Sabtu, 5 November 2011

Pre Match : Arsenal vs WBA



Takde siapa yang boleh guarantee dalam top 4 untuk musim ini, jadi siapa dan apekemende wakil Spuds yang dah mula berbecokan Rafael Van Der Vaart nak jadi nujum pak belalang hanya selepas 10 game.Mabuk agaknya. Setiap dah berbelas tahun kita meraikan Totteringham day, tiba2 dengan bodoh sombongnya dia kata musim ini tak akan berlaku.Kita tunggu dan lihat.Siapa yang salah cakap dan siapa jugak yang tersalah memilih kelab. Walaupun Arsenal bermula dengan agak struggle tapi kini kita telah mula mendapat rentak dan semakin memanjat. Kemenangan ke atas Chelsea minggu sudahakan bertambah logik jika kita dapat menyelesaikan tugasan wajib di rumah sendiri malam ini menentang West Brom.Lupakan seketika persaingan eropah di mana kita terbantut sedikit dengan hasrat yang terpaksa ditangguhkan.

Arsenal pasti nak meneruskan momentum dalam liga dengan mencari kemenangan ke33mpat berturut2 sementara WBA hadir dengan reputasi kecewa di rumah sendiri dibenam Liverpool. Mereka hanya mampu menang 2 daripada 5 perlawanan terakhir. Tapi jangan pernah lupakejutan yang dilakukan mereka di Emirates musim lepas, mendahului 3-0 di Emirates sebelum pulang dengan 3 mata, 3-2. Hari di mana Almunia hilang segalanya. Hari tersebut satu malapetaka buat Arsenal kerana orang memang tidak memberi harapan langsung kepada WBA dan menjangkakan Arsenal menang mudah di gelanggang sendiri tapi itu bukan cara bola sepak. Hanya pasukan yang benar2 fokus dan meminimakan kesalahan dan mengoptimakan peluang yang ada boleh kepuasan di wisel penamat.

Arsenal tentu fokus dengan serangan yang diketuai oleh Player of the Month, RVP.Setelah direhatkan sejam pada pertemuan menentang Marseille, tumpuan pastinya terhadap RVP sebagai sumber gol Arsenal. Cuma yang risau kebergantungan Arsenal pada RVP mungkin boleh menjadi psiko dan mental block jika katakanlah suatu hari nanti dia ditakdirkan cedera, kita harus ada pemain2 lain untuk step up dan mengisi boot2 yang kosong. Tapi org kurang nampak yang sebenarnya prestasi terbaik RVP jugak adalah disebabkan team play dan pemain2 lain di seklilingnya berkesan. RVP adalah seorang team player yang suka terlibat dalam merencakan serangan, dia bukanlah jenis seorang target man yang hanya suka tunggu bola dia tas sahaja. Itu sebab Wenger dengan penuh yakin berkata barisan depan Arsenal cukup buat masa ini dengan rotation antara RVP, Chamakh, Pakcu selain itu Gervinho boleh main di depan begitu jugak dengan Walcott.Namun Arsenal perlu ingat bila tiba bulan Januari nanti di mana kejohanan Afrika, Camak dan gervinho bakal dilepaskan. Di situlah ujian2 besar menanti dengan jadual yang pada akhir bulan Disember bakal memberi impak.

Untuk malam ini Arsenal sekali lagi akal terutun tanpa Gibbs yang masih belum pulih. West Brom pulak kehilangan Paul Scharner dan Shane Long.  Roy Hodgson pastinya tahu tugas berat yang bakal dipikulnya. kalau musim lepas, Roberto Matteo yang membimbing pasukannya sehingga dapat 3 mata, ranjau berduri untu Roy mengulangi balik. Dia pasti akan hadir dengan taktik 4-4-1-1, pemain Nigeria Odemwingie menjadi taruhan diatas Arsenal jugak perlu mengawasi kelicikan pekas pemain, Jerome Thomas dan jugak set pieces Christ Brunt. Kalau ada cara terbaik untuk West Brom dapat gol malam ini adalah melalui set pieces. Maka gandingan baru Mael dan PM bakal sekali lagi teruji sesudah berjaya mendapat clean sheet di pertengahan minggu.

------------------Szczesny------------------
Jenkinson-----PM-------Mael-------Santos
------------------Song---------------------
---------Rambo---------Arteta-------------
---Walcott------RVP----------Gervinho---

Astro 811/813 11pm. Arsenal 2- WBA 1

Agi idup agi mengGunners!!



P/S: Arsenalaysia mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua pembaca2 Muslim semoga kita dapat menghayati dan menginsafi erti pengorbanan sempena sambutan hari raya korban pada tahun ini. Bagi mereka yang berjalan jauh, hati2 di jalan raya,Selamat pulang ke kampung berjumpa sanak saudara dan selamat juga pulang kembali. Ampun dan maaf dipinta atas segala keterkasaran bahasa, typo2 serta kesilapan sepanjang jari ini menekan2 papan kekunci. Sekian, Wassalam,


0 ulasan: