Malam di mana Arsenal mencipta sejarah layak ke separuh akhir carling Cup buat kali ke 14, aku mencipta sejarah apabila berjaya menjejakkan kaki ke dalam Emirates Stadium buat kali pertama. Sesungguhnya aku bertuah kerana secara kebetulan kunjungan aku ke kota klasik London itu pada asalnya tiada match dalam schedule, tetapi dengan persembahan bertenaga bertemu Newcastle, segalanya seperti langkah kanan bagi aku apabila undi memihak kepada Arsenal dan aku sendiri, kita bermain di Emirates stadium pada pertengahan minggu 30 November 2010!Sebaik undian dibuat, Aku tidak menunggu lama untuk berusaha mendapatkan tiket, terima kasih atas bantuan rakan2 di sana yang banyak membantu, lebih beruntung, harga untuk match kali ini agak murah daripada biasa serendah 10pound!(bergantung pada view) Lebih membuatkan ia berbaloi apabila Arsenal dan Wenger sendiri terdesak untuk mendapatkan piala maka pertandingan ini mula diambil serius oleh Wenger dengan menurunkan barisan yang bukan calang2 maka ketika aku mencapai suratkhabar percuma yang diedarkan di station2 underground, lantas mata aku ke ruangan sukan, membaca sembang2 hangat pre match, aku melihat janji Wenger untuk menurunkan barisan terbaik termasuk janji akan startkan RVP, aku tersenyum lebar.
Perjalanan ke Stadium buat kali kedua aku berasa penuh bersemangat. Pelik kerana tidak lagi kekok setelah berjaya mencapai objektif utama tempoh hari, bergambar di hadapan Emirates, mungkin membuatkan aku lebih yakin akan hala tuju perjalanan. Sepak mula akan start jam 745pm. Seawal jam 4 petang telah pun gelap. Setiap stesen yang aku lalui setiap itulah sedikit demi sedikit penyokong Arsenal memenuhi.Ada yang pulang dari kerja, ada yang membawa keluarga, ada yang berpasangan,ada yang berkumpulan mereka mudah dikenali hala tuju mereka, konfiden, jersey, scarf, mahupun snowcap semuanya tertera lambang Arsenal. Walaupun salji turun tanpa diduga kerana agak awal mengikut ramalan malah aku tak bersedia menghadapinya, cuma aku harapkan match tidak tertunda. Namun, ia baru hari pertama salji di London maka tidaklah sebegitu tebal dan membimbangkan. Terima kasih kepada teknologi Emirates yang berupaya mengawal haba di atas padang, match diberitakan berjalan tanpa halangan, aku tidak pedulikan kasut yang rosak, ku gagahkan jua misi.
Setibanya di Arsenal Station jam 6pm penyokong telah pun ramai berkumpul. Beberapa gerai kelihatan menjual merchandise2 Arsenal sama seperti mana suasana di perkarangan stadium di mana ada event2 besar, cuma di sini, gerai2 itu dibuka di tepi2 jalan sepanjang perjalanan, tidak di sekeliling stadium di mana lesen penjualan official2 merchandise hanya dimiliki oleh Armoury Shop. Maka tidak hairanlah di situlah ramai himpunan manusia yang mengambil kesempatan membeli belah dan mendapatkan cenderamata sebagai kenangan.. Aku mengambil kesempatan memerhatikan gelagat2 penyokong dari bermacam2 jenis, bermacam benua, bermacam bahasa, tapi semuanya hadir untuk memberi sokongan pada Arsenal.Kita tahu, kemenangan malam ini akan meletakkan kita dalam landasan terbaik menghapuskan badi 5 tahun selama ini.Lebih syok lagi adalah masing2 muka mereka penuh konfiden. Match programme dijual oleh pekerja2 khas yang berkhidmat unuk Emirates stadium, aku ambil peluang beli sebijik sebagai tanda kenangan.
Naik semula ke perkarangan stadium, orang semakin ramai memenuhi ruang legar setiap pintu masuk. Diberitakan match malam ini bakal dipenuhi dengan Junior Gunners yakni penyokong Arsenal muda mudi.Mungkin ada special event buat mereka.Mengharapkan kunjungan Gunnersaurus tapi tak kunjung tiba.Bajet nak bergambaq. Rupanya dah ke dalam! Yeah! waktu yang ditunggu telah tiba. Pintu masuk pun dah mencerminkan kecanggihan stadium baru ini, haha tiba2 jadi excited macam budak kecik dapat gula2. Tengok tiket, tengok nombor block, tengok tingkat, tengok nombor seat,dengan bantuan stewardes , tempat duduk memang atas sekali. Tapi tak mengape janji dapat view berbaloi, puas hati jugakla sebab dekat dengan kawasan view tengah walapun atas sekali. Yang syoknya nak berdiri ke berjoget ke apa ke takde orang nak kecoh2 suruh duduk. Walaupun berada di puncak, tinggi, tapi aku ulangi not bad jugak la pemandangan dia, kita masih boleh mengenal player. Tapi takde hal, segala persiapan telah teratur rapi segala gadget dari binocular ke camera member, semua telah disiapkan.
Melihat pemain keluar dari tunnel membuatkan adrenalin menggelegak! Turut serta adalah Gunnersaurus. Seorang demi seorang nama 1st eleven pemain2 Arsenal yang disebut oleh announcer stadium disahut oleh para penyokong.Biasa dengar kat TV, kali ini boleh sahut sekali. Ternyata line up tidak menghampakan.
------------Szczesny------------
Eboue---Kos---Jozan---Gibbs
-----------Denilson------------
----Walcott----Wislhere------
-RVP-----Bendi-----Vela-----
Wenger betul2 nak menang. Lagipun ini satu2nya piala domestik yang belum pernah didakap Wenger. Bench pun tidak kurang hebatnya, Samir Nasri, Andrei Arshavin, JET, Eastmond, Sagna, Nordveit, dan keeper muda James Shea. Walaubagaimanapun perlu diakui Wigan memberi tentangan dengan disiplin yang mematahkan transaksi antara bahagian tengah Arsenal. Dari atas kelihatan Roberto Martinez selalu tampil bangun dari bangku simpanan tapi bila melihat ke arah home bench, kelibat Wenger jarang kelihatan, mungkin tenang di kerusi berdiskusi dengan Pat Rice.Arsenal dipaksa bersabar walaupun mendominasi perlawanan tapi gagal memecah kebuntuan sehinggalah penghujung separuh masa pertama.
Setiap kali Arsenal mengasak penonton pasti bersuara memberi sokongan, dan kalau dekat2 kawasan gol memang tak boleh duduk diam tapi segalanya diakhiri dengan bunyi nada kecewa, paling tak boleh terima apabila Vela melepaskan peluang apabila mendapat hantaran cantik RVP , Vela hanya tinggal Al Habsi untuk diatasi tapi kali ini sentuhan mat Lob tak menjadi. Semua bagai ternganga bagaimana Vela tak mampu menyudahkannya?! Arsenal diberi tali hayat apabila pemain paling mengancam bagi Wigan, Moses terpaksa diusung keluar dan diganti oleh seorang lagi winger N'Zogbia, seronok jugak mendegar live boo setiap kali pasukan lawan membuat pertukaran.
Arsenal terus mencuba serangan demi serangan pergerakan demi pergerakan semuanya tersasar wide atau dipatahkan Wigan. Ada satu insiden di mana bola nampak terkena tangan pemain Wigan dan ketika itu di tempat duduk aku semua mengangkat tangan mahukan penalti diberikan.Pengadil tidak termakan dengan tekanan yang diberikan penyokong. Cuba dan terus mencuba, setiap kali set pieces terutama corner , tumpuan diberikan. Walcott mengambil sepakan sudut, tapi bola tak singgah ke kepala Bendi mahupun kepala pemain2 Arsenal yang lan sebaliknya tertuju ke kepala seorang pemain Wigan lalu terjunam ke gol sendiri. Nama penjaring gol tidak di announce tapi yang penting GOL! semua meloncat keriangan. Suasana cukup happening, laungan "one nil to the Arsenal" mula bergema. Tidak lama selepas itu mula desas desus kedengaran ,pemain yang menjaringkan gol adalah kapten mereka sendiri Alcaraz. Suasana yang mula2 ragu2 dan risau kini menjadi lega dan fan kembali menyorak keriangan, banyak lagu2 yang dinyanyikan bersama antaranya lagu2 wajib tapi paling best laungan "stand up if you hate tottenham" kami semua berdiri! Bulu roma pun berdiri beb.
Tapi Wigan tak stop di situ sahaja.Arsenal hampir terperangkap beberapa minit selepas itu dari situasi yang sama tapi kecemerlangan Szczesny yang masih clean sheet dalam setiap aksi bersama pasukan utama menyelamatkan keadaan. Memang keeper masa depan budak ni! Bermula dari situ, kita tahu Wigan tak mudah mengaku kalah, perlawanan mula hidup. Tamat separuh masa pertama kita leading dengan sebijik gol hasil gol sendiri, tapi fan masih lagi teringat 2 kekalahan berturut2 di home terutama kekecewaan paling dasyat yang baru dialami seminggu sudah,derby spuds, jadi kami tak mahu pisang berbuah 3 kali! Pada ketika orang ramai keluar beli burger coffee dan makan2, aku hanya duduk memerhatikan sekeliliing stadium, sangat teruja beberapa kali aku bertanya pada rakan, betul ke aku dah sampai? Di padang kelihatan pemain2 simpanan masuk memanaskan badan dan ada acara penghargaan dari Gunnersaurus untuk Junior Gunners yang paling bertuah terpilih.Itulah syok dan uniknya Arsenal, selain memberi keindahan dalam seni bola sepak, charity, sumbangan amal dan menceriakan kanak2 bagi masa depan yang lebih cemerlang juga menjadi kerja2 mereka. Dalam masa yang sama, semua mata tertumpu pada skrin besar, keputusan semasa dari Upton Park, West Ham 2- United 0. Wow!
Sambung separuh masa kedua, Arsenal tak tunggu lama untuk mengasak.Tapi melihat sorang pemain Arsenal terbaring dan dikerumuni oleh rakan2 dan medic bukan suatu yang best untuk ditonton. Lebih2 lagi bila teropong punya teropong rupanya RVP yang terbaring akibat berlaga dalam kotak penalti lawan. Tapi pemain paling menyerlah separuh masa pertama bangun meneruskan permainan. Wenger pun dah mula tak senang duduk, semua dalam stadium tu sedia maklum, 1 gol belum cukup . Apa2 boleh berlaku. Ingat kali terakhir kita bertemu mereka? leading 2-0 sebelum kalah 3-2 bukan, cukup menyakitkan. Arsenal perlu pantas membunuh game ini. Tak menunggu lama, Vela dari bahagian kiri melakukan low cross yang di slide baek punya oleh Bendi untuk memberi kelebihan 2-0. Sekali lagi Emirates gegak gempita.
Kelihatan kelibat Nasri tengah warming up, lagu untuk pemain paling on form Arsenal setakat ini berkumandang setiap kali dia melintasi barisan penyokong.Tidak lama selepas itu Wenger melakukan double subtitution, Nasri dan Eastmond dibawa masuk menggantikan Wilshere dan RVP, standing ovation untuk RVP yang semakin kembali ke match fitness.Kemasukan mereka sekadar untuk secure kan keadaan.Begitu juga JET yang mendapat hampir 10 minit aksi menggantikan Bendi, gergasi ganti galah. Di minit2 akhir Nasri berupaya menambah koleksi peribadi dan gol ketiga Arsenal tapi sayang setelah menewaskan Al habsi ada pulak pertahanan mereka atas garisan gol. Menjelang minit2 akhir terdapat 'hiburan' di stadium apabila seorang penyokong berjaya lari ke dalam padang , siap buat slide lagi , hahah.. penat pengawas perlawanan sibuk mengejar, Eboue sempat pergi ke arahnya sebelum pemuda itu ditangkap, cuba menenangkan perangainya agar tidak mengganggu saki baki match yang sedang berlangsung. Memang best! Lagi best bukan dia seorang tapi selepas perlawanan lebih kurang 2 orang lagi buat perkara yang sama! Jenuh mengejar tetapi sepandai2 fan melompat kegirangan, tertangkap jua akhirnya..
Tiupan wisel penamat.Penyokong bersorak gembira kepuasan, Emirates kembali ceria menuju landasan kemenangan! Lebih ceria lagi keputusan semasa diumumkan, keputusan di Upton Park yang telah berakhir, satu lagi jiran London membuka peluang lebih cerah untuk Arsenal menjulang piala musim ini, "West Ham 4- Manchester United 0" Lengkap malam gembira aku.Ditambah dengan Salji turun umpama meraikan kemenangan dan malam indah. Malam itu aku pulang sengan 1001 kepuasan, dan jugak syok yang tak terhingga, bukan sahaja Arsenal menang di depan mata tapi atmosphere di Emirates cukup mengujakan, Walapun agak terkilan tak sempat menyertai stadium tours tapi tak apa lah,bukan rezeki. Secebis pengalaman bersejarah ini pun dah dikira bersyukur sebab segalanya berjalan dengan baik.Terima kasih Arsenal.
Roy Keane dan Ispwich Town menanti di separuh akhir.Tapi Arsenal boleh melupakan seketika saingan sebelum bukak balik buku carling Cup seawal tahun hadapan.Road to Wembley akan lebih indah sekiranya kita muncul di atas podium pada final 27 Februari nanti sebagai juara! Aku akan teringat kenangan ini dan berkata balik pada diri aku sendiri, "Kita adalah sebahagian daripada sejarah perjalanan ini"..
Agi idup agi mengGunners!!
Selasa, 7 Disember 2010
Post Match Exclusive : Suku akhir Carling Cup di depan mata!!
2:44 PG
Gunners & Roses
2 ulasan:
I was smiling throughout the entire post. macam baca novel "Pengembaraan ke Emirates" by GNR.Best! And lagu in the video sngt kena kot. Thanx for sharing!:P
tq missnadira ~senyum seindah suria yangmembawa cahaya~ =)
Catat Ulasan