Sabtu, 1 Oktober 2011

Perginya seorang Almunia

Misteri lamunan Almunia terjawab sudah. Setelah namanya langsung tak ada dalam senarai musim ini dan dipinggirkan akibat drop form dan ketangkasan Szczesny dan Manonne yang memintas kedudukannya, Almunia tidak ada pilihan lain selain satu2nya terowong kerjaya baginya adalah keluar dari Emirates. Gagal dijual atau lebih elok cakap gagal dicari pembeli mungkin sebab faktor gaji, kini Almunia sudah boleh kembali beraksi bersama pasukan barunya West Ham United. Big Sam mengucapkan terimakasih sekali lagi pd Wenger kerana sudi meminjamkan seorang lagi pemain sesudah mereka berjaya meminjam Henri Lansbury yang beraksi cemerlang setakat ini bersama West Ham. Mereka terpaksa membuat emergency signing sebagai cover kepada Robert Green yang diberitakan mengalami kecederaan. Emergency signing bagi penjaga gol adalah dibenarkan walau di luar musim perpindahan, sama sepertimana kes Lehman musim lepas.

Banyak turun naik Almunia di Arsenal tapi orang akan lebih teringat akan aksi2 badut sarkasnya. Kerana ketika pasukan tidak beraksi seperti diharapkan, dia jugak sering under pressure maka tidak terlepas dari menjadi kambing hitam. Almunia adalah seorang decent keeper (bagi mid table team-tolak kedudukan Arsenal ketika ini), tapi tak cukup bagus untuk standard Arsenal.Pengalamannya yang luas dalam occasion2 besar seperti cup final Champions league dan Piala Liga boleh menjadi satu aset buat pasukan barunya. Mungkin dia akan dapat menjelmakan kembali form pertengahan kerjayanya. Namun aku rasa hari2 Arsenalnya hanya menghitung waktu. Kalau dulu dia buat kat Lehman sampai Wenger boleh tak terpandang orang tua itu, kali ini dia terpaksa terima kata bidalan 'hidup ini umpama kerepek roda, kadang2 rangup kadang2 lemau'. Kali ini giliran dia terpaksa memberi laluan kepada bakat2 baru yang lebih berkeyakinan. Jika ditakdirkan Almunia akan berpisah dengan Arsenal selepas ini, adakah Wenger akan membuat sesuatu Leman-resigning balik dia- aku pikir tidak kerana Mad Jens adalah satu exception. Itu kes istimewa.

Terma kasih atas sumbangan yang tak seberapa, terima kasih atas kemampuan di luar imiginasi yang kadang2 berlaku, terima kasih atas segala hiburan duka dan nostalgia2 tragic. Selamat membantu West Ham kembali ke Liga Perdana. Kekerapan jangkitan dada dan chest infection mu akan sentiasa dirindui...adios


0 ulasan: