Selamat Tahun baru 2011. 2010 agi Wenger adalah tahun yang penuh dengan kedukaan, maksudnya di sebalik kegagalan Arsenal menjuarai apa2 di hujung musim May 2010, rekod Arsenal dihantui dengan kekalahan2 yang perit ditelan. Antaranya dibelasah Barcelona, tumpas kepada Spuds away dan home, tumpas kepada Wigan dan Blackburn di akhir musim, sebelum tambah lagi beberapa result yang ak berapa nak best di musim baru yang bermula Ogos. Dengan pengakuan Wenger ini kita mesti pelik kenapa perkara ini sering berulang walhal kalau Wenger betul memahatkan memori2 buruk itu pastinya pengajaran telah pun dipelajari. Justeru rata2 mengatakan faktor Arsenal untuk naik gear adalah kerana Wenger sendiri yang memilih untuk tidak memperbetulkan kepincangan yang ada. Ada pro dan kontranya pandangan tersebut, ia menunjukkan Wenger mempunyai keyakinan diri yang begitu dasyat tingginya manakala di sebelah lain kita melihat team ini tak jauh beza dari musim2 lepas, cuma kekadang berada pada tahap terbaik tapi sayangnya tak mencapai kemuncak, Wenger hanya perlu melakukan sedikit sahaja perubahan untuk menjadikan team ini digeruni tapi dia memilih untuk mengekalkan sumber yang sedia ada dan terus mempercayai segelintir bakat muda ini akan menjadi bintang pujaan.
Bila masuk tahun baru bermakna pintu perpindahan Januari terlah terbuka. Kita tak sempat menangisi pemergian seorang bakat muda CB dalam Havard Nordveit yang telah pun berpindah ke Bundesliga kerana kita jarang sekali sempat menyaksikan peluangnya dalam skuad utama. Ini adalah contoh kontra dalam polisi pembelian pemain2 muda, itu adalah risikonya, bukan semuanya akan berjaya di Arsenal.Apapun selamat maju jaya kepada pemain yang bakal menyarung jersi Borussia Monchengladbach. Wenger tidak menafikan peluang untuk signing baru, tapi Wenger tidak menyatakan dia terdesak. Kita menjangkakan statement darinya seperti ' Eboue dan Pat Rice adalah signing baru Arsenal'. Sementara itu isu Almunia, Wenger mengesahkan terdapat risikan dari kelab2 Spanyol untuk melamar penjaga gol yang sudah out of favor ini. Sejauh mana kesudan ceritanya, segala keputusan kini terletak di tangan Almunia.
Setelah berjanji bahawa pemain2nya tidak akan berpesta sakan di hadapan Big Ben tengah malam tadi, Arsenal bakal memulakan kempen di tahun baru dengan semangat baru away dari London ke Birmingham. Cerita turun naik Arsenal yang sudah biasa kita dengar minggu lepas berulang balik. Setelah sempoi menundukkan Chelsea, kita diikat Wigan di mana Wenger dihentam hebat kerana melakukan sehingga 8 pertukaran. Secara jujur pada aku , aku tak nampak apa salahnya di situ kerana ada logiknya tetapi biasalah, ia satu risiko terutama kelab2 besar seeprti Arsenal yang bila perkara tidak berlaku seperti yang dikehendaki, ia akan menjadi buah mulut. Arsenal memilih untuk travel ke Wigan dengan merehatkan RVP dan Jozan, kesannya penggantinya Squailaci menjaringkan gol sendiri dan itulah akibat yang terpaksa diterima Wenger. Satu lagi kemalangan, dia kehilangan kembali Diaby.
Jadual yang padat menceritakan kehangatan fiesta bola sepak Inggeris di mana sambutan tahun baru dan perayaan krismas,boxing day disajikan dengan aksi yang padat. Chelsea, Wigan, Birmingham, ManCity, Leeds semuanya dalam selangan 2 hingga 3 hari. Tuan rumah bukan pasukan yang calang2, Chelsea ditewaskan, United dikecewakan dengan gol last minit. Arsenal pasti ternyiang2 akan2 tangan badut Almunia ketika minit2 akhir musim lalu di St Andrews. Sukar untuk pulang dengan mata penuh kerana Alex Mcleish mempunyai pasukan yang tidak mesra alam menghadiahkan peluang pada lawan terutama di laman mereka sendiri. Malahketika bertemu United kita boleh lihat betapa compact nye mereka ketika Zigic dan Hleb hanya sekadar di bangku simpanan. Kehadiran Zigic yang membuka akaunnya di Emirates awal musim, merupakan satu area threat yang perlu diwaspada oleh barisan pertahanan Arsenal. Terutama bila tiba tang Set Piece! Aku menjangkakan Jozan akan kembali bergandingan dengan Koscielny. Song akan ditugaskan meng steady kan defend dan kita boleh mnarik nafas lega kerana Cesc Fabregas bakal kembali dari penggantungan. Arshavin yang menjaringkan gol cantik Rabu lalu harus lebih rajin dan menunjukkan kesungguhan bagi memastikan tempatnya kekal dalam kesebelasan utama. RVP dilihat akan lead the line samil diapit oleh Walcott dan Nasri. Mungkin barisan yang sama ketika menentang Chelsea.
--------------------Fabiansi-------------------------
Sagna--------Kos----------Jozan----------Clichy
--------------------Song-----------------------------
-----------Wislhere-------Fabregas-----------------
Arshavvin/Theo----RVP--------------Nasri---------
Seri dengan Wigan memang kecewa, tapi jika dipikirkan , bukan mudah. Menang di Brummies pula bukannya satu jaminan, tapi jika berjaya 7 mata dari 3 perlawanan bukanlah result yang begitu malang. Mulakan kemenangan di tahun baru. Teruskan Menggunners! Astro Super Sport 3. 1.30 am. Brummies 1 - Arsenal 3
Sabtu, 1 Januari 2011
Pre Match : Arsenal vs Brummies
4:48 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan