Minggu ini di Carrow Road, Arsenal bakal meneruskan cabaran dalam perjuangan BPL menentang Norwich City The Canaries. Dah macam kedah la pulak, Kenari, jersi pun sama hijau kuning. Ramai yang kurang sedar apa significant game ini selain daripada perlunya Arsenal menyambung semula momentum yang tertangguh 2 minggu lalu.Antara kepentingan lain game malam esok adalah , minggu ini, 10 daripada 10 top team dalam table akan bertemu sesama sendiri. Maka kemenangan pastinya akan membawa kelebihan dan perubahan kedudukan dalam top half table.Oleh itu, ia pasti akan memberi moral boost.Arsenal di tangga ke tujuh pada ketika ini akan melawat anak buah Paul Lambert yang berada di tangga ke sembilan. Bukan calang2 kedudukan, bagi pasukan yang baru dipromote.Malah sebenarnya 2 lagi pasukan baru naik Swansea dan QPR hanya mencucuk rapat di tangga ke 11 dan 12. Kejayaan sang Kenari mengikat Liverpool di Anfield bukan datang free2. Itu hasil usaha keras dan komitmen serius mereka. Jadi jika Arsenal ingin kembali ke landasan, sila main dengan serius.
We have that feeling as a club, that if someone is going to beat us, they have to put us on our backsides to do it.- Paul Lambert
“They bought Anthony Pilkington who we saw had a good impact against us last season in the FA Cup, and players like Elliott Bennett who we have seen are Premier League quality. These are shrewd buys and a factor of the development of their success.”-Arsene WengerKemasikini kecederaan pulak. Arsenal melapangkan tangan menyambut semula kehadiran Chamakh dan Diaby. Diaby yang belum pernah menyepak bola untuk Arsenal musim baru ini telah kembali menjalani latihan penuh.Walaubagaimanapun, Wenger memberi hint bahawa Diaby perlukan masa lebih untuk kembali manakala Chamakh available untuk selection. Namun Gibbs masih lagi belum pulih,mengalami kecederaan otot perut dan hernia. Pembedahan dijalankan semalam, dia akan terus direhatkan 4 hingga lima minggu.Carl Jenkinson juga dinasihatkan supaya berehat akibat sakit belakang. Tengok Carl ni main pun structure badannya terbongkok2, risau jugak aku dibuatnya.Ryo Miyaichi masih bergelut dengan kecederaan ankle akan terlepas aksi selama 6 minggu.Daripada senarai yang terkorban menjadikan 3 fullback kita terpaksa direhatkan. Santos akan terus berkuasa di LB tapi di sebelah kanan, peluang untuk Johan , Kos atau Nico Yennaris.Aku prefer Kos sebagai pemain paling stabil dan kental mengisi kekosongan di RB dengan PM kembali bergandingan bersama Mael di hati defend.
Arsenal menamatkan rekod buruk away dengan bergaya di Stamford Bridge.Sekarang orang nak tengok konsistensi pulak.7 game dalam tempoh masa 21 hari menuntut fokus dan komitmen yang tinggi.Buktikan Arsenal!
Agi idup agi mengGunners!!
0 ulasan:
Catat Ulasan