Terlebih dahulu syabas buat paskan negara! Final kedua setelah kali terakhir melangkah ketika edisi sulung pada masa itu dikenali sebagai piala tiger 96. Walaupun agak negatif untuk ditonton,Rajagopal menggunakan taktikal yang baik mengikut kemampuan teknikal para pemain, itulah salah satu sebabnya bola sepak punyai pelbagai outcome yang menarik.Debaran berlanjutan tanpa henti 90 minit. Terima kasih Malaysia. Harap kita dapat mencipta satu lagi kejutan di pentas final.
Ketika menonton half time tadi telah diberitahu match Arsenal malam ini ditunda akibat salji lebat dan tebal 3 inci. Pengadil, Lee Mason menerangkan mengapa dia terpaksa menangguhkan match ini. Walaubagaimanapun tarikh baru bagi match di Emirates belum ditetapkan, hasrat untuk kepuncak liga juga terpaksa ditangguhkan seketika.
Satu lagi berita adalah Arsenal bakal mendapat seorang lagi pemain Jepun muda berbakat 18 tahun Ryo Miyaichi yang akan mendaftar pada Januari nanti. Setelah berjaya mendapatkan Wellington Silva, Miyachi seorang lagi pemain forward yang berbakat dan telah diintai oleh banyak kelab di serata dunia, MUngkin disebabkan pengaruh Wenger yang lebih menular di Jepun ketika pernah berkhidmat di Grampus dulu membuatkan Miyaichi memilih jalan yang tepat. Dia bukan pemain Jepun pertama yang dibawa Wenger, sebelum ini Arsenal pernah mendapatkan khidmat Junichi Inamoto musim 01/02 namun tak berapa mnyinar.Pasti kita ternanti2 apa khidmat yang boleh si Jepun ni bagi?Selamat maju jaya.
Sabtu, 18 Disember 2010
Perlawanan Arsenal vs Stoke City ditunda.
10:17 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan