Kita tahu sebelum perlawanan bertemu Partizan chances untuk kita menjuarai kumpulan agak sukar dari 2 kekalahan hambar jauh dari laman sendiri. Dan kita juga telah jangka akan bertemu dengan pasukan seperti Real Madrid, Barcelona , Bayern dan Schalke. Tilikan dan ramalan tengah popular, nawaitu2 hendak bertemu Barcelona tidak disorok lagi. Tapi biarkan undian Jumaat depan yang menentukan, lagipun kita tak punya banyak pilihan 50% ke Spanyol 50% ke Jerman.
United akan diperkuatkan dengan trionya kembali dari kecederaan, Evra,Rio,Scholes. Tapi jika perasan, Ferguson sering mendapat taktik yang betul ketika bertemu Arsenal dengan menyenaraikan Park Ji Sung,Fletcher dan Nani. Barisan tengah ini yang akan menggagalkan Arsenal bermain seperti biasa dengan Nani akan menggunakan kesempatan ruang yang terlalu luas dibiarkan oleh corak permainan kita sendiri.Itulah sebabnya nama2 yang sama sering mendominasi pentas pertembungan clash of the titans ni, mereka suka lawan Arsenal kerana pada masa itu mereka boleh tunjukkan potensi.Rooney yang mempunyai musim yang agak senyap di atas padang pun tiba2 boleh pop up masa2 ni. Yang penting bagi Arsenal adalah,bertahan secara satu unit, dapat mengekalkan disiplin aku rasa tiada masalah untuk Arsenal balik dari Old Traford dengan result yang puas hati.
Kepulangan El Capitano masih menjadi teka teki. Wenger tak menafikan 100% peluang untuk Cesc kembali tetapi tidak akan mengambil risiko menurunkan pemain paling berpengaruh dalam kem Arsenal jika tidak benar2 cergas. Jozan jugak telah kembali begitu jugak Clichy yang demam sebelum bertemu Partizan. Yang mendukacitakan adalah kita bakal sekali lagi kehilangan Gibbs dalam tempoh 3 minggu.Aku suka mendengar Wenger memberi konfiden kepada para pemainnya dengan mengharap pemain tidak berasa mereka injury prone tapi3sebaliknya apa yang berlaku hanyalah insiden semata2.
Walcott pula dalam masa yang sama berasa dia kini berhak mendapat semula tempatnya dalam kesebelasan utama setelah apa yang dipersembahkan Rabu lalu. Tapi apakah sanggup Wenger merehatkan Arshavin yang kelihatan tidak efektif dan kepenatan ketika pemain Russia tersebut di atas kertas mempunyai statistik yang baik setakat ini, assist terbanyak dalam kem Arsenal dan antara yang tertinggi dalam premier league. Secara peribadi aku lebih merelakan Arshavin untuk start dan Walcott memberi impak dari bench kerana ,kepantasan Walcott adalh senjata rahsia dan ketika ini itulah kelebihannya, muncul dari bangku simpanan dan mengubah perlawanan. Tentang cakap2 gandingan RVP dan Chamakh yang lemau, perlu diingat berapa kali sahaja gandingan ini baru digunapakai dan Wenger inginkan RVP emndapat timeplay yang cukup di samping mahukan khidmat teamwork yang ditawarkan Chamakh. Munkin tak ada masalah kalau kita kembali kepada 4-4-2. Nasri jugak dalam form terbaik kerjayanya. Dia pernah mencuri tumpuan dengan 2 golnya memusnahkan United dalam musim pertamanya di bumi England. Pada ketika namanya tengah hangat kini pastinya ramai yang mengharapkan lebih lagi.
Nampaknya Arsenal terpaksa meneruskan program biasiswa ke luar negara apabila pemain muda baru yang dijangka masuk tidak mendapat work permit oleh FA. Kelap2 Segunda Division tampak seakan2 destinasi pasti di mana peraturan sana lebih longgar berbanding jabatan imegresen di England. Wenger sendiri telah membuat rayuan ke FIFA tentang kes ini semalam bagaimanapun rayuan telah ditolak. Cita2 untuk pemain yang akan berumur 18 tahun Januari nanti memulakan kerjaya Arsenal nampak seperti akan tertangguh tapi tak mengapa, mungkin boleh mengikut jejak langkah carlos Vela,Samuel Galindo dan Pedro Botelho. Kesusah payahan dan kesanggupan Wenger sendiri cuba sedaya upaya untuk membawa pemain ini secepat mungkin mencerminkan ada suatu yang istimewa dalam budak ini.Sama2 kita nantikan pemain forward ini membuka akaun golnya di Arsenal!
0 ulasan:
Catat Ulasan