Arsenal perlu mengambil kesempatan yang terhidang apabila kedua2 rival bertemu sesama sendiri, salah satu atau keduanya2 akan drop point malam ini. Dan jika Arsenal melakukan tugas mereka dulu dengan membenam Stoke, sementara United tunduk pada Chelsea, Arsenal akan berada pada kedudukan teratas semula sehinggalah kepadatan boxing day. Jangan dipikirkan sangat sebelah sana, layan apa yang ada depan mata, Stoke City dalam mood yang lebih kurang sama dengan Arsenal. Kekalahan mereka pada Blackpool menamatkan perjalanan baik mereka 5 game tanpa kalah. Begitu jugak nasib Arsenal yang baru bangkit dari malapetaka dirompak jiran sendiri dengan momentum kembali terbina di Emirates sebelum pulang hampa dari Old Trafford. Last game bertemu Stoke kita menang 3-1 dalam tragedi rambo. Mereka memang terkenal dengan corak fizikal , lihat sahaja forward mereka yang ditunjangi Kenwyne Jones, Ricardo Fuller, bagak2 belaka. Dalam ketika Pulis tak habis2 nak komen dan jaga tepi kain Wenger dengan , Wenger sendiri mengakui akan kemajuan Stoke sejak kembali ke saingan Liga Utama Bolas Sepak Inggeris.
Kemajuan mereka ditambah dengan kemasukan secara pinjaman bekas pemain Arsenal yang pernah satu ketika mencipta hat-trick ke atas Southampton dalam league debutnya, Jermaine Penant. Pemain Real Zaragoza itu hadir ke Stokes dan ternyata memberi kesan terutama pada bahagian flank mereka dan juga memberi sedikit cover di bahagian bek kanan. Walaubagaimanapun difahamkan Pennant tidak akan diturunkan akibat kecederaan, tapi Arsenal masih perlu berwaspada dengan Matthew Etherington yang berpengaruh di bahagian tengah.Dengan fizikal2 yang mereka ada di bahagian atas, bersiap sedialah dengan hantaran2 lintang mahupun long ball yang pasti digunapakai mencari Fuller mahupun Jones, Squaillaci dan Koscielny punya tugas besar memberi perlindungan kepada Szczesny.
Fabregas dan RVP masing2 disahkan cergas untuk game kali ini. Selain Almunia dan Fabianski, tiada lagi kecederaan tambahan, walaubagaimanapun Diaby masih terlalu awal untuk dirisikokan.Bendi pulak tidak akan terlibat dalam match malam ini kerana sibuk dengan persiapan menjadi bapak. Aku menjangkakan Arshavin atau Chamakh mungkin diberikan sedikit rehat dan Walcott akan start game.Ketinggian Jozan mungkin diperlukan dalam match seumpama ini, aku mahukan dia diberi peluang kali ini.
----------------Szczesny------------------
Sagna-------Laci-----Jozan-----------Clichy
----------------Song----------------------
--------Fabregas----Wislhere-----------
---Walcott----RVP---------Nasri-------
Arsenal tidak boleh membiarkan lagi mata demi mata dilepaskan begitu sahaja di Emirates. Lawan semakin berani , dalam kepala otak mereka , Emirates boleh jadi tempat cari makan.Buktikan mereka silap dan menyesal seperti mana suatu ketika dulu, keluar Higbury tak sanggup mendongak.No Chance at all, kita mesti kembalikan panorama2 itu, kembalikannya. Astro ESPN 812, 11 PM. Arsenal 3 - Stoke 0.
0 ulasan:
Catat Ulasan