Isnin, 31 Oktober 2011

Post match : AR53NAL vs CH3L5EA


Semalam yang hangat. Satu perasaan yang dah lama kita kerinduan. Back to the old days. Acap kali kita mencuba dalam perlawanan besar tapi kesudahannya jarang memihak kepada kita dalam beberapa musim kebelakangan ini dan semalam kita melakukannya sekali lagi dalam satu perlawanan bola sepak yang gila, open, mendebarkan, serta pasti menghiburkan. Lebih puas lagi kita hadir ke Stamford Bridge tanpa langsung diberi harapan, ditembak bertalu2 sebelumpun dijatuh hukum, ramai menjangkakan kita bakal malu besar tapi percaya atau tidak, semalam kita dah melakukannya. Wenger terus percaya, pemain nampak percaya, mengapa tidak penyokong tidak boleh yakin dengan kemampuan pasukan sendiri? Walaupun bukanlah satu persembahan yang sempurna, tapi sekurang2nya semangat yang tidak kenal erti putus asa macam inilah yang sepatutnya ditunjukkan dalam setiap game.Ya ia hanyalah satu game dalam liga, tapi mengutip 3 mata menentang title rival di gelanggang lawan adalah satu moral booster bagi sebuah pasukan yang so called in crisis la sangat.  Banyak lagi kerja yang harus dilakukan terutama dalam bahagian pertahanan.

Tidak berhasrat mengulas satu persatu, minit perminit pergerakan dan gol cuma ingin menyentuh tentang beberapa point dari analisa tentang match tersebut. Ia sebuah game yang sangat open di mana 2 pasukan yang bernafsu menyerang mencipta gerakan dan peluang bagi menghukum 2 defending display yang merapu meraban. Beza antara 2 pasukan adalah pasukan mana yang lebih menyempurnakan peluang.  Arsenal score 5 daripada 5 shot on target manakala Chelsea 3 daripada 8 SOT. Itu perbezaan antara fungsi Torres dan RVP. Game yang open dan ruang yang terhidang menyebabkan Arsenal mampu menghasilkan 12 serangan dan Chelsea jugak 13. Possession 55%-45% memihak kepada Chelsea dengan Arsenal terpaksa commit foul lebih bila mereka cuba fight for da ball. Nafsu meneyerang antara 2 pasukan big team mungkin penyebab kepada pesta gol ini. Untuk musim ini berapa kali kita sudah saksikan, apabila team2 favorite ini bertemu sesama sendiri pasti terjadi goal galore menghentam sesama sendiri berbanding ketika bertemu pasukan2 defensive minded, pasukan mid- table dan pasukan bawahan yang keep it tight tidak banyak memberikan ruang. Itu mungkin salah satu sebab Arsenal kelihatan struggle bila bertemu pasukan2 sebegitu.


Tapi bila lawan satu pasukan yang baru nak menceburi offensive play seperti Chelsea Baru di bawah kendalian AVB ini, mereka, Chelsea kelihatan confuse, keliru. Taktik high line defend ternyata memakan diri sendiri. Arsenal jugak beberapa kali terperangkap, dengan 2 CB yang push up tanpa cover yang berkesan dari fullback. Arsenal start dengan Mael dibangkusimpanankan oleh Wenger yang memikirkan mungkin taknak paksa Mael tergesa2. Tapi percaturan meletakkan Johan di RB umpama satu mimpi ngeri. beberapa kali di awal perlawanan dia menjadi bahan lawak Asley Cole.Tapi dek kerana kesembapan barisan serangan Chelsea Arsenal terselamat. Begitu jugak Arsenal, Theo Walcott yang pada gua, perlu gua akui untuk malam semalam bermain dengan otak yang selari laju dengan kaki, mampu mendapat lebih banyak kredit jika tidak keranan kegagalan Gervinho dan RVP meneympurnakan peluang awal yang dicipta terhidang. Di situ kita boleh lihat, bukannya tiada ruang pun antara Terry dan Ivanovic, malah sebenarnya kita mampu melakukannya jika terus mencuba.

Mertesacker dan Santos jugak harus melihat kembali ulangtayang game ini dan patut menggeleng kepala terutama dalam separuh masa pertama. Satu2nya pemain yang dilihat bertahan dalam jersi merah putih adalah Koscielny.PM harus buat lebih baik dalam kedua2 gol dan Santos, selain terlibat sebagai suspek untuk gol pertama dan ketiga perlu mencari shape yang lebih berpatutan supaya lebih match fit.Walaubagaimanapun pemain Brazil itu merupakan satu aset ketika mara ke hadapan.Jumlah golnya kini sudah menyamai dengan jumlah gol 8 musim Clichy di Arsenal.

Kalau sebelum ini ceritanya Arsenal dominasi perlawanan, tapi Chelsea yang lebih tajam menghukum kali ini ia berbeza sedikit. Chelsea lebih suka memegang bola manakala kehadiran Gervinho dan persembahan Walcott, Ramsey memberikan Arsenal directness. Tapi melihat kepada barisan tengah Mata, Lampard dan Ramires, atas kertas anda boleh cakap Chelsea lebih kreatif dari Arsenal tapi satu kejutan Mikel menjadi pilihan daripada Meireles untuk malam ini. Itu memberikan sedikit ruang untuk Song bernafas kerana tugas besar dia perlu menjadi perisai di depan back four ditambah lagi fullback kita yang sering AWOL, tido , dan pancit. Song bergandingan dengan Arteta yang sebenarnya bukanlah pemain jenis box-to-box, tapi kehadiran Spaniard turun ketika diperlukan dan naik ketika diharapkan memberi kestabilan kepada barisan trio tengah kita.

Game semalam lebih kepada hukum menghukum, buat salah sikit hukum, salah sikit terus pancung. Kita tengok dulu gol yang kita bolos, mana positioning PM yang tak track pemain yang harus dimarknya. Dia tak aware kedudukan Lampard, kalau dilihat kembali dia hanya mampu toleh sekejap di mana tiada entiti pada pandangannnya. Santos, sepatutnya tutup ruang Mata dengan lebih baik untuk prevent cross itu.Satu jenayah apabila pemain setinggi lebih 6 kaki gagal menanduk keluar bola sebegitu. Dan gol kedua, jenayah berpasukan, sekali lagi bagi set piece masuk. Sudahlah di waktu2 yang tak patut bolos pulak tu, di akhir separuh masa babak pertama di mana kita baru sahaja back in game jaringkan gol penyamaan. Itu kalau tak kena harinya boleh moral down.Melalui satu sepakan sudut, dah menjadi statistik yang patut sedia maklum dari team Arsenal, John Terry selalunya akan cuba untuk melibatkan diri, siapa markernya? sekali lagi PM, tapi fizikal tingginya tak cukup menghalang Terry menghulur kaki jek. Satu lagi concern ialah, orang yang dipertanggungjawabkan jaga near post, Arteta. Kalau anda lihat betul2 apekejadahnya dia mula2 jaga, namun kemudian bola belum disepak pun perlahan2 undur ke belakang semakin ke tengah, malah di belakang Szczesny dan dilihat dari camera atas, dia berada di belakang garisan gol, pendek kata duduk dalam separuh gol. Apa sumbangan pun kalau kat situ gua pun tak tau. Shocking! Gol ketiga mungkin boleh didebat, adakah Lukaku melakukan foul ke atas Santos tapi Santos harus memandang kepada responsibility nya membuang bola apabila sering kali misspass dan gave up possession. Kredit kepada Song yang hanya lambat sesaat jek untuk perfect tackle namun sudah tertulis ..dari kerana Mata, Szczesny tertewas jua.

Mari kita beralih kepada part yang lebih syok dan positf pulak. Bab kita menghukum Chelsea. Sudah dikatakan tadi, Chelsea cuba main high line defending, maka resultnya bolos 5 gol di tempat sendiri kepada Arsenal yang terkenal dengan counter attacking flow dan tempo yang laju. Arsenal mengeksploitasi eksperimen Chelsea ini sepanjang perlawanan. Jika tidak kerana nasib yang tidak menyebelahi, Arsenal mungkin senang2 sudah mendahului perlawanan dengan beberapa bijik. Tapi dah ditakdirkan kita harus mengejar game sebanyak 2 kali. Gol penyamaan pertama adalah satu team gol yang menarik. Lihat bagaimana Arsenal menggunakan ruang yang ditinggalkan antara pemain2 Chelsea dari santos ke Rambo kemudian dengan satu passing yang cantik di celah2 Ivanovic dan Terry, Gervinho mencelah berselari dengannya, RVP, Chelsea pada ketika ini mengharapkan offside tapi bendera tetap tidak diangkat, tepat! tidak offside, Gervinho tidak tamak dihantar kepada RVP , mudah!

Untuk gol kedua, adalah sangat2 penting melihat respon pemain2 sebaik mula babak kedua kerana kita sekali lagi dalam kedudukan mengejar game. Sebaik sepak mula babak kedua, kita dah mula menunjukkan desire melalui RVP dan Gervinho. Terus menerus kita mencuba dan akhirnya terbalas, Song passing cantik punya kepada Santos yang melepasi markernya Sturridge dan pemain Brazil ini penuh composure depan gol steady merembat masuk melepasi Cech. Kita menghukum barisan pertahan Chelsea, Bosingwa kelihatan kesesatan pada ketika ini, ruang yang diberikan Santos untuk mara ke depan perlu diucapkan terima kasih. Villa Boas tahu Arsenal main ikut flank, tapi kesilapannya, instead of cuba nak main deeper kasi Arsenal frustrated, dia mengarahkan fullback nye push Gervinho dan Walcott. Mikel pada satu ketika dipaksa bercampur gaul dengan Ivanovic dan Terry menjadikan lambakan di kawasan tengah padang, movement bola Arsenal yang pantas membawa kepada kisah sedih bagi Chelsea.Pada situasi ini penguasaan bola dan pertempuran bahagian tengah tidak lagi relevan kerana seperti statistik Chelsea yang dominate game tapi tetap kalah. Apa yang penting adalah pasukan yang kurang membuat kesilapan dan kepersisan @ kePersiean menghukum kesilapan.


Arsenal mendahului buat pertama kali melalui gerakan solo Theo Walcott.Tak tahu sama ada dia mmg nak memperdaya atau memang betul2 terslip tapi bijak, sungguh bijak dari Walcott. Gua yang maki2 dia selama ini pun telan balik makian tu dan bagi kredit kepada kemampuan berfikirnya malam tadi. Seronok melihat para pertahanan dan permain Cheslea hilang arah keliru antara satu sama lain. Arsenal bertahan hampir 25 minit selepas itu tapi dikejutkan dengan screamer dari Mata tinggal 10 minit nak habis. Wenger membebel2 seperti biasa kepada Howard Webb yang sekadar menjadi pegawai keempat sahaja.Masa ni dah macam2 lalu dalam kepala otak, sakit jiwa, jiwa kacau, mimpi ngeri, ini semua sebab sejarah2 kebelakangan ini yang sering tidak memihak. 5 minit selepas itu, giliran away fan kembali menggila. Lagi best... ya lagi best sebab ia hasil buah tangan dari John Terry. Malouda gatal main back pass, tiba2 terry 'terslip' tapi tengok balik ulang tayang Terry dah macam..'wut the fun?mampuih aku nak ligan better aku jatuh jek dulu at least selamat maruah aku' pada ketika ini tengok dari camera atas, anda boleh lihat Lampard sudah meletakkan tangan atas kepala menandakan dia gave up, yakin RVP dengan slumber menewaskan Cech tapi tidak menTorreskan diri apabila berjaya menyepak tepat ke arah gawang yang ternganga luas.Kepuasan celebration bertambah apabila melihat zoom in face JT.







Arsenal perlu berhati2 , mengapa? Tidak perlu diingatkan..kerana ia Arsenal, maka anda tentu faham. Beberapa minit yang tinggal umpama beberapa jam.Mata hampir merembat ke gawang yang terbuka tapi half volley nya tersangkut dek kaki Santos. Szczesny adalah orang paling lega kerana kegopohannya. Bukan sekali tapi sebelum itu jugak terjadi satu insiden di mana dia bertuah masih ada di atas padang. Kalau diikutkan trend semasa pengadil BPL, itu dah kene kad merah, bukan sebab last man tapi sebab cara dia terjah dengan high foot challenge, tak pasal2. Walaupun melalui replay kelihatan Ashley Cole yang melebih2 ia tetap satu perkara kurang bijak dari penjaga gol yang mula belajar dari game ke game ni. Satu ketika, sekali lagi Mata cuba merembat dan kali ini Kos hadir dengan  blocking yang superb. Top class defending Kos malam tadi. Mael yang masuk membuat cameo menggantikan Gervinho dah bersedia di belakangnya.

Selain Mael, pemain gantian lain yang wajar diberi kredit adalah Rosicky. Gua pernah berkata kepada rakan sepenontonan, game macam ini kelibat pemain2 seperti Rosicky dan Arshavin banyak membantu. Selain daripada pengalaman, keupayan mereka untuk mengoptimakan ruang2 yang cukup seni boleh memberi kelebihan kepada Arsenal. Sebaik masuk dia menjalankan tugas dengan ok. Tapi paling penting ketika dia menunjukkan semangat fight for the ball ketika Meireles cuba melipat menggunakan kaki, dia dengan berani  mensuakan kepala merampas bola untuk Arsenal counter attack di masa2 kecederaan. Dihantarnya kepada Arteta, Arteta menunggu dan memilih option yang tepat dilorongkan kepada RVP sekali lagi ditinggalkan jauh oleh Bosingwa, tolak sedikit ke dalam petak penalti sebelum merembat deras untuk gol kelima.


Stamford Bridge gegak gempita dengan sorakan tetamu2 kehormat.Bukan sehaja fan bersorak keriangan, unity yang ditunjukkan dalam pasukan jelas menunjukkan dressing room yang kini harmony, sambutan gol antara satu sama lain sangat2 happening untuk ditonton. Wenger bagi high five kat Gervinho adalah sangat cool. Hattrick buat RVP, 3 mata sah buat Arsenal. 28 gol dariapda 27 game..wow, meletakkan dia kini penjaring terbanyak. 5 gol ke atas Chelsea daripada RVP dan kesemuanya adalah di Stamford bridge,dan semuanya berakhir dengan kemenangan buat Arsenal. Arsenal pada ketika ini benar2 mengharapkan kapten kita kekal fit sepanjang musim. Sebaik wisel penamat kita boleh tengok betapa relief nya wajah Wenger dan para pemain begitu teruja berpeluk sorak antara sama lain. Besar, sangat besar ertinya kemenangan ini bagi batch Arsenal kali ini yang sering dipandang rendah tidak diberi harapan sebelum turun ke padang. Mereka ada sebab untuk meraikan kemenangan ini dengan penuh bergaya paling kurang kita sedikit demi sedikit mencantas jarak antara kita dengan pasukan di atas. RVP mengetuai penghargaan kepada peminat dengan mengajak rakan2 sepasukan menyambut kemenangan ini di hadapan ribuan away fan. Satu suasana yang dah lama kita impikan.Paling terharu pastinya mamat otai rock, gooners yang pernah aku sebut dan salute dahulu, apabila dia menjadi pilihan RVP menerima Jersey merah putih kebanggannya malam tadi. Terima kasih, pemain, terimakasih Wenger, terimakasih away fan, terimkasih semua yang terlibat dalam memberi kemenangan ini, terima kasih kepada Chelsea atas satu game yang dramatik dan hebat.



Konklusinya, banyak lagi tugas yang perlu dilakukan terutama dalam memantapkan jentera pertahanan.Kembalinya mael bakal menambah solid dan harap Gibbs Sagna cepat sembuh. Gua merasakan gandingan Kos dan Mael adalah bakal satu gandingan yang lebih ideal ketika ini. Kemenangan malam tadi boleh disebabkan faktor tempo dan pergerakan bola kita yang pantas. Kita perlu lebih kerap beraksi sebegini dan harus lebih direct.Tak perlu lagi selalu tippy-tappy football yang selalu akhirnya tidak ke mana. Arsenal sudah mula menang away, ini sudah tentu menambah keyakinan dan baik untuk semangat berpasukan! Marseille selepas ini. Kekalkan konsistensi, tingkatkan prestasi.COYG!!!

Agi idup agi mengGunners!!!


Ahad, 30 Oktober 2011

Highligts : AR53NAL







Sabtu, 29 Oktober 2011

Pre Match : Menyeberangi Stamford Bridge



'Chelsea game is the first of two cup finals'

Ito hok katee pengurus Arseng Wenger tontang lawan bola malam ni jang oi. Hahah di sebalik perlawanan yang dianggap umpama final ini realitinya berlangsung kemeriahan Final bola sepak Piala Malaysia antara Nogori dan Ganu kite sebaik mula babak kedua di Stamford Bridge nanti. Bagi Wenger, target menang dari game ke game sekarang ini adalah yang paling realitstik dan tak ada sebab untuk kita tidak berlaku optimistik.Memang kita jauh ditinggalkan pendahulu dan tak relevan untuk kita claim kita mampu juara mahupun siapa2 pun dah mencapai sebelah tangan pada trofi pada ketika liga baru berlangsung 9 perlawanan. Itu sebab sekarang ini semua game perlu dilayan umpama final. Itulah yang cuba disampaikan oleh Wenger, pertama perlawnan bertemu Chelsea yang boleh mengukuhkan lagi hipotesis tentang hala tuju kita dalam saingan liga dan jugak pada Selasanya 'finale kedua' melayan kunjungan Marseille, kemenangan dalam game itu boleh mencerahkan lagi laluan ke peringkat seterusnya.

Antara sebab kita perlu yakin dalam masa yang sama tidak overkonfiden malam ini ialah Chelsea, baru sahaja tewas kepada pasukan Tony Fernandez. Kepenatan beraksi 9 orang dan jugak beraksi 120 minit dalam perlawanan Piala Liga menewaskan Everton kelmarin mungkin ada sedikit kelebihan buat Arsenal dari segi kecergasan. Tapi tak boleh dikira sangat kerana barisan yang diturunkan dalam piala liga bukanlah barisan utama, moral mereka jugak sudah pasti naik selepas kemenangan itu.Tapi paling sayang sekali tiada kelibat Drogba malam ini. Arsenal baru sahaja nak mula tunjuk betapa kita semakin mampu menangkis badi pemain Ivory Coast ini, kalau dulu setiap game dia score tapi yang paling terbaru Arsenal menewaskan Chelsea tanpa namanya ada dalam senarai penjaring.Mael baru nak tunjuk power bergandingan dengan PM, Drogba pulak tak available.

Namun Arsenal tak payah nak syok sangat sebab musim ini pun kebergantungan Chelsea pada Drogba dalam statistik serangan berada dalam skala yang agak kecil daripada biasa. Mereka kini ada Sturridge, pemain muda yang perlu barisan pertahanan kita awasi, dan jugak pemain paling mahal dalam sejarah perpindahan antara kelab BPL, Fernando Toress sudah mula jumpa kaki yang hilang. Nak pulak dengan manager AVB yang serba muda dan masih bernafsu, maka kelihatan attacking style lebih menjadi option apabila bukti dijelmakan melalui pembelian Mata, Meireles dan Lukaku. AVB cuba membina regim baru di sini, cuba lari dari byg2 mentornya Mourinho dan bekas pengendali Chelsea, Ancelotti. Beberapa keputusan drastiknya dalam membangkusimpanankan kuda2 tua seperti Anelka, Lampard jugak menarik perhatian dan ketika jari ditudingkan kepadanya, dia terima segala kritikan dan berkata pemain2 ini akan bangkit dengan profesional. Lampard start dalam game bertemu Bolton dan membalas dengan hat-trick. Anda boleh nampak man-member-management yang ada pada si vokalless ini. Jadi tak terkejut kalau tibe2 dia buat keputusan untuk tidak menyenaraikan John Terry yang disiasat FA akibat tuduhan bersikap perkauman.Jika dia rasa pemain itu tidak seratus peratus fokus, dia tidak teragak2 dalam memperjudikan pasukan bimbingannya. Lampard, sudah, Drogba, Toress sudah , jadi mungkin giliran kapten mereka diberi 'layanan' setimpal agar betul2 bersedia. Oleh itu agak kurang sesuai untuk memerkotakkatikkan kuda tua ini, mereka masih ada lagi saki baki kuasa kuda yang tingga dan perlunya RVP, Mael , Song dan rakan2 lain awasi.



Arsenal baru menang 3 daripada 18 perlawanan terakhir bertemu Chelsea. Kita pun kemarau kemenangan away 8 game dah ni.Satu angka yang boleh buat kita gigit jari. Tapi tak ada sebab kita tak mampu lakukannya di bawah tekanan.Udinese? Marseille? ketika semua orang jangkakan kita terduduk menyembah bumi, kita hadir dan pulang dengan kejutan. Kenapa tidak boleh di Stamford Bridge? Satu lagi statistik yang mengujakan adalah tentang kapten kita, RVP. 25 gol daripada 26 game dalam 2011, cukup untuk menggentarkan lawan.Dan kalau diperhatikan persembahan kita sebagai satu unit semakin solid dan persefahaman yang dibina antara bahagian belakang semakin kelihatan. Cuma yang perlu diperbaiki adalah set pieces, baik bertahan mahupun menyerang.Utilize kan semua peluang yang adan dan minimizekan segala macam bentuk error terutama foul2 bodoh.Kembalinya Mael ke dalam pasukan menambahkan real steel pada pasukan ini. Kalau jadi ini malam, buat kali pertama gandingan PM dan Mael dapat disaksikan sambil diapit oleh A.Santos yang menggantikan Gibbs akibat kecederaan dan Koscieny yang lebih diprefer daripada Johan.

Barisan tengah dan atas kita pulak ada option dengan Arshavin tengah onform. Tapi setelah aksi tempoh hari dan wenger rasa perlunya rehat di kalangan pemainnya, aku rasa Theo masih lagi diberi peluang untuk mengganggugugat Ashley Cole, sambil Gervinho pasti bersemangat nak meneruskan konsistensi dalam aksi terdahulunya bertemu Stoke. Yossi tak dibenarkan duduk di bangku simpanan melawan pasukan ibu susuannya. Pakcu pulak tengah tak sabar2 nak push tempat dalam skuad pastinya memberi tekanan positif kepada Chamakh agar lebih tamak depan gol terbukak tak der nak passing2 dah nye.

----------------Szczesny----------------
Kos-------Mertesacker---Mael------Santos
----------------Song--------------------
--------Arteta-------Rambo--------------
----Walcott----RVP------Gervinho--------

Jadi sama2lah kita optimis sepertimana optimus prime walau serosak barai manapun dibelasah, last2 bila tukar jadi kenderaan , lorinya semua ok jek takde calar ,cat takde tanggal, power window semua ok la bagai.Suatu ketika dahulu Jambatan ini dulu hanyalah sekadar laluan jek, tapi kini laluan dah mula berliku harga tol dah mula naik, oleh itu kalau nak melepasinya, bayarlah lebih. Biarlah mahal mana pun.Harga sebuah kejayaan yang dibayar dengan pengorbanan sangat besar ertinya.Hope a better fight from both team and an entertaining match to watch. Adrenalin dah memuncak. Astro ESPN 812/832 745pm. Chelsea 1- Arsenal 2.

Agi idup agi MengGunners!!!


Rabu, 26 Oktober 2011

Post Match : Arsenal melangkah ke suku akhir.



Arsenal mara ke peringkat last8 dengan kemenangan ke atas satu lagi pasukan BPL Bolton 2-1 terima kasih kepada reaksi pantas Arshavin dan Pakcu yang mematikan gol awal Fabrice Muamba. Satu persembahan yang cukup energetic pada mulanya dengan penjaga gol mereka Adam Bogdan beberapa kali terpaksa menerbangkan badan menyelamatkan beberapa asakan menarik dari Arsenal. Di separuh masa kedua kita tertidur sekejap sebelum dihukum, tapi kita bangkit mengecewakan Bolton yang pikir mereka boleh cari azimat lain dalam league cup. Namun 15 minit terakhir menyaksikan sedikit keresahan dan nervousness apabila kita diasak bertalu2 tapi kekal bertahan hingga ke wisel penamat mengelakkan sebarang extra time.

Arsenal mengalu2kan kedatangan kapten malam ini yang kembali dari kecederaan Mael. Selain itu Squaillaci jugak membuat kemunculan sulung diapit oleh dua fullback muda, Ignasi Miquel dan jugak debutan Nico Yennaris,18 di RB.Fabianski di gol. Satu back 5 yang kalau dilihat atas kertas boleh menimbulkan was2, tapi mereka mampu melakukannya malam pagi tadi dengan saling bekerjasama terutama bagi pemain2 lebih tua. Walaupun dibarisi rata2 pemain muda, Chamberlain, Frimpong, Coquelin, tapi dengan ada pemain2 yang berpengalaman telah memberi kestabilan dan menanamkan keyakinan pada pasukan. Persembahan mantap dan penuh influence daripada Yossi, Park dan paling on malam ni Arshavin!

Permulaan di separuh masa pertama. Satu hantaran panjang dari Frimpong untuk change side melihat Oxlade yang tidak dikawal meluru ke sebelah kanan, tapi sayangnyaketika dah cut in sedikit dalam kotak penalti memperdayakan Zack Knight, dia memilih option untuk wide balik sebelum sepakan sama ada shoot atau cross nya melambung keluar tinggi dari sebelah sisi gawang. Satu link up play baik antara Pakcu dan Yossi membawak kepada pembawakan bola oleh Park sebelum merembat kencang dari luar kotak penalti. On target cuma Bogdan melayangkan adan menepis. Selepas itu giliran Yossi pulak, Arshavin melorongkan bola di sebelah kiri dapat kepada Yossi yang berjaya beat 1st defendernya change direction twisted and turning, sebelum rembatannya tak cukup lencong hanya melalui sahaja di hadapan pintu gol tanpa perlu disentuh Bogdan. Arsenal kemudian mendapat free kick, Oxlade dibentes Gardner. Ketika rakan2 lain menunggu di hadapan kotak penalti untuk follow up, Arshavin memilih option untuk menolak sedikit kepada kapten Mael dan wow, dia masih mempunyainya. Rembatan padu tepat ke gol sekali lagi Bogdan terbongkok2 badan terpaksa melayang menyelamatkannya.Balum habis lagi excitement kat situ. Malam ini memang milik pemain2 berepengalaman. Arshavind an Pakcu melakukan one two sebelum bola singgah di hadapan kotak penalti buat Pakcu cuba membuat placing sekali lagi Bogdan memanjangkan badan menepis keluar.On target lagi, display yang cukup bagus dari kapten Korea ini .Hanya menunggu masa. Arsenal asak dan terus mengasak.

Separuh masa kedua, ketika kita mengharapkan Arsenal menyambung apa yang tertangguh 1st half tadi, Bolton pulak tiba2 yang mencuri tumpuan. Kita ditangkap tdo, Frimpong teralpa apabila Muamba dengan senang merampas penguasaan bola sebelum main one two dengan Petrov, dan merembat masuk.Tapi gua secara peribadi rasa Mael sepatutnya block ke arah player daripada bersusah payah lari ke belakang gol Fabianski. Bolton lead dalam statsitik sebenarnya yang tak menyebelahi. Itulah bola sepak, kadang2 kalau dominate, attack banyak pun tak guna kalau tak gol, sedikit kealpaan di bawah, pasti terhukum. Arsenal tersentak. 5 minit jek tak payah tunggu lama, kita kembali dalam game.Oxlade clearkan bola dari kawasan Arsenal, bola sampai ke Yossi, dipassingnya ke Arshavin , meluru ke hadapan masuk kedalam kotak penalti di sudut kanan, tak ada gaps langsung, kerana ruang2 limited tapi entah macam mana Arshavin kembali dengan magicnya mampu melepaskan rembatan deras yang lalu di celah2 beberapa pertahanan Bolton untuk gol penyamaan. Sesudah sambutan gol dapat diperhatikan Ashavin begitu serius dalam membimbing pemain2 muda dengan instruction dan panduan kepada Oxlade, ini ukan kali pertama Arshavin dilihat sebagai mentor dan berkongsi pengalaman, dia pernah melakukan long talking kepada Frimpong, Gibbs dan Walcott sebelum ini.

3 minit selepas itu, Arshavin sekali lagi mempengaruhi perlawanan. Dia mengutip bola dari kawasan tengah, dibawanya meluru ke atas, ada option untuk dilorongkan pada Park tapi Park ketika itu terover laju berada dalam kedudukan offside.Pemain yang berIQ tinggi ni bijak memperlahankan pergerakannya dengan slumber dan keluar ke arah wide sedikit selari bijaknya dengan Arshavin yang delay passing sebelum tepat masa dan tempatnya. Apabila diyakini Park onside, barulah dilepaskan satu passing maut, Pakcu hanya perlu membuat larian sedikit dan bend bola baik punya lencong masuk ke sisi kanan gol. Absolute beauty dari finisher Korea ini. BUkankah sudah dikata tadi tak perlu tunggu masa lama, hasil usahanya terbalas jugak malam ini. Chamakh nampaknya harus bekerja lebih keras.. Pakcu berbeza dengan game sebelum ini, bermain  dengan lebih bebas dan tanpa sebarang tekanan maka dengan itu dia dapat menunjukkan apa sebenar2 yang dia mampu buat sehingga dapat pegang jersi no 9 Arsenal.

Selepas itu Arsenal mula drop off. Pemain gantian Bolton Chris Eagles hampir memalukan Fabianski apabila rembatan kencangnya hayna mampu ditepis tapi bola termuntah ke belakang nasib baik melepasi palang.Kalau tak mmg gelaran FlappyHandski la.Arsenal membuat perturakan dengan Ozyakup dan Ryo masuk menggantikan Frimpong dan AOC. Arsenal terus diasak, tapi kali ini Fabianski bersedia menahan Klasnic kemudian tandukan Cahill selepas itu. Resah gelisah di 20 minit terakhir, Mael pulak mintak dikeluarkan, Wenger dalam post match conference berkata mael mengalami kecederaan calf yang ringan tapi dia akan menilai kembali selepas game malam ini sama ada fit tak untuk match penting bertemu Chelsea Ahad ini.Boateng masuk menggantikan Mael ketika 6 minit lagi masa nak tamat. Situasi benar2 menguji character pemain2 Arsenald ari segi mental dan fizikal. ngog hold bola sebelum melorongkan kepada Steinsson overlap dari arah kanan hantar ke dalam kotak tapi Klasnic yang ditekan pemain kita hanya mampu merembat ke awan. Di minit terakhir Bolton sekali lagi berpeluang namun Ryo yang ada semangat kamikaze , masuk memberi tekanan kepada Cahill akhrinya rembatan pemain summer target Arsenal itu jugak tersasar. Arsenal kekal bertahan dengan keputusan 2-1 , kita melangkah ke suku akhir dengan jayanya.

Man of the Match performance daripada Arshavin, sudah tiba masanya dia perlu lebih konsisten bagi memberi ruang rehat kepada Walcott yang sudah kering idea dan kehabisan minyak. Arshavin nampak lenih natural apabila beraksi di central position terutama di belakang striker, tapi agak sukar untuk Wenger deployed kan taktik tu ketika dia lebih prefer 4-3-3 sekarang ini. Apa yang dilihat keberkesanan Arshavin lebih kepada pmain2 yang berada di sekelilingnya. Park , Oxlade, Yossi, Frimpong adalah pemain yang energetic dan mempunyai mobility tidak terhad. Ketika pemain2 disekelilingnya nampak hidup dengan larian2 dan link up play yang baik, Arshavin nampak dalam mood.
Andrey is a player who of course takes a bit gamble on nearly every ball he plays. Sometimes he loses balls he shouldn't lose but when you look at the end of the game he has always had a big impact. Tonight he scored and made an assist. He had a good performance tonight.- Arsene Wenger.
Selepas ini Chelsea tunggu di Stamford Bridge. Berjaya melepasi halangan di jambatan itu bermakna kita sudah lebih bersedia untuk meneruskan liku2  seterusnya. Ada tak jalan lain kalau tak nak lalu jambatan itu? Ada tapi lebih jauh dan lagi sukar. Buat apa mau susah2, berpantang maut sebelum ajal.Dari tegak bersimpuh baik rebah merempuh...

Agi idup agi mengGunners!!


Pre Match : XPDC Mael diteruskan kembali.


Verminator tersenarai dalam skuad untuk menentang Bolton awal pagi nanti. Berita baik bagi Arsenal astinya dengan jadual yang semakin padat dan pemain cedera kembali dari kecederaan memberi nafas baru tepat pada masanya. Bukan sahaja Mael tapi Squaillaci jugak kembali tersenarai dan mungkin berpeluang mendapat game pertamanya musim ini. Arsenal perlukan rotation maka Wenger memilih untuk menurunkan pemain2 skuad dengan bantuan pemain2 muda simpanan.


Lukasz Fabianski
Vito Mannone
Sebastien Squillaci
Thomas Vermaelen
Andrey Arshavin
Emmanuel Frimpong
Yossi Benayoun
Alex Oxlade-Chamberlain
Francis Coquelin
Ryo
Ju Young Park
Nico Yennaris
Ignasi Miquel
Jernade Meade
Oguzhan Ozyakup
Sanchez Watt
Chuks Aneke
Daniel Boateng

Arshavin mungkin antara muka berpengalaman start dan jika Mael tidak diturunkan arm band boleh jadi miliknya selain fabianski dan Laci.Entah2 si Yossi pulak yang tak pasal2 dapat.Paling best adalah dapat melihat kembali aksi Alex Oxlade Chamberlain yang Wenger benar2 jaga dia, tak nak kasi burn out.Walaupun jaring 2 gol dalam 2 start, Wenger masih berhati2 dalam memberi pendedahan kepadanya kerana jika tersilap percaturan dan terlalu memaksa mungkin badannya belum mampu imun terhadap aksi yang memerlukan keseluruhan penat lelah, jiwa dan raga.2 pemain Asia mungkin disenaraikan dalam kesebelasan untuk kali ini menentang Bolton yang tengah struggle.

-------------Fabianski-------------
Coquelin----Miquel---Mael-----Laci
--------------Frimpong-------------
-------AOC-----------Yossi--------
---Ashavin-----Pakcu------Ryo-----

Kalau dahulu dengan skuad utama kita masih terumbang ambing sebelum menang 3-0 biarpun menentang 10 orang, tak boleh ambil mudah sifat melawan anak buah Owen Coyle.Tiada Live di Astro untuk malam ini. Sama2 berkongsi link online streaming. Arsenal 3 Bolton 1.

COYG!!


Selasa, 25 Oktober 2011

Post Match : Arsenal 3- Stoke 1.

Besar risiko yang diambil oleh Wenger tempoh hari. Pasti dia terpikir2 mundar mandir sama ada betul atau tak betul, gila atau tak gila dengan keputusan yng diambil untuk merehatkan RVP dalam perlawanan yang perlu menang. Nasib baik, kali ini percaturannya menjadi. Dia terselamat sekali lagi dari tersembelih kerana ketika barisan awal Arsenal yang turun tampak hilang punca dan kreativiti, lesu terutama di bahagian serangan, Wenger akhirnya terpaksa jugak memasukkan Kapten RVP untuk menyelesaikan tugasan. Hasilnya, RVP yang fresh masuk dan tidak perlu menunggu lama untuk menambah 2 lagi gol menjadikan 4 gol dalam tempoh jarak seminggu. Sekali lagi menghadiahkan 3 mata buat Arsenal di depan penyokong sendiri.Tapi selain daripada supersub2 kita tempoh hari, satu stand up performance daripada Gervinho yang tidak boleh dinafikan.1 Gol, 2 assist untuk pemain yang mempunyai mobility yang perlu diutilizekan lebih oleh Arsenal jika ingin pergi lebih jauh.

Arsenal turun  bertemu pasukan keras seperti Stoke dengan meletakkan Alex Song sebagai kapten jugak pemain Maghribi Chamakh menggantikan RVP. Rambo kembali ke starting line up bersama Gervinho menggantikan Rosicky dan Arshavin. Walcott masih ada dalam pasukan(berdasarkan prestasi semasa)??? phew..Dan Johan menggantikan Carl sebagai RB. Tapi boleh aku katakan, dari game ke game , kita kini semakin nampak peningkatan dalam keserasian dan lebih bermain sebagai satu unit. Terutama partnership yang dibina antara Mertesacker dan Koscielny. Koscielny malam itu hari tp class, dengan positioning dan tackle, memenangi kebanyakan header walaupun bersaing dengan fizikal2 lebih bagak darinya, kecuali foul yang dikatakan terhadap Crouch, itu memang tak logic, epe kemende mamat setinggi galah tiba2 boleh tertunduk jatuh dengan mudah begitu sahaja. Kuat main wayang bekas Spuds ni.

Arsenal mendahului melalui hantaran smart Rambo yang singgah kepada Gervinho ,mengwal dengan cukup cantik sebelum memperdaya Begovic, kelegaan buat Arsenal. Emirates yang sunyi akhirnya ada sesuatu yang hendak diceriakan.Boleh aku katakan melalui pendengaran dan pemerhatian, fan kita di sana mmg agak pasif sedikit berbanding fan away di mana penyokong Stoke lebih beriya. Kerana sebelum2 ini, suara kita hanya kedengaran,itupun boo apabila bola dilaplap Delap untuk tujuan lontaran ke dalam. David Seaman mempersoalkan kenapa mahu boo sedangkan itu seni bola sepak. Pada aku, mereka bukan mencemuh ssebab taktik lontaran, tapi lebih kepada auta dan pembaziran masa yang dilakukan, nak dilap2 dah 10 saat, nak lari ke belakang dan lari ke depan balik pastu buat2 cari towel dia ingat ini macam kat Brtannia?

Tapi tak lama, seperti biasa, set pieces adalah barah buat Arsenal. dengan foul yan tak sepatutnya foul pun, Arsenal terperangkap kerana sekali lagi gagal mengeluarkan 2nd ball, bola dibiarkan dilantun2 dari kiri ke kanan dan kiri balik sebelum di tap in masuk sahaja oleh Crouch yang berkaki panjang. Memang frus balik lah Arsenal mase tu, mental down sudahlah nak dekat half time, bolos dengan cara sebegitu.Musuh lama tetap set pieces.Sebelum nak tamat 1st half, Chamakh nyaris mendapat gol yang dicari2nya bagi menaikkan kembali moral, tapi sayang hantaran Arteta dari sebelah kiri sipi2 nak dicapai namun Upson lebih pantas mendapat sentuhan.

Separuh masa kedua, Arsenal tau 1 minit awal penting untuk buat sesuatu. Tapi bukan tak mencuba, Walcott Gervinho Chamakh berhempas pulas, setiap crossing yang ditujukan tak jumpa sasaran, takde target man. Begitu jugak Arteta dan Song dan Ramsey, mereka memerlukan idea lain. Nama Kapten dah diseru2 di sekeliling Emirates memberi tekanan supaya Wenger segera melakukan perubahan.. Dan pada ketika inilah RVP dibawa masuk sambil membawa satu keyakinan baru pada rakan sepasukan. Selain itu Arshavin jugak diberi kesempatan membuktikan dia lebih relevan daripada Walcott pada ketika ini.Hasilnya 2 gol disumbangkan melalui 2 assist yang dicut back Gervinho. Gervinho dalam post matchnya tak sudah2 memuji RVP dan berkata dia semakin hari dapat membaca gerakan rakan sepasukan dan semakin serasi.

Walaupun kemenangan Arsenal ini dihadirkan oleh keistimewaan beberapa nama dan individu, tapi pada aku apa yang lebih penting adalah semangat positif dan persembahan berpasukan yang lebih nampak solid serta konfiden terutama dalam menangani asakan lawan.Kredit kepada semua pemain yang turun dan memberikan segalanya. gol ke 25 untuk RVP dalam 26 perlawanan liga untuk 2011.Kemenangan ke 67 untuk Arsenal di Emirates dalam 100 perlawanan liga.Dan nombor itu bukan berheti di situ, percayalah ia akan meningkat naik.Awal pagi nanti kita meneruskan cabaran dengan melayan Bolton dalam saingan Carling Cup. Kita akan buktikan trauma Wembley mampu dihapuskan!

Agi idup agi MengGunners!!!


Sabtu, 22 Oktober 2011

UCL +Update Kecederaan + Olimpik 2012 + Stoke


Kemenangan tempoh hari yang cukup bermakna sebenarnya di Perancis. Bukan sahaja mempermudah laluan ke peringkat kalah mati tapi kemenangan yang memberi keyakinan kepada skuad di sebalik segala keraguan. Lebih2 lagi kita dihimpit masalah kecederaan. Setelah Sagna, kini Carl jenkingon pulak yang terpaksa menanggung kecederaan dan berkemungkinan besar bakal terlepas perlawanan bertemu Stoke City.Secara jujur perlawanan awal pagi Khamis lalu, aku saksikan satu perlawananan yang sukar, kedua2 team sukar mencipta peluang masing dengan pemain lebih berhati2 dan berdisiplin. Tapi kita membuktikan kita punyai pengalaman lebih di peringkat Eropah apabila satu display ang berkesan dari pihak pertahanan membantutkan barisan tengah marseille dan serangan mereka, ketika mereka frustrated maka mereka drop off sedikit. Ketika itulah kita hadir menghukum. Johan yang masuk sebagai sub menggantikan Carl yang cedera membuat hantran lintang , sebelum Ramsey yang jugak supersub meyudahkan dengan cukup baik pada minit2 terakhir perlawanan. Ini baru betul Rambo ala  Stallone, last minit heroic action.



Daripada pesawat yang mendarat di London, Arsenal bakal tempang tanpa Jenkinson sebagai nama baru dalam list kecederaan. Dia menyertai mereka2 yang sedia ada, Mael, Diaby, Wilshere dan Sagna. Gibbs yang tidak main akibat kecederaan otot pulak masih 50-50 untuk perlawanan esok. Jenkinson bakal terlepas 2 game, Stoke dan Bolton dalam league cup, namun ada harapan sikit untuk kemabli beraksi menentang chelsea. Option Wenger bagi posisi RB kini tinggal dua katanya iaitu Joan dan Kos. Tapi aku rasa Wenger takkan memperjudikan nasib memecahkan gandingan CB antara PM dan Kos yang dah pun semakin lama makin blend in. Begitu jugaklah ujian bagi Wenger sama ada sanggup atau tidak merehatkan RVP. Ini sebab ada ura2 Wenger perlu melakukan rotation demi protection kepada para pemainnya terutama watak penting sebagai RVP. Tapi sanggupkah RVP memperjudikan nasib dengan meletakkan peluang terbesarnya untuk mendapatkan jaringan dan sudah bersediakah Chamakh dan Pakcu ? Aku rasa RVP boleh direhatkan dan memang perlunya rotation, tapi cuma setelah kita mungkin selesa mendahului dalam 2 3 bijik baru aku rasa Wenger akan menggantikan RVP. Itu adalah jalan paling selamat kerana kita tau, dia takkan diturunkan pun pada pertemuan menentang Bolton.



Satu lagi kes proteciton yang diwarwarkan adalah tentang bintang2 mudanya. Seperti yang sedia maklum, tahun depan bakal berlangsung 2 kejohanan besar iaitu Kejohanan Eropah di Poland/Ukraine pada musim panas dan Sukan Olimpik London bermula 25 Ogos. Yang menjadi concern nya ialah tentang nasib pemain2 Great Britain seperti Walcott, Wilshere, Gibbs, Chamberlain, Rambo. Ya Rambo besar kemungkinan   boleh berpeluang bermain di Olimpik keranan tuan rumah London diwakili oleh team Great Britain di mana melingkungi negara seeprti Englands, Wales, Scotland dan Ireland. Pasukan United Kingdom ini tidak berdaftar bersama Fifa sebagai sebuah pasukan kerana FA setiap negara masing2 ingin mendapat pengiktirafan sendiri untuk bersaing membawa lambang bendera mereka. Tapi sehingga kini, cuma England sahaja dilihat sebagai pesaing kuasa besar bola sepak dunia ketika jiran2 lain tenggelam. Berbalik pada isu ini, Wenger inginkan pemain2 yang dipilih menyertai kejohanan Euro, tidak terlibat dalam sukan Olimpik. Kerana takut mereka burn out, dan effect pada pasukan kelab, Wenger jugak mencadangkan supaya tempat2 Olimpik diberikan peluang kepada pemain2 lain yang juga selayaknya diberi penghargaan untuk beraksi.Antara nama yang disebut adalah Ryan Giggs. Bale jugak berpeluang mencipta nama di peringkat antarabangssa dengan adanya tournament seumpama ini. Persaingan bola sepak Olimpik lelaki disyaratkan untuk pemain2 yang bermur bawah 23 tapi 3 tempat diberikan untuk pemain2 yang lebih daripada umur yang ditetapkan. Namun sejauh mana penerimaan pemain2 muda ini yang pasti begitu bersemangat nak main pulun habis semua tournament lebih2 lagi London selaku capital menjadi tuan rumah untuk Olimpik kali ini terutama sekali pemain berkaliber seperti jack Wilshere. Tugas besar Stuart Pearce selaku head coach Team Great britain memujuk rakan2 skerjaya di peringkat kelab.
"At some stage you have to decide how far you can go medically, for the players to play so many games under so much pressure. I would say there is already no real break because of the European Championship, and the Olympic tournament for me is not a real football tournament. For me the Olympics is for track and field basically.
"If I asked you now who won the Olympic Games 20 years ago you would have problems telling me. If I ask you who won the European Championships you would know better. If I ask you who won the World Cup you would know even better.-Arsene Wenger.



Esok malam Stoke City menjadi pelawat Emirates. Stoke City dah banyak berubah, daripada mula2 menyertai top flight division pada 08/09 kini mereka semakin lama semakin meningkat. Kejayaan melayakkan diri di kejohanan Europa League bukan datang dengan sewenang2nya. ia datang dengan hasil usaha dan komitmen. Begitulah komitmen yang diberikan oleh Tony Pulis dan anak2 buahnya. Mereka kini salah satu strike force dalam premier league lebih dikenali dengan corak fizikal mereka. Pemain bagak2 dan keras, Jones, Huth shawcross kini ditambah dengan Crouch. Keupayaan mereka menyambar Crouch membuktikan mereka kini semakin stabil dari segi kewangan. Bukan itu sahaja penambahan pada musim panas, Jerome, Upson dan Woodgate adalah muka2 baru yang tiba di Britania. Dengan pemain2 pengalaman sedia ada seeprti Ethrington, pennant, mat lontar peluru Delap dan Walters, Arsenal mempunyai tugas sukar untuk membendung asakan mereka. Tapi kini Arsenal jugak telah membawa fizikal dalam PM dan Santos, kedua2 pemain bakal turun esok. Slain dalam game open play, Arsenal harus memperkemaskan set pieces bukan sahaja defending , malah mempergunakan set pieces ni sebagai peluang untuk mendapatkan gol. Daripada match minggu lepas bertemu Sunderland, lihat berapa banyak peluang direct free kick di depan petak penalti kita dapat, dan daripada match di marseille, kita perolehi 9 sepakan sudut tapi malang semuanya ke laut. Mungkin hanya tunggu masa sahaja untuk PM melonjak dan menanduk masuk, tunggu.. masanya pasti tiba. Tentang Stoke City, Wenger mengulas,
“They are always difficult at the back to beat because the back four is stable and doesn't push forward too much. They go for a more direct game, that's why it is difficult to get them out of position.But at home we have always done well against them and that is what we want to continue to do.”
Agi idup agi mengGunners!!


Jumaat, 21 Oktober 2011

Highlights & Interview : Arsenal vs Marseille






Rabu, 19 Oktober 2011

Komitmen Mael bekalkan semangat bagi 18 pemain ke France



Mael Lambung sambung kontrak!! Menjelang kunjungan ke bandar bola Marseille, Arsenal disajikan dengan berita masyuk apabila Mael aka Verminator telah secara sah setuju untuk komited bersama Arsenal apabila menandatangani kontrak lanjutan jangka masa panjang. Tepat pada masanya , kerana ketika Arsenal dihebohkan dengan gosip2 exodus sepanjang summer dan teka teki masa depan RVP, Mael menjawab kenapa perlunya untuk dia kekal setia bersama kelab yang diyakininya.
“I am really happy to have signed a new contract with Arsenal. I always had the intention to stay here. I feel there is a big belief in me from the Club, from the boss and from the fans and that is one of the reasons why I stayed. Arsenal is a fantastic Club. We have great supporters, we’re doing well financially and we are playing with some quality young players now and they will develop, which is very good for the future.”
Jadi apa lagi tunggu RVP? Ayuh ikut jejak langkah vice kamu. Tapi suka mendengar perspeksif 'komited' dari kaca mata Le Proff. Baginya komited bukan sekadar berapa lama kontrak yang anda sign tapi berapa banyak yang anda sudi berikan pada kelab selagi sepatutnya anda masih terikat dengan kelab tersebut. Jadi untuk mempersoalkan komitmen RVP oleh kerana dia belum sign kontrak adalah naif kerana apa yang dibuktikan atas padang , itulah sebenarnya jiwa yang komited.Pemain sememangnya ada hak untuk menentukan masa depan mereka, berhijrah untuk cabaran baru tapi bagi yang menghormati kelab dan juga menghormati kontrak sedia ada, pemain takkan terhegeh2 nak keluar, merayu2 nak pindah itu bukan komitmen. Wenger sempat menyindir pada sesiapa yang pergi ke City atas alasan football, ia semuanya hanya najis seladang, kerana sudah terang lagi bersuluh siapa yang mahu pergi ke kelab sekelas City jika tidak kerana godaan wang berjuta. Itu senario bola sepak moden yang terpaksa dihadapi dan Arsenal punya tugas sukar untuk menentang kapitalis2 bola sepak ini dari menabur wang sesuka hati.

Baiklah, esok kita akan terbang ke Perancis ,dan senarai 18 pemain telah pun dikeluarkan. Nampaknya tiada kelibat Gibbs yang terpaksa diketepikan selama 2 minggu akibat kecederaan otot tempoh hari.Walau bagaimanapun Rambo berjaya mendapatkan tiket kapal terbang.Chamakh kembali dalam senarai menolak ketepi PakCu yang dilihat bersaama2 dalam training. Paling syok melihat kehadiran kembali Mael di atas padang Latihan di London Coley.



Wojciech Szczesny
Lukasz Fabianski
Carl Jenkinson
Andre Santos
Per Mertesacker
Laurent Koscielny
Johan Djourou
Tomas Rosicky
Mikel Arteta
Alex Song
Theo Walcott
Gervinho
Yossi Benayoun
Francis Coquelin
Andrey Arshavin
Aaron Ramsey
Robin van Persie
Marouane Chamakh

Haha pernah sekali dulu jadi isu , ramai mempersoalkan apekejadah team2 medical dan physio kita tak buat kerje ke sampai ramai bebenor injured. Akhirnya semacam mahu segera menjawab, Arsenal membuktikan kesungguhan dengan membuka satu medical centre baru berdekatan padang latihan di London Colney. Harap nurse2nya tak brapa cun supaya takde yang asyik nak melekat kat sana.Great job Colin Lewen dan rakan2!

Agi idup agi mengGunners!!


Isnin, 17 Oktober 2011

Post Match : Kapten Vantastic!!

Ketika kegusaran dan perasaan resah gelisah di hati ketika di suatu masa Arsenal kelihatan terpaksa menghadapi satu lagi keputusan mengecewakan, RVP sekali lagi hadir menjadi penyelamat, sekaligus menjadi penanda aras bagi rakan sepasukan lain di mana sepatutnya standard pemain Arsenal perlu berada. Tatkala permulaan yang bagus dengan gol pantas, kemudian kita membiarkan Sunderland kembali dalam perlawanan melalui free kick bekas pemain Arsenal Larsson, dan akhirnya same old story kita nampak flat.. RVP selaku pemegang arm band step up dan lead by example menggunakan keistimewaan teknikalnya melencongkan sepakan percuma world class yang menggegar jarin Black Cat. Kata2 nista tentang RVP sudah bosan, meluat dan tak nak sign kontrak dijawab di atas padang dengan persembahan yang komited dan sambutan gol yang begitu passionate-sehingga rela tanggal baju (rugi point fantasy aku nasib baik kapten).



Satu perlawanan yang menarik dengan Arsenal nampak lebih mendominasi namun Sunderland walaupun turun dengan seorang striker Sessegnon dan cuba membuat lambakan di tengah,tapi kadang kala mampu menguji benteng Arsenal , Szczesny sekali terperangkap apabila meluru keluar dari kotak penalti tapi menebus dengan  save yang hebat di depan pintu gol, itupun dia masih boleh cakap 'bukan save tu yang terbaik tapi tandukan pihak lawan tu yang hancor, patut gol tu'.2 world class free kick menjadi hidangan tontonan.

Arsenal memulakan perlawanan dengan berita kurang baik apabila Rambo tidak dapat diturunkan kerana minor hamstring. Tempatnya diambil dengan penuh baik oleh Rosicky. Tapi kita memulakan game dengan dream start apabila tak sampai 30 saat, RVP telah memecahkan rekod gol terpantas Arsenal dalam BPL, 29 saat menolak ketepi gol Chamakh 38 saat menentang Wolves musim lepas. Tapi rekod gol terpantas Arsenal masih dipegan Gilberto Silva 20 saat dalam perlawanan Eropah menentang PSV pada 2002. Berbalik pada gol tadi, interception dari Oshea menyebabkan bola kembali pada Rosicky yang terus melambungkan bola kepada Gervinho ketika Oshea kelihatan terperangkap.Gervinho meluru dari sebelah kiri sebelum memilih masa yang tepat ketika RVP jauh dari markernya Wes Brown.Bang! rembatan padu kaki kanan gagal dihalang Mignolet memberi kelebihan Arsenal mendahului.

Bermula dari situ segalanya nampak macam dah cun. Dalam hati dah konfiden ni, berkobar2 Arsenal boleh bubuh lagi beberapa bijik. Minit ke12 plak kita hampir menggandakan gol, passing Arteta diserap baik oleh RVP di sebelahkanan mempermainkan lawan sebelum membuat chip ketika itu keepr dah jauh ke depan berhenti berharap tapi bola yang singgah betul2 dekat bahagian dalam tiang sebelah kiri menafikan RVP dan Arsenal untuk satu lagi gol magic.Selang beberapa minit macam nak melepas geram, RVP sekali lagi melepaskan rembatan tapi tersasar ke seelah kiri, Emirates berdiri sebentar duduk balik tapi bulu roma tak turun2 maw Arsenal lebih bersemangat attack memanjang.

Tapi gol kedua yang dicari tetap tak muncul2, biasanya di Arsenal, kalau dah jadi macam gini ini mmg satu petanda, selagi tak dapat gol lagi memang tak selamat. Tengok dari segi taktikal dan line up Steve Bruce dah boleh agak memang tipis harapan diorang nak dapat gol melalui open game kecuali melalui set piece Larsson. Aku dah tweet sebelum tetnang perlunya berhati2 terhadap free kick bekas pemain remaja kita, ternyata amaran tersebut bertukar menjadi tamparan buat Arsenal. Larsson diakui Wenger sebagai free kick taker terbaik dalam  BPL tak mempersia2kan peluang melalui jarak 27 meter selepas foul dari Arteta. Dan sekali lagi same old Arsenal, same old.. set piece menjadi musuh untuk kali ke berapa. Boleh dibuat drama bersiri kalau ada koleksi2 gol yang kita bolos melalui set pieces ni. Sehingga wisel separuh masa, kita kebuntuan, bak kata Per Mertesacker, Arsenal sedikit terkejut, nervous dan mula hilang konfiden.Itupun kalau tak kerana ketangkasan Szczesny kita mungkin terpaksa mengejar di separuh masa kedua.

2nd half Arsenal bermula dengan misi mencari gol awal. Gibbs terpasksa dikeluaran baru 5 minit bersambung akibat sakit otot perut.Santos dibawa masuk. attacking minded left back memberi tekanan pada bahagian kanan Sudnerland. Tapi gol yang dicari2 tetap tak jumpa2. Arsenal pulak dapat banyak free kick di kawasan persekitaran kotak penalti dari kanan tengah kiri segala sudut , tapi baik Arteta, Santos, Walcott semuanya mencuba namun ke laut...Gua rasa kalau Larsson, boleh settle hampir  separuh daripada peluang yang kita dapat tu. Frustation mula keliahatan di raut wajah setiap pemain Arsenal, gundah gulana Emirates dibuatnya.. Gervinho dikeluarkan dan Arshavin dibawa masuk bagi memberi suntikan. Tak tunggu masa lama, Arshavin cuba memberi impak dan pada waktu itu tiba2 ada glimpse of Henry kelihatan, ketika Arshavin membawak bola dengan menggunakan skill kepantasan kawalan kaki yang kemas di celah2 kepadatan 4 pemain pertahanan lawan sebelum merembat sipi. Membuatkan gua tangkap nostalgia, teringat satu gol Henry di Highbury ketika menentang Liverpool.

Bila tang tak menjadi mulalah gua nak cari kambing hitam. target gua tak lain dan tak bukan adalah Theo Walcott malam itu. ape kejadahnya yang dibuat aku tak dapat clue langsung. Terus menerus tak konsisten, tak menyumbang apa2, aku suka guna ayat ini,bila nak kondem Walcott, 'kaki lebih laju dari otak'. Lagi buat gua bengkek apabila Wenger menggunakan tiket talihayat sub terakhir dengan membawa masuk Yossi, kalau ganti Walcott tu bolehlah lagi, ini dok ganti Rosicky yang pada aku dah beraksi cukup kemas, baik dan bernafsu.Bawak pulak Yossi yang lebih kurang sama jenis jek player dengan Rosicky ni, maka takde added value. Aku ingat dalam keadaan genting macam ni dia berani laa nak gamble campak seorang lagi striker pakcu yang belum langsung buat debut untuk liga tapi pemain paling bijak IQ tu terpaksa tunggu lagi laa nampaknya. Bukanlah konfiden betul2 bahawa bintang asia tu boleh change game , tapi nak jugak melihat apa specialnya dia sampai Arsenal sanggup 'menyentap'nya daripada Lille.

Di sebalik kegusaram hari itu tetap hari Arsenal. Tinggal 8 minit nak tamat masa sebenar Arsenal dapat foul di sebelah penjuru kanan kotak penalti. Takde lagi Arteta, Santos tak pun Walcott kali ini RVP kata dia mau amek, dan mau sepak terus. Terbukti sepakan lencong berteknikal tinggi menewaskan Mignolet sekali lagi dan terus memberi kelegaan pada semua penyokong Arsenal dari terus disembelih. Arsene Wenger jugak boleh tarik nafas panjang. Sambutan RVP yang penuh emosional dengan menanggalkan jersi berlari mendapatkan para penyokong setia The Gunners di belakang gol. Itu kalau buat slow motion dari saat dia tanggal baju dan berlari berlatarbelakangkan nyanyian Adibah Nor 'kau terlalu istimewa~' mmg priceless! Arsenal kekal bertahan walaupun perasaan cuak tu tetap ada paabila mengenali Arsenal kita.

Namun tiga mata penuh berjaya dimiliki, tarik nafas lega panjang2, terima kasih diucapkan kepada persembahan kapten Vantastic kita menyaksikan Arsenal memanjat tangga liga ke top half position.Walaupun merangkak, biarlah daripada merengkok. Rekod baik di gelanggang sendiri diteruskan dengan 5 kemenangan berutut2. Ada tugas besar lagi lepas ni,Champions League lawan Marseille.

Agi idup agi mengGunners!!




Ahad, 16 Oktober 2011

Pre Match : Arsenal vs Sunderland


2 buah kelab yang masing2 struggle untuk mencari kemenangan yang amat2 diperlukan. Jumlah kemenangan apabila dicampurkan kedua2 pasukan ini  baru 3, dan Arsenal hanya berada 1 anak tangga di atas Sudnerland dengan 1 mata di tangga ke 15, kedudukan yang ukar dibayangkan bagi fan2 Arsenal ketika ini. Tapi kucing hitam yang bakal dilayan malam ini bukan sebarang kucing. Mereka jugak desperate unuk keluar dari kelompok zon bahaya bagi memberi keyakinan pada mereka sendiri untuk survive dalam BPL. Ini kerana summer yang busy antara kedua2 kelab dengan Sunderland menyambar beberapa nama dari kelab2 besar seperti United melalui connection steve bruce dan kelab Mancester itu,Oshea, Brown, Richardson sebelum ini, dan tidak terlepas meminjam Bendi sendiri dari Arsenal.Walaubagaimanapun jentera serangan mereka perlu cari alternatif disebabkan peraturan yang tidak membenarkan Bendi bertemu dengan majikan asal.

Kemenangan yang amat2 diperlukan oleh Arsenal terutama selepas kekecewaan derby day, dan pastinya tidak boleh membazirkan apa2 lagi mata ketika berada di rumah sendiri. Hanya 3 mata selain dari itu adalah malapetaka disebabkan kedudukan kita yang sekarang ini jauh ketinggalan.Pada ketika ini saingan di puncak atas tampak sukar didekati dgn Mancity meninggalkan  15 mata.Walaupun para pemain jugak tidak bercakap secara khusus, target realistik kita sekarang ini adalah Newcastle yang berada di top 4 dengan perbedaan 8 mata.Tapi di antara kedua kelab ini, masih ada lagi 10 kelab yang sdang bersaing hebat tidak lupa jugak yang di bawah2 kita yang sedang mencucuk terutama Sunderland sendiri. kalau tewas malam ini, Sunderland sendiri akan memintas Arsenal. Jika ini terjadi, riot yang dikhabarkan berlaku, mungkin bertukar dari hanya planning kepada realiti.

Carl jenkinson akan mengambil alih tempat Sagna. Koscielny jugak telah mula melobi2 tempat tersebut kerana dia tahu dengan kepulangan Mael lagi dua minggu pairing Mael-PM pasti menjadi taruhan utama Le Boss. Koscielny sendiri memulakan kerjaya awalnya 7 tahun lalu dengan posisi RB jadi mungkin kita boleh harapkannya. pemain yang bresungguh2 di atas padang , Carl pun pastinya sukar untuk kekal konsisten dalam setiap game terutama di awal kerjaya, jadi adalah penting rotation dilakukan dan dengan versatility yang ada pada pemain Arsenal, kita ada option dalam Kos,Santos mahupun Johan untuk memikul tanggungjawab yang dipinjamkan oleh Sagna. Diaby juga dalam prosese recovery yang positif, paling awal diturunkan mungkin pada pertemuan menentang Bolton dalam Carling Cup. Selain keempat2 Diaby, Wilshere, Sagna dan Mael, yang lain2 cuma ada beberapa kes2 kecil seperti Rosicky groin dan jugak Kos serta johan yang perlu melalui scanning kerana baru pulih dari kecederaan.

Bakinya pulak ramai yang terlibat dalam perlawanan antarabangsa maka match fitness pasti menjadi persoalan. Jangan lupa Alex Oxlade Chamberlain yang beraksi mantap bersama England u21 pastinya sedang push rakan2 lain untuk merebut tempat, malah membuat debut starting lineup. Segalanya mungkin bagi pemain masa depan ini, lebih cepat lebih bagus kerana secara peribadi aku mula nampak special talent yang ada pada budak ini, sama seperti mana feeling terhadap Jack Wilshere.-Cuma aku diberi harapan palsu mengenai Theo Walcott yang kejap on kejap off, kalaulahlah dia lebih konsisten...  Selain Bendi, Sunderaland pulak turun tanpa penjaga gol Gordon, penyerang Campbell dan jugakpenggantungan Badut titus Bramble serta Bardsley. Ini peluang untuk Asenal mengambil kesempatan.

---------------Szczesny-----------------
Carl---------PM------Kos-------Santos
----------------Song--------------------
-------Arteta---------Rambo------------
----Walcott-----RVP------Gervinho----

Sejak kekalahan pada Liverpool, home form kita mula menunjukkan bibit2 kebangkitan walaupun kemenangan ke atas Swansea dan jugak Bolton dibantu faktor2 luaran tapi sekurang2nya mampu memberi keyakinan di gelanggang sendiri. Arsenal sangat2 memerlukan 3 mata malam ini tapi begitu jugak Sunderland. Jangkakans atu perlawanan menarik tapi tanpa kejutan, kalau adapun biarlah positif di pihak Arsenal.Szczesny yang score ke, atau Pak Cu dapat buat debut dan terus score ke, kejutan2 macam itu takpe. Sebab banyak pundit2 dan media dah bajet dan tilik game malam ini bakal draw betapa mereka merendah2kan martabat Arsenal ketika ini.Buktikan sebaliknya wahai Gunners!! Astro ESPN 812/832 Arsenal 2 Sunderland 0.

Agi idup agi mengGunners!!


Jumaat, 14 Oktober 2011

Fan backlash? + update kecederaan.

Internationaleleh membuatkan aku terpaksa bercuti panjang, bukalah terpaksa sangat lebih kepada aku mengambil kesempatan melihat juga kepada arsenal.com yang keluarkan entah apa2 cerita sebagai modal mengisi masa lapang. Apapun lebih baik ada dari tiada. Ada yang score, ada yang bernasib malang bersama pasukan negara. Itu lumrah, hebat di kelab tak semestinya berasal dari negara yang asas bola sepaknya hebat, tapi kalau kapten skuad kebangsaan pun tak semestinya pemain itu mempunyai form yang menonjol di Arsenal. Aku tertarik dengan kata2 WEnger bahawa kita ramai kapten material di Arsenal, selain RVP sedia ada, Arshavin Park, Yossi, Rambo, Rosicky dipetik sebagai kapten2 kebangsaan atau juga Arteta dan Mertesacker yang pernah membimbing di peringkat kelab dalam beberapa occasion.

Tapi sejauh mana sebenarnya impak yang diberikan terhadap pasukan kerana sampai ke hari ini, persembahan2 kita tak berjiwa, tiada hati dan umpama tiada yang nak push rakan2 supaya lebih bersemangat.Mungkin Mael ada kriteria tersebut tapi buku rekod kesihatannya yang semakin tercalar membantutkan usaha itu. Sebagai langkah selamat, aku berpegang pada kata2 Edu la, bekas pemain skuad Invicible kita yang kini sudah pun bersara muda pada 33 dan bertindak sebagai general manager pasukan kelab Brazil , Corinthians. Edu sempat kembali ke London dalam lawatan sambil belajarnya , juga sempat dapatkan tips2 dari Wenger untuk cara2 mengendalikan transfer dan perkara2 pengurusan, berbalik pada yang dicakapnya tadi adalah dia memeprcayai Wenger, percaya pada pasukan ini terutama rakan sebangsanya Andre Santos, maka dia menyeru para Gooners suapaya bersabar kerana setiap pasukan yang dibentuk mengambil masa untuk sebati. Kalau tak musim ini, musim depan, kalau tak musim depan , musim lagi satu katanya. Proses mencipta keserasian di kalangan pemain dan membentuk persefahaman bukannya semudah membuat ABC.

Banyak perkara yang perlu dititikberatkan lebih2 lagi setelah Wenger kata pentingnya pasukan arsenal untuk merenewkan skuad. Sedar tak sedar 30 transfer dilakukan. Summer yang sibuk.9 pemain dibawa masuk, 10 dilepaskan, 11 dipinjamkan. Jadi miracle lah kalau nak mengharapkan kepantasan hasil. Walaupun Wenger punya signing kali ini lain2 macam siket dengan membawa masuk so called pengalaman, tapi aku tengok Arsene Wenger punya target lebih kepada foundation for the future. Dia cuma sediakan asas untuk penggantinya, itupun jika tak berhasrat atau tidak disambung kontrak selepas 2014. Bukan lama pun 3 tahun lagi, sabar.. Itu pun sudah ada yang tak sabar2 6 tahun tak dapat apa2 sampai sebahagiannya sudah mula pasang impian nak buat riot tunjuk perasaan menaikkan banner2' Wenger out' di Emirates pada pertemuan dengan Sunderlan hujung minggu ini. Ya , ia adalah satu bentuk luahan perasaaan dan hak asasi namun kita fikir logik akal dan situasi semasa ketika ini, adakah BOD akan sewenang2nya tunduk kepada tekanan ini melepaskan pengurus yang boleh kasi masyuk ongkos kat depa. Duita tiket pun mereka berani naikkan. Tidak sama sekali.  Jadi alang2 nak luahkan sangat, biarlah berlaku adil, jangan menuding jari pada satu pihak sahaja, Gazidis dan Silent Stan pun ada part untuk diblamekan.Ya blame semua, salahkan semua, salahkan pemain salahkan itu , salahkan ini tapi tidak pada diri sendiri bukan? Kalau mereka atau kita sebagai penyokong yang support sepenuh hati dengan semangat kesukanan, sepatutnya 'boo' tidak sama sekali muncul dalam kamus chanting. Bagus kritikan membina, bagus kritik Wenger biaq dia sedaq , dia pun tahu tekanan makin menimpa tapi biarlah dengan cara lebi berhemah. Ketika kemenangan buruk ke atas Swansea pun mereka boleh melaungkan 'one arsene Wenger' tapi esoknya bila kalah terus spin 360 dajah 'sila keluar'. Bola sepak hari ini kadang2 kejam, tiulah tekanan yang terpaksa diterima orang tua itu jadi pada aku, dia cukup dah tekanan, biar dia buat kerja jangan tambah sangat tekanan dia lagi nanti apa pun tak jadi.Jadi banner sperti 'please arsene do something', 'we need changes' atau paling busuk pun 'Thank you Wenger but goodbye' mungkin dengar lebih berhemah. Sebenarnya seronok jugak nak melihat apa reaksi jika perkara ini benar2 berlaku nanti. Masa tu kita boleh lihat pecahan perbezaan pendapat tapi perlu dengan cara rasional.

Itu perkembangan terhadap suasana sekitar emirtes. Kita kecilkan lagi kantar dan fokus pada perkembangan pasukan atas padang pulak. Pertemuan menentang Sunderland , Koscielny dan Johan kembali tapi match fitness menjadi isu. Mael sudah boleh beralari dan mungkin dalam 2 minggu lagi sebelum full training, begitu jugak pemain yang tak pernah muncul musim ini Diaby, khabarnya bakal kembali dalam masa 10 hari. Jadi  kita kehilangan Wilshere, Sagna, Mael dan Diaby yang lain2 semua ok. Sagna yang paling sedih dan tak biasa dengan situas ini kerana selang 3 hari jek match bagi dirinya, tapi Wenger memberi jaminan kekuatan mental Sagna. Internationaleleh sebenarnya memberi ruang kepada para pemain melupakan segala keputusan mengarut dan tak memberangsangkan di persaingan domestik.
"We were not beaten on the day by a bad performance but because the details you need in big games were not on our side and that was very frustrating. The disappointment was big and ideally I would have loved to have played again soon afterwards. But maybe to get that game out of the players' heads it was better for them to have the international games."
 Arsenal sebagai tuan rumah di Ashburton Grove menanti kunjungan Sunderland yang hanya baru menang sekali sahaja musim ini Itupun kini mereka bakal turun sedikit tumpul tanpa penyerang kita yang dipinjamkan Bendi. Mengikut peraturan Premier League, seseorang pemaiin tak boleh turun menentang parent clubnya sendiri walaupun aku rasa Wenger sendiri dan arsenal tak kisah kerana mengikut rekod, sanchez watt pernah turun bersama Leeds kalau tak silap dalam piala FA menentang Arsenal, membuktikan keterbukaan Arsenal. Ahad ini sama2 kita mengharapkan konsistensi terutama dalam home form.

Agi idup agi mengGuners!!


Khamis, 6 Oktober 2011

Gazidis : Arsenal tak risau

Baru2 ini Ivan Gazidis mengeluarkan ayat penyedap hati yeng lebih kurang berbunyi macam gini la " Arsenal tak kebulur pun duit UCL tu kalau tak layak" .Sebab tahun lepas Arsenal dapat hampir 26M apabila berjaya melangkah sampai pusingan kedua, oleh itu bila permulaan liga kita teruk dan parah dengan kalah 4 daripada 7, rata2 orang ramai dah tolak ketepi Arsenal sebagai contender sekalipun untuk top 4.Maka dengan itu mula lah media terutamanya ragu2 cammano arsenal nak hidup pas ni? Jadi persoalan tu yang memaksa Gazidis terpaksa keluarkan ayat insuran jika apa2 perkara tak diingini berlaku. Pada aku tak perlu mudah mengalah, bagi kata2 Gazidis tu pulak gua rasa pun dia takde makna tiba2 nak cakap pasal tak layak tapi lebih kepada soalan yang diajukan. Memang senang pun nak prajudis sebab kita pun dah ditinggalkan jauh tapi jugak jangan lupa, masih terlalu jauh musim ni nak habis. 8 mata jurak pemisah antara kita dan Newcastle di tangga keempat. Dalam bola sepak jangan berhenti berharap. Layankan aje, duduk, relax, enjoy the sesaon.Kalau OK terima kasih, kalau Not Good Enough, cuba lagi. Itu saja prinsip dalam sukan ni. Cuba dan terus mencuba. Lagipun memetik kata Gazidis yang duk bangga2kan sangat dengan prinsp model pembiayaan sendiri yang diamalkan Arsenal ni,
"We are not looking for credit for being a self-sustaining club. I do think it is the right model for us. It gives us stability and the ability to look forward with confidence without worrying too much about the ups and downs, the competitive cycle or the economic cycle."
Itu yang membuatkan Arsenal ni unik. Melawan arus sedang kelab2 lain memilih jalan singkat.Sekarang musim internationaleleh kita diberi rehat dalam 2 minggu, INi apa yang dok kecoh2 Szczesny nak jadi kapten la nak pergi Barca la, nasib baik tuan punya badan sendiri kasi declare kat Twitter menjernihkan keadaan dan menerangkan segalanya. Katanya tak pernah ada niat pun nak amek alih tugas RVP -macam dia ni bajet power- tap i ebenarnya apa yang diutarakan aladah dia mmg teringin, memasang impian satu hari nanti nak jadi skipper Arsenal. Ape salahnya kat situ? semua orang masing2 ada impian, lagipun Szczesny ni masih muda lagi punyai perjalanan kerjaya yang panjang, menarik dan mencabar. Berita pasal dia ke Barca, ya Barca lagi , lagilah buat dia gelak sendiri.Thanx but no thanx, Sorang lagi Jack Wilshere, cinta dan kesetiaannya pada Arsenal sehingga kini sungguh mendalam.Get well soon Jack. True lad!

Arsenal dan Spurs masing2 menolak sebarang chanting berbentuk ejekan provokatif dan chanting2 berbentuk hasutan dan perkauman. Ya kelab2 bola sepak ini hanya mampu declare jek, tapi realitinya, mulut org susah nak tutup, perangai manusia susah nak jaga Lagi2 dalam emosi kejiranan terlampau ni. Bukan apa, sebab lepas game kat WHL itu hari ada kes kedengaran chanting2 buruk dilemparkan, tak kira la dari pihak penyokong Arsenal mahupun Spuds sendiri, saling berbalas balasan. Tapi yang kelakar, ironinya Spuds dulu bukan main lagi kondem kaw2 kutuk Adebayor ni dari dia main Arsenal, City hingga ke Madrid, nah amek ko kali ni dia main untuk Spuds pulak. kah3..cacian makin perkauman lagi teruk diorang pernah lemparkan, dah terang lagi bersuluh fan Spurds kat sana tu lagi berhati kaudu.




Jadi kedua2 kelab sedang ambil pendekatan untuk pantau kes2 macam gini. Mungkin kalau dapat tangkap ban dari masuk stadium atau denda ke.Tapi macam aku cakapkan tadi, sekadar declare, bolehlah. Kalau nak betul2 clean kene dapat kerjesama menyeluruh dari segala pihak terlibat, paling utama dari penyokong sendiri.Tapi takpelah di malaysia ni takdelah seteruk gitu iye dok..kalau tak mau roboh kedai makmak, memang tak cukup pak guard sorang lepas kes rompakan hari tu, tambah lagi 2 jaga setiap pintu..Uih dah macam tambah UEFA ref assistant belakang gol pulok..apa2 pun, cuma kita saling beringat lee
..


Selasa, 4 Oktober 2011

Post match : Walau Maruah terguris, di hati ..Arsenal tetap laris

Dulu Danny Rose, kini giliran Kyle Walker, lepas ni siapa lagi nama2 org muda yang tiba2 boleh cipta nama untuk spurs dalam NLD? Bagi Arsenal pulak kata Wenger satu persembahan yang umpama terlupa nak turun handbrake, ada tersekat2..mau pergi kat tak mau pergi.. tapi yang aku nampak, satu persembahan umpama enjin yang lupa nak hidup. walaupun statistik menunjukkan kita mendominasi dengan penguasaan bola 60-40, dan jugak tiba2 SOT kita 5, jarang sekali untuk aku ingat bila masa kita cipta peluang yang benar2 boleh score goal.Yang pasti terbayang2 Gervinho mempersiakan peluang hasil usaha keras RVP dari sebelah kanan. Sampaikan Song sendiri yang terpaksa naik untuk cross kepada Rambo menceritakan segalanya. Kreativiti kita gersang. Rambo walaupun score gol semalam yang lain2 dari dirinya serba tak menjadi. Sloppy passing, lambat trackback, caught off position. Ditambah pulak off form daripada Gervinho dan Walcott dua pemain yang sepatutnya jadi nadi pergerakan arsenal yg suka main wide.Walcott sejak 6 tahun lalu tak pernah konsisten dalam perjuangan. Ini menyukarkan RVP yang kelihatan tiada sokongan di depan.Arteta walaupun nampak lebih deep, dia dan Coquelin nampak kelihatan struggle mencari passing, ruang yang kita biarkan untuk midfield spurs begitu terbuka.Itulah risiko yang terpaksa dihadapi jika memilih untuk 4-3-3. Itupun Spuds hanya mampu menjaringkan 2 gol sahaja.

Gol2 Spuds sukar diterima. Tak kisahlah adebayor gagal jaringkan gol sekalipun tapi ruang yang kita berikan padanya untuk Assist kepada VDV telah menghukum kita. Lupakan handball yang boleh didebatkan, persoalan mengapa VDV boleh terlepas begitu sahaja, mana markernya yang sepatutnya berada di situ situ Sagna sini.Sagna patut berada di mana2 dan alert.2nd yellow card kerana sambut dgn fan? Sorry wilshere, aku sependapat dengan Wenger untuk ini, tak menyokng sama sekali benda tu walaupun kut2 termaktub dalam peraturan hari ini, adalah useless untuk menghalang passion dan emosi manusia. Gol kedua adalah kesilapan naif pertahanan kita yang lambat close down. Mungkin ramai yang cakap bola begitu sukar untuk szczesny ditambah penglihatannya mungkin sedikit terhalang tapi , keeper yang mempunyai daya reflex yang lebih sepatutnya mampu membuat lebih baik dari itu.

Tentang sub pulak, pilihan dan taktikal Harry hari tu nampak lebih menjadi dari Wenger. Keluarnya VDV menimbulkan persoalan dan keraguan di kalangan fan malah VDV sendiri tapi kemasukan Sandro jelas memberi lebih security pada bahagian tgh spuds. Harry nampak VDV sudah hilang punca , termengah2. Kita sebenarnya kurang bernasib baik, kerana tak jangka pun Sagna injured dan terpaksa dikeluarkan,ganti dengan Jenkinson dah rugi satu slot kat situ. Gua dapat rasakan Pak Choo Young akan menjadi pilihan, kerana pi'il wenger selalunya suka mencampakkan nama2 pelik ketika keadaan under pressure tak menentu, konon mengharap keajaiban sama seperti dia mencampakkan oxlade di Old Trafford. Sub2 lain kita pulak tak memberi impak langsung, Arshavin dan Yossi buat poor Gervinho dan Walcott. From poor to worst. Terlalu banyak individu yang kasi let down wenger dan para fan. Kebanyakannya nampak seperti tak menghayati erti  rivalry derby ini. Besar maknanya kepada penyokong, lagi besar maknanya pada penduduk setempat.

Ahh persetankan itu semua. Kalah tetap kalah, that's football. Kecewa, adalah sebahagian daripada kehidupan. Kejayaan? gua dah pernah rasa dengan kelab ini, A.R.S.E.N.A.L,adakah bermakna gua dah cukup puas? tidak sebegitu pun tapi gua tetap akan bersama cuba mencari yang positif di sebalik segala keaiban dan kenegatifan yang dah dilemparkan. Kalau dah buruk , tu buruk jugak  buat apa nak diperbodohkan lagi ketika mereka yang kat padang tu perlukan konfiden, sebahagiannya datang dari fan. Sokong supaya kita dapat lihat kejayaan , itu adalah bonus. Tapi Sokong kerana kita percaya dan setia dengan pasukan ini, itu adalah jiwa gooners. Brader rambut panjang, hidung bertindik telinga bersubang berbandana ala axl Rose tu memang selalu keluar tv, kalah menang tetap setia dengan jersi Arsenal, tak pernah keluar awal sampai ke habis duk bagi sokongan.Itu semangat yang kita mahu.Kerana ini sukan yang beremosi, maka sudah tentu kemenangan mahupun kekalahan terpalit pada jiwa.Terimalah bahawa di WHL tempoh hari, Arsenal tak bernasib baik, Spuds main dengan lebih konfiden itu jek jurang pemisah. tak ada pertukaran angin atau kuasa pun di Utara London. Mereka sahaja yang terbawak2, kita tertangkap tidor sekejap. Kita akan bangkit itu pasti, gua percaya, kalau boleh gua pun nak ajak lu orang sama2 percaya. Tapi kalau lu orang tanya bila masanya? gua tak dapat nak bagi jawapan. Sebab kalau kita percaya, hanya dengan itu kita boleh sabar.COYG!

Elok bebenor Internationaleleh datang tepat pada waktunya. Saat kita perlu regroup balik. Berita kecederaan agak membimbangkan.Sagna seperti diketahui dah selamat mejalani pembedahan dan akan berlumba jalan bertongkat dengan Wilshere. Dia hanya akan kembali dalam tempoh 3 bulan. Mael bertweet2 sambil berlari. Ya dah boleh lari dan lagi semakin hampir ke full training.Wenger jangkakan 2 minggu lepas internationaleleh dia akan boleh beraksi. Masa tu baru laa kita lihat sam ada gandingan PM-mael ni mitos atau pun realiti. Szczesny pulak digugurkan dari skuad Poland akibat kecederaan minor sakit belakang.Dia akan meneruskan latihan ringan di London Colney.

Hari tu lepas match keesokan harinya gua ada urusan terpaksa turun ke jalanan. Di tengah2 kesesakan lalu lintas tu gua jumpa satu Honda CRV. Belakangnya tertera pelekat kereta Toon Army! scarf hitam putih dan patung kuda2laut. Dalam hati gua ,respect kat mamat ni. That's what we call pure football fans. Been together through thick and thin. Top class!!


Kredit pic asianfootballpix.blogspot

Agi idup agi mengGunners!!

P/S : Maaf atas kelewatan post match. Artikel ini ditulis bersambung dari sehari ke sehari.Seperkara lagi pihak Arsenalaysia pohon, ruangan sembang meriam haruslah digunakan dengan tertib mencerminkan class dan tamadun manusia. Perlu diingat bahasa2 yang dilemparkan adalah tanggungjawab anda. Pointless untuk banning mahupun delete sesiapa sebenarnya. Hanya dengan cara itu mungkin kesedaran bersama timbul. Sebab gua percaya lu orang semua pun ada akal dan bijak2 belaka. Tapi macam tadi la jugak kalau lu org tanya sampai bila? jawapannya gua tak tahu,  bergantung pada tahap IQ seseorang individu. kah3 Takkan la sampai satu tahap ID gua pun diklonkan.hahaha..


Ahad, 2 Oktober 2011

Pre Match : Tetap Yakin walaupun tiba2 dilihat sebagai underdog dalam NLD

North London Deby bukan cerita tentang Gallas bekan kapten Arsenal ketuai Spuds menundukkan Arsenal di Emirates,jugak bukan pasal Adebayor lari satu padang untuk provoke para penyokong Arsenal, ia tentang rivalry kejiranan, perasaan meluat menyampah spuds terhadap kita bersandarkan perasaan iri hati keji lagi busuk dan sikap mereka yang perasan lebih. Bertahun2 Arsenal menyambut hari Totteringham day di mana hari Arsenal sah duduk di atas Spuds dalam kedudukan liga. Sesudah 15 tahun dia berada di Arsenal, Wenger tak pernah duduk di bawah Spuds maka dengan itu anda akan tahu betapa mereka membenci dan cemburu pada kita dalam masa yang sama kita hanya mampu membahankan mereka. Mereka memang direct rival, paling hampir mereka mampu memintas adalah pada 2006 tapi akibat 'keracunan makanan' di hotel dan gol Yossi last match of the season yang pada ketika itu mewakili West Ham, cita2 busuk mereka tak kesampaian.  Namun, perlu diakui dari sudut bola sepak, semenjak 2menjak musim kebelakangan ini , mereka mampu meningkatkan standard dengan membawa pemain2 berkualiti. Sesudah meleburkan rekod tanpa kalah arsenal dalam NLD selama bertahun2, buat pertama kali menyertai kejohanan elit Eropah. Mereka jugak musim lepas memecahkan rekod 17 tahun tak pernah menang di gelanggang Arsenal dalam satu perlawanan dramatik yang penuh malang buat Arsenal pada satu ketika mendahului dengan gol hanya dengan tak semena2 kecundag 2-3 akhirnya.

Malam ini, bagi sesetengah pemain ia mungkin satu pengalaman yang baru.Tapi sedikit sebanyak mereka telah paham betapa pentingnya perlawanan malam ini dan apa ertinya pada para gooners melihat muka kesian para yids atau yiddo setiap kali Arsenal menewaskan Spuds.Tugas ini bukan mudah . Dengan suasana kehangatan dan gegak gempita, Szczesny dah melaungkan bahawa pointless untuk jerit2 di WHL kerana rakan sepauskan bukan dapat dengar pun.Stadium kecik, orang melimpah, itulah pasal. Bagi aku secara peribadi berpendapat NLD adlaah derby paling menarik dan terbaik berbanding derby2 lain di England mengalahkan mersyside derby mahupun manchester derby. Bukan sahaja kerana cerita2 hangat dan rekod2 sebelum ini, jumlah gol jugak adalah suatu yang menarik untuk diperkatakan. Dalam 31 perlawanan hanya ada sekali 0-0, game di mana ebou kene red card, ingatkah anda?. Jadi aku menjangkakan satu perlawanan serang menyerang balas yang menarik malam ini dengan beberapa gol akan dihasilkan- mostly lebih baik dari pihak Arsenal.Sekarang bookie, pundit, media, penganalisis dah letakkan Spuds sebagai pilihan. Wenger dan barisan kita akan turun sebagai underdog.Eloklah begitu, Spuds pun tengah konfiden, harap diorang overkonfiden.Mereka jugak semakin bongkak sesudah tiga kemenangan berturut2 dan termasuk membenam liverpool 4-0. Satu lagi sebab mereka bercakap besar adalah dari 7 perlawanan bawah Harry Redknapp ebrtemu Arsenal, mereka hanya baru kalah 2 kali.Ok malam ini jadi tiga.

Kedua2 pasukan bermain dalam perlawanan Eropah tengah minggu. Arsenal sempat merehatkan beberapa muka, tapi dari senarai kecederaan yang panjang, hanya Walcott dilihat mampu kembali. Yang dah kompom out adalah Johan. Laci tak cukup match fitness. Yossi , Kos dan gervinho  akan diuji lewat pada pagi match day.Jika tiada pilihan, Wenger mungkin terpaksa mengekalkan Song di bahagian CB bergandingan dengan Mertesacker. Tugas besar nak jga kawannya Adebayor.Ironinya Ade pernah jaringkan 8 gol dalam 9 NLD semuanya buat Arsenal. Tugas Szczesny, PM dan Song adalah menghalang angka tersebut bertambah. Aku rasa kepantasan Gibbs akan digunakan malam ini di sebelah kiri. Untuk work rate dan lebih berdisiplin, selain faktor fatigue, Coquelin mampu untuk menggantikan Frimpong mengambil alih tugas Song dengan bantuan pengalaman dari Arteta, aku percaya Modric dapat disekat. Itupun kalau Yossi tak belum bersedia diturunkan. Cuma nanti bahagian tengah kita dilihat kurang kreativiti di mana Arteta dah main lebih deep hanya tinggal Rambo. Rambo dan RVP kembali mengambil tempat, Oxlade Chamberlain bakal menganalisis dari bench sebelum membawa masuk suntikan baru. Spuds pulak bakal turun tanpa barisan CB pilihan mereka, Dawson Gallas masih out dan jugak Huddlestone. Mungkin Pienaar akan dapat membuat cameo debut sesudah pastinya barisan tengah milik Parker, Modric dan Sandro.

------------Szczesny-------------
Sagna-----PM---Song------Gibbs
--------------Coquelin-----------
------Arteta----------Rambo-----
Walcott-----RVP------Arshavin

Biarlah underdog sekalipun, apa yang penting adalah keputusan akhir wisel atas padang. Kita dah cukup sengsara dah lali dengan cemuhan dan kejian buruk penghujung musim lepas disambung awal musim. Untuk meredakan , Arsenal perlu tutup mulut pengkritik. Inilah medan terbaik untuk bina balik konfiden.Sedangkan menang liga pun kita pernah kat WHL inikan pula mencari momentum nak kembali bersaing dalam liga pun takkan tak boleh. Walaupun tugas malam ini memang diakui sukar, aku percaya selagi ianya merah putih Arsenal, letaklah sesiapapun kita tetap akan jauh lebih berclass dari pasukan jiran bodoh sombong ini COYG!!!!! . Astro Star Sport 11pm, Spuds 2 - Arsenal 3.

Agi idup agi mengGunners!!


Sabtu, 1 Oktober 2011

Perginya seorang Almunia

Misteri lamunan Almunia terjawab sudah. Setelah namanya langsung tak ada dalam senarai musim ini dan dipinggirkan akibat drop form dan ketangkasan Szczesny dan Manonne yang memintas kedudukannya, Almunia tidak ada pilihan lain selain satu2nya terowong kerjaya baginya adalah keluar dari Emirates. Gagal dijual atau lebih elok cakap gagal dicari pembeli mungkin sebab faktor gaji, kini Almunia sudah boleh kembali beraksi bersama pasukan barunya West Ham United. Big Sam mengucapkan terimakasih sekali lagi pd Wenger kerana sudi meminjamkan seorang lagi pemain sesudah mereka berjaya meminjam Henri Lansbury yang beraksi cemerlang setakat ini bersama West Ham. Mereka terpaksa membuat emergency signing sebagai cover kepada Robert Green yang diberitakan mengalami kecederaan. Emergency signing bagi penjaga gol adalah dibenarkan walau di luar musim perpindahan, sama sepertimana kes Lehman musim lepas.

Banyak turun naik Almunia di Arsenal tapi orang akan lebih teringat akan aksi2 badut sarkasnya. Kerana ketika pasukan tidak beraksi seperti diharapkan, dia jugak sering under pressure maka tidak terlepas dari menjadi kambing hitam. Almunia adalah seorang decent keeper (bagi mid table team-tolak kedudukan Arsenal ketika ini), tapi tak cukup bagus untuk standard Arsenal.Pengalamannya yang luas dalam occasion2 besar seperti cup final Champions league dan Piala Liga boleh menjadi satu aset buat pasukan barunya. Mungkin dia akan dapat menjelmakan kembali form pertengahan kerjayanya. Namun aku rasa hari2 Arsenalnya hanya menghitung waktu. Kalau dulu dia buat kat Lehman sampai Wenger boleh tak terpandang orang tua itu, kali ini dia terpaksa terima kata bidalan 'hidup ini umpama kerepek roda, kadang2 rangup kadang2 lemau'. Kali ini giliran dia terpaksa memberi laluan kepada bakat2 baru yang lebih berkeyakinan. Jika ditakdirkan Almunia akan berpisah dengan Arsenal selepas ini, adakah Wenger akan membuat sesuatu Leman-resigning balik dia- aku pikir tidak kerana Mad Jens adalah satu exception. Itu kes istimewa.

Terma kasih atas sumbangan yang tak seberapa, terima kasih atas kemampuan di luar imiginasi yang kadang2 berlaku, terima kasih atas segala hiburan duka dan nostalgia2 tragic. Selamat membantu West Ham kembali ke Liga Perdana. Kekerapan jangkitan dada dan chest infection mu akan sentiasa dirindui...adios