Sejurus selepas perlawanan, ramai yang mempersoalkan akan taktikal Wenger mengapa perlu tukar sampai 8 pemain daripada team yang menang perlawanan besar 48 jam sebelum itu. Jawapan pengurus di sebalik kekecewaan keputusan seri yang rata2 mengecewakan semalam adalah mudah, Wigan rehat 3 hari, Arsenal hanya dua jadi adalah mustahil untuk menurunkan muka2 yang sama. Namun itu bukan alasan kerana sesiapa juga yang diturunkan sepatutnya harus komited dan mencapai standard yang diperlukan. Masalahnya selain ragu2 dengan barisan pertahanan kita yang jarang bebenor tak clean sheet , barisan hadapan yang diturunkan Wenger lemau, tiada idea, dan tak berhasil. Berapa kali la sangat kita lihat Chamakh bergandingan dengan Bendi? away game pulak tu. Dalam skuad yang tak ada protection dari Song, dan sudah tiada Fabregas, Wenger memilih untuk merehatkan kekreatifan Nasri membiarkan si baru cergas dan sakit semula Diaby dan Denilson mengemudi barisan tengah di samping orang tambahan Rosicky yang entah berapa lama lagi perlu menunggu sebelum menamatkan kemarau golnya. Kalau mahu mematahkan pasukan lawan yang berdisplin seperti Wigan, Arsenal sepatutnya tahu meletakkan keseimbangan yang jelas tak ada malam tadi. Rapuh di defend, lumpuh di hadapan. Ironinya, Wigan yang bermain 10 orang selepas aksi ala Zidane N Zogbia pulak yang naik semangat dan mampu menjaringkan gol , sekali lagi......dari set piece!!!
Jalan selamat sebenarnya ada, tapi kita tak menggunakannya. Dengan Arsenal sekarang, segalanya mendebarkan, tak kisahlah leading sebijik gol atau 2, bila2 masa sahaja lawan ada keyakinan untuk muncul kembali selagi Arsenal tidak menggunakan peluang membunuh game. Arshavin pastinya boleh melakukan lebih baik ketika mendapat hantran Wilshere hanya tinggal El Habsi untuk ditewaskan, walaubagaimanapun, finishing yang cantik untuk gol penyamaan. Seri meletakkan persaingan liga kembali menjadi sangat2 terbuka.Tetapi seperti menjadi trend apabila ada sahaja peluang untuk Arsenal melompat, mendekati pencabar, pastinya ada sahaja yang tak kana.
Match terakhir tahun ini berakhir dengan kehampaan, gagal mengambil kesempatan. 2 hari lagi pintu perpindahan bakal dibuka, tidak menjangkakan apa2 dari Wenger selain bebebrapa muka muda mudi sperti Miyachi akan masuk. Jika benar dia menafikan untuk tidak memperkuat di bahagian pertahanan, aku berharap Wenger ada penjelasan yang lebih munasabah bila tiba May nanti. Katanya kemasukan bergantung pada, berapa ramai yang akan keluar, itu adalah kata2 yang pernah keluar dari mulut Wenger, adakah memberi hint bahawa terdapat mereka yang bakal dijual. George Graham pelik kenapa Arsenal tidak mengembalikan era hard men dengan signing2 orang2 besi seperti mana yang pernah dimiliki Arsenal dulu. Aku tahu dia mempertaruhkan Song dan kepercayaannya terbalas.Tapi Song harus memerlukan persaingan. Tulang belakang dan anchor Arsenal perlu diperkuatkan lagi kerana pusingan kedua lebih mencabar dan di UCL nanti kita sudah tahu apa yang kita bakal dapat dari Barcelona.Oleh itu Wenger ada peluang untuk memperkemaskan unit pertahanan dan terutamanya set piece defending, kami mahukan tindakan.
Buku tahun baru akan dibuka away di Brummies. satu lagi venue yang liat. Kita tunggu dan lihat.
"Whats the diference between this handball & my 1 vs spurs? Referees dont want us to complain abt them but they make life dificult 4 themself.Im not complaining at all, im just saying why on the same thing some refs say its a pen and some not. Is it a rule or just what they feel?Football is like that so we have to stand up and win saturday. Nite guys!” El- Capitano
0 ulasan:
Catat Ulasan