“It [the international break] is certainly not a joy for me but hopefully it is not a pain because I hope the players will come back in good spirits,”-Wenger
Itu yang sebenarnya kita semua harapkan. Kerana takut momentum cemerlang kita yang menang 9 daripada 11 perlawanan terganggu akibat internationaleleh yang kebanyakannya useless. 16 dari pemain skuad utama kita terlibat. Tapi hanya berapa kerat (Rosicky dan Park) jek yang melalui perlawanan getir peringkat playoff euro qualifier dan kelayakan piala Dunia. Yang dah layak hanya rehat2 santai tendang bola bersama sedara mara jiran dan sepupu sepapat. Itu pasal lah Wenger dengan lantang dan berani menyuarakan pendapat bahawa sudah tiba masanya internationaleleh melakukan perubahan agar tidak lagi lapuk ditelan zaman. Baginya, bermula dengan kelayakan Euro 2016, UEFA harus mengkaji semula rasional peringkat kelayakan dan gap antara negara2 besar dalam bola sepak di samping negara2 kecil yang memberi saingan tak seberapa.Ini juga penting ketika dunia mengalami krisis ekonomi, bagaimana perlawanan yg kurang berkualiti dapat membantu dalam penjanaan aliran mata wang.Ini perlu bagi mengelakkan kekosongan stadium dan suasana perlawanan hambar sebelum wisel sempat dimulakan.
Sudah tiba masanya format baru diperkenalkan, bukan menidakkan hak bola sepak antarabangsa tetapi kualiti dan kemeriahan harus selari dengan peringkat kelab.Ketika ini, kejayaan dan kerjaya pemain lebih dikenali di peringkat kelab dan pemain sendiri menghabiskan hampir 90% mereka di persaingan peringkat kelab.Majikan dan wan menjadi motivasi mereka ketika bendera hanya tampalan di dada. Sampai ramai jugak yang beranggapan bahawa kejohaan UCL setiap tahun lebih berkualiti daripada kejohhnan Piala Dunia yang berlangsung 4 tahun sekali. Kita pun sebagai fan di Asia ni yang memang dah jauh pun terasa hujung minggu yang sepi tanpa saingan, bagaimana pula dengan para hardcore dan hooligan di sana setiap kali international break.
Jadi bagaimana format baru? Wenger bagi cadangan team2 'negara kecil' ni bersaing dulu dalam peringkat kelayakan sesama mereka , yang paling top antara mereka barulah diserapkan ke dalam big guns agar persaingan kelayakan lebih kompetitif dan jimat masa. Tapi pada aku secara peribadi, base atas dasar apa pulak kita nak tentukan big atau lesser sesebuah pasukan negara itu kalau tidak pada point di international friendly. Jadi , ikut senario sekarang, memang sukar jugak kerana pasti ketidak adilan akan muncul dan negara2 kecik berasa mereka tidak diberi peluang. Atau mungkin Eropah dah boleh tiru gaya Asia memecahkan peringkat kelayakan dalam zon2 sepert utara timur, barat , selatan,dan rantau balkan sebelum pasukan yang tops ahaja mewakili zon masing2 bersaing di peringkat seterusnya.Itu hanya pendapat naif aku, kita serahkan pada yang pakar. Yang penting, kita mengharapkan kemeriahan bola sepak dalam apa jua game dalam apa jua peringkat sekalipun.Setiap kali bola menggegar jaring, ada emosi, ada senyuman pasti terlakar dan takkan kita nak tarik itu semua takkan kita nak menafikan hak org lain untuk bergumbira walaupun sebahagian lagi berduka tapi itulah bola sepak, itulah kehidupan. Pahit manis ditelan jua.Itulah hiburan sementara..
0 ulasan:
Catat Ulasan