Sabtu, 29 Oktober 2011

Pre Match : Menyeberangi Stamford Bridge



'Chelsea game is the first of two cup finals'

Ito hok katee pengurus Arseng Wenger tontang lawan bola malam ni jang oi. Hahah di sebalik perlawanan yang dianggap umpama final ini realitinya berlangsung kemeriahan Final bola sepak Piala Malaysia antara Nogori dan Ganu kite sebaik mula babak kedua di Stamford Bridge nanti. Bagi Wenger, target menang dari game ke game sekarang ini adalah yang paling realitstik dan tak ada sebab untuk kita tidak berlaku optimistik.Memang kita jauh ditinggalkan pendahulu dan tak relevan untuk kita claim kita mampu juara mahupun siapa2 pun dah mencapai sebelah tangan pada trofi pada ketika liga baru berlangsung 9 perlawanan. Itu sebab sekarang ini semua game perlu dilayan umpama final. Itulah yang cuba disampaikan oleh Wenger, pertama perlawnan bertemu Chelsea yang boleh mengukuhkan lagi hipotesis tentang hala tuju kita dalam saingan liga dan jugak pada Selasanya 'finale kedua' melayan kunjungan Marseille, kemenangan dalam game itu boleh mencerahkan lagi laluan ke peringkat seterusnya.

Antara sebab kita perlu yakin dalam masa yang sama tidak overkonfiden malam ini ialah Chelsea, baru sahaja tewas kepada pasukan Tony Fernandez. Kepenatan beraksi 9 orang dan jugak beraksi 120 minit dalam perlawanan Piala Liga menewaskan Everton kelmarin mungkin ada sedikit kelebihan buat Arsenal dari segi kecergasan. Tapi tak boleh dikira sangat kerana barisan yang diturunkan dalam piala liga bukanlah barisan utama, moral mereka jugak sudah pasti naik selepas kemenangan itu.Tapi paling sayang sekali tiada kelibat Drogba malam ini. Arsenal baru sahaja nak mula tunjuk betapa kita semakin mampu menangkis badi pemain Ivory Coast ini, kalau dulu setiap game dia score tapi yang paling terbaru Arsenal menewaskan Chelsea tanpa namanya ada dalam senarai penjaring.Mael baru nak tunjuk power bergandingan dengan PM, Drogba pulak tak available.

Namun Arsenal tak payah nak syok sangat sebab musim ini pun kebergantungan Chelsea pada Drogba dalam statistik serangan berada dalam skala yang agak kecil daripada biasa. Mereka kini ada Sturridge, pemain muda yang perlu barisan pertahanan kita awasi, dan jugak pemain paling mahal dalam sejarah perpindahan antara kelab BPL, Fernando Toress sudah mula jumpa kaki yang hilang. Nak pulak dengan manager AVB yang serba muda dan masih bernafsu, maka kelihatan attacking style lebih menjadi option apabila bukti dijelmakan melalui pembelian Mata, Meireles dan Lukaku. AVB cuba membina regim baru di sini, cuba lari dari byg2 mentornya Mourinho dan bekas pengendali Chelsea, Ancelotti. Beberapa keputusan drastiknya dalam membangkusimpanankan kuda2 tua seperti Anelka, Lampard jugak menarik perhatian dan ketika jari ditudingkan kepadanya, dia terima segala kritikan dan berkata pemain2 ini akan bangkit dengan profesional. Lampard start dalam game bertemu Bolton dan membalas dengan hat-trick. Anda boleh nampak man-member-management yang ada pada si vokalless ini. Jadi tak terkejut kalau tibe2 dia buat keputusan untuk tidak menyenaraikan John Terry yang disiasat FA akibat tuduhan bersikap perkauman.Jika dia rasa pemain itu tidak seratus peratus fokus, dia tidak teragak2 dalam memperjudikan pasukan bimbingannya. Lampard, sudah, Drogba, Toress sudah , jadi mungkin giliran kapten mereka diberi 'layanan' setimpal agar betul2 bersedia. Oleh itu agak kurang sesuai untuk memerkotakkatikkan kuda tua ini, mereka masih ada lagi saki baki kuasa kuda yang tingga dan perlunya RVP, Mael , Song dan rakan2 lain awasi.



Arsenal baru menang 3 daripada 18 perlawanan terakhir bertemu Chelsea. Kita pun kemarau kemenangan away 8 game dah ni.Satu angka yang boleh buat kita gigit jari. Tapi tak ada sebab kita tak mampu lakukannya di bawah tekanan.Udinese? Marseille? ketika semua orang jangkakan kita terduduk menyembah bumi, kita hadir dan pulang dengan kejutan. Kenapa tidak boleh di Stamford Bridge? Satu lagi statistik yang mengujakan adalah tentang kapten kita, RVP. 25 gol daripada 26 game dalam 2011, cukup untuk menggentarkan lawan.Dan kalau diperhatikan persembahan kita sebagai satu unit semakin solid dan persefahaman yang dibina antara bahagian belakang semakin kelihatan. Cuma yang perlu diperbaiki adalah set pieces, baik bertahan mahupun menyerang.Utilize kan semua peluang yang adan dan minimizekan segala macam bentuk error terutama foul2 bodoh.Kembalinya Mael ke dalam pasukan menambahkan real steel pada pasukan ini. Kalau jadi ini malam, buat kali pertama gandingan PM dan Mael dapat disaksikan sambil diapit oleh A.Santos yang menggantikan Gibbs akibat kecederaan dan Koscieny yang lebih diprefer daripada Johan.

Barisan tengah dan atas kita pulak ada option dengan Arshavin tengah onform. Tapi setelah aksi tempoh hari dan wenger rasa perlunya rehat di kalangan pemainnya, aku rasa Theo masih lagi diberi peluang untuk mengganggugugat Ashley Cole, sambil Gervinho pasti bersemangat nak meneruskan konsistensi dalam aksi terdahulunya bertemu Stoke. Yossi tak dibenarkan duduk di bangku simpanan melawan pasukan ibu susuannya. Pakcu pulak tengah tak sabar2 nak push tempat dalam skuad pastinya memberi tekanan positif kepada Chamakh agar lebih tamak depan gol terbukak tak der nak passing2 dah nye.

----------------Szczesny----------------
Kos-------Mertesacker---Mael------Santos
----------------Song--------------------
--------Arteta-------Rambo--------------
----Walcott----RVP------Gervinho--------

Jadi sama2lah kita optimis sepertimana optimus prime walau serosak barai manapun dibelasah, last2 bila tukar jadi kenderaan , lorinya semua ok jek takde calar ,cat takde tanggal, power window semua ok la bagai.Suatu ketika dahulu Jambatan ini dulu hanyalah sekadar laluan jek, tapi kini laluan dah mula berliku harga tol dah mula naik, oleh itu kalau nak melepasinya, bayarlah lebih. Biarlah mahal mana pun.Harga sebuah kejayaan yang dibayar dengan pengorbanan sangat besar ertinya.Hope a better fight from both team and an entertaining match to watch. Adrenalin dah memuncak. Astro ESPN 812/832 745pm. Chelsea 1- Arsenal 2.

Agi idup agi MengGunners!!!


0 ulasan: