Isnin, 7 November 2011

Post Match : A controlled performance



Kemenangan kelima berturut2 dalam liga menjadi pemangkin semangat sebelum Arsenal berehat sebentar  2 minggu bagi memberi laluan kepada internationaleleh. Kemenangan 3-0 melalui 3 penjaring berbeza, RVP yang tgh flying high, Mael yang kembali dalam starting lineup dan Arteta si pendominasi, di samping clean sheet hasil gandingan Mael dan Kos, cukup untuk melakarkan senyuman di wajah , Wenger, pemain dan para penyokong. Walau bagaimanapun kedudukan kita di atas jadual liga tidak berubah disebabkan semua pasukan di atas kecuali Liverpool berjaya mengaut kemenangan. Itulah pentingnya kita menang game seumpama ini-game mampu menang- agar tidak lagi tercicir jauh. Kita pada ketika ini memungut jumlah mata yang sama bersama Liverpool dan Spuds, tapi tewas melalui perbezaan jaringan. Buat pertama kali dalam musim ini jugak, perbezaan jaringan kita berjaya mencapai angka +ve.


Arsenal turun ke Emirates dengan poppy shirts bersama lambang bunga merah sempena memperingati Hari Pahlawan. RVP mengetuai rakan2 pahlawan lain kali ini bersama timbalannya yang kembali kedalam starting lineup bergandingan bersama Kos. Mertesacker direhatkan. Alasan di sebalik ini adalah Wenger menjangkakan Odemwingie akan diturunkan maka dengan itu beliau merasakan Defend Arsenal perlukan pace bagi mengawal kelicikan penyerang Nigeria itu tapi pemain tersebut tidak diturunkan rupanya. Walaubagaimanapun, tidak merugikan apabila gandingan Kos yang sedang meningkat dan mael yang mmg dah terbukti berwibawa cukup solid malam itu biarpun tak banyak yang barisan depan anak buah Hodgson memberi cabaran.

Arsenal menguasai perlawanan dari sepak mula lagi dengan West Brom cuma cuba meminimakan ruang mengekang asakan kita. Namaun kelajuan kita serta movement yang spot on menjadikan tugas WBA bukan semudah yang disangka. Mereka mungkin dapat mengekang kita dalam 20 minit tapi Roy Hoodgson sendiri tahu, berapa lama laa sangat mereka mampu mengekalkan disiplin selagi corak mereka sengaja menjemput Arsenal datang bertubi2 ke kubu mereka. Arsenal mendapat gol pertama melalui lorongan cantik Rambo yang mencari Walcott di sebelah kanan. Berjaya melepasi kelajuan fullback, dia meloloskan diri ke dalam kotak penalti dan masuk lebih dalam sebelum merembat tepat ke arah penjaga gol. Bola termuntah dan milik siapa lagi kalau bukan RVP?! Gol disudahkan, gol ke 11nya dalam liga setakat ini kekal sebagai penjaring terbanyak. Arsenal meneruskan rentak garang denganterus menguasai dominasi bahagian tengah dan bola asyik berlegar2 di kawasan final third WBA. Hanya menunggu masa sebelum tamat separuh masa apabila jaringan digandakan melalui Verminator hasil hantaran baik RVP.Gol pertama Mael sejak peristiwa berdarah Rambo di Britannia.Tamat separuh masa pertama, Arsenal menghala ke bilik persalinan dengan keyakinan yang tinggi.

Walaupun mendominasi perlawanan dengan possession 71% Wenger tahu, ia masih belum cukup kuat untuk mengelak sebarang perkara2 yang tak diingini. Jika West Brom mampu mendapat sebijik gol, ia mungkin boleh mengubah rentak perlawanan dengan Arsenal mula menggelabah dan leka manakala Weest Brom kembali bersemangat dan menimpan harapan mengekalkan rekod cemerlang mereka di Emirates. Itulah sebab pentingnya mencari gol ketiga. Arsenal hampir membunuh perlawanan sekali lagi daripada Mael, tapi tandukan CB ini hanya sipi2. Kalau tak dah boleh jadi gol pertama melalui sepakan sudut untuk Arsenal musim ini. Selang beberapa minit tiba2 West Brom ada di kawasan Arsenal dan mampu mencipta peluang, tapi sayangnya sepakan ala kungfu shaolin soccer melayang ke langit menghampakan Chris Brunt.Hodgson mengeluarkan Zoltan Gera dan memasukkan Tchoyi kononnya bagi menambah sengat. Arsenal jugak melakukan pertukaran mengeluarkan Gervinho dan Rambo membawa masuk 2 muka berpengalaman, Rosicky dan Yossi bagi mengekalkan possession dan calmness. Itulah bagusnya Arsenal musim ini apabila di bangku simpanan kita ada player2 yang dah matang dan boleh control game apabila diperlukan.

Satu lagi watak penting dan matang dalam pasukan adalah kemunculan Arteta.Pemain Spaniard berusia 29 tahun ini start kesemua game liga bagi Arsenal semenjak perpindahannya dari Everton dan anda boleh lihat stability yang dibawa olehnya sebagai medium pengantara antara Song dan Rambo. Kadangkala diperlukan di bawah, dia boleh membantu, dia juga berkeupayaan unuk terlibat dalam offensive play. Pendek kata, ketika saat2 memerlukan dia pegang bola dia boleh hold game dan tahu ketika mana dan masanya untuk harus pass. Tak ramai yang berkaliber sepertinya, kita ada Jack Wilshere yang seakan complete midfield player tapi pemain muda itu injured dan tak mampu memikul tugas dan tanggungjawab seorang diri. Kehadiran stature seperti Arteta hanya memberi impak positif dalam persaingan dis amping mampu bergkongi pengalaman 6 tahun berada di top flight division. Dan dalam perlawanan malam hari itu, Arteta berjaya menjaringkan gol pertamanya di Emirates. Sekali lagi RVP assist. Rosicky melorongkan bola kepada RVP di tengah kotak penalti namun pemain Belanda itu tidak tamak menguis kepada Arteta yang diketahui mempunnyai teknikal hebat.Arteta merembat menewaskan Foster bagi melengkapkan 3 gol buat arsenal, mengesahkan 3 mata.





Persembahan Arsenal ini mendapat pujian daripada lawan , Hodgson turut menyanggah tuduhan pemainnya tidak bermain bersungguh2, kerana dia tahu limit dan kualiti pemain yang ada dalam pasukannya, secara teknikal masih lagi di belakang Arsenal.
"We were beaten by an excellent Arsenal side who were too good for us on the day. That's the truth of the matter."
Banyak positif dari game yang lebiih kurang relax hari tu. 3 mata, RVP terus menerus menggegar jaring, Mael kembali, dan kembali dengan jaringan,  2 clean sheet daripada 2 last home game, pilihan CB berkualiti yang available, display Arteta yang dah mula jadi nadi di tengah, Jenkinson isi boot ditinggalkan Sagna, Dos Santos offer attacking option dan paling penting mood dan momentum dalam bilik persalinan. Cuma harapnya dalam 2 minggu mereka berehat ni dan ada yang terpaksa flight jauh ke negara masing2, harapnya bila balik semula,rentak dapat disampung daripada sepertimana yang kita barun tinggalkan. Paling penting tiadanya kecederaan kepada pemain2 utama. Memang masih jauh untuk kita sampai ke zon selesa tapi paling tidak , kita haru fokus dari game by game. Tidak terlalu memikirkan yang di atas lagi, buat kerja kita . Selepas internationaleleh Arsenal ada beberapa game yang winnable jadi tugas besar untuk mengekalkan konsistensi dan memberi amaran kepada yang lain bahawa kita dah mula serius memberi cabaran! Apapun aku ingin memperbetulkan twitter Santos kerana aku paham, sebagai orang yang selalu typo dan jugak english tunggang langgang  yang tak amek PPSMI seperti aku memang begitu, jangan cepat melatah. "VERY Good Win GUYS!!!"



Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: