Selasa, 4 Oktober 2011

Post match : Walau Maruah terguris, di hati ..Arsenal tetap laris

Dulu Danny Rose, kini giliran Kyle Walker, lepas ni siapa lagi nama2 org muda yang tiba2 boleh cipta nama untuk spurs dalam NLD? Bagi Arsenal pulak kata Wenger satu persembahan yang umpama terlupa nak turun handbrake, ada tersekat2..mau pergi kat tak mau pergi.. tapi yang aku nampak, satu persembahan umpama enjin yang lupa nak hidup. walaupun statistik menunjukkan kita mendominasi dengan penguasaan bola 60-40, dan jugak tiba2 SOT kita 5, jarang sekali untuk aku ingat bila masa kita cipta peluang yang benar2 boleh score goal.Yang pasti terbayang2 Gervinho mempersiakan peluang hasil usaha keras RVP dari sebelah kanan. Sampaikan Song sendiri yang terpaksa naik untuk cross kepada Rambo menceritakan segalanya. Kreativiti kita gersang. Rambo walaupun score gol semalam yang lain2 dari dirinya serba tak menjadi. Sloppy passing, lambat trackback, caught off position. Ditambah pulak off form daripada Gervinho dan Walcott dua pemain yang sepatutnya jadi nadi pergerakan arsenal yg suka main wide.Walcott sejak 6 tahun lalu tak pernah konsisten dalam perjuangan. Ini menyukarkan RVP yang kelihatan tiada sokongan di depan.Arteta walaupun nampak lebih deep, dia dan Coquelin nampak kelihatan struggle mencari passing, ruang yang kita biarkan untuk midfield spurs begitu terbuka.Itulah risiko yang terpaksa dihadapi jika memilih untuk 4-3-3. Itupun Spuds hanya mampu menjaringkan 2 gol sahaja.

Gol2 Spuds sukar diterima. Tak kisahlah adebayor gagal jaringkan gol sekalipun tapi ruang yang kita berikan padanya untuk Assist kepada VDV telah menghukum kita. Lupakan handball yang boleh didebatkan, persoalan mengapa VDV boleh terlepas begitu sahaja, mana markernya yang sepatutnya berada di situ situ Sagna sini.Sagna patut berada di mana2 dan alert.2nd yellow card kerana sambut dgn fan? Sorry wilshere, aku sependapat dengan Wenger untuk ini, tak menyokng sama sekali benda tu walaupun kut2 termaktub dalam peraturan hari ini, adalah useless untuk menghalang passion dan emosi manusia. Gol kedua adalah kesilapan naif pertahanan kita yang lambat close down. Mungkin ramai yang cakap bola begitu sukar untuk szczesny ditambah penglihatannya mungkin sedikit terhalang tapi , keeper yang mempunyai daya reflex yang lebih sepatutnya mampu membuat lebih baik dari itu.

Tentang sub pulak, pilihan dan taktikal Harry hari tu nampak lebih menjadi dari Wenger. Keluarnya VDV menimbulkan persoalan dan keraguan di kalangan fan malah VDV sendiri tapi kemasukan Sandro jelas memberi lebih security pada bahagian tgh spuds. Harry nampak VDV sudah hilang punca , termengah2. Kita sebenarnya kurang bernasib baik, kerana tak jangka pun Sagna injured dan terpaksa dikeluarkan,ganti dengan Jenkinson dah rugi satu slot kat situ. Gua dapat rasakan Pak Choo Young akan menjadi pilihan, kerana pi'il wenger selalunya suka mencampakkan nama2 pelik ketika keadaan under pressure tak menentu, konon mengharap keajaiban sama seperti dia mencampakkan oxlade di Old Trafford. Sub2 lain kita pulak tak memberi impak langsung, Arshavin dan Yossi buat poor Gervinho dan Walcott. From poor to worst. Terlalu banyak individu yang kasi let down wenger dan para fan. Kebanyakannya nampak seperti tak menghayati erti  rivalry derby ini. Besar maknanya kepada penyokong, lagi besar maknanya pada penduduk setempat.

Ahh persetankan itu semua. Kalah tetap kalah, that's football. Kecewa, adalah sebahagian daripada kehidupan. Kejayaan? gua dah pernah rasa dengan kelab ini, A.R.S.E.N.A.L,adakah bermakna gua dah cukup puas? tidak sebegitu pun tapi gua tetap akan bersama cuba mencari yang positif di sebalik segala keaiban dan kenegatifan yang dah dilemparkan. Kalau dah buruk , tu buruk jugak  buat apa nak diperbodohkan lagi ketika mereka yang kat padang tu perlukan konfiden, sebahagiannya datang dari fan. Sokong supaya kita dapat lihat kejayaan , itu adalah bonus. Tapi Sokong kerana kita percaya dan setia dengan pasukan ini, itu adalah jiwa gooners. Brader rambut panjang, hidung bertindik telinga bersubang berbandana ala axl Rose tu memang selalu keluar tv, kalah menang tetap setia dengan jersi Arsenal, tak pernah keluar awal sampai ke habis duk bagi sokongan.Itu semangat yang kita mahu.Kerana ini sukan yang beremosi, maka sudah tentu kemenangan mahupun kekalahan terpalit pada jiwa.Terimalah bahawa di WHL tempoh hari, Arsenal tak bernasib baik, Spuds main dengan lebih konfiden itu jek jurang pemisah. tak ada pertukaran angin atau kuasa pun di Utara London. Mereka sahaja yang terbawak2, kita tertangkap tidor sekejap. Kita akan bangkit itu pasti, gua percaya, kalau boleh gua pun nak ajak lu orang sama2 percaya. Tapi kalau lu orang tanya bila masanya? gua tak dapat nak bagi jawapan. Sebab kalau kita percaya, hanya dengan itu kita boleh sabar.COYG!

Elok bebenor Internationaleleh datang tepat pada waktunya. Saat kita perlu regroup balik. Berita kecederaan agak membimbangkan.Sagna seperti diketahui dah selamat mejalani pembedahan dan akan berlumba jalan bertongkat dengan Wilshere. Dia hanya akan kembali dalam tempoh 3 bulan. Mael bertweet2 sambil berlari. Ya dah boleh lari dan lagi semakin hampir ke full training.Wenger jangkakan 2 minggu lepas internationaleleh dia akan boleh beraksi. Masa tu baru laa kita lihat sam ada gandingan PM-mael ni mitos atau pun realiti. Szczesny pulak digugurkan dari skuad Poland akibat kecederaan minor sakit belakang.Dia akan meneruskan latihan ringan di London Colney.

Hari tu lepas match keesokan harinya gua ada urusan terpaksa turun ke jalanan. Di tengah2 kesesakan lalu lintas tu gua jumpa satu Honda CRV. Belakangnya tertera pelekat kereta Toon Army! scarf hitam putih dan patung kuda2laut. Dalam hati gua ,respect kat mamat ni. That's what we call pure football fans. Been together through thick and thin. Top class!!


Kredit pic asianfootballpix.blogspot

Agi idup agi mengGunners!!

P/S : Maaf atas kelewatan post match. Artikel ini ditulis bersambung dari sehari ke sehari.Seperkara lagi pihak Arsenalaysia pohon, ruangan sembang meriam haruslah digunakan dengan tertib mencerminkan class dan tamadun manusia. Perlu diingat bahasa2 yang dilemparkan adalah tanggungjawab anda. Pointless untuk banning mahupun delete sesiapa sebenarnya. Hanya dengan cara itu mungkin kesedaran bersama timbul. Sebab gua percaya lu orang semua pun ada akal dan bijak2 belaka. Tapi macam tadi la jugak kalau lu org tanya sampai bila? jawapannya gua tak tahu,  bergantung pada tahap IQ seseorang individu. kah3 Takkan la sampai satu tahap ID gua pun diklonkan.hahaha..


0 ulasan: