itu adalah mase2 zaman arsenal menuju ke puncak, dengan umur pemain2 mempunyai wakil dari setiap generasi.Adunan pemain baru dan pengalaman yang mempunyai kebolahan dan bakat luar biasa yang hampir sama di kalangan mereka menjelmakan 'The real Arsenal' Aku rindu saat2 itu. Diharap dengan signing baru nanti, terbuka la lembaran baru buat arsenal.


0 ulasan: