North London Deby bukan cerita tentang Gallas bekan kapten Arsenal ketuai Spuds menundukkan Arsenal di Emirates,jugak bukan pasal Adebayor lari satu padang untuk provoke para penyokong Arsenal, ia tentang rivalry kejiranan, perasaan meluat menyampah spuds terhadap kita bersandarkan perasaan iri hati keji lagi busuk dan sikap mereka yang perasan lebih. Bertahun2 Arsenal menyambut hari Totteringham day di mana hari Arsenal sah duduk di atas Spuds dalam kedudukan liga. Sesudah 15 tahun dia berada di Arsenal, Wenger tak pernah duduk di bawah Spuds maka dengan itu anda akan tahu betapa mereka membenci dan cemburu pada kita dalam masa yang sama kita hanya mampu membahankan mereka. Mereka memang direct rival, paling hampir mereka mampu memintas adalah pada 2006 tapi akibat 'keracunan makanan' di hotel dan gol Yossi last match of the season yang pada ketika itu mewakili West Ham, cita2 busuk mereka tak kesampaian. Namun, perlu diakui dari sudut bola sepak, semenjak 2menjak musim kebelakangan ini , mereka mampu meningkatkan standard dengan membawa pemain2 berkualiti. Sesudah meleburkan rekod tanpa kalah arsenal dalam NLD selama bertahun2, buat pertama kali menyertai kejohanan elit Eropah. Mereka jugak musim lepas memecahkan rekod 17 tahun tak pernah menang di gelanggang Arsenal dalam satu perlawanan dramatik yang penuh malang buat Arsenal pada satu ketika mendahului dengan gol hanya dengan tak semena2 kecundag 2-3 akhirnya.
Malam ini, bagi sesetengah pemain ia mungkin satu pengalaman yang baru.Tapi sedikit sebanyak mereka telah paham betapa pentingnya perlawanan malam ini dan apa ertinya pada para gooners melihat muka kesian para yids atau yiddo setiap kali Arsenal menewaskan Spuds.Tugas ini bukan mudah . Dengan suasana kehangatan dan gegak gempita, Szczesny dah melaungkan bahawa pointless untuk jerit2 di WHL kerana rakan sepauskan bukan dapat dengar pun.Stadium kecik, orang melimpah, itulah pasal. Bagi aku secara peribadi berpendapat NLD adlaah derby paling menarik dan terbaik berbanding derby2 lain di England mengalahkan mersyside derby mahupun manchester derby. Bukan sahaja kerana cerita2 hangat dan rekod2 sebelum ini, jumlah gol jugak adalah suatu yang menarik untuk diperkatakan. Dalam 31 perlawanan hanya ada sekali 0-0, game di mana ebou kene red card, ingatkah anda?. Jadi aku menjangkakan satu perlawanan serang menyerang balas yang menarik malam ini dengan beberapa gol akan dihasilkan- mostly lebih baik dari pihak Arsenal.Sekarang bookie, pundit, media, penganalisis dah letakkan Spuds sebagai pilihan. Wenger dan barisan kita akan turun sebagai underdog.Eloklah begitu, Spuds pun tengah konfiden, harap diorang overkonfiden.Mereka jugak semakin bongkak sesudah tiga kemenangan berturut2 dan termasuk membenam liverpool 4-0. Satu lagi sebab mereka bercakap besar adalah dari 7 perlawanan bawah Harry Redknapp ebrtemu Arsenal, mereka hanya baru kalah 2 kali.Ok malam ini jadi tiga.
Kedua2 pasukan bermain dalam perlawanan Eropah tengah minggu. Arsenal sempat merehatkan beberapa muka, tapi dari senarai kecederaan yang panjang, hanya Walcott dilihat mampu kembali. Yang dah kompom out adalah Johan. Laci tak cukup match fitness. Yossi , Kos dan gervinho akan diuji lewat pada pagi match day.Jika tiada pilihan, Wenger mungkin terpaksa mengekalkan Song di bahagian CB bergandingan dengan Mertesacker. Tugas besar nak jga kawannya Adebayor.Ironinya Ade pernah jaringkan 8 gol dalam 9 NLD semuanya buat Arsenal. Tugas Szczesny, PM dan Song adalah menghalang angka tersebut bertambah. Aku rasa kepantasan Gibbs akan digunakan malam ini di sebelah kiri. Untuk work rate dan lebih berdisiplin, selain faktor fatigue, Coquelin mampu untuk menggantikan Frimpong mengambil alih tugas Song dengan bantuan pengalaman dari Arteta, aku percaya Modric dapat disekat. Itupun kalau Yossi tak belum bersedia diturunkan. Cuma nanti bahagian tengah kita dilihat kurang kreativiti di mana Arteta dah main lebih deep hanya tinggal Rambo. Rambo dan RVP kembali mengambil tempat, Oxlade Chamberlain bakal menganalisis dari bench sebelum membawa masuk suntikan baru. Spuds pulak bakal turun tanpa barisan CB pilihan mereka, Dawson Gallas masih out dan jugak Huddlestone. Mungkin Pienaar akan dapat membuat cameo debut sesudah pastinya barisan tengah milik Parker, Modric dan Sandro.
------------Szczesny-------------
Sagna-----PM---Song------Gibbs
--------------Coquelin-----------
------Arteta----------Rambo-----
Walcott-----RVP------Arshavin
Biarlah underdog sekalipun, apa yang penting adalah keputusan akhir wisel atas padang. Kita dah cukup sengsara dah lali dengan cemuhan dan kejian buruk penghujung musim lepas disambung awal musim. Untuk meredakan , Arsenal perlu tutup mulut pengkritik. Inilah medan terbaik untuk bina balik konfiden.Sedangkan menang liga pun kita pernah kat WHL inikan pula mencari momentum nak kembali bersaing dalam liga pun takkan tak boleh. Walaupun tugas malam ini memang diakui sukar, aku percaya selagi ianya merah putih Arsenal, letaklah sesiapapun kita tetap akan jauh lebih berclass dari pasukan jiran bodoh sombong ini COYG!!!!! . Astro Star Sport 11pm, Spuds 2 - Arsenal 3.
Agi idup agi mengGunners!!
Ahad, 2 Oktober 2011
Pre Match : Tetap Yakin walaupun tiba2 dilihat sebagai underdog dalam NLD
11:21 PG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan