Selasa, 28 Disember 2010

Post Match : Arsenal 3 Chelsea 1

Arsenal

Ada beberapa positif dari kemenangan ini.Tentunya kemenangan tadi amat manis dan menyuntik keyakinan setelah serangan bertubi2 dari persekitaran yang mengatakan kita tak mampu melakukannya dalam match2 besar terutama bertemu rival. Bahkan lagi seronok menang game Derby, menyaksikan kita meninggalkan mereka sekurang2nya 4 mata dan mebiarkan mereka dalam keadaan tertekan , menambah episod suram perjalanan liga mereka. Lagi best , kita dah hampir ke full skuad dengan hanya Mael sahaja pemain sandaran utama yang masih dirawat ketika RVP dan Fabregas jugak sudah mula menampakkan aksi2 original mereka walaupun belum capai tahap terbaik. Malah buat pertama kali kita dapat mengekang si Drogba dari menjaringkan gol, satu vodoo yang selama ini menghantui Arsenal, ini jugak kali pertama Drogba merasakan kekalahan kepada Arsenal, at least masuk mencacatkan  CV kerjayanya.

Le'ts sing a Song.Gol yang dijaringkan oleh Song pada minit2 akhir separuh masa pertama amat penting dan menjadi turning point. Dari 6 percubaannya setakat ini 4 gol telah berjaya disumbat, statsitik yang boleh tahan. Selepas itu di separuh masa kedua, Arsenal memilih untuk terus mengasak ketika Chelsea mula meletakkan orang di hadapan bola, kita berjaya memaksa mereka melakukan basic mistake dan memberi tekanan.Kehadiran RVP di bahagian tengah dari deep position menarik CB Chelsea keluar dari posisi memberi ruang kepada Walcott dan Fabregas bergandingan sesama mereka. Sorang assist , sorang score dan mereka bergilir. Walaupun gol Ivanovic masih menceritakan kelemahan Arsenal dalam mempertahankan set pieces, Chelsea jarang2 sekali menguji direct ke arah Fabianskai membuatkan pairing Koscielny dan Jozan bertambah yakin dari minit ke minit.Tapi itu tak menghentikan Fan berasa cemas dan trauma , kerana pastinya tragedi Spuds masih segar dalam ingatan. Arsenal terus compact dan tidak membiarkan barisan tengah terutama Lampard memberi ruang, sebelum match Wenger pernah berpesan, nak stop Drogba/chelsea, stop enjinnya. Song dan Wilshere melakukan tugas yang amat baik sekali bergandingan di bahagian tengah! Tahniah dan terima kasih kepada para pemain.

 Aku puas! setelah Malaysia menghadiahkan kegembiraan Arsenal meneruskan momentum keceriaan. Aku harap Rabu ini sekali lagi lebih meriah dari  Double Trouble, dengan double winning emotion memeriahkan emosi . Bermula dengan mengesahkan kemenangan ke atas Indonesia pada sebelah malamnya dan di awal pagi, kunjungan ke Wigan meneruskan rentak kemenangan dan terus memberi cabaran dalam kejuaraan liga.


3 ulasan:

Unknown berkata...

..."Bermula dengan mengesahkan kemenangan ke atas Indonesia pada sebelah malamnya dan di awal pagi, kunjungan ke Bolton meneruskan rentak kemenangan dan terus memberi cabaran dalam kejuaraan liga..."

Sepatutnya..

29th December 2010
Wigan Athletic v Arsenal 19:45

Gunners & Roses berkata...

Thanx Rhe, otak pikir Wigan dah, macam mana boleh tertulis Bolton, adui..mamai pagi2.. apapun terima kasih sekali lagi.

Unknown berkata...

tade hal. biase la pepagi hehe