Isnin, 31 Oktober 2011

Post match : AR53NAL vs CH3L5EA


Semalam yang hangat. Satu perasaan yang dah lama kita kerinduan. Back to the old days. Acap kali kita mencuba dalam perlawanan besar tapi kesudahannya jarang memihak kepada kita dalam beberapa musim kebelakangan ini dan semalam kita melakukannya sekali lagi dalam satu perlawanan bola sepak yang gila, open, mendebarkan, serta pasti menghiburkan. Lebih puas lagi kita hadir ke Stamford Bridge tanpa langsung diberi harapan, ditembak bertalu2 sebelumpun dijatuh hukum, ramai menjangkakan kita bakal malu besar tapi percaya atau tidak, semalam kita dah melakukannya. Wenger terus percaya, pemain nampak percaya, mengapa tidak penyokong tidak boleh yakin dengan kemampuan pasukan sendiri? Walaupun bukanlah satu persembahan yang sempurna, tapi sekurang2nya semangat yang tidak kenal erti putus asa macam inilah yang sepatutnya ditunjukkan dalam setiap game.Ya ia hanyalah satu game dalam liga, tapi mengutip 3 mata menentang title rival di gelanggang lawan adalah satu moral booster bagi sebuah pasukan yang so called in crisis la sangat.  Banyak lagi kerja yang harus dilakukan terutama dalam bahagian pertahanan.

Tidak berhasrat mengulas satu persatu, minit perminit pergerakan dan gol cuma ingin menyentuh tentang beberapa point dari analisa tentang match tersebut. Ia sebuah game yang sangat open di mana 2 pasukan yang bernafsu menyerang mencipta gerakan dan peluang bagi menghukum 2 defending display yang merapu meraban. Beza antara 2 pasukan adalah pasukan mana yang lebih menyempurnakan peluang.  Arsenal score 5 daripada 5 shot on target manakala Chelsea 3 daripada 8 SOT. Itu perbezaan antara fungsi Torres dan RVP. Game yang open dan ruang yang terhidang menyebabkan Arsenal mampu menghasilkan 12 serangan dan Chelsea jugak 13. Possession 55%-45% memihak kepada Chelsea dengan Arsenal terpaksa commit foul lebih bila mereka cuba fight for da ball. Nafsu meneyerang antara 2 pasukan big team mungkin penyebab kepada pesta gol ini. Untuk musim ini berapa kali kita sudah saksikan, apabila team2 favorite ini bertemu sesama sendiri pasti terjadi goal galore menghentam sesama sendiri berbanding ketika bertemu pasukan2 defensive minded, pasukan mid- table dan pasukan bawahan yang keep it tight tidak banyak memberikan ruang. Itu mungkin salah satu sebab Arsenal kelihatan struggle bila bertemu pasukan2 sebegitu.


Tapi bila lawan satu pasukan yang baru nak menceburi offensive play seperti Chelsea Baru di bawah kendalian AVB ini, mereka, Chelsea kelihatan confuse, keliru. Taktik high line defend ternyata memakan diri sendiri. Arsenal jugak beberapa kali terperangkap, dengan 2 CB yang push up tanpa cover yang berkesan dari fullback. Arsenal start dengan Mael dibangkusimpanankan oleh Wenger yang memikirkan mungkin taknak paksa Mael tergesa2. Tapi percaturan meletakkan Johan di RB umpama satu mimpi ngeri. beberapa kali di awal perlawanan dia menjadi bahan lawak Asley Cole.Tapi dek kerana kesembapan barisan serangan Chelsea Arsenal terselamat. Begitu jugak Arsenal, Theo Walcott yang pada gua, perlu gua akui untuk malam semalam bermain dengan otak yang selari laju dengan kaki, mampu mendapat lebih banyak kredit jika tidak keranan kegagalan Gervinho dan RVP meneympurnakan peluang awal yang dicipta terhidang. Di situ kita boleh lihat, bukannya tiada ruang pun antara Terry dan Ivanovic, malah sebenarnya kita mampu melakukannya jika terus mencuba.

Mertesacker dan Santos jugak harus melihat kembali ulangtayang game ini dan patut menggeleng kepala terutama dalam separuh masa pertama. Satu2nya pemain yang dilihat bertahan dalam jersi merah putih adalah Koscielny.PM harus buat lebih baik dalam kedua2 gol dan Santos, selain terlibat sebagai suspek untuk gol pertama dan ketiga perlu mencari shape yang lebih berpatutan supaya lebih match fit.Walaubagaimanapun pemain Brazil itu merupakan satu aset ketika mara ke hadapan.Jumlah golnya kini sudah menyamai dengan jumlah gol 8 musim Clichy di Arsenal.

Kalau sebelum ini ceritanya Arsenal dominasi perlawanan, tapi Chelsea yang lebih tajam menghukum kali ini ia berbeza sedikit. Chelsea lebih suka memegang bola manakala kehadiran Gervinho dan persembahan Walcott, Ramsey memberikan Arsenal directness. Tapi melihat kepada barisan tengah Mata, Lampard dan Ramires, atas kertas anda boleh cakap Chelsea lebih kreatif dari Arsenal tapi satu kejutan Mikel menjadi pilihan daripada Meireles untuk malam ini. Itu memberikan sedikit ruang untuk Song bernafas kerana tugas besar dia perlu menjadi perisai di depan back four ditambah lagi fullback kita yang sering AWOL, tido , dan pancit. Song bergandingan dengan Arteta yang sebenarnya bukanlah pemain jenis box-to-box, tapi kehadiran Spaniard turun ketika diperlukan dan naik ketika diharapkan memberi kestabilan kepada barisan trio tengah kita.

Game semalam lebih kepada hukum menghukum, buat salah sikit hukum, salah sikit terus pancung. Kita tengok dulu gol yang kita bolos, mana positioning PM yang tak track pemain yang harus dimarknya. Dia tak aware kedudukan Lampard, kalau dilihat kembali dia hanya mampu toleh sekejap di mana tiada entiti pada pandangannnya. Santos, sepatutnya tutup ruang Mata dengan lebih baik untuk prevent cross itu.Satu jenayah apabila pemain setinggi lebih 6 kaki gagal menanduk keluar bola sebegitu. Dan gol kedua, jenayah berpasukan, sekali lagi bagi set piece masuk. Sudahlah di waktu2 yang tak patut bolos pulak tu, di akhir separuh masa babak pertama di mana kita baru sahaja back in game jaringkan gol penyamaan. Itu kalau tak kena harinya boleh moral down.Melalui satu sepakan sudut, dah menjadi statistik yang patut sedia maklum dari team Arsenal, John Terry selalunya akan cuba untuk melibatkan diri, siapa markernya? sekali lagi PM, tapi fizikal tingginya tak cukup menghalang Terry menghulur kaki jek. Satu lagi concern ialah, orang yang dipertanggungjawabkan jaga near post, Arteta. Kalau anda lihat betul2 apekejadahnya dia mula2 jaga, namun kemudian bola belum disepak pun perlahan2 undur ke belakang semakin ke tengah, malah di belakang Szczesny dan dilihat dari camera atas, dia berada di belakang garisan gol, pendek kata duduk dalam separuh gol. Apa sumbangan pun kalau kat situ gua pun tak tau. Shocking! Gol ketiga mungkin boleh didebat, adakah Lukaku melakukan foul ke atas Santos tapi Santos harus memandang kepada responsibility nya membuang bola apabila sering kali misspass dan gave up possession. Kredit kepada Song yang hanya lambat sesaat jek untuk perfect tackle namun sudah tertulis ..dari kerana Mata, Szczesny tertewas jua.

Mari kita beralih kepada part yang lebih syok dan positf pulak. Bab kita menghukum Chelsea. Sudah dikatakan tadi, Chelsea cuba main high line defending, maka resultnya bolos 5 gol di tempat sendiri kepada Arsenal yang terkenal dengan counter attacking flow dan tempo yang laju. Arsenal mengeksploitasi eksperimen Chelsea ini sepanjang perlawanan. Jika tidak kerana nasib yang tidak menyebelahi, Arsenal mungkin senang2 sudah mendahului perlawanan dengan beberapa bijik. Tapi dah ditakdirkan kita harus mengejar game sebanyak 2 kali. Gol penyamaan pertama adalah satu team gol yang menarik. Lihat bagaimana Arsenal menggunakan ruang yang ditinggalkan antara pemain2 Chelsea dari santos ke Rambo kemudian dengan satu passing yang cantik di celah2 Ivanovic dan Terry, Gervinho mencelah berselari dengannya, RVP, Chelsea pada ketika ini mengharapkan offside tapi bendera tetap tidak diangkat, tepat! tidak offside, Gervinho tidak tamak dihantar kepada RVP , mudah!

Untuk gol kedua, adalah sangat2 penting melihat respon pemain2 sebaik mula babak kedua kerana kita sekali lagi dalam kedudukan mengejar game. Sebaik sepak mula babak kedua, kita dah mula menunjukkan desire melalui RVP dan Gervinho. Terus menerus kita mencuba dan akhirnya terbalas, Song passing cantik punya kepada Santos yang melepasi markernya Sturridge dan pemain Brazil ini penuh composure depan gol steady merembat masuk melepasi Cech. Kita menghukum barisan pertahan Chelsea, Bosingwa kelihatan kesesatan pada ketika ini, ruang yang diberikan Santos untuk mara ke depan perlu diucapkan terima kasih. Villa Boas tahu Arsenal main ikut flank, tapi kesilapannya, instead of cuba nak main deeper kasi Arsenal frustrated, dia mengarahkan fullback nye push Gervinho dan Walcott. Mikel pada satu ketika dipaksa bercampur gaul dengan Ivanovic dan Terry menjadikan lambakan di kawasan tengah padang, movement bola Arsenal yang pantas membawa kepada kisah sedih bagi Chelsea.Pada situasi ini penguasaan bola dan pertempuran bahagian tengah tidak lagi relevan kerana seperti statistik Chelsea yang dominate game tapi tetap kalah. Apa yang penting adalah pasukan yang kurang membuat kesilapan dan kepersisan @ kePersiean menghukum kesilapan.


Arsenal mendahului buat pertama kali melalui gerakan solo Theo Walcott.Tak tahu sama ada dia mmg nak memperdaya atau memang betul2 terslip tapi bijak, sungguh bijak dari Walcott. Gua yang maki2 dia selama ini pun telan balik makian tu dan bagi kredit kepada kemampuan berfikirnya malam tadi. Seronok melihat para pertahanan dan permain Cheslea hilang arah keliru antara satu sama lain. Arsenal bertahan hampir 25 minit selepas itu tapi dikejutkan dengan screamer dari Mata tinggal 10 minit nak habis. Wenger membebel2 seperti biasa kepada Howard Webb yang sekadar menjadi pegawai keempat sahaja.Masa ni dah macam2 lalu dalam kepala otak, sakit jiwa, jiwa kacau, mimpi ngeri, ini semua sebab sejarah2 kebelakangan ini yang sering tidak memihak. 5 minit selepas itu, giliran away fan kembali menggila. Lagi best... ya lagi best sebab ia hasil buah tangan dari John Terry. Malouda gatal main back pass, tiba2 terry 'terslip' tapi tengok balik ulang tayang Terry dah macam..'wut the fun?mampuih aku nak ligan better aku jatuh jek dulu at least selamat maruah aku' pada ketika ini tengok dari camera atas, anda boleh lihat Lampard sudah meletakkan tangan atas kepala menandakan dia gave up, yakin RVP dengan slumber menewaskan Cech tapi tidak menTorreskan diri apabila berjaya menyepak tepat ke arah gawang yang ternganga luas.Kepuasan celebration bertambah apabila melihat zoom in face JT.







Arsenal perlu berhati2 , mengapa? Tidak perlu diingatkan..kerana ia Arsenal, maka anda tentu faham. Beberapa minit yang tinggal umpama beberapa jam.Mata hampir merembat ke gawang yang terbuka tapi half volley nya tersangkut dek kaki Santos. Szczesny adalah orang paling lega kerana kegopohannya. Bukan sekali tapi sebelum itu jugak terjadi satu insiden di mana dia bertuah masih ada di atas padang. Kalau diikutkan trend semasa pengadil BPL, itu dah kene kad merah, bukan sebab last man tapi sebab cara dia terjah dengan high foot challenge, tak pasal2. Walaupun melalui replay kelihatan Ashley Cole yang melebih2 ia tetap satu perkara kurang bijak dari penjaga gol yang mula belajar dari game ke game ni. Satu ketika, sekali lagi Mata cuba merembat dan kali ini Kos hadir dengan  blocking yang superb. Top class defending Kos malam tadi. Mael yang masuk membuat cameo menggantikan Gervinho dah bersedia di belakangnya.

Selain Mael, pemain gantian lain yang wajar diberi kredit adalah Rosicky. Gua pernah berkata kepada rakan sepenontonan, game macam ini kelibat pemain2 seperti Rosicky dan Arshavin banyak membantu. Selain daripada pengalaman, keupayan mereka untuk mengoptimakan ruang2 yang cukup seni boleh memberi kelebihan kepada Arsenal. Sebaik masuk dia menjalankan tugas dengan ok. Tapi paling penting ketika dia menunjukkan semangat fight for the ball ketika Meireles cuba melipat menggunakan kaki, dia dengan berani  mensuakan kepala merampas bola untuk Arsenal counter attack di masa2 kecederaan. Dihantarnya kepada Arteta, Arteta menunggu dan memilih option yang tepat dilorongkan kepada RVP sekali lagi ditinggalkan jauh oleh Bosingwa, tolak sedikit ke dalam petak penalti sebelum merembat deras untuk gol kelima.


Stamford Bridge gegak gempita dengan sorakan tetamu2 kehormat.Bukan sehaja fan bersorak keriangan, unity yang ditunjukkan dalam pasukan jelas menunjukkan dressing room yang kini harmony, sambutan gol antara satu sama lain sangat2 happening untuk ditonton. Wenger bagi high five kat Gervinho adalah sangat cool. Hattrick buat RVP, 3 mata sah buat Arsenal. 28 gol dariapda 27 game..wow, meletakkan dia kini penjaring terbanyak. 5 gol ke atas Chelsea daripada RVP dan kesemuanya adalah di Stamford bridge,dan semuanya berakhir dengan kemenangan buat Arsenal. Arsenal pada ketika ini benar2 mengharapkan kapten kita kekal fit sepanjang musim. Sebaik wisel penamat kita boleh tengok betapa relief nya wajah Wenger dan para pemain begitu teruja berpeluk sorak antara sama lain. Besar, sangat besar ertinya kemenangan ini bagi batch Arsenal kali ini yang sering dipandang rendah tidak diberi harapan sebelum turun ke padang. Mereka ada sebab untuk meraikan kemenangan ini dengan penuh bergaya paling kurang kita sedikit demi sedikit mencantas jarak antara kita dengan pasukan di atas. RVP mengetuai penghargaan kepada peminat dengan mengajak rakan2 sepasukan menyambut kemenangan ini di hadapan ribuan away fan. Satu suasana yang dah lama kita impikan.Paling terharu pastinya mamat otai rock, gooners yang pernah aku sebut dan salute dahulu, apabila dia menjadi pilihan RVP menerima Jersey merah putih kebanggannya malam tadi. Terima kasih, pemain, terimakasih Wenger, terimakasih away fan, terimkasih semua yang terlibat dalam memberi kemenangan ini, terima kasih kepada Chelsea atas satu game yang dramatik dan hebat.



Konklusinya, banyak lagi tugas yang perlu dilakukan terutama dalam memantapkan jentera pertahanan.Kembalinya mael bakal menambah solid dan harap Gibbs Sagna cepat sembuh. Gua merasakan gandingan Kos dan Mael adalah bakal satu gandingan yang lebih ideal ketika ini. Kemenangan malam tadi boleh disebabkan faktor tempo dan pergerakan bola kita yang pantas. Kita perlu lebih kerap beraksi sebegini dan harus lebih direct.Tak perlu lagi selalu tippy-tappy football yang selalu akhirnya tidak ke mana. Arsenal sudah mula menang away, ini sudah tentu menambah keyakinan dan baik untuk semangat berpasukan! Marseille selepas ini. Kekalkan konsistensi, tingkatkan prestasi.COYG!!!

Agi idup agi mengGunners!!!


0 ulasan: