Nasri : Jom duk atas
Jacko : Jangan tinggal daku~
"Na na na na na na na na na..Samir Nasri,,, NASRI!...SAMIR NASRI!!"Assalamualaikum , salam sejahtera, aku telah kembali. Itulah nyanyian dan sorakan yang kedengaran di Emirates malam tadi apabila 2 gol daripada pemain terbaik Arsenal setakat musim ini, Samir Nasri menjaringkan 2 bijik gol yang masing2 punya class tersendiri. Kemenangan ini sekaligus meletakkan Arsenal kembali ke puncak liga ketika perlawanan Blackpool-United terpaksa ditunda akibat salji yang tidak terkawal. Bila Arsenal selalu main cantik dan tidak menang, banyak yang akan komplen, dan tadi bolehkah dikira menang ugly? tak adil untuk mencop ugly bagi Nasri walaupun kerana 2 sublime finish nya memang cukup2 tenang dan class walaupun diakui pasukan kita tidaklah beraksi pada tahap yang diharapkan. Masih lagi memberi ruang kepada Fulham kembali ke dalam perlawanan sebelum terpaksa bekerja keras mendapatkan gol yang diingini. Namun begitu di saat2 akhir entah kenapa aku tidak berasa panik seperti biasa kerana aku tahu dari riak wajah mark Hughes pasukannya cukup kecewa setelah berjaya menyekat Arsenal seelok2nya tiba2 terkena sucker punch dek magikdari si Nasri. Mungkin juga aku rasa tengan krana badi novermber rain telah berlalu dan aku percaya kita akan kembali ke rentak kemenangan terutama di home setelah mencipta momentum hasil kejayaan melayakkan diri ke semifinal carling cup-perlawana yang tak akan kulupa sampai bila2.
Adalah suatu yang manis setiap kali menang derby. Bertemu Fulham yang tidak prenah menang di halaman Arsenal pasti mendatangkan sedikit kegusaran adakah rekod akan terburai sekali lagi , adakah tercipta rekod baru kalah 3 kali berturut2 di gelanggang sendiri? walaupun team perfromance kita sukar untuk membuktikan perkara itu jauh dari seakan2 belaku tapi nasri menjawab dengan kaki ajaibnya "kini tidak lagi". Nasri bergandingan baik dengan Arshavin yang nampak ceria! masakan tidak, kempennya tidak sia2, bercakap dengan tenang dan sempoi dia membantu ken negaranya menang bid bagi tuan rumah Piala Dunia 2018 2 hari yang lalu di Zurich. Ia sedikit sebanyak pasti dapat mengubat luka kekecewaan ke afrika 2010 yang ternyata bagi effect ke atas dirinya di padang setakat ini. Tapi seorang lagi nama yang kecewa dan membalas dengan cukup stylo adalah Nasri. Setelah half volley Arshavin ditepis oleh bekas bakal penjaga gol Arsenal Mark Shwarzer, Arshavin datang lagi kali ini hantarannya meloloskan Nasri yang hanya mampu menlihat kuisannya melintasi wide sebelah kiri tiang gol Schwarzer. Namun selepas itu gandingan 2 muka ini kembali hantaran Arshavin di kawal baik Nasri yang cukup tenang dan tajam depan pintu gol.gol ke 10 nya dalam kempen musim ini.
Seeprti biasa, Arsenal mesti mahu bagi peminat tidak senang duduk, peminat team2 rival pun sanggup tengok kerana merka pasti perkara diluar jangkaan selalu berlaku dan peminat neutral syok tengok dramatik2 ni, itu yang menyebabkan Arsenal untuk semua, universal dan mendapat hit terbaik! Ia datang lagi kali ini tidak diundang, setelah 'pertembungan' yang tidak sengaja, mungkin Suaillaci terhantuk muka koscielny, pemain france/poland itu bagai hilang arah, hilang tujuan di atas padang membuatkan Henri Kamara cempera meninggalkan markernya terhuyung hayang. Sejauh mana Koscielny mabuk, masih belum diketahui oleh medical team tetapi Wenger tidak mahu mengambil risiko, terus melakukan pertukaran dengan membawa masuk Jozan. Pembawakan Jozan dalam pasukan mendapat pujian dari Wenger hasil dominasi bola2 tinggi katanya, tapi mengapa Wenger sering rotate pairing CBnya sepeneinggalan Vermaerlan, ini adalah kerana Wenger selepas match berkata agak berat untuk membiarkan pemain yang sudah terlepas aksi setahun akibat kecederaan tiba2 beraksi dengan jadual yang padat 3 hari seminggu. Braga, Wigan dan malam ini, itulah sebabnya WEnger mengekalkan partnership Laci dan Kos yang kelihatan masih belum uth sepenuhnya.
Kembali kepada match tadi, Fulham berjaya mendapat gol yang mereka cari di waktu2 yang memang membunuh semangat di separuh masa pertama, malah hampir menambah kalau tidak kerana Fabianski sanggup menghulur kaki. Itu adalah tipikal Arsenal, serang2 dan terhukum kerana tidak menyelesaikan tugas awal, Song paling mendapat peluang terhidang sebelum itu tapi sepakan free nya hanya tersasar ke sebelah kanan. Cross Sagna pulak ditanduk direct oleh chamakh kedalam dakapan penjaga gol australia yang kalah bid kepada Qatar untuk 2022.
Sambung2 2nd half, Arsenal pantas cuba membina momentum setelah menyedari fan mula bising2 rasa tak puas hati dengan miss passed siti situ sana sani. Song berjaya menyelinap masuk dalam kotak penalti dan kebetulan dapat bola tampanan kaki lawan menyaksikan bola singgah di hadapan Rosicky tapi sayang kapten Arsenal malam ini belum berupaya mendapatkan gol sejak 35 perlawanan kalau tak silap aku, last sekali lawan Bolton January lalu, mana hilangnya rembatan2 padu Rosicky oi! itulah jeritan batinku! tapi takpe , masanya akan muncul.aku percaya. Lepas tu si Arshavin pulak, yang tengah ada dalam mood mimpi indah tapi tak pasti boleh lagi ke main time tu(2018) mencipta gerakan cantik sebelum sekali lagi Scwarzer menjadi penghalang. Mungkin dirinya mahu membuktikan sesuatu apabila sign kontrak dengan Fulham lagi 2 tahun, dalam masa yang sama Arsene Wenger awal2 declare no new keeper in January!
Fulham sekali dua ada jugak nafsu mengasak, terutama dari set pieces. Tandukan Etuhu hanya satu pembaziran apabila Arsenal tiba2 memberi ruang padanya.Mungkin Wilshere yang sedikit alpa ketika itu.Kedudukan 1-1 apa2 boleh terjadi, aksi bertukar dengan kedua2 belah merancakkan lagi derby. Tiba2 Pantsil menghadiahkan Song peluang apabila 'membantu' membiarkan bola masih lagi dalam perlawanan tapi rembatan Song dari sudut sukar hanya bagi frust rakan2 dan juga para penyokong. Balik semula bola ke sebelah Arsenal, Gera hampir2 score dari kelam kabut depan pintu gol tapi berjaya di clear dari RVP yang membantu. RVP apda ketika ini dah masuk menggantikan pemegang arm band thomas Rosciky, Cakap2 bahawa Wenger tidak berani menggandingkan 2 striker RVP dan Chamakh hanyalah spekulasi semata2 dengan Wenger pantas membuktikan dia boleh membiarkan mereka berada atas padang pada waktu yang sama dengan Chamakh bermain di hadapan RVP.
Kemasukan RVP membuahkan hasil Dapat hantaran sekali lagi dari Arhsavin, semua dah bajet rembatan kaki kiri akan dilepaskan tapi dengan sopan dia menolak kepada nasri yang menggelecek masuk ke dalam kotak penalti dengan keeper2 digeleceknya sehingga bola agak jauh dari kaki dan ruang semakin tertutup, Tapi bagai seorang yang flexible, dia berupaya melenturkan badannya ke posisi yang terbaik dan sempat menyepak masuk dari sudut yang sukar, sempoi.Sambutannya dengan RVP cukup menaikkan semangat.Dia mendapat jugak tahniah dari rakan2 lain di penjuru padang, mungkin jika Gallas masih ada lagi sekalipun, gol itu tidak boleh dinafikan utntuk di salute dirinya.Hahah.
Wenger jugak membawa masuk Theo menggantikan Wilshere tapi persembahannya masih tak dapat capai mutu sebelum dia injured, membuatkan Don capello naek resah dan mungkin lagi suka tengok englishman seorang lagi sebelum itu,.NAsri kelihatan terhincut2 selepas itu dan hilang aksi, kecederaan dialami tapi Wenger telah melakukan kesemua pertukaran jadi terpaksa membiarkan Nasri kekal di atas padang.Harap2 tiada apa yang teruk kerana kita telah kehilangan fabregas, kita tidak boleh hilang seorang lagi kualiti seperti nasri dalam jadual yang padat mendatang.Fulham cuba mengasak di akhir2 minit , Andrew Johnson dibawa masuk tetapi Arsenal bertahan sehingga wisel penamat, satu kelegaan di riak wajah semua pemain dan penyokong , tiada lagi kekecewaan di Emirates! Harap ia kekal berterusan, home dan away masing2 adalah penting, tidak boleh lagi drop points yang tidak perlu. Kita perlukan ini, sangat2 perlukan , 3 mata , top of the league, Nasri yang on form, momentum harus dibina, jadikan ini ttitik permulaan.Walaupun perjalanan masih jauh, kita tetap akan terus lawan!
We are good enough to go on that is for sure. Every single team struggles to be consistent and at the moment we are where we are despite losing three game. That means every game is a cup final and if you are not ready for it you will not take three points. We have the spirit and the quality but we faced tough opponents and it will be down to consistency. We are far from winning the championship yet, the only thing I can say is we have the spirit and the desire to fight for it.
Agi idup agi mengGunners!
P/S: Maaf, Post match yang agak panjang, Insha Allah kalau ada kelapangan akan aku buat satu post istimewa, post match Exclusiver bertemu Wigan!
1 ulasan:
nice
Catat Ulasan