Khamis, 30 Disember 2010

Post match : Kesan tidak menggunakan peluang.



Sejurus selepas perlawanan, ramai yang mempersoalkan akan taktikal Wenger mengapa perlu tukar sampai 8 pemain daripada team yang menang perlawanan besar 48 jam sebelum itu. Jawapan pengurus di sebalik kekecewaan keputusan seri yang rata2 mengecewakan semalam adalah mudah, Wigan rehat 3 hari, Arsenal hanya dua jadi adalah mustahil untuk menurunkan muka2 yang sama. Namun itu bukan alasan kerana sesiapa juga yang diturunkan sepatutnya harus komited dan mencapai standard yang diperlukan. Masalahnya selain ragu2 dengan barisan pertahanan kita yang jarang bebenor tak clean sheet , barisan hadapan yang diturunkan Wenger  lemau, tiada idea, dan tak berhasil. Berapa kali la sangat kita lihat Chamakh bergandingan dengan Bendi? away game pulak tu. Dalam skuad yang tak ada protection dari Song, dan sudah tiada Fabregas, Wenger memilih untuk merehatkan kekreatifan Nasri membiarkan si baru cergas dan sakit semula Diaby dan Denilson mengemudi barisan tengah di samping orang tambahan Rosicky yang entah berapa lama lagi perlu menunggu sebelum menamatkan kemarau golnya. Kalau mahu mematahkan pasukan lawan yang berdisplin seperti Wigan, Arsenal sepatutnya tahu meletakkan keseimbangan yang jelas tak ada malam tadi. Rapuh di defend, lumpuh di hadapan. Ironinya, Wigan yang bermain 10 orang selepas aksi ala Zidane N Zogbia pulak yang naik semangat dan mampu menjaringkan gol , sekali lagi......dari set piece!!!

Jalan selamat sebenarnya ada, tapi kita tak menggunakannya. Dengan Arsenal sekarang, segalanya mendebarkan, tak kisahlah leading sebijik gol atau 2, bila2 masa sahaja lawan ada keyakinan untuk muncul kembali selagi Arsenal tidak menggunakan peluang membunuh game. Arshavin pastinya boleh melakukan lebih baik ketika mendapat hantran Wilshere hanya tinggal El Habsi untuk ditewaskan, walaubagaimanapun, finishing yang cantik untuk gol penyamaan. Seri meletakkan persaingan liga kembali menjadi sangat2 terbuka.Tetapi seperti menjadi trend apabila ada sahaja peluang untuk Arsenal melompat, mendekati pencabar, pastinya ada sahaja yang tak kana.

Match terakhir tahun ini berakhir dengan kehampaan, gagal mengambil kesempatan. 2 hari lagi pintu perpindahan bakal dibuka, tidak menjangkakan apa2 dari Wenger selain bebebrapa muka muda mudi sperti Miyachi akan masuk. Jika benar dia menafikan untuk tidak memperkuat di bahagian pertahanan, aku berharap Wenger ada penjelasan yang lebih munasabah bila tiba May nanti. Katanya kemasukan bergantung pada, berapa ramai yang akan keluar, itu adalah kata2 yang pernah keluar dari mulut Wenger, adakah memberi hint bahawa terdapat mereka yang bakal dijual. George Graham pelik kenapa Arsenal tidak mengembalikan era hard men dengan signing2 orang2 besi seperti mana yang pernah dimiliki Arsenal dulu. Aku tahu dia mempertaruhkan Song dan kepercayaannya terbalas.Tapi Song harus memerlukan persaingan. Tulang belakang dan anchor Arsenal perlu diperkuatkan lagi kerana pusingan kedua lebih mencabar dan di UCL nanti kita sudah tahu apa yang kita bakal dapat dari Barcelona.Oleh itu Wenger ada peluang untuk memperkemaskan unit pertahanan dan terutamanya set piece defending, kami mahukan tindakan.

Buku tahun baru akan dibuka away di Brummies. satu lagi venue yang liat. Kita tunggu dan lihat.

"Whats the diference between this handball & my 1 vs spurs? Referees dont want us to complain abt them but they make life dificult 4 themself.Im not complaining at all, im just saying why on the same thing some refs say its a pen and some not. Is it a rule or just what they feel?Football is like that so we have to stand up and win saturday. Nite guys!” El- Capitano 


Pre Match : Wigan Vs Arsenal

Jumaat ini cuti peristiwa. Istimewanya cuti ini adalah kerana ia berkaitan dengan sukan bola sepak. Sudah lama negara kita dambakan suasana dan semangat yang semacam ini.Terima kasih buat semua kem negara terutama para pemain dan Rajagobal.Tahniah dan syabas.

Namun malam ini akan bertambah lengkap jika kunjungan Arsenal ke JJB juga berakhir dengan kemenangan dan 3 mata di bawa pulang.  Kemenangan bakal meletakkan kita bersaing dengan united di puncak liga yang seri dengan pasukan yang bakal kita ketemu Sabtu tahun depan. Kita harus berwaspada jika tidak inginkan malapetaka leading 2-0 kemudian kalah berulang lagi. Sejujurnya aku ingat tragedi di Wigan musim lepas takkan berulang tapi kadang2 pisang jugak berbuah 2 kali -ketika bertemu Spuds. Itu adalah bukti di mana jika pasukan tidak fokus, mereka pemain2 akan terhukum.

Turun tanpa perancang dan arkitek Fabregas akibat penggantungan setelah menerima kad kuning maksimum, Arsenal masih ada lagi spare energy yang tidak digunakan ketika kemenangan ke atas Chelsea, Arshavin. Selain itu kita ada Rosicky dan juga Diaby yang diberi cameo. Mungkin bakal berlaku sedikit rotation dengan Wenger ingin memastikan para pemain yang diturunkan mempunyai fitness level yang terbaik. Gandingan Koscielny dan Jozan di barisan belakang buat pertama kali dapat menyekat Drogba jadi waar diberi pertimbangan. Mungkin Alex Song punya turn untuk rehat ketika jadual yang padat ini.

----------------------Fabianski---------------------
Sagna---------Laci-------Koscielny----------Eboue
----------------------Denilson-----------------------
----------Diaby--------Arshavin-----Rosicky-------
---------------Chamakh-------Bendi----------------

2 awa game dalam masa 4 hari.Walaupun berat, itulah cabaran yang terpaksa dihadapi. Akhiri 2010 dengan noktah kemenagan.

Astro 817 3:45. Wigan 0 Arsenal 2.


Rabu, 29 Disember 2010

Malaysia Boleh!


Hari ini ada dua game penting.Sebentar sahaja lagi Mental pasukan negara akan diuji dengan perang2 psikologi, carut maki, hina nista dan juga balingan2 objek(mungkin). Dari Seberang tanah air, rakyat Malaysia bersatu mendoakan kejayaan pasukan Malasia melakar sejarah membawa pulang Piala suzuki berserta dengan kereta2nya sekali kalau ada. Pantang kalah, pantang undur kerana kita semakin hampir , jangan biarkan ia terlepas dari genggaman. Ayuh Harimau , 3kilo daging geruda, jangan mudah kenyang harap kita terus ganas dan lapar kerana jika kita hanya duduk bertahan, ia pasti mengundang bahaya terutama jika gol awal mampu dijaringkan mreka. Serangan adalah taktik bertahan yang paling terbaik.  Ayuh Malaysia, pulang dengan kegembiraan!


Selasa, 28 Disember 2010

Highlights : Arsenal vs Chelsea


Post Match : Arsenal 3 Chelsea 1

Arsenal

Ada beberapa positif dari kemenangan ini.Tentunya kemenangan tadi amat manis dan menyuntik keyakinan setelah serangan bertubi2 dari persekitaran yang mengatakan kita tak mampu melakukannya dalam match2 besar terutama bertemu rival. Bahkan lagi seronok menang game Derby, menyaksikan kita meninggalkan mereka sekurang2nya 4 mata dan mebiarkan mereka dalam keadaan tertekan , menambah episod suram perjalanan liga mereka. Lagi best , kita dah hampir ke full skuad dengan hanya Mael sahaja pemain sandaran utama yang masih dirawat ketika RVP dan Fabregas jugak sudah mula menampakkan aksi2 original mereka walaupun belum capai tahap terbaik. Malah buat pertama kali kita dapat mengekang si Drogba dari menjaringkan gol, satu vodoo yang selama ini menghantui Arsenal, ini jugak kali pertama Drogba merasakan kekalahan kepada Arsenal, at least masuk mencacatkan  CV kerjayanya.

Le'ts sing a Song.Gol yang dijaringkan oleh Song pada minit2 akhir separuh masa pertama amat penting dan menjadi turning point. Dari 6 percubaannya setakat ini 4 gol telah berjaya disumbat, statsitik yang boleh tahan. Selepas itu di separuh masa kedua, Arsenal memilih untuk terus mengasak ketika Chelsea mula meletakkan orang di hadapan bola, kita berjaya memaksa mereka melakukan basic mistake dan memberi tekanan.Kehadiran RVP di bahagian tengah dari deep position menarik CB Chelsea keluar dari posisi memberi ruang kepada Walcott dan Fabregas bergandingan sesama mereka. Sorang assist , sorang score dan mereka bergilir. Walaupun gol Ivanovic masih menceritakan kelemahan Arsenal dalam mempertahankan set pieces, Chelsea jarang2 sekali menguji direct ke arah Fabianskai membuatkan pairing Koscielny dan Jozan bertambah yakin dari minit ke minit.Tapi itu tak menghentikan Fan berasa cemas dan trauma , kerana pastinya tragedi Spuds masih segar dalam ingatan. Arsenal terus compact dan tidak membiarkan barisan tengah terutama Lampard memberi ruang, sebelum match Wenger pernah berpesan, nak stop Drogba/chelsea, stop enjinnya. Song dan Wilshere melakukan tugas yang amat baik sekali bergandingan di bahagian tengah! Tahniah dan terima kasih kepada para pemain.

 Aku puas! setelah Malaysia menghadiahkan kegembiraan Arsenal meneruskan momentum keceriaan. Aku harap Rabu ini sekali lagi lebih meriah dari  Double Trouble, dengan double winning emotion memeriahkan emosi . Bermula dengan mengesahkan kemenangan ke atas Indonesia pada sebelah malamnya dan di awal pagi, kunjungan ke Wigan meneruskan rentak kemenangan dan terus memberi cabaran dalam kejuaraan liga.


Isnin, 27 Disember 2010

Arsenal Vs Chelsea


--------------------------fabianski------------------------
Sagna-------------Kos----------Laci------------Clichy
------------------------Song----------------------------
--------------Cesc-------------Wilshere----------------
-------Nasri-----------RVP-------------Arshavin-------


Astro ESPN 812. Arsenal 2- Chelsea 0.


P/S : Tahniah pada pasukan kebangsaan.Teringat aku akan lawak kritis sosial terbaru dari sutradara Mamat Khalid yang lebih kurang berbunyi gini,  
"Saya orang indonesia. Jika tidak penuh ilmu di dada, masakan sampai ke kutub utara",
 Baru aku paham kenapa antara mereka ini banyak yang sembang lebat..


Rabu, 22 Disember 2010

Fabianski , Diaby kembali.



Siapa dia si Mario Balotelli ni?

adakah si mario ini?

atau si belon ini?

Aku pun tak kenal.nampaknya aku terpaksa perlukan bantuan seseorang. Jack, tolong kenalkan..


Selasa, 21 Disember 2010

Tiada sajian di musim salji



Gambar di atas hanyalah gambar hiasan, kenangan sonata musim salju.Patutla Clichy main tak keruan, cemburu menguasai diri mungkin.Penangguhan perlawanan Sabtu lalu menyebabkan kekosongan di hujung minggu, nasib baik ada juga disajikan dengan berita baik kemaraan kita ke final piala Suzuki. Tapi kesannya kelopongan yang ditinggalkan masih terasa kerana tiada berita2 utama yang mengisi ruangan sukan aksi BPL kecuali media2 tabloid yang suka mensensasikan cerita. Terpaksalah kita dengar akan tajuk2 headline panas seperti 'Fabregas : kita takut hantu kak limah' 'Bendi : aku bapak mithali akan buktikan kepada bapak angkat aku iaitu Wenger silap' 'Denilson akan dijual longgok'. Itu adalah antara contoh2 hangat yang mana tajuk sahaja nak dapatkan hit dan click yang banyak lebih dari googleAd mahupun nuffnang walhal sebenarnya cerita tu memang ada isi, tapi cara pengolahan tajuk yang bertujuan membentuk atau menukar persepsi terhadap Arsenal bagi mereka2 yang hanya sempat menjeling tajuk ,tidak sempat membaca atau malas membaca. Kita tak boleh buat apa2, itu memang realiti media dunia hari ini. Sentiasa ada tangan2 ghaib.bagi mereka yang mencari, mereka akan ketemui, bagi mereka yang belum ketemui, teruskan mencari.

Salji yang lebat juga menyaksikan Man United 'terselamat' dari chelsea, itu kata Nasri. Aku tak pasti apa niat sebenar atau kesahihan quote yang diambil tetapi aku jugak tak nampak siapa antara kedua2 kelab ini yang akan mendapat result di tiupan wisel penamat kerana kedua2 meraka bukan berada dalam keadaan terbaik-begitu juga Arsenal. Jadi hanya pasukan yang paling minima melakukan kesalahan akan pulang dengan result dalam game2 seperti itu. Walaubagaimanapun, realitinya sekarang match itu tidak berlangsung, aku rasa kedua2 pasukan yang 'terselamat' menyebabkan Arsenal kembali hampir sama seperti jadual musim lepas, lawan rival back to back . Chelsea akan bertandang ke Emirates Isnin, atau selasa pagi nanti.

Berita best setakat ini adalah Mael bakal kembali kalau ikut jadual asal, Januari ini. Diaby sedang beransur pulih dan mencucuk rapat ke pasukan utama. Denilson nak dijual? mana mungkin WEnger mahu jual antara 30 pemain terbaik Brazil di Eropah.(sampai 30 shortlisted..betul2 short).Tahniah jugak kepada Bendi kerana dah jadi bapak, harap ini tiada lagi Bendi yang layu kerana pastinya dia perlu lebih berusaha keras di atas padang kerana harga susu dijangka naik!

Tentang januari signing, adakah arsenal akan kembali ke era big name signing, pentingnya menghormati transfer budget, bolehkah dia membeli dalam masa yang sama develop, semuanya diterangkan dalam interview ringkas di bawah ini. Namun aku ingatkan, jangan expect banyak kerana rata2 semuanya adalah apa yang telah kita ketahui. Apapun Wenger, selamat menjalankan tugas, kami sentiasa menyokong Arsenal.


Sabtu, 18 Disember 2010

Perlawanan Arsenal vs Stoke City ditunda.

Terlebih dahulu syabas buat paskan negara! Final kedua setelah  kali terakhir melangkah ketika edisi sulung pada masa itu dikenali sebagai piala tiger 96. Walaupun agak negatif untuk ditonton,Rajagopal menggunakan taktikal yang baik mengikut kemampuan teknikal para pemain, itulah salah satu sebabnya bola sepak punyai pelbagai outcome yang menarik.Debaran berlanjutan tanpa henti 90 minit. Terima kasih Malaysia. Harap kita dapat mencipta satu lagi kejutan di pentas final.

Ketika menonton half time tadi telah diberitahu match Arsenal malam ini ditunda akibat salji lebat dan tebal 3 inci. Pengadil, Lee Mason menerangkan mengapa dia terpaksa menangguhkan match ini. Walaubagaimanapun tarikh baru bagi match di Emirates belum ditetapkan, hasrat untuk kepuncak liga juga terpaksa ditangguhkan seketika.



Satu lagi berita adalah Arsenal bakal mendapat seorang lagi pemain Jepun muda berbakat 18 tahun Ryo Miyaichi yang akan mendaftar pada Januari nanti. Setelah berjaya mendapatkan Wellington Silva, Miyachi seorang lagi pemain forward yang berbakat dan telah diintai oleh banyak kelab di serata dunia, MUngkin disebabkan pengaruh Wenger yang lebih menular di Jepun ketika pernah berkhidmat di Grampus dulu membuatkan Miyaichi memilih jalan yang tepat. Dia bukan pemain Jepun pertama yang dibawa Wenger, sebelum ini Arsenal pernah mendapatkan khidmat Junichi Inamoto musim 01/02 namun tak berapa mnyinar.Pasti kita ternanti2 apa khidmat yang boleh si Jepun ni bagi?Selamat maju jaya.


Pre Match : Arsenal vs Stoke


Arsenal perlu mengambil kesempatan yang terhidang apabila kedua2 rival bertemu sesama sendiri, salah satu atau keduanya2 akan drop point malam ini. Dan jika Arsenal melakukan tugas mereka dulu dengan membenam Stoke, sementara United tunduk pada Chelsea, Arsenal akan berada pada kedudukan teratas semula sehinggalah kepadatan boxing day. Jangan dipikirkan sangat sebelah sana, layan apa yang ada depan mata, Stoke City dalam mood yang lebih kurang sama dengan Arsenal. Kekalahan mereka pada Blackpool menamatkan perjalanan baik mereka 5 game tanpa kalah. Begitu jugak nasib Arsenal yang baru bangkit dari malapetaka dirompak jiran sendiri dengan momentum kembali terbina di Emirates sebelum pulang hampa dari Old Trafford. Last game bertemu Stoke kita menang 3-1 dalam tragedi rambo. Mereka memang terkenal dengan corak fizikal , lihat sahaja forward mereka yang ditunjangi Kenwyne Jones, Ricardo Fuller, bagak2 belaka. Dalam ketika Pulis tak habis2 nak komen dan jaga tepi kain Wenger dengan , Wenger sendiri mengakui akan kemajuan Stoke sejak kembali ke saingan Liga Utama Bolas Sepak Inggeris.

Kemajuan mereka ditambah dengan kemasukan secara pinjaman bekas pemain Arsenal yang pernah satu ketika mencipta hat-trick ke atas Southampton dalam league debutnya, Jermaine Penant. Pemain Real Zaragoza itu hadir ke Stokes dan ternyata memberi kesan terutama pada bahagian flank mereka dan juga memberi sedikit cover di bahagian bek kanan. Walaubagaimanapun difahamkan Pennant tidak akan diturunkan akibat kecederaan, tapi Arsenal masih perlu berwaspada dengan Matthew Etherington yang berpengaruh di  bahagian tengah.Dengan fizikal2 yang mereka ada di bahagian atas, bersiap sedialah dengan hantaran2 lintang mahupun long ball yang pasti digunapakai mencari Fuller mahupun Jones, Squaillaci dan Koscielny punya tugas besar memberi perlindungan kepada Szczesny.

Fabregas dan RVP masing2 disahkan cergas untuk game kali ini. Selain Almunia dan Fabianski, tiada lagi kecederaan tambahan, walaubagaimanapun Diaby masih terlalu awal untuk dirisikokan.Bendi pulak tidak akan terlibat dalam match malam ini kerana sibuk dengan persiapan menjadi bapak. Aku menjangkakan Arshavin atau Chamakh mungkin diberikan sedikit rehat dan Walcott akan start game.Ketinggian Jozan mungkin diperlukan dalam match seumpama ini, aku mahukan dia diberi peluang kali ini.

----------------Szczesny------------------
Sagna-------Laci-----Jozan-----------Clichy
----------------Song----------------------
--------Fabregas----Wislhere-----------
---Walcott----RVP---------Nasri-------

Arsenal tidak boleh membiarkan lagi mata demi mata dilepaskan begitu sahaja di Emirates. Lawan semakin berani , dalam kepala otak mereka , Emirates boleh jadi tempat cari makan.Buktikan mereka silap dan menyesal seperti mana suatu ketika dulu, keluar Higbury tak sanggup mendongak.No Chance at all, kita mesti kembalikan panorama2 itu, kembalikannya.  Astro ESPN 812, 11 PM. Arsenal 3 - Stoke 0.


Sukar tetapi tak mustahil

Seminggu sebelum undian..

 Hari Undian...


“Revenge is not on my mind. We want to qualify and we want to knock them out. So is it difficult? Yes. Is it possible? Yes.

Optimistik.Sukar tetapi tidak mustahil.Begitulah simplenya Wenger punya firasat tentang perlawanan ini. Lebih sempoi lagi ketika ramai antara kita yang ragu2 akan apa yang akan berlaku pada matchday 1st leg 16/2/11 di Emirates, Wenger lebih bibangkan pertemuan menentang Stokes di Emirates esok malam. Jangan salah paham, Barcelona tetap super favourites, tapi dengan undian telah dilakukan Arsenal tidak boleh mengelak lagi dan hanya mampu membuktikan betapa cakap2 orang bahawa permainan kita setanding Barcelona bukan cakap2 kosong.Kita ada 2 bulan, Wenger ada 2 bulan untuk mempersiapkan diri. Dia dah tahu siapa lawan, dan status lawan yang bakal menanti, jadi harap2 ada senjata rasia dan tindak balas aktif terutama bulan Januari nanti. Aku juga mahu tengok reaksi para pemain atas padang setelah pemain2 seperti Walcott dan RVP begitu 'mengidamkan' untuk jumpa Barca. Satu sahaja yang aku malas dan negatif dengan hasil undian ini iaitu.... bersiap sedia dengan 'Fabregas balik kampung the movie'


Salji yang lebat tidak mematahkan semangat pemain2 untuk berlatih menjelang pertemuan menentang Stoke. Dengarnya Szczesny bakal mendapat peluang sekali lagi disebabkan Fabianski masih perlu menjalani ujian kecergasan sebelum disahkan boleh beraksi.Manakala pemain yang semakin hari semakin panas dengan gosip meninggalkan Arsenal , Almunia diselubungi kecederaan baru di bahagian ankle. Apa lagi inilah masanya Wenger nak bersuara, 'inilah pentingnya kita ada 3 world class goalkeeper' katanya. Pada aku Wenger terlalu memuji sangat pemainnya yang kadangkala tak la bagus mana pun tapi dek kerana pujian dan belaian manja, kadang2 pemain average pun boleh rasa mereka dah tahap super star dan mula la aksi entah ape2. Aku bukan hanya fokus pada posisi penjaga gol sahajat, tetapi semua amnya.

Kita perlu bersedia dengan corak fizikal Stoke. Aku pasti masih ramai yang ingat tragedi musim lepas di mana Rambo kita patah kaki tapi peliknya media kebanyakan cuba mengalih pandangan betapa teruknya tackle itu kepada betapa lembiknya pemain Arsenal. Dan bila kita tak semena2 dapat 4 red card musim ini dan duduk di tempat paling rendah carta fairplay, kita dihentam dan dilabel sebagai team yang bermain kotor walhal sebenarnya kita menunjukkan kita semakin mampu bersaing dengan gaya fizikal. Itulah pahit yang perlu diterima setiap kali ada berita sensasi melibatkan Arsenal. Tapi aku masih ingat lagi betapa game musim lepas hampir2 menjadi turning point dan peniup semangat untuk kita berjaya sehingga ke akhir musim, bukan sahaja kita fight hard malam tu, tapi kita jugak menang dalam kedukaan. Kemengan untuk Rambo pada malam tersebut, dan aku tidak boleh lupa sambutan gol Fabregas dan Mael yang begitu passionate dan semangat Sol the soul Campbell memanggil rakan2 untuk membuat huddle di tengah2 padang sejurus wisel penamat. Sayang seribu kali sayang, momentum dari Britania gagal diteruskan. Takpe, biarkan ia menjadi sejarah. Macam game Barca, kita kena ambil serius terhadap semua game termasuk Stoke City. Sukar? tapi tak mustahil.


Henri Lansbury extend perpindahan sehingga 16 Januari.


Khamis, 16 Disember 2010

Menanti tindak balas.

Tahniah ke atas kejayaan pasukan negara dengan kemenangan 1st leg. Tak kisahlah jika dikatakan winning ugly sekalipun, atau pun padang yang teruk, kita takboleh menafikan kredit mereka.Cuma harapakan di Hanoi nanti Malaysia tidak di awang2 awangan sambil menjangkakan kita sudah selangkah kaki ke final. Winning ugly, itu yang selalu disarankan setiap kali Arsenal gagal memenangi sesuatu permainan bola sepak. Selepas match tersebut Evra masih bersuara mempertahankan kononnya kata2nya benar setelah apa yang ditunjukkan ke atas padang, Arsenal bermain baik tapi tiada tindaan penyudah atau jarang sekali mencipta peluang.Itu katanya.Kata Arsene Wenger pula, alasan padang yang teruk, Wenger memang bad looser bukan? kerana setiap kali kalah ada saja alasan yang kadang2 tak masuk akal tapi biarlah kerana kita tahu betapa dia passionate terhadap game dan Arsenal maka apa yang dikeluarkan oleh mulutnya terutama selepas aksi yang tidak begitu diharapkan atas padang pasti berlandaskan emosi semata2.Bukan kita tak kenal Arsene Wenger setelah 14 tahun dia menerajui Arsenal.Itu memang pi'ilnya.

Mendengar seribu macam alasan memang sakit hati tetapi lebih menyakitkan apabila tiada tindak balas setelah tragedi dalam match2 besar ini sering berulang. Arsenal perlukan transformasi taktikal dan fresh challenge.Bercakap mengenai fresh challenge, ia pastinya kerana bulan Januari semakin hampir dan pintu perpindahan pemain bakal dibuka.Ini bukan sembang2 fantasia Football Manager, Kita perlu beli ini , kita perlu beli itu, tidak. Apa yang perlu adalah Wenger harus melihat kembali dan analisis di mana kelemahan paling ketara dan apakah posisi yang paling sesuai dan desperate untuk sedikit suntikan. Sebarang penambahan haruslah diteliti dengan melihat adakah jumlah skuad ini mampu untuk bersaing hingga ke akhir musim tanpa anggaran sebarang malapetaka kecederaan, adakah skuad ini cukup bagus untuk memenangi 'ia'. Melihat pada mata kasar dari perspektif penyokong, kita tidak pernah puas, tapi jika diamati dari kata2 Wenger, dia kelihatan seperti begitu taksub dan percaya dengan kebolehan2 'ilmu hitam' yang mampu dihasilkan pemain2nya, last2 siapa yang kecewa, semua sekali.

Kita hanya ketinggalan satu dua pemain untuk memacukan full gear bagi pusingan kedua musim. Kalau Wenger sering berkata kita gagal menyudahkan peluang di depan gol sebagai alasan, kali ini aku harap2 dia analisis dan tidak melepaskan peluang terbaik untuk memperkuatkan skuad yang sedia ada kerana musim BPL kali ini agak roller coaster, ia bagai petanda membuka peluang pada Arsenal untuk menyertai perlumbaan ini. Mana mungkin skuad yang sudah kalah 5 kali tak sampai pun separuh musim boleh menjadi juara, tapi kini dengan liga yang makin komepetitif, Arsenal masih diberi tali hayat dan Wenger perlu mengoptimakan kesempatan yang terhidang.

Seakrang ni kecoh pasal berita perpindahan Almunia.Perkara terakhir yang Arsenal perlukan sekarang ini adalah pengurangan pemain. Seperti yang dijangka, Wenger tidak akan ke pasar hanya semata2 membeli keeper, jadi kehadiran Almunia masih lagi relevan walaupun hanya sekadar backup. Kita tidak mahu menanggung risiko apabila salah seorang dari 2 penjaga gawang warga Poland cedera.Pada aku sehingga akhir musim, kita lihat apa yang mampu disumbangkan dari segi persaingan dan jika dia benar2 request transfer, summer musim dean adlah musim yang paling sesuai. Bukan saja Almunia menjadi sasaran pasukan La Liga, Clichy jugak turut terkena tempias Real Madrid begitu jugak Eboue ke Roma. Eboue kini pemain kesayangan Arsenal dan dia jugak sayangkan Arsenal.Dalam masa terdekat ini aku tak nampak dia akan pakai jersey lain setelah tidak ke Fiorentina beberapa musim lalu.

Apa cerita skuad bawah 18? Menang 6-1 dalam FA Youth cup, meneruskan tradisi kecemerlangan batch2 anak buah Steve Bould sebelum ini. Mencuri tumpuan pastinya  Chucks Aneke dengan hat-trick. Ini perkara biasa, Arsenal punyai limpahan bakat tapi berapakah yang benar2 mampu menyinar dan menembusi pasukan utama seperti apa yang baru sudah dilakukan Szczesny, sama2 kita enjoy balik debut BPL dia, taida match yang lebih bagus untuk cabaran selain bertemu rival Manchester United.Sayang keputusan tidak memihak kepada kita untuk melengkapkan hari bersejarah buatnya.


Selasa, 14 Disember 2010

Post Match : Kurangnya variasi taktikal


Selain dari Didier Drogba, Arsenal tidak boleh lari dari seorang lagi Boogeyman, Park Ji Sung. Mengikut sejarah dahulu kala, Park Ji Sung memang terkenal dalam menjadi senjata misteri setiap kali bertemu Arsenal, malah rekod jaringannya lebih banyak ke atas pasukan Arsenal dari pasukan2 lain.Malam ini, dia buat hal lagi. Ya kita tumpas di Old Trafford. Menang adalah keputusan yang cemerlang, seri adalah baik tapi keduanya2 tak kesampaian.Adakah kita puas hati, tentu tidak, tapi ini membuktikan masih banyak ruang yang boleh diperbaiki.terutama dalam memvariaskikan taktikal.

Arsenal nampak one way tanpa sebarang plan B walaupun pertukaran dilakukan, tidak banyak mengubah perlawanan.Sebaliknya Ferguson sekali lagi dengan 'barisan lawan Arsenalnya', dia mempunyai taktikal khusus untuk dihadapi jika bertemu pasukan bercorak permainan sepertimana Arsenal. Sekali lagi, taktik 4-5-1 nya menjadi dengan Park, Fletcher, Anderson Carrick dan Nani mendominasi bahagian tengah, tak kasi Arsenal main seperti biasa. 4 yang utama lebih dilihat sebagai pengacau , break up game play Arsenal dengan ancaman datang lebih dari Nani. Wenger pulak setiap kali dengan 3 midfield yang boleh dikatakan tak mampu buat apa2 walaupun Nasri Arshavin kerap membantu dari wide area.

Kita dihukum sekali lagi oleh pasukan United yang lebih solid dan berdisiplin dari kita malam ini.Walaupun tak berada pada tahap terbaik, mereka mengambil peluang dan tidak mempersia-siakannya walaupun boleh dikatakan gol itu datang dari peluang yang entah dari celah mana Park sempat membuat tandukan macam gitu. Walaupun banyak memegang bola di separuh masa kedua, tapi lack of urgency membuatkan final ball tak sampai kepada sasaran. Malah anda tak boleh mengharap untuk menang match besar jika jarang sekali kita menguji penjaga gol lawan. Tak ada apa yang perlu diselamatkan Van De Sar. Mengenai penjaga gol muda kita, satu debut yang bagus dan tidak gugup, itu sudah ok, walaupun kurang bernasib baik terperangkap dengan tandukan pelik tersebut. Save yang baik dalam menafikan Anderson, meletakkan Arsenal kekal dalam game. Berkenanaan penalti, ia agak tegas keputusan Howard Webb.Adakah penalti? Mungkin ya.Adakah kad kuning? tidak patut.Rooney memberi life line pada kita tapi kita tak mengambil kesempatan, apa pun nice try lad.

Keputusan ini tidak memberangsangkan tapi kita masih lagi dalam persaingan. Kita masih lagi dalam tempat duduk pemandu (driving seat) untuk mencabar kejuaraan liga.Tapi jika Arsenal nak kekalkan seat ini, pastikan kita lebih variasi dalam corak permainan, lebih dinamik, ada pemain yang mampu mengubah rentak, bersedia dengan pelbagai formasi mengikut kesesuaian/ketidakselesaan lawan. Pertembungan United bertemu Chelsea hujung minggu ini memberi ruang apabila salah satu dari pencabar lain akan keciciran mata.Tapi kita harus membuat kerja kita dahulu, menewaskan Stokes di Emirates.

Teruskan MengGunners!!


Jumaat, 10 Disember 2010

Menjelang pertemuan menentang United

Kita tahu sebelum perlawanan bertemu Partizan chances untuk kita menjuarai kumpulan agak sukar dari 2 kekalahan hambar jauh dari laman sendiri. Dan kita juga telah jangka akan bertemu dengan pasukan seperti Real Madrid, Barcelona , Bayern dan Schalke. Tilikan dan ramalan tengah popular, nawaitu2 hendak bertemu Barcelona tidak disorok lagi. Tapi biarkan undian Jumaat depan yang menentukan, lagipun kita tak punya banyak pilihan 50% ke Spanyol 50% ke Jerman.

 Bahang telah bermula. Main api dengan main kata2. Ambil apa sahaja yang lawan cakapkan,anggap sebagai cabaran. Selepas beberapa jam Nani mengeluarkan komen Arsenal lebih perlu diberi perhatian berbanding Chelsea, tampil Evra dengan perangai 'budak2' nya mengeluarkan kenytaan memperlekehkan Arsenal. Kita perlu tenang , tak cepat melatah. Ini kerana kita sedia maklum peragai dan nasib Evra ni, bagai budak2 bajet samseng yang hendakkan perhatian, inilah saja caranya dan masanya untuk tarik perhatian, hanya ketika time bertemu Arsenal!Biarkan dia,bukankah dia kapten terbaik edisi world cup 2010.

United akan diperkuatkan dengan trionya kembali dari kecederaan, Evra,Rio,Scholes. Tapi jika perasan, Ferguson sering mendapat taktik yang betul ketika bertemu Arsenal dengan menyenaraikan Park Ji Sung,Fletcher dan Nani. Barisan tengah ini yang akan menggagalkan Arsenal bermain seperti biasa dengan Nani akan menggunakan kesempatan ruang yang terlalu luas dibiarkan oleh corak permainan kita sendiri.Itulah sebabnya nama2 yang sama sering mendominasi pentas pertembungan clash of the titans ni, mereka suka lawan Arsenal kerana pada masa itu mereka boleh tunjukkan potensi.Rooney yang mempunyai musim yang agak senyap di atas padang pun tiba2 boleh pop up masa2 ni. Yang penting bagi Arsenal adalah,bertahan secara satu unit, dapat mengekalkan disiplin aku rasa tiada masalah untuk Arsenal balik dari Old Traford dengan result yang puas hati.



Kepulangan El Capitano masih menjadi teka teki. Wenger tak menafikan 100% peluang untuk Cesc kembali tetapi tidak akan mengambil risiko menurunkan pemain paling berpengaruh dalam kem Arsenal jika tidak benar2 cergas. Jozan jugak telah kembali begitu jugak Clichy yang demam sebelum bertemu Partizan. Yang mendukacitakan adalah kita bakal sekali lagi kehilangan Gibbs dalam tempoh 3 minggu.Aku suka mendengar Wenger memberi konfiden kepada para pemainnya dengan mengharap pemain tidak berasa mereka injury prone tapi3sebaliknya apa yang berlaku hanyalah insiden semata2.

Walcott pula dalam masa yang sama berasa dia kini berhak mendapat semula tempatnya dalam kesebelasan utama setelah apa yang dipersembahkan Rabu lalu. Tapi apakah sanggup Wenger merehatkan Arshavin yang kelihatan tidak efektif dan kepenatan ketika pemain Russia tersebut di atas kertas mempunyai statistik yang baik setakat ini, assist terbanyak dalam kem Arsenal dan antara yang tertinggi dalam premier league. Secara peribadi aku lebih merelakan Arshavin untuk start dan Walcott memberi impak dari  bench kerana ,kepantasan Walcott adalh senjata rahsia dan ketika ini itulah kelebihannya, muncul dari bangku simpanan dan mengubah perlawanan. Tentang cakap2 gandingan RVP dan Chamakh yang lemau, perlu diingat berapa kali sahaja gandingan ini baru digunapakai dan Wenger inginkan RVP emndapat timeplay yang cukup di samping mahukan khidmat teamwork yang ditawarkan Chamakh. Munkin tak ada masalah kalau kita kembali kepada 4-4-2. Nasri jugak dalam form terbaik kerjayanya. Dia pernah mencuri tumpuan dengan 2 golnya memusnahkan United dalam musim pertamanya di bumi England. Pada ketika namanya tengah hangat kini pastinya ramai yang mengharapkan lebih lagi.


Nampaknya Arsenal terpaksa meneruskan program biasiswa ke luar negara apabila pemain muda baru yang dijangka masuk tidak mendapat work permit oleh FA. Kelap2 Segunda Division tampak seakan2 destinasi pasti di mana peraturan sana lebih longgar berbanding jabatan imegresen di England. Wenger sendiri telah membuat rayuan ke FIFA tentang kes ini semalam bagaimanapun rayuan telah ditolak. Cita2 untuk pemain yang akan berumur 18 tahun Januari nanti memulakan kerjaya Arsenal nampak seperti akan tertangguh tapi tak mengapa, mungkin boleh mengikut jejak langkah carlos Vela,Samuel Galindo dan Pedro Botelho. Kesusah payahan dan kesanggupan Wenger sendiri cuba sedaya upaya untuk membawa pemain ini secepat mungkin mencerminkan ada suatu yang istimewa dalam budak ini.Sama2 kita nantikan pemain forward ini membuka akaun golnya di Arsenal!


Khamis, 9 Disember 2010

Post Match : Arsenal layak


Arsenal akhirnya meneruskan tradisi layak dalam cemas apbila menang ke atas Partizan 3-1 walaupun persembahan yang kurang convincing. Seperti diduga Partizan agak sharp malam ni di mana kita nampak keletihan dan lesu. Pertukaran Wenger yang memasukkan Walcott menggantikan Arshavin yang kurang menjadi adalah titik tolak kebangkitan malam ini. Sedihnya kita kehilangan kedua2 belah bek apabila Gibbs terpaksa ditukar akibat kecederaan manakala Sagna dibuang padang haslil challenge last man yang agak terburu2. Dengan keputusan ini Arsenal mara sebagai naib juara kumpulan dan bakal berdepan undian mencabar setelah mana Shakhtar menewaskan Braga 2-0.

Turun dengan beberapa pertukaran, RVP bergandingan dengan Chamakh danDenilson berkepala botak bajet Gilberto Silva start bersama2 Nasri dan Song. Gibbs mengambil tempat Clichy. Cuba memberi pressure tetapi ternyata segala pergerakan kita kurang tajam hari ni, lebih malang Gibbs yang baru baik injured terpaksa diganti dengan Eboue. Sampailah 30 minit, Arsenal mendapat penalti dan disudahkan dengan cukup bagus oleh kapten RVP yang semakin kembali ke match fitness terabaik. Arsenal leading dengan margin yang sikit tapi ketika itu cukup untuk layak.

Masuk separuh masa kedua, tak nampak sebarang perubahan dan nafsu ntuk menambah gol. Malah kita dihukum apabila pemain terbaik mereka Cleo mampu menyamakan kedudukan dengan tendangan yang terbias dek kaki Squaillaci meninggalkan Fabianski terkapai2. Pada ketika itu Arsenal sangat dalam2 bahaya ketika kedudukan 1-1, keputusan di Ukraine jugak masih lagi 0-0 dan bila2 masa sahaja kelab Portugal mungkin boleh pop up mencipta sesuatu meninggalkan malapetaka menyelubungi kelab utara London. Agak impress dengan Partizan yang bermain menunjukkan bagai 'mereka lebih mahukan lagi dari Arsenal'. Setiap kali off the ball mreka melakukan pressure membuatkan game kawalan bola kita tak selancar yang dirancangkan.Fan mula gelisah, Arsenal mula menamppkkan urgency. Segalanya berubah apabila Wenger menyuntik sedikit kesegaran dan kelajuan apabila membawa masuk Theo Walcott.

Theo tak menunggu lama apabila menyudahkan dengan cukup baik.tandukan clearance pemain Partizan ditahan dengan 1st touch yang sempurna untuk set up gol buat dirinya sendiri. Kelegaan mula terpancar di raut wajah Arsenal. Beberapa minit selepas itu Song pulak dengan footwork yang baik setelah konon dibagi lesen menyelinap masuk ke atas bergandingan baik denan Nasri yang tengah panas sekarang ni. Gol ketiga melengkapkan kemangan Arsenal dan membunuh peluang Partizan untuk kembali . Walaubagaimanapun sikap tak mahu mengalah dan terus mengasak daripada pasukan Belgium ini membuatkan Sagna terperangkap dalam melakukan foul dan terpaksa miss match 2nd round nanti. Namun di akhirnya kita layak jua hanya sebagai naib juara kumpulan setelah keputusan semasa berakhir di Ukraine dengan kemangan bagi pihak tuan rumah.

Undian bakal mencabar, tapi Arsenal sukakan cabaran.Cabaran seterusnya, top of the table clash.. FC United of Manchester. Manchester United. (gua ingat memang mula2 astro saja konon2 nak bagi nama klasik time tengok iklan promo match FA Cup sekali memang ada kelab semi pro nama ni daa..huhu)


Rabu, 8 Disember 2010

Pre Match : Arsenal vs Partizan.

Ini game sangat penting. Lupakan dulu United, lupakan dulu liga. Kerana jika kita tak layak ke round of 16, kita bukan sahaja rugi besar, malah malu besar kerana jiran yang buruk perangai telah pun layak. Partizan di home bukan jangan ingat boleh berparty. Ya, mood team tengah bagus, Nasri tengah flying high. Kontrak baru ditawarkan. Arshavin tak sabar tunggu apa dia kaan buat 8 tahun lagi, Koscielny dah kembali-jozan pulak injured. Tapi selain dari penyakit misteri Mael yang hingga hujung tahun, kehilangan Almunia sebenarnya lagi misteri. Wenger cakap dia takkan beli Januari, tapi tak pula dia cakap dia takkan jual betulkah? Ini hanya spekulasi suka suki.

Arshavin dengan konfidennya cakap dia tak konfiden kita boleh layak dapat juara kumpulan.Bagus, jujur Aku pun rasa sesuatu yang sama kerana Shakhtar dilihat punyai peluang lebih cerah. Tapi Segala cakap2 tak guna kalau gagal menewaskan Partizan dan Shakhtar buat hal tumpas pada Braga. Biarlah lawan siapa pun round 16, lagi besar lagi bagus, lagi popular lagi hebat match tersebut. Jangan kisah perkara yang belum tertulis kerana nak jadi juara dalam kalah mati kena pandai main strategi.Strategi kita menang dengan Partizan sebelum piki sibuk hal pasukan lain. Bukan strategi mempermaikan peraturan yang memang nampak buruk gila diamalkan oleh Mourinho.Tak salah , he played the rules, tapi tak cantik.Sangat2 tidak cantik cara mereka lakukan.

Sekali lagi aku meminjam kata2 Arshavin. Lagi best kalau masuk ke padang dalam keadaan mesti menang, terdesak nak menang. Itu segalanya tentang bola sepak.Passionate. Kalau masuk sekadar melengkapkan jadual, kita semua tahu, apa yang dipersembahkan adalah plastik.feel nya tak sampai. jadi macam Carling Cup itu hari, kita terdesak nak menang jadi skuad yang mampu menang akan diturunkan awal apgi nanti.Sama ada RVP start atau tidak Wenger tidak mengatakan secara telus tapi dalam nada yang agak optimistik, RVP mungkin sedia start sekali lagi.

-----------Fabianski-----------------
Sagna-----Squailaci--Koscielny--Clichy
-----------Song----------------------
-----Nasri------Wilshere------------
---RVP-----Chamakh---Arshavin-------

Kita sudah menang dalam Carling Cup , Liga, di rumah. Jadi kali ini, giliran Champions League untuk kemabli membna momentum membuang badi november rain. Arsenal wajib layak, itu sahaj yang dipinta.Caranya, mantapkan defensive secara berpasukan kerana itu adalah kelemahan yang sangat ketara melihat kepada rekod bolos kita yang tak memberangsangkan. Adalah penat bagi forward setiap kali terpaksa mencari gol lebih daripada yang dibolosi.Itulah yang Arshavin bagitau.812 340am. Arsenal 3 Partizan 0.


Selasa, 7 Disember 2010

Post Match Exclusive : Suku akhir Carling Cup di depan mata!!


Malam di mana Arsenal mencipta sejarah layak ke separuh akhir carling Cup buat kali ke 14, aku mencipta sejarah apabila berjaya menjejakkan kaki ke dalam Emirates Stadium buat kali pertama. Sesungguhnya aku bertuah kerana secara kebetulan kunjungan aku ke kota klasik London itu pada asalnya tiada match dalam schedule, tetapi dengan persembahan bertenaga bertemu Newcastle, segalanya seperti langkah kanan bagi aku apabila undi memihak kepada Arsenal dan aku sendiri, kita bermain di Emirates stadium pada pertengahan minggu 30 November 2010!Sebaik undian dibuat, Aku tidak menunggu lama untuk berusaha mendapatkan tiket, terima kasih atas bantuan rakan2 di sana yang banyak membantu, lebih beruntung, harga untuk match kali ini agak murah daripada biasa serendah 10pound!(bergantung pada view) Lebih membuatkan ia berbaloi apabila Arsenal dan Wenger sendiri terdesak untuk mendapatkan piala maka pertandingan ini mula diambil serius oleh Wenger dengan menurunkan barisan yang bukan calang2 maka ketika aku mencapai suratkhabar  percuma yang diedarkan di station2 underground, lantas mata aku ke ruangan sukan, membaca sembang2 hangat pre match, aku melihat janji Wenger untuk menurunkan barisan terbaik termasuk janji akan startkan RVP, aku tersenyum lebar.

Perjalanan ke Stadium buat kali kedua aku berasa penuh bersemangat. Pelik kerana tidak lagi kekok setelah berjaya mencapai objektif utama tempoh hari, bergambar di hadapan Emirates, mungkin membuatkan aku lebih yakin akan hala tuju perjalanan. Sepak mula akan start jam 745pm. Seawal jam 4 petang telah pun gelap. Setiap stesen yang aku lalui setiap itulah sedikit demi sedikit penyokong Arsenal memenuhi.Ada yang pulang dari kerja, ada yang membawa keluarga, ada yang berpasangan,ada yang berkumpulan mereka mudah dikenali hala tuju mereka, konfiden, jersey, scarf, mahupun snowcap semuanya tertera lambang Arsenal. Walaupun salji turun tanpa diduga kerana agak awal mengikut ramalan malah aku tak bersedia menghadapinya, cuma aku harapkan match tidak tertunda. Namun, ia baru hari pertama salji di London maka tidaklah sebegitu tebal dan membimbangkan. Terima kasih kepada teknologi Emirates yang berupaya mengawal haba di atas padang, match diberitakan berjalan tanpa halangan, aku tidak pedulikan kasut yang rosak, ku gagahkan jua misi.

Setibanya di Arsenal Station jam 6pm penyokong telah pun ramai berkumpul. Beberapa gerai kelihatan menjual merchandise2 Arsenal sama seperti mana suasana di perkarangan stadium di mana ada event2 besar, cuma di sini, gerai2 itu dibuka di tepi2 jalan sepanjang perjalanan, tidak di sekeliling stadium di mana lesen penjualan official2 merchandise hanya dimiliki oleh Armoury Shop. Maka tidak hairanlah di situlah ramai himpunan manusia yang mengambil kesempatan membeli belah dan mendapatkan cenderamata sebagai kenangan.. Aku mengambil kesempatan memerhatikan gelagat2 penyokong dari bermacam2 jenis, bermacam benua, bermacam bahasa, tapi semuanya hadir untuk memberi sokongan pada Arsenal.Kita tahu, kemenangan malam ini akan meletakkan kita dalam landasan terbaik menghapuskan badi 5 tahun selama ini.Lebih syok lagi adalah masing2 muka mereka penuh konfiden.  Match programme dijual oleh pekerja2 khas yang berkhidmat unuk Emirates stadium, aku ambil peluang beli sebijik sebagai tanda kenangan.

Naik semula ke perkarangan stadium, orang semakin ramai memenuhi ruang legar setiap pintu masuk. Diberitakan match malam ini bakal dipenuhi dengan Junior Gunners yakni penyokong Arsenal muda mudi.Mungkin ada special event buat mereka.Mengharapkan kunjungan Gunnersaurus tapi tak kunjung tiba.Bajet nak bergambaq. Rupanya dah ke dalam! Yeah! waktu yang ditunggu telah tiba. Pintu masuk pun dah mencerminkan kecanggihan stadium baru ini, haha tiba2 jadi excited macam budak kecik dapat gula2. Tengok tiket, tengok nombor block, tengok tingkat, tengok nombor seat,dengan bantuan stewardes , tempat duduk memang atas sekali. Tapi tak mengape janji dapat view berbaloi, puas hati jugakla sebab dekat dengan kawasan view tengah walapun atas sekali. Yang syoknya nak berdiri ke berjoget ke apa ke takde orang nak kecoh2 suruh duduk. Walaupun berada di puncak, tinggi, tapi aku ulangi not bad jugak la pemandangan dia, kita masih boleh mengenal player. Tapi takde hal, segala persiapan telah teratur rapi segala gadget dari binocular ke camera member, semua telah disiapkan.

Melihat pemain keluar dari tunnel membuatkan adrenalin menggelegak! Turut serta adalah Gunnersaurus. Seorang demi seorang nama 1st eleven pemain2 Arsenal yang disebut oleh announcer stadium disahut oleh para penyokong.Biasa dengar kat TV, kali ini boleh sahut sekali. Ternyata line up tidak menghampakan.
------------Szczesny------------
Eboue---Kos---Jozan---Gibbs
-----------Denilson------------
----Walcott----Wislhere------
-RVP-----Bendi-----Vela-----

Wenger betul2 nak menang. Lagipun ini satu2nya piala domestik yang belum pernah didakap Wenger. Bench pun tidak kurang hebatnya, Samir Nasri, Andrei Arshavin, JET, Eastmond, Sagna, Nordveit, dan keeper muda James Shea. Walaubagaimanapun perlu diakui Wigan memberi tentangan dengan disiplin yang mematahkan transaksi antara bahagian tengah Arsenal. Dari atas kelihatan Roberto Martinez selalu tampil bangun dari bangku simpanan tapi bila melihat ke arah home bench, kelibat Wenger jarang kelihatan, mungkin tenang di kerusi berdiskusi dengan Pat Rice.Arsenal dipaksa bersabar walaupun mendominasi perlawanan tapi gagal memecah kebuntuan sehinggalah penghujung separuh masa pertama.

Setiap kali Arsenal mengasak penonton pasti bersuara memberi sokongan, dan kalau dekat2 kawasan gol memang  tak boleh duduk diam tapi segalanya diakhiri dengan bunyi nada kecewa, paling tak boleh terima apabila Vela melepaskan peluang apabila mendapat hantaran cantik RVP , Vela hanya tinggal  Al Habsi untuk diatasi tapi kali ini sentuhan mat Lob tak menjadi. Semua bagai ternganga bagaimana Vela tak mampu menyudahkannya?! Arsenal diberi tali hayat apabila pemain paling mengancam bagi Wigan, Moses terpaksa diusung keluar dan diganti oleh seorang lagi winger N'Zogbia, seronok jugak mendegar live boo setiap kali pasukan lawan membuat pertukaran.

Arsenal terus mencuba serangan demi serangan pergerakan demi pergerakan semuanya tersasar wide atau dipatahkan Wigan. Ada satu insiden di mana bola nampak terkena tangan pemain Wigan dan ketika itu di tempat duduk aku semua mengangkat tangan mahukan penalti diberikan.Pengadil tidak termakan dengan tekanan yang diberikan penyokong. Cuba dan terus mencuba, setiap kali set pieces terutama corner , tumpuan diberikan. Walcott mengambil sepakan sudut, tapi bola tak singgah ke kepala Bendi mahupun kepala pemain2 Arsenal yang lan sebaliknya tertuju ke kepala seorang pemain Wigan lalu terjunam ke gol sendiri. Nama penjaring gol tidak di announce tapi yang penting GOL! semua meloncat keriangan. Suasana cukup happening, laungan "one nil to the Arsenal" mula bergema. Tidak lama selepas itu mula desas desus kedengaran ,pemain yang menjaringkan gol adalah kapten mereka sendiri Alcaraz. Suasana yang mula2 ragu2 dan risau kini menjadi lega dan fan kembali menyorak keriangan, banyak lagu2 yang dinyanyikan bersama antaranya lagu2 wajib tapi paling best laungan "stand up if you hate tottenham" kami semua berdiri! Bulu roma pun berdiri beb.

Tapi Wigan tak stop di situ sahaja.Arsenal hampir terperangkap beberapa minit selepas itu dari situasi yang sama tapi kecemerlangan Szczesny yang masih clean sheet dalam setiap aksi bersama pasukan utama menyelamatkan keadaan. Memang keeper masa depan budak ni! Bermula dari situ, kita tahu Wigan tak mudah mengaku kalah, perlawanan mula hidup. Tamat separuh masa pertama kita leading dengan sebijik gol hasil gol sendiri, tapi fan masih lagi teringat 2 kekalahan berturut2 di home terutama kekecewaan paling dasyat yang baru dialami seminggu sudah,derby spuds, jadi kami tak mahu pisang berbuah 3 kali! Pada ketika orang ramai keluar beli burger coffee dan makan2, aku hanya duduk memerhatikan sekeliliing stadium, sangat teruja beberapa kali aku bertanya pada rakan, betul ke aku dah sampai? Di padang kelihatan pemain2 simpanan masuk memanaskan badan dan ada acara penghargaan dari Gunnersaurus untuk Junior Gunners yang paling bertuah terpilih.Itulah syok dan uniknya Arsenal, selain memberi keindahan dalam seni bola sepak, charity, sumbangan amal dan menceriakan kanak2 bagi masa depan yang lebih cemerlang juga menjadi kerja2 mereka. Dalam masa yang sama, semua mata tertumpu pada skrin besar, keputusan semasa dari Upton Park, West Ham 2- United 0. Wow!

Sambung separuh masa kedua, Arsenal tak tunggu lama untuk mengasak.Tapi melihat sorang pemain Arsenal terbaring dan dikerumuni oleh rakan2 dan medic bukan suatu yang best untuk ditonton. Lebih2 lagi bila teropong punya teropong rupanya RVP yang terbaring akibat berlaga dalam kotak penalti lawan. Tapi pemain paling menyerlah separuh masa pertama bangun meneruskan permainan. Wenger pun dah mula tak senang duduk, semua dalam stadium tu sedia maklum, 1 gol belum cukup . Apa2 boleh berlaku. Ingat kali terakhir kita bertemu mereka? leading 2-0 sebelum kalah 3-2 bukan, cukup menyakitkan. Arsenal perlu pantas membunuh game ini. Tak menunggu lama, Vela dari bahagian kiri melakukan low cross yang di slide baek punya oleh Bendi untuk memberi kelebihan 2-0. Sekali lagi Emirates gegak gempita.

Kelihatan kelibat Nasri tengah warming up, lagu untuk pemain paling on form Arsenal setakat ini berkumandang setiap kali dia melintasi barisan penyokong.Tidak lama selepas itu Wenger melakukan double subtitution, Nasri dan Eastmond dibawa masuk menggantikan Wilshere dan RVP, standing ovation untuk RVP yang semakin kembali ke match fitness.Kemasukan mereka sekadar untuk secure kan keadaan.Begitu juga JET yang mendapat hampir 10 minit aksi menggantikan Bendi, gergasi ganti galah. Di minit2 akhir Nasri berupaya menambah koleksi peribadi dan gol ketiga Arsenal tapi sayang setelah menewaskan Al habsi ada pulak pertahanan mereka atas garisan gol. Menjelang minit2 akhir terdapat 'hiburan' di stadium apabila seorang penyokong berjaya lari ke dalam padang , siap buat slide lagi , hahah.. penat pengawas perlawanan sibuk mengejar, Eboue sempat pergi ke arahnya sebelum pemuda itu ditangkap, cuba menenangkan perangainya agar tidak mengganggu saki baki match yang sedang berlangsung. Memang best! Lagi best bukan dia seorang tapi selepas perlawanan lebih kurang 2 orang lagi buat perkara yang sama! Jenuh mengejar tetapi sepandai2 fan melompat kegirangan, tertangkap jua akhirnya..

Tiupan wisel penamat.Penyokong bersorak gembira kepuasan, Emirates kembali ceria menuju landasan kemenangan! Lebih ceria lagi keputusan semasa diumumkan, keputusan di Upton Park yang telah berakhir, satu lagi jiran London membuka peluang lebih cerah untuk Arsenal menjulang piala musim ini, "West Ham 4- Manchester United 0" Lengkap malam gembira aku.Ditambah dengan Salji turun umpama meraikan kemenangan dan malam indah. Malam itu aku pulang sengan 1001 kepuasan, dan jugak syok yang tak terhingga, bukan sahaja Arsenal menang di depan mata tapi atmosphere di Emirates cukup mengujakan, Walapun agak terkilan tak sempat menyertai stadium tours tapi tak apa lah,bukan rezeki. Secebis pengalaman bersejarah ini pun dah dikira bersyukur sebab segalanya berjalan dengan baik.Terima kasih Arsenal.

Roy Keane dan Ispwich Town menanti di separuh akhir.Tapi Arsenal boleh melupakan seketika saingan sebelum bukak balik buku carling Cup seawal tahun hadapan.Road to Wembley akan lebih indah sekiranya kita muncul di atas podium pada final 27 Februari nanti sebagai juara! Aku akan teringat kenangan ini dan berkata balik pada diri aku sendiri, "Kita adalah sebahagian daripada sejarah perjalanan ini"..

Agi idup agi mengGunners!!


Isnin, 6 Disember 2010

Highlights : Magika Nasri


Ahad, 5 Disember 2010

Post Match : Segmen terjah bersama NASri!!

Nasri : Jom duk atas
Jacko : Jangan tinggal daku~
"Na na na na na na na na na..Samir Nasri,,, NASRI!...SAMIR NASRI!!"
 Assalamualaikum , salam sejahtera, aku telah kembali. Itulah nyanyian dan sorakan yang kedengaran di Emirates malam tadi apabila 2 gol daripada pemain terbaik Arsenal setakat musim ini, Samir Nasri menjaringkan 2 bijik gol yang masing2 punya class tersendiri. Kemenangan ini sekaligus meletakkan Arsenal kembali ke puncak liga ketika perlawanan Blackpool-United terpaksa ditunda akibat salji yang tidak terkawal. Bila Arsenal selalu main cantik dan tidak menang, banyak yang akan komplen, dan tadi bolehkah dikira menang ugly? tak adil untuk mencop ugly bagi Nasri walaupun kerana 2 sublime finish nya memang cukup2 tenang dan class walaupun diakui pasukan kita tidaklah beraksi pada tahap yang diharapkan. Masih lagi memberi ruang kepada Fulham kembali ke dalam perlawanan sebelum terpaksa bekerja keras mendapatkan gol yang diingini. Namun begitu di saat2 akhir entah kenapa aku tidak berasa panik seperti biasa kerana aku tahu dari riak wajah mark Hughes pasukannya cukup kecewa setelah berjaya menyekat Arsenal seelok2nya tiba2 terkena sucker punch dek magikdari si Nasri. Mungkin juga aku rasa tengan krana badi novermber rain telah berlalu dan aku percaya kita akan kembali ke rentak kemenangan terutama di home setelah mencipta momentum hasil kejayaan melayakkan diri ke semifinal carling cup-perlawana yang tak akan kulupa sampai bila2.

Adalah suatu yang manis setiap kali menang derby. Bertemu Fulham yang tidak prenah menang di halaman Arsenal pasti mendatangkan sedikit kegusaran adakah rekod akan terburai sekali lagi , adakah tercipta rekod baru kalah 3 kali berturut2 di gelanggang sendiri? walaupun team perfromance kita sukar untuk membuktikan perkara itu jauh dari seakan2 belaku tapi nasri menjawab dengan kaki ajaibnya "kini tidak lagi".  Nasri bergandingan baik dengan Arshavin yang nampak ceria! masakan tidak, kempennya tidak sia2, bercakap dengan tenang dan sempoi dia membantu ken negaranya menang bid bagi tuan rumah Piala Dunia 2018 2 hari yang lalu di Zurich. Ia sedikit sebanyak pasti dapat mengubat luka kekecewaan ke afrika 2010 yang ternyata bagi effect ke atas dirinya di padang setakat ini. Tapi seorang lagi nama yang kecewa dan membalas dengan cukup stylo adalah Nasri. Setelah half volley Arshavin ditepis oleh bekas bakal penjaga gol Arsenal Mark Shwarzer, Arshavin datang lagi kali ini hantarannya meloloskan Nasri yang hanya mampu menlihat kuisannya melintasi  wide sebelah kiri tiang gol Schwarzer. Namun selepas itu gandingan 2 muka ini kembali hantaran Arshavin di kawal baik Nasri yang cukup tenang dan tajam depan pintu gol.gol ke 10 nya dalam kempen musim ini.

Seeprti biasa, Arsenal mesti mahu bagi peminat tidak senang duduk, peminat team2 rival pun sanggup tengok kerana merka pasti perkara diluar jangkaan selalu berlaku dan peminat neutral syok tengok dramatik2 ni, itu yang menyebabkan Arsenal untuk semua, universal dan mendapat hit terbaik! Ia datang lagi kali ini tidak diundang, setelah 'pertembungan' yang tidak sengaja, mungkin Suaillaci terhantuk muka koscielny, pemain france/poland itu bagai hilang arah, hilang tujuan di atas padang  membuatkan Henri Kamara cempera meninggalkan markernya terhuyung hayang. Sejauh mana Koscielny mabuk, masih belum diketahui oleh medical team tetapi Wenger tidak mahu mengambil risiko, terus melakukan pertukaran dengan membawa masuk Jozan. Pembawakan Jozan dalam pasukan mendapat pujian dari Wenger hasil dominasi bola2 tinggi katanya, tapi mengapa Wenger sering rotate pairing CBnya sepeneinggalan Vermaerlan, ini adalah kerana Wenger selepas match berkata agak berat  untuk membiarkan pemain yang sudah terlepas aksi setahun akibat kecederaan tiba2 beraksi dengan jadual yang padat 3 hari seminggu. Braga, Wigan dan malam ini, itulah sebabnya WEnger mengekalkan partnership Laci dan Kos yang kelihatan masih belum uth sepenuhnya.

Kembali kepada match tadi, Fulham berjaya mendapat gol yang mereka cari di waktu2 yang memang membunuh semangat di separuh masa pertama, malah hampir menambah kalau tidak kerana Fabianski sanggup menghulur kaki. Itu adalah tipikal Arsenal, serang2 dan terhukum kerana tidak menyelesaikan tugas awal, Song paling mendapat peluang terhidang sebelum itu tapi sepakan free nya hanya tersasar ke sebelah kanan. Cross Sagna pulak ditanduk direct oleh chamakh kedalam dakapan penjaga gol australia yang kalah bid kepada Qatar untuk 2022.

Sambung2 2nd half, Arsenal pantas cuba membina momentum setelah menyedari fan mula bising2 rasa tak puas hati dengan miss passed siti situ sana sani. Song berjaya menyelinap masuk dalam kotak penalti dan kebetulan dapat bola tampanan kaki lawan menyaksikan bola singgah di hadapan Rosicky tapi sayang kapten Arsenal malam ini belum berupaya mendapatkan gol sejak 35 perlawanan kalau tak silap aku, last sekali lawan Bolton January lalu, mana hilangnya rembatan2 padu Rosicky oi! itulah jeritan batinku! tapi takpe , masanya akan muncul.aku percaya. Lepas tu si Arshavin pulak, yang tengah ada dalam mood mimpi indah tapi tak pasti boleh lagi ke main time tu(2018) mencipta gerakan cantik sebelum sekali lagi Scwarzer menjadi penghalang. Mungkin dirinya mahu membuktikan sesuatu apabila sign kontrak dengan Fulham lagi 2 tahun, dalam masa yang sama Arsene Wenger awal2 declare no new keeper in January!

Fulham sekali dua ada jugak nafsu mengasak, terutama dari set pieces. Tandukan Etuhu hanya satu pembaziran apabila Arsenal tiba2 memberi ruang padanya.Mungkin Wilshere yang sedikit alpa ketika itu.Kedudukan 1-1 apa2 boleh terjadi, aksi bertukar dengan kedua2 belah merancakkan lagi derby. Tiba2 Pantsil menghadiahkan Song peluang apabila 'membantu' membiarkan bola masih lagi dalam perlawanan tapi rembatan Song dari sudut sukar hanya bagi frust rakan2 dan juga para penyokong. Balik semula bola ke sebelah Arsenal, Gera hampir2 score dari kelam kabut depan pintu gol tapi berjaya di clear dari RVP yang membantu. RVP apda ketika ini dah masuk menggantikan pemegang arm band thomas Rosciky, Cakap2 bahawa Wenger tidak berani menggandingkan 2 striker RVP dan Chamakh hanyalah spekulasi semata2 dengan Wenger pantas membuktikan dia  boleh membiarkan mereka berada atas padang pada waktu yang sama dengan Chamakh bermain di hadapan RVP.

Kemasukan RVP membuahkan hasil  Dapat hantaran sekali lagi dari Arhsavin, semua dah bajet rembatan kaki kiri akan dilepaskan tapi dengan sopan dia menolak kepada nasri yang menggelecek masuk ke dalam kotak penalti  dengan keeper2 digeleceknya sehingga bola agak jauh dari kaki dan ruang semakin tertutup, Tapi bagai seorang yang flexible, dia berupaya melenturkan badannya ke posisi yang terbaik dan sempat menyepak masuk dari sudut yang sukar, sempoi.Sambutannya dengan RVP cukup menaikkan semangat.Dia mendapat jugak tahniah dari rakan2 lain di penjuru padang, mungkin jika Gallas masih ada lagi sekalipun, gol itu tidak boleh dinafikan utntuk di salute dirinya.Hahah.

Wenger jugak membawa masuk Theo menggantikan Wilshere tapi persembahannya masih tak dapat capai mutu sebelum dia injured, membuatkan Don capello naek resah dan mungkin lagi suka tengok englishman seorang lagi sebelum itu,.NAsri kelihatan terhincut2 selepas itu dan hilang aksi, kecederaan dialami tapi Wenger telah melakukan kesemua pertukaran jadi terpaksa membiarkan Nasri kekal di atas padang.Harap2 tiada apa yang teruk kerana kita telah kehilangan fabregas, kita tidak boleh hilang seorang lagi kualiti seperti nasri dalam jadual yang padat mendatang.Fulham cuba mengasak di akhir2 minit , Andrew Johnson dibawa masuk tetapi Arsenal bertahan sehingga wisel penamat, satu kelegaan di riak wajah semua pemain dan penyokong , tiada lagi kekecewaan di Emirates! Harap ia kekal berterusan, home dan away masing2 adalah penting, tidak boleh lagi drop points yang tidak perlu. Kita perlukan ini, sangat2 perlukan , 3 mata , top of the league, Nasri yang on form, momentum harus dibina, jadikan ini ttitik permulaan.Walaupun perjalanan masih jauh, kita tetap akan terus lawan!

We are good enough to go on that is for sure. Every single team struggles to be consistent and at the moment we are where we are despite losing three game. That means every game is a cup final and if you are not ready for it you will not take three points. We have the spirit and the quality but we faced tough opponents and it will be down to consistency. We are far from winning the championship yet, the only thing I can say is we have the spirit and the desire to fight for it.

Agi idup agi mengGunners!

P/S: Maaf, Post match yang agak panjang, Insha Allah kalau ada kelapangan akan aku buat satu post istimewa, post match Exclusiver bertemu Wigan!


Sabtu, 4 Disember 2010

1st half analysis

Kenapa kita ada player cempera seperti

Sebastien Squillaci


Rabu, 1 Disember 2010

POST MATCH: Kite Dah Menang

Syukur, menang jua kita akhirnya. Sewaktu melihat starting line-up, aku cuak tahap gaban.rupa-rupanya wenger maseh tak berubah.huhu.

namun rezeki memihak kepada kita.
2-0 dengan sentuhan bendi di gawang goal cukup untuk kita berpuas hati.

heeeee....