Apabila tauke besar sudah mula turun ke bilik persalinan setelah satu kemenangan yang mengujakan dan menaikkan semangat semua yang berkaitan dengan Arsenal, tentu ada sebabnya. Silent Stan takdelah sesilent yang disangkakan kerana setelah menghadiri AGM baru ini2 sebagai pemegang saham terbesar kelab, pergi menonton di Stamford Bridge, dan kini mula menyalurkan suara2 lunak terutama kepada akar umbi iaitu barisan pemain. Seperti yag dijanjikan bahawa dia akan turun padang menyelami suasana dan persekitaran kelab, temuramah terbaru antara laman web rasmi Arsenal.com dan Kroenke cuba menegaskan visi dan misi seorang businessman sepertinya terlibat dalam industri sukan no 1 ini.Dia juga memberi jaminan, kepada semua yang terlibat, pengurusan, pemain, dan penyokong bahawa dia 100% komited dengan corak pengendalian sekarang dan tak berhasrat untuk mengubah tradisi dan cara Arsenal beroperasi. Tapi boleh dikatakan, dia kini berjaya perlahan2 membina imej cool dengan usaha merapati setiap pemain dan memberi kata2 perangsang kepada aset2 perniagaannya. Mari kita harap hubungan keakraban dan keharmonian dalam bilik persalinan dan bilik eksekutif ini berkekalan.
Berbalik kepada game penting awal pagi nanti bertemu Olympic Marseille. Wenger berkata kemenangan malam ini mampu membawa kepada pengesahan Arsenal ke peringkat seterusnya tapi Arsenal bukan berhenti setakat itu, kita kalau boleh mahu habiskan peringkat kumpulan dengan setinggi mungkin kerana kita dah rasa sebelum2 ini apa penangan berada di tempat kedua, apa halangan yang menanti di peringkat seterusnya. Maka dengan itu , kata Wenger penting untuk melihat respond anak buahnya agar tak berlaku slumber terbawak2 dengan kemenangan besar tempoh hari. Bukan sahaja respon lepas kalah, lepas menang pun ,mental perlu diuji adakah pemain cukup profesional membiarkan yang telah berlalu begitu sahaja dan fokus terhadap aksi yang berlangsung di atas padang.
Kita mungkin pilihan awal pagi nanti setelah kita berjaya menang last minit di Velodrome, tapi Marseille jangan dipandang mudah. Deschamp pasti ingin anak buahnya hadir membalas dendam. Seri mungkin sasaran, tapi jika mereka bermain untuk seri, mereka mengambil risiko 'menjemput' Arsenal datang menyerang ke kubu mereka.Corak counter attack mereka harus diberi perhatian terutama penyerang mereka Remy dan Ayew.Dan melihat Arsenal bolos sampai 3 dan sering sahaja bolos dalam setiap game terutama melalui set pieces, tak mustahil mereka ada mengintai2 di sebalik ketinggian Mertesacker. Rotation dari Wenger mungkin boleh disaksikan.Dengan Mael kini kembali fit, aku rasa Wenger akan merehatkan PM untuk game malam ini yang bermain hampir setiap minit dalam game liga dan Champions league setelah perpindahannya. Kos yang beraksi cemerlang dalam 2 3 game kebelakangan ini pasti berbesar hati jika dipilih bergandingan dengan Mael. Jenkinson bakal dapat kembali tempat asalnya selaku understudy Sagna kerana Johan nampak begitu rapuh di posisi bukan semulajadinya. Cuma Gibbs entah dah sihat ke belum untuk turun semula , melihat Santos yang seperti ada masalah dengan tahap kecergasan sedikit membimbangkan.
Barisan tengah kita ada banyak option dengan kembalinya Yossi dalam pasukan. Rosicky, Arshavin, Oxlade, Frimpong Coquelin boleh dipaanggil jika keadaan memerlukan memberi nafas pada Gervinho, Walcott, Rambo Arteta dan Song. Tapi paling best kita nak tahu sama ada ancaman paling ditakuti Deschamp, RVP disenaraikan dalam starting 11 atau tidak. Ini kerana Wenger pasti seboleh2 mencari waktu rehat bagi pemain paling diharapkan ketika ini. Tak terkejut jika Pakcu diberi peluang setelah Chamakh disahkan injured dan tidak disenaraikan.RVP akan beraksi tapi sub atau start itu terletak pada budi bicara Wenger.Terlalu banyak pertukaran nanti menganggu pulak kestabilan dan keserasian pemain. Walau sesiapa pun pemain yang diturunkan dalam jersi merah putih, Arsenal wajib menurunkan barisan yang mampu menang kerana lawatan Dortmund dan jugak jemputan Olympiacos selepas ini bukannya cabaran2 kosong.
---------------Szczesny-------------------
Jenkinson---Kos-----Mael-------Santos/Miquel
----------------Song---------------------
--------Rosicky------Rambo------------
---Walcott----Packu------Arshavin----
Astro ESPN 831/812.345am. Arsenal 2- Marseille 0.
Agi idup agi mengGunners!!
*Updated - Gibbs kompom cedera dan tidak akan beraksi. Mengapa jika kita menang awal pagi nanti kita kompom layak walaupun secara matematiknya hanya 10 mata dan mampu dikejar?
* Arsenal will definitely qualify for the Group Stages if they win on Tuesday night. That would give Wenger's side 10 points from four games and, crucially, a superior head-to-head against Marseille. This method is used to differentiate teams the Champions League ahead of goal difference. Arsenal would be through because there is only one combination of results which could see two other teams reach ten points - and in that instance Wenger would still progress as results against Dortmund would be discounted.
0 ulasan:
Catat Ulasan