Isnin, 14 November 2011

Apa cerita antarabangsa?

Internationaleleh baru masuk round 1, ada yang berduka ada yang ceria tgh minggu ni round 2 pulak. Pakcu terus menerus score di peringkat kebangsaan dalam kelayakan Piala Dunia, Rosicky jugak selaku kapten mengetuai Czech Republic mempermudah laluan mereka dgnkemenangan besar ke atas montenegrod alam peringkat kelayakan Euro12. Szczesny tertewas 2 kali ketika bertemu Italy, paling tension pastinya apabila Mario Balotelli daftar nama sebagai salah seorang penjaring.Walcott pula beraksi 45 minit dalam perlawanan high profile England vs juara dunia dan ironinya kali ini dia berada di winning side walaupun bermain 'ugly' dan corak dipamerkan England ditempelak bekas rakan sepasukan, Fabregas yang masih kononnya tetap bermain cantik dengan 'Barcelona B' tapi tetap tidak menang.Koscielny dapat first cap untuk France, akhirnya dia membuat pilihan yang tepat dengan menyahut cabaran merebut tempat dalam skuad, kalau nak jalan mudah sudah lama dia memilih bermain untuk Poland.Rambo jugak menunjukkan potensi sebagai kapten muda dengan mengetuai Wales membelasah Norway. Alex Oxlade Chamberlain menyerikan persaingan bawah 21 tahun di mana dia menjadi MOTM ketika England U21 menundukkan IcelandU21 5-0. Lain2 pemain seperti RVP, Arshavin, Song,Gervinho dan Coquelin turut beraksi.

Dan nampaknya pusingan kedua menyaksikan ada beberapa pemain yang tidak akan turut serta setelah gentle agreement antara Wenger dan pengurus skuad kebangsaan.RVP antara yang mendapat layanan protection. Ini bermakna dia tidak akan dapat beradu tenaga bersama Per Mertesacker dalam persahabatan Jerman menentang Belanda.Dalam pada itu Arsene Wenger dikatakan sedang monitor 2 bakat pemain dari Bundesliga, Mario Gotze dan Marco Reus ketika mana situasi Eden Hazard masih lagi samar2 tentang destinasi pilihannya musim depan.

RVP belum sign kontrak lanjutan, maka ramai yang memberi pandangan masing2, kebanyakannya menggesa Arsenal supaya tidak melepaskan satu2nya star yang tinggal dalam pasukan jika Wenger benar2 ingin kembali membina dinasti dalam bola sepak England. Namun ada jugak yang suruh / hasut RVP supaya fikir masak2 kerana ia bakal kontrak terakhir dalam kemuncak kerjayanya. Tapi yang tak tahannya ada yang ingin mengambil kesempatan. Dia tengok member dia dapat layanan, agentnya cakap why not kita cuba mintak lebih, kasi up gaji.Alex Song dan agentnya Darren anak kepada David Dein sudah mula main tarik tali dengan Arsenal. Khabarnya, kontrak terbaru yang ditawarkan Arsenal ditolak mentah2 kerana mereka tahu Barcelona datang mengintai sesudah mereka seakan pasti kehilangan kelibat Seydo Keita musim depan. Agent pemain seakan ingin mengorek kekayaan di sini dengan menasihatkan Song hold dulu, tunggu sehingga Arsenal menaikkan lagi tangga gaji atau jika tidak berlepas ke Spanyol menambahkan lagi list Arselona. Kalau Song fikir dia dah star habis dan mula boleh besar kepala, dia silap.Sedangkan talisman, kapten dan bintang pun Arsenal boleh lepaskan kalau betul dah tiada hati, inikan pulak satu postion yang boleh diisi. No one is bigger than the club.

Seminggu lagi, cepatlah kembali aksi Arsenal!


0 ulasan: