Hajat Arsenal untuk melayakkan diri secara awal ke peringkat kalah mati terpaksa ditangguhkan selepas hanya mampu seri 0-0 dengan Marseille.Kedua2 pasukan gagal memecah kebuntuan. Dalam satu lagi game lain kumpulan yang sama, Dormund menewaskan Olympiacos menjadikan persaingan kumpulan kembali terbuka. Tugas besar Arsenal lepas ni untuk sekurang2nya menang satu perlawanan lagi, tuan rumah kepada Dortmund manakala satu lagi kunjungan ke Greece.
Arsenal start perlawanan semalam dengan hanya 3 pertukaran daripada skuad yang membenam Chelsea, RVP direhatkan seperti dijangka dan digantikan dengan Pakcu manakala Mael start bergandingan dengan PM dan Carl mengambil tempatnya semula di bek kanan. Marseille bagaimanapun bermula dengan lebih garang gandingan tri Remy dan adek beradek Ayew.Tapi Arsenal jugak mempunyai peluang melalui Rambo yang menyepak wide hantaran lintang Santos. Tapi kedua2 pertahanan kekal bertahan. Arsenal nampak cepat fatigue akibat berhempas pulas hujung minggu lalu. Tapi Pakcu yang tak berapa beraksi pun nampak tak boleh cope dengan pace game. Wenger tak risau kerana dia tau, ini semua berkadar langsung dengan jumlah game yang dimiliki pemain Korea ini. Walau di separuh masa kedua, digantinya dengan orang yang ditunggu2, RVP, Arsenal tetap masih tak mampu menembusi gawang Mandanda.
Peluang terbaik hadir apabila Rosicky menghantar baekk punya ke arah RVP yang berjaya meloloskan diri dari kawalan pertahanan tapi sayang bola chipnya berjaya diselamatkan Mandanda. Itu peluang terbaik dalam aksi separuh masa kedua sehingga wisel penamat.Deschamp dan anak buahnya pasti begitu lega dengan kejayaan mengikat Arsenal dan mereka tahu masih ada peluang. Bagi kita pulak, kita tak sepatutnya boleh mempersia2kan peluang game sebegini dan nampaknya harus mempersiapkan diri dalam baki game yang apa2 boleh jadi. COYG!!
I felt it was a game where we were not physically at our sharpest. Marseille started stronger than us and after that we got back in the game. In the first half I feel we had opportunities to kill the game. After that we were disciplined, we were willing, but you have to give credit to Marseille - they defended very well. They stopped us from playing and we were not sharp enough to get them out of position. The positives are that we did not concede a goal, Marseille only had one shot on target and overall we know that in the final third we can do better.- Arsene Wenger
0 ulasan:
Catat Ulasan